Bab 41

Romance Series 106380

"KAU ni memang tak puas dengan sorang lelaki je ke?" Haris menghamburkan amarahnya apabila melihat figura di depannya sedang bergurau senda dengan lelaki lain.

"Eh... Haris... you dah salah faham ni. Sebenarnya..." belum pun sempat figura itu menghabiskan kata-katanya, Haris segera memotong.

"Aku kecewa dengan kau. Selama ni, aku turutkan semua kehendak kau tapi ini balasan kau pada aku. Jangan kau tunjuk lagi muka kau depan aku." Haris terus berlalu meninggalkan mereka.

"You, sabarlah. Jangan macam ni." Maisara memujuk. Wajah Haris tidak lagi seceria tadi.

"Macam mana I nak sabar. Selama ni orang cakap, I tak pernah percaya. Tapi hari ni, I nampak dengan mata kepala I sendiri. Hati I hancur." Haris terduduk di bangku yang disediakan di mall itu.

Maisara mengusap belakang Haris. Kasihan pula dia melihat Haris begitu. Jelas terpancar riak kecewa di wajah Haris.

"Jom Haris. Kita pergi tempat lain." Maisara terus memaut tangan Haris untuk beredar. Haris hanya menurut tanpa kata.

Mereka bergerak ke restoran yang berhampiran. Wajah Haris terlalu sungul. Kecewa yang tak mampu digambarkan.

"I akan buat hidup dia merana. Tak kira dengan apa cara sekalipun." Haris akhirnya melepaskan apa yang terbuku di hati. Maisara tersentak.

"Apa you cakap ni? Tak baik cakap macam tu." Maisara memujuk. Cuba meredakan kemarahan Haris.

"No! I nekad. I akan musnahkan hidup dia lepas apa yang dia buat pada I." Haris bertegas.

"Kita minum dulu. Bagi reda marah you tu, okey. Nanti baru kita sembang pasal ni." Maisara cuba memujuk lagi. Haris tarik muka. Tak puas hati bila Maisara seakan tidak menyebelahinya.

"You janganlah macam ni. I janji akan tolong you. Tapi kita minum dulu, okey?" Maisara mengukir janji. Wajah Haris berubah ceria.

"Betul ni? You janji nak tolong I musnahkan hidup dia?" Tangan Maisara digenggam erat. Maisara mengangguk lantas mengukir senyum. Haris rasa bahagia.

HARIS mengukir senyum sebaik saja dia melihat Juwita di depan pintu pejabat.

"Amboi, lebarnya senyum." Juwita mengusik.

"Eh... mestilah. I dapat apa I nak." Juwita jungkit kening. Cuba mencerna apa yang ingin Haris sampaikan.

"By the way, papa panggil." Haris menyampaikan pesanan papanya. Majlis makan malam akan diadakan malam ini. Segala persiapan telah dibuat.

Staff sudah mula tertanya-tanya siapa CEO baru yang akan dilantik. Rata-rata beranggapan Haris bakal menggantikan Tuan Mansur kerana Haris satu-satunya waris yang Tuan Mansur ada.

Haris tahu pada asalnya perlantikan Juwita sebagai CEO syarikat mendapat tentangan hampir dari separuh ahli lembaga pengarah. Namun kerana kewibawaan Juwita yang tak mampu mereka sangkal, akhirnya mereka akur dengan keputusan Tuan Mansur.

"Aku takutlah, Haris." Juwita melangkah tenang menuju ke bilik Tuan Mansur. Namun langkah yang tenang, tidak setenang hatinya.

Hatinya bergolak hebat. Debaran yang tak mampu diluahkan. Melangkah masuk ke dalam bilik Tuan Mansur sedikit pun tidak mampu menenangkan hati Juwita.

Tersenyum Tuan Mansur saat melihat wajah Juwita. Dari raut wajah Juwita, dia tahu betapa Juwita tidak tenang.

"Ju dah siap untuk malam ni?" Sengaja Tuan Mansur menduga.

"Ju takutlah tuan." Haris ketawa mendengar jawapan Juwita.

"Kau apahal gelak?" soal Juwita geram. Mahu saja dicubit peha Haris.

"Tengok tu. Dah nak gantikan tempat papa pun, panggil tuan lagi." Haris tepuk dahi. Susah benar mengubah prinsip Juwita. Apalah susah sangat nak panggil uncle.

"Yelah. Ni kan office. Mana boleh panggil uncle." Tegas Juwita. Tersenyum Tuan Mansur.

"Sudah tu. Jangan gaduh. Papa kahwinkan nanti baru tahu." Sengaja Tuan Mansur mengusik walaupun dia tahu perkara itu tak mungkin terjadi.

"What? Oh wait. No pa. Please don't." Tegas Haris. Juwita tersengih.

"Dah kamu asyik nak kacau Ju je. Siapa suruh?" balas Tuan Mansur tenang. Haris ketawa.

"Okey sudah. Malam ni jangan lewat tau. Kita jumpa malam ni ye." Akhirnya Tuan Mansur memutuskan perbualan mereka. Lain yang nak ditanya, lain pula yang berlaku.

Haris dan Juwita angguk faham sebelum beredar keluar.

"Aku pergi dengan kau tau. Jangan menggatal nak tinggalkan aku. Kau tahu kan aku tak biasa dengan majlis-majlis macam ni." Juwita mengharap pengertian Haris.

"Eh... bukan Zai ke jemput kau nanti?" soal Haris terkejut. Sangkaannya Juwita akan datang bersama Haris.

"Huh? Mana ada Lan cakap nak jemput aku. Entah perempuan mana dia bawa pun aku tak tahu. Kau ada janji dengan sesiapa ke?" soal Juwita serba salah.

"Eh... tak adalah. Takpe. Kalau kau tak datang dengan Zai. Aku bawa kau." Haris tersenyum manis. Bahu Juwita dipeluk erat. Juwita sekadar tersengih.

Haris ni memang tak tahu malu. Dekat pejabat pun nak layan dia macam budak-budak. Kadang-kadang rimas juga tapi bila mengenangkan Haris sanggup menjadi body guard tak berbayar dia, dia ikutkan je rentak Haris.

"Err... nak tanya sikit. Kau memang tak ada girlfriend ke?" soal Juwita tiba-tiba. Haris jungkit kening. Tak menyangka itu soalan yang akan diterima dari Juwita.

"Adalah. Tengah study lagi. Jadi, aku jarang jumpa dia melainkan dia balik sini.

"Siapa?" soal Juwita tak sabar. Haris hanya tersenyum.

"Adalah. Nanti dia balik sini, aku kenalkan korang. Okey?" Juwita tarik muncung. Tu pun susah nak bagitahu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience