BAB 2

Romance Completed 20321

Raid tertunduk. Sedar akan kekhilafan yang telah dia lakukan terhadap rakannya. Bingkas dia bangun, meminta diri untuk beredar dan memberi salam kepada Durrah yang masih menangis. Daun pintu wad ditolak perlahan, ditemani oleh hembusan nafas yang begitu berat terlepas dari mulutnya. Wajah pucat Durrah begitu menyebakkan dada. Air mata Durrah begitu meruntun jiwa. Kata-kata Durrah teramat dalam maknanya, hinggakan ada kalanya Raid ingin sahaja bertemu dengan Imtiyaz dan membelasah lelaki itu puas-puas. Biar lebam mata lelaki tak guna itu kerana tegar menyakiti hati sahabatnya!

“Anak Durrah…”

Langkahnya terhenti. Jemarinya diangkat lemah dan terbayangkan sekujur tubuh kecil yang sempat dia azankan untuk menggantikan tempat Imtiyaz yang langsung tidak memunculkan diri. Tergamaknya lelaki itu membiarkan Durrah berjuang di dalam bilik bersalin sedangkan dia berfoya-foya dengan perempuan lain? Anak sendiri meninggal dunia kerana penyakit jantung berlubang pun dia masih tidak mahu memunculkan diri? Suami jenis apakah itu? Kalau tak reti menghargai gadis selembut dan sebaik Durrah, mengapa perlu Imtiyaz menikahinya? Mengapa perlu menyeksa Durrah?!!! Raid merengus kegeraman.

“You owe me an explanation, Muhammad Nur Imtiyaz.”

Dadanya berombak menahan perasaan yang bercampur-baur. Sedih. Kecewa. Kasihan. Marah dan geram. Semuanya seperti digaul untuk menjadi sebuah campuran yang sebati. Namun cepat-cepat Raid beristighfar di dalam hati. Berharap agar perasaan marahnya akan hilang sedikit demi sedikit biarpun hati memang sudah rentung agaknya dengan perangai Imtiyaz. Dia akan berjumpa dengan Imtiyaz. Bukan untuk bergaduh dan bertumbuk, namun untuk mempertahankan hak Durrah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience