Tiga minggu berlalu....
Ishtar menyalami tangan ayahnya selepas Mak Piah.
"Is,mak nak cakap sikit boleh?"soal Mak Piah membuatkan Ishtar berhenti dari membuka telekungnya.
"Apa mak?"
"Sini duduk sebelah mak"Mak Piah menepuk-nepuk lantai mengisyaratkan supaya Ishtar duduk di sebelahnya.
"Mak nak cakap apa?"
"Macam ni..."
"Mak nak pesan sikit,kalau jadi apa-apa dekat mak dengan ayah..."
"Is kena jaga diri elok-elok ye"
"La,mak dengan ayah kan boleh jaga Is kan?"Ishtar merasa tidak sedap hati apabila mendengar ayat yang keluar dari mulut emaknya.
"Is,kami ni bila-bila ja Allah boleh ambil.Waktu tengah tidur,tengah masak,tengah mandi...bila-bila ja.Kita tak tahu masa depan Is"
"Tapi mak dah janji nak jaga Is sampai Is tua"
"Aduhai anak.Mak kau ni entah hidup,entah mati kalau kamu dah tua"Mak Piah dan Pak Rashid tergelak.
"Is,kita ni tak kira waktu,tak kira tempat ajal kita ni akan datang"ujar Pak Rashid.
"Mak janganlah cakap macam tu"ujar Ishtar lalu menangis dan kemudiannya terus memeluk Mak Piah.
"Kami ni cuma berpesan.Umur mak nak masuk 60 tahun dah"
"Mak dengan ayah masih muda la mana ada tua"Ishtar mencebik.
"Tak payah puji la anak oiii.Dah jangan duk jadi puteri air mata sangat.Pergi cuci muka lepastu kita makan dinner"
"Nak berskipping pulak mak ni"
"Aipp bukan berskipping tapi berspeaking"
"Macam mana mak boleh belajar bahasa inggeris pulak ni?"
"Rahsia"bisik Mak Piah di telinga Ishtar membuatkan dirinya tergelak.Lupa akan apa yang dicakapkan oleh emaknya sebentar tadi.
Keesokan harinya,
"Is,ni ayah ada jumpa surat yang ada nama kamu"ujar Pak Rashid kepada Ishtar yang berada di ruang tamu menonton televisyen.
"Surat?"
"Surat siapa?"
"Entah.Cuba kamu ambil lepastu bukak tengok apa ada dalam dia"
"Hurmmm...ok"Ishtar terus bangun dan menuju ke arah Pak Rashid yang sedang berdiri di meja makan.
"Nah"Pak Rashid terus menyerahkan surat itu kepada Ishtar.
Akhirnya surat itu dibuka.Ishtar terus.mengambil kertas yang berada di dalam surat itu.Pak Rashid berlalu pergi.Membasuh cawan yang dipakainya sebentar tadi.
Apabila dibuka,
"Eh,apa ni?"Ishtar terkejut.Kertas tersebut dipenuhi dengan titik-titik merah.Berbau sedikit hanyir seperti.....................
DARAH
"La,kenapa pulak jerit ii nih"ujar Pak Rashid yang keluar dari dapur.
Sedikit gelabah apabila dirinya terdengar jeritan dari anak gadisnya.
"Eh,kenapa ni?"Mak Piah pula tiba.Dia juga terkejut.Bayangkan tengah kusyuk baca doa last ii dengar orang menjerit.
"Mak...ayah tengok tu"Ishtar menunjukkan kertas yang berada di lantai itu dengan tangannya yang terketar-ketar.
Pak Rashid mengutip kertas itu kemudian membaca apa yang ditulis.
"Sihat?"
"Kau ingat aku tak?"
"Seronok?"
"Ingat keluarga kau akan mati tak lama lagi"Pak Rashid membaca apa yang tersurat dengan sedikit kuat.
"Mati"ujar Ishtar perlahan.Dan tiba-tiba muncul sesuatu di benak fikirannya.
Ishtar terduduk.Peristiwa beberapa bulan yang lalu mula muncul kembali.Takut mula menguasai diri.
Pada awalnya dia hanya menganggap itu hanya ugutan bukan perkara yang mungkin akan berlaku.
Dan hari ini,dia tiba-tiba mendapat surat daripada si dia mengatakan bahawa nyawa keluarganya dalam bahaya.
"Dah jangan fikir bukan-bukan.Mungkin yang hantar surat ni nak main-main"ujar Pak Rashid.Cuba menenangkan Ishtar.
Sedangkan hatinya juga berdebar-debar.Kerana mungkin ugutan ini akan menggugat keselamatan keluarganya.
"Ish,abang ni takkan la nak main-main pulak.Dah sampai nak membunuh"
"Dah tak payah pikir.Kalau kita dapat surat yang kedua mungkin kita buat report.Takut orang main-main ja"
"Haish,abang ni.Ikutlah.Is jom ikut mak masuk bilik"
Ishtar hanya mendiamkan diri.Mak Piah sedikit ragu dengan anaknya.Seperti ada yang Ishtar sorokkan daripadanya.
Tapi persoalan itu hanya berlegar-legar di dalam fikirannya.Dia tahu anaknya mengalami perkara yang buruk sewaktu hilang beberapa bulan lalu.
Jadi dia tidak mahu menambahkan beban lagi jika dia bertanya.Jikalau ada peluang akan dia minta Ishtar cerita perkara sebenar yang berlaku.
Share this novel