Bab 13:Mimpi

Romance Completed 204114

Perjalanan pulang kali ini agak jauh Hazel rasakan.Jalan laluannya pula dikelilingi hutan tebal membuatkan Hazel tertanya-tanya sendiri.Wajah dingin Tengku Que Iskandar di tepinya dipandang takut-takut.

"Awak!Kita nak pergi mana?"Hazel bertanya perlahan.

Mendengarkan panggilan yang digunakan oleh Hazel,Que menyimpan rasa kecewa sendirian.Soalan Hazel dibiar tergantung sepi.Tengku Que Iskandar masih tekun menatap tabletnya menguruskan file berkaitan syarikat.

Hazel menjadi kegeraman bila Que hanya mengabaikannya.Akhirnya dia mengalah dan melayan rajuknya sendiri.Matanya dibawa memandang ke luar kereta melihat kehijauan hutan.Wajahnya mencerut dan mimik mukanya seperti mahu menangis kerana hatinya tiba-tiba dipalu rasa sebak.

Kereta yang dipandu Alex agak laju menyebabkan kepala Hazel terasa sedikit pening bila memandang ke luar.Jadi Hazel cuba melelapkan matanya sehingga dia benar-benar tertidur bersama rajuknya.Rajuk dan kesedihan menghadirkan bayangan Tengku Que Izham dalam lenanya.

Dalam mimpinya,Hazel berlari mengejar bayangan Tengku Que Izham yang berpakaian serba Putih.Wajah itu hanya tersenyum memandangnya tanpa suara.Kedudukan mereka sangat dekat namun tangannya tidak mampu menggapai susuk tubuh itu.Hazel menangis hingga terhinjut-hinjut bahunya,kakinya terus melangkah mengejar bayangan Tengku Que Izham yang kian menjauh dan semakin menghilang.Tangisan Hazel semakin menggila dengan kehilangan itu.

"Abang Iz....Abang Iz......!Jangan tinggalkan Hazel!"Dia meracau kuat dalam lenanya.Tangannya menggapai ke udara berkali-kali.Tengku Que Iskandar cuba mengejutkan isterinya namun Hazel masih hanyut dibawa mimpi.Tengku Que Iskandar mengeluh kasar,dia hanya mampu memeluk kuat tubuh Hazel bila isterinya memberontak kuat.

"Shuuu...shuuu...!"Tengku Que Iskandar menepuk-nepuk belakang Hazel.Lagaknya seperti memujuk anak kecil menangis.Hazel masih terhinjut-hinjut bersama tangisannya di dalam pelukan Que.Terasa basah kemejanya dibahagian dada kerana wajah Hazel menempel di situ.Lama-kelamaan tangisan Hazel semakin perlahan dan terhenti sendiri diganti dengan esakan kecil.

Tengku Que Iskandar menyandarkan kepalanya ditempat duduk merehatkan fikirannya.Sukar untuk menggambarkan perasaannya tika ini.Jiwanya sakit,marah dan kecewa bila isterinya masih mengejar bayangan arwah abangnya.Keluhan demi keluhan yang terlontar dimulutnya menyebabkan Alex menjeling cermin pandang belakang.Sekali imbas Alex dapat mengesan mata tuannya memerah,rahangnya juga kelihatan bergerak-gerak melawan emosi dalam dirinya.Alex tidak berani menegur,hanya kembali fokus melihat jalan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience