Bab 41

Romance Completed 42735

Kejadian tembak menembak mula berlaku.

Ishtar sudah dipaksa masuk ke dalam bilik oleh Shark.

"Tolonglah lepaskan saya.Eidlan dalam bahaya"Ishtar menangis.

Walaupun dia agak sedikit terkejut apabila melihat Eidlam memegang pistol sebentar tadi,hati dia tetap berasa takut dengan keselamatan Eidlan.

"Saya nak tolong dia"Ishtar merayu.

"Tak boleh puan.Minta maaf kalau saya cakap macam ni,tapi yang boleh saya beritahu,puan sebenarnya akan menyusahkan lagi tuan Eidlan"ujar Shark.

"Saya minta maaf.Ini arahan dari tuan.Saya minta puan bertenang,rehatkan diri"

"Saya tahu tuan akan selamat.Dan itu janji saya dekat puan.Saya akan tolong tuan Eidlan walaupun saya sendiri yang akan cedera"

"Saya pergi dulu"Shark akhirnya pergi dari situ meninggalkan Ishtar yang masih menangis.

"Ya Allah,kau selamatkanlah seluruh ahli suamiku.Biarlah mereka selamat"

"Aku tidak sanggup untuk merasai kehilangan buat kali ketiga"

************************************

"Kau akan mati,Drake"ujar Eidlan sambil membalas tembakan dari anak buah Drake,termasuk Drake sendiri.

"Tak aku takkan biarkan"Drake masih menembak ke arah Eidlan.

Masing-masing mulai menembak sesama sendiri.Sedikit demi sedikit,anak buah Drake tumbang.

"Arghhhhh"Drake terus melepaskan tembakan ke arah perut dan paha Eidlan,dan...

MENGENA.

"Erghh"Eidlan memegang perutnya yang sudah mengalirkan darah.Pedih mula terasa di paha dan perutnya.

"Tuan!"Shark terus menembak kesemua anak buah Drake sehingga tumbang dan hanya tersisa Drake seorang.

"Kenapa kau tembak tuan aku,bodoh?"soal Shark sambil memegang kolar baju Drake.

"Kau memang bodoh"Shark terus menumbuk muka Drake sehingga dia jatuh.

Shark terus-menerus menumbuk Drake sehingga Drake nyawa-nyawa ikan.

"Jangan Shark"ujar Alif memberhentikan Shark daripada meneruskan perbuatannya.

"Kita uruskan dia dekat bilik nanti"

"Yang penting kita kena uruskan kesemua mayat-mayat atas jalan"

"Aman dah bawak tuan pergi hospital.Kau tolong dulu aku"

"Kau memang bangsat.Kau kena ingat.Hidup kau tak lama"ujar Shark sebelum menumbuk perut Drake buat kali terakhir.

Alif terus membawa Drake ke bilik bawah tanah di sebelah rumah Eidlan.

Kawasan perumahan di situ kesemuanya adalah milik Eidlan.

Jadi kesemua anak buahnya tinggal di situ.

"Korang semua tolong aku kemas semua ni.Mayat ni kita akan letakkan dekat kawasan mereka semula"ujar Shark kepada rakan-rakannya yang lain.

"Baik"mereka mula bekerjasama menyelesaikan kesemua mayat itu ke dalam van.

************************************

"Mak"ujar Ishtar.

"Assalamualaikum,Is anak Mak"

"Waalaikumussalam,mak.Ishtar rindu dengan mak"Ishtar memeluk Mak Piah.

"Mak pun rindukan Is"

"Alhamdulillah,mak bahagia bila kamu dah mula terima Eidlan.Mak tahu kamu sedih sebab hari bahagia kamu jadi seperti ni"

"Ishtar penat mak.Is takut.Is takut kehilangan dia"ujar Ishtar membuatkan Mak Piah tersenyum.

"Tapi kenapa mak?Kenapa Is rasa macam tu?"

"Is....kamu sebenarnya dah mula terima perkara yang sebenar.Allah dah gerakkan hati kamu supaya mula menerima Eidlan"

"Is,waktu dah semakin singkat.Kamu perlu bangun dari tidur.Mak harap kamu tak sia-siakan peluang yang ada  untuk hargai dia"

"Mak pergi dulu"

Bayangan Mak Piah berlalu pergi dengan perlahan-lahan.Ishtar terjaga dari tidurnya.

Dia sebenarnya terlelap di pintu bilik akibat kepenatan.

Dia terus bangun dan kemudiannya mengambil tuala dan melangkah masuk ke dalam bilik air.

Buat seketika dia mandi bagi membersihkan dirinya.Tidak lupa juga dia mengambil air wudhu.

Baru dia melangkah keluar dari bilik,kedengan pintu biliknya diketuk beberapa kali.

Dengan pantas dia menyarungkan tudungnya dan membuka pintu.Baru dia perasan bahawa tiada lagi bunyi tembakan berlaku di bawah.

"Eh,Erdy.Abang awak macam mana?"

"Dia ok kan?"

"Ermmm,akak.Erdy nak ajak siapkan baju untuk abang.Letakkan beberapa helai di dalam beg"

"Kenapa?"

"Jangan cakap....."tiba-tiba dia merasa tidak sedap hati.

"Ya kak.Abang masuk hospital.Dia kena tembak di bahagian perut dan paha"ujar Erdy.

"Allahuakbar"Ishtar terus mengangkat dadanya yang berdegup kencang.

"Akak kena sabar"ujar Erdy.

"Awak boleh tunggu akak dekat bawah,sekejap lagi akak turun"

"Boleh akak"Erdy terus berlalu pergi.

"Allahuakbar"perlahan air matanya jatuh mengalir.

Buat seketika,dia menenangkan diri.Telekung kemudiannya diambil,dipakai dan dia terus menunaikan solat.

Setelah usai,dia terus mengambil kesemua baju Eidlan dan memasukkannya ke dalam beg.

Dan dia terus menyiapkan dirinya dan keluar dari bilik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience