BAB 5

Horror & Thriller Completed 9981

-Jumaat, 27 Mac 2019-

"Inspektor Hazaki, saya berharap awak dapat menyelesaikan kes ni dengan segera. Pembunuh tersebut pasti akan membunuh lagi," kata Mogore, ketua polis.

"Saya akan cuba yang terbaik," kata Hazaki.

"Kau tak pernah pun cuba yang terbaik," perli Joan.

"Boleh tuan tukarkan partner saya tak? Hari-hari kena hadap bebel dia je, saya belum kahwin lagi pun tiba-tiba rasa dah ada isteri," Hazaki juga menyindir Joan semula.

"Dapat suami pun macam tak guna kenalah bebel," Joan tak nak mengalah.

"Songsang," ejek Hazaki.

"Samseng," ejek Joan.

"Hoi! Dah dah! Sekarang bukan masa untuk bergaduh. Hazaki, partner kamu masih lagi sama. Tak perlu nak tukar. Saya harap kamu berdua dapat selesaikan kes ni dengan segera, kalau tidak dua-dua saya pecat!" kata Mogore berbaur ugutan.

"WTF?" Hazaki tercarut.

Mogore memandang tajam ke arah Hazaki.

"Well...Tuan...Fine," Hazaki cuba cover.

"Kalau dah tak ada apa lagi, sila sambung tugasan anda," kata Mogore lagi.

Hazaki dan Joan melangkah keluar dari pejabat Mogore. Hazaki menghelakan nafas berbaur tidak puas hati.

"Aku tak nak kena pecat, so jom buat sama-sama," kata Joan.

"Jangan risau, aku hebat sesorang," kata Hazaki lalu meninggalkan Joan.

Ceh. Pikir dia ni siapa. Kutuk Joan dalam hati.

*****

"Pesalah didapati tidak bersalah kerana tiada bukti yang sahih. Dengan ini, defendam dibebaskan daripada sebarang hukuman," kata hakim.

Dewan mahkamah menjadi kecoh semula. Arju, atau nama sebenarnya Argujunia merupakan penculik yang menjual organ kanak-kanak. Namun kehebatan peguam belanya mempertahankan Arju daripada dihukum tali gantung, dia akhirnya dibebaskan tanpa sebarang hukuman.

"Yang Arif, dia pembunuh kanak-kanak," jerit salah seorang saksi.

Namun, mahkamah masih tetap dengan keputusannya.

Semua dibenarkan bersurai.

-11.15 malam-

"Camna? Lepas?" tanya Jowi.

"Hahaha, power of money. Semua settle," kata Arju dengan bongkaknya.

"Esok kita culik 10 orang budak lagi, then kita pindah kat Siam nanti," cadang Jowi.

Arju mengangguk. Nampaknya rancangan mereka berjalan lancar.

"Culik?"

Jowi dan Arju terdengar suara seorang wanita.

"Culik?"

Jowi dan Arju memandang wanita di hadapannya. Dia memakai topeng penutup mulut sahaja.

"Hei perempuan. Kalau kau nak jual maruah kau, bukan kat sini. Pergilah kat club sana, hahaha," Jowi mengejek.

Tiba-tiba Tsukiko melemparkan pisau kecilnya ke dahi Jowi. Jowi rebah. Arju yang memandang kepantasan wanita itu cepat-cepat mengeluarkan pisaunya lalu menyerang wanita tersebut.

Serangan Arju tidak mengena. Wanita itu berlari ke arah Jowi yang sudah rebah lalu mengambil pisaunya semula. Arju berundur untuk seketika.

"Siapa kau?!" jerit Arju.

"Tsukiko," jawab Tsukiko.

Arju berlari ke arah Tsukiko. Tsukiko hanya melemparkan pisaunya ke dahi Arju dan Arju rebah.

"Matilah dengan tenang," kata Tsukiko.

-Bersambung-

Share this novel

ctsyafinazz_
2021-10-09 12:40:52 

aih kompius

ctsyafinazz_
2021-10-09 12:40:40 

td yu, ni tsu.. so 2 ii la en .. adik kakak 2 ii same la enb

ctsyafinazz_
2021-10-09 12:40:20 

jap.. tsukiko ngan yukiko ni memang 2 ii psycho ek,


NovelPlus Premium

The best ads free experience