BAB 11

Drama Completed 5869

Laila yang menyedari dirinya di renung membuangkan pandangannya kesisi. Dia tergamam apabila Hasby tidak berganjak dari memandang wajahnya. Mukanya membahang apabila direnung begitu lagi-lagi oleh lelaki disebelahnya kini. Hampir setiap hari dia berjumpa dengan klien lelaki tetapi tidak pernah dia merasakan debaran seperti sekarang.

Hasby mendekatkan wajahnya pada Laila dan berkata,” Saya akan pastikan…awak milik saya,” bisik Hasby ditelinga Laila sebelum berlalu.

Laila yang tercengang hanya memandang pemergian lelaki itu. Fezrol yang berada di balkoni tingkat atas hanya tersenyum melihat gelagat kakaknya dan Airel.

“ Cik Laila,ada orang datang,” suara Lily kedengaran di intercom.

“ Siapa?” Laila mula pelik dengan kata-kata setiausahanya.

“ Dia kata dia bakal suami Cik Laila,” Laila terkejut dengan kenyataan Lily. Tidak mungkin Fezrol kerana Lily telah mengenali Fezrol kerana Laila telah memperkenalkan adiknya itu ketika Fezrol datang ke pejabat tempoh hari. Laila membenarkan tetamunya masuk.

FiIssabella n Laila mulai buntu memikirkan siapa bakal suaminya. Mustahil Datuk Badlyshah menjodohkan dia dengan seseorang tanpa pengetahuannya bagi memastikan dia keluar dari keluarga Tengku Hafizi. Dia memusingkan kerusi ke belakang dan menikmati permandangan indah bandaraya Kuala Lumpur.

“ Hai sayang,” apabila mendengar suara itu Laila terus berpusing.

Dia terkejut apabila wajah Hasby Hatta yang menyapa pandangannya. Lelaki itu senang lenang duduk di kerusi dihadapannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience