BAB 9

Romance Completed 8619

MELISSA menolak daun pintu. Pandangannya terus berlabuh pada sekujur tubuh yang sedang berbaring di atas katil. Kakinya dihayun menuju ke arah katil. Punggungnya berlabuh di atas katil.

“Sayang? Bangunlah,” Dia menggoncang perlahan tubuh itu. Tangan kirinya mengelus rambut kusut masai lelaki itu.

“Jangan kacau aku! Tinggalkan aku sendiri!” Hadif menepis tangan Melissa. Dia menarik selimut tebalnya dan menutup kepalanya.

Melissa tersenyum kelat. Telinganya sudah lali dengan tempikan sebegitu rupa. Hari-harinya kini tidak sah kalau kata-kata itu tidak menampar pendengarannya.

“Dif? I masak favourite food you. You makan sikit ye? Dah lama you tak makan,”

“Hoi perempuan! Kau pekak ke apa hah?! Aku cakap pergi, pergi jelah!” Tempik Hadif.

Melissa meletakkan dulang yang ditatangnya tadi di atas side bed table. Dia beredar ke arah tingkap. Langsir-langsir yang rapat ditarik, terus pancaran cahaya suria memenuhi ruang kamar mereka.

“Hadif! I rasa kita kena berbincang!” Berubah suara Melissa.

“Kenapa? Kau nak aku ceraikan kau ke?” Sinis suara Hadif.

“Dif! Apa yang you merepek ni? Bukan itu yang I nak!”

“Habis tu? Kau nak apa kalau bukan cerai? Kau dah tak tahan nak jaga aku lagi ke? Kau dah jumpa jantan lain ye?”

Melissa beristigfar. “Bawak mengucap Dif. I masih tahu batas I sebagai seorang isteri. Apa yang buat you fikir sampai macam tu sekali?

I tak pernah sangka kalau kemalangan tu bukan saja buat you hilang keupayaan you, tapi logik akal you pun hilang sekali. Mana pergi Hadif yang dulu? Yang sentiasa bersemangat dalam hidup dia. Yang sentiasa nak lakukan perkara yang terbaik dalam hidup. Mana?!”

Hadif menolak selimut. “Hadif tu dah mati sejak dia disahkan lumpuh!”

Melissa bersimpuh di atas lantai. “Sayang? Tolonglah! Bangkitlah! This is not the end of the world. Ada hikmahnya kenapa ALLAH duga kita macam ni. Tapi kenapa you jatuh sampai macam ni sekali? Mana perginya kekuatan you sayang?”

“Aku dah tak kuat! Aku lemah! Aku dah tak mampu nak buat apa-apa pun sekarang. Aku dah cacat, tak sempurna!” Tukas Hadif.

“Ya ALLAH sayang! Jangan cakap macam ni. Ingat ALLAH Dif! You bukannya cacat, you hanya lumpuh. InsyaALLAH kalau you berusaha, I yakin you boleh sembuh. Cuma masa yang jadi taruhan. Yang lain tak jadi masalah untuk kita Dif!” Pujuk Melissa.

“Senanglah kau cakap! Bukan kau yang lumpuh!”

“Tapi I pun rasa apa yang you rasa. When you’re in pain, I feel it more than you do. Tapi pernah ke you fikir semua tu? Pernah you ambil peduli? Pernah ke?

“Siang malam ummi menangis. Sebabkan apa? Sebabkan you! Abah pulak tak putus-putus doakan you. Tapi pernah ke you tengok semua tu? Apa yang you buat bila dia orang datang sini tengok you? You diam! Patungkan diri! You being selfish Hadif!” Suara Melissa meninggi. Air matanya sudah pun membasahi pipinya.

Tubuh Hadif yang terlindung, menggigil. Pertama kali dalam hidupnya, dia iherdik sebegitu rupa. Tambah menyakitkan, ia datang dari bibir isterinya sendiri. namun yang pelik, hatinya tidak terasa sakit langsung. Tetapi, rasa bersalahnya semakin menebal!

Kesedaran akhirnya mengetuk pintu kewarasannya yang sejak kemalangan itu, tertutup. Memang dia akui, sejak terlibat dalam kemalangan yang hampir meragut nyawanya 3 bulan lepas, dirinya berubah 360 darjah! Hadif yang dulunya seorang yang ceria, berubah menjadi seorang yang pendiam, pasif, lebih gemar memerapkan diri di dalam kamar dan hidup dalam kegelapan seolah-olah sedang menantikan kedatangan ajalnya.

Dia masih ingat lagi waktu itu apabila doktor mengesahkan kedua-dua kakinya hilang keupayaan untuk bergerak. Lumpuh! Mulai dari detik itu, dunia seakan-akan berhenti berputar untuknya. Dan itu juga adalah kali terakhir dia telah melihat waktu pada jam tangannya. Kerana bagi Hadif, waktu juga seakan terhenti detiknya.

Sejak itu, dia hidup dalam dunia ciptaanya sendiri. Dia lupa segala tanggungajawabnya. Kerjayanya sebagai akauntan di syarikat antarabangsa yang terkenal juga terpaksa dilepaskan. Bahkan, tanggungjawabnya sebagai suami juga ditinggalkan. Membiarkan Melissa bekerja untuk menampung segala keperluan mereka berdua. Tetapi, yang paling mneyedihkan, dia juga sudah hilang kepercayaannya pada ALLAH Azza Wajalla. Dia menyalahkan TUHAN atas segala apa yang berlaku pada dirinya.

Air matanya menitis!

“Mel? Boleh tolong I?”

Melissa hanya berbalas pandangan tanpa membuka mulutnya.

“Boleh bawak I pergi toilet? I nak mandi. Lepas tu, I nak solat!”

Deraian dukacita berubah gembira dalam sekelip mata!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience