BAB 5

Romance Completed 67139

     "IRSYAD, mana Aiden?" soal Dani yang baru tiba di rumah agam milik Aiden. Matanya melilau ke seluruh pelusuk rumah mencari kelibat Aiden. Mahukan jawapan daripada lelaki itu tentang kejadian semalam.

Beberapa orang anak buah Aiden yang turut berada di situ menunduk tanda hormat apabila menyedari kehadiran Dani. Dani mengangguk kecil sebagai balasan.

"Kau nak apa? Dia sibuk. Lagi-lagi lepas kau tarik diri." Dingin sahaja balasan daripada Irsyad. Malah kata-kata itu dilontarkan tanpa memandang wajah Dani. Seolah cuba memperli tindakan Dani yang mengambil keputusan untuk menarik diri.

"Aku tahu kau follow aku dengan Adara semalam." Balas Dani tanpa mengendahkan kata-kata Irsyad sebentar tadi. Dia menyilangkan tangan ke dada. Irsyad mengalihkan pandangan kepada Dani pada akhirnya.

"Baguslah kau tahu." Tenang Irsyad membalas. Langsung tidak terkejut apabila mengetahui tindakannya semalam diketahui oleh Dani.

"Kenapa? Apa motif kau follow aku dengan Adara sebenarnya?" Soal Dani masih tidak berpuas hati dengan jawapan Irsyad. Kakinya melangkah ke hadapan cuba mendekati Irsyad.

"Sebab dia cuma ikut arahan aku."

Suara garau seseorang membuatkan mereka berdua menoleh ke arah suara itu. Kelihatan Aiden sedang bersandar di pintu dengan tangan diselukkan ke dalam seluar.

Pandangan mata Aiden bertembung dengan Dani. Keadaan berubah tegang serta-merta. Irsyad berdehem perlahan sebelum pergi dari situ. Pemergian Irsyad dihantar dengan pandangan daripada Aiden.

Sementara, Dani tidak lepas memandang ke arah Aiden yang masih kelihatan tenang. Dia cuba membaca apa yang berada di fikiran Aiden tetapi tak berjaya.

"Kenapa kau arah Irsyad follow aku? Especially why Adara sekali?" Soal Dani terus terang. Tak mahu membuang masa di situ lagi. Kalau boleh dia memang takkan jejakkan kaki di situ.

Aiden mengalihkan pandangan ke arah Dani semula. Sudah tahu perkara itu yang akan dibangkitkan oleh orang kepercayaannya itu. Wajahnya mempamerkan riak muka tidak bersalah.

"Because... Why not?" Ringkas sahaja balasan Aiden. Menunjukkan dia langsung tak berminat untuk meneruskan perbualan ini. Dia berjalan melepasi Dani tanpa berkata apa-apa lagi.

"Aiden, stop. We need to talk." ucap Dani dengan serius. Dia mengekori langkah Aiden menuju ke dalam bilik mesyuarat mereka.

"Tak ada apa yang nak dibincangkan lagi. Melainkan kalau kau nak join aku balik," Aiden melabuhkan punggung diatas kerusi. Beberapa fail yang berada diatas meja dipandang oleh Aiden. Dia mula bekerja tanpa menghiraukan kehadiran Dani di situ.

Dani menghela nafas berat. Pandangannya masih terarah pada Aiden. Sekilas pandangannya jatuh pada fail-fail yang berada di situ. Sebaris nama Adara pada salah satu fail itu membuatkan dia panas hati.

Tanpa amaran, fail tersebut sudah berada dalam pegangan Dani. Dia pantas memeriksa kandungan fail tersebut yang dipenuhi dengan segala maklumat tentang bakal tunangnya, Adara. Anak matanya membulat tanda terkejut.

"Apa yang kau nak buat dengan Adara, Aiden!"   Suara lantang Dani memenuhi ruangan bilik mesyuarat peribadi tersebut. Fail tadi dicampak betul-betul dihadapan Aiden.

Serta-merta, Aiden menghentikan tindakannya. Riak wajahnya kosong. Kini, dia bangkit berdiri. Matanya menjeling tajam ke arah Dani.

"Watch your tone. I'm the one in charge here." Keras nada suara Aiden mengingatkan Dani tentang siapa yang lebih kuasa di situ. Pandangan mereka bertembung.

Dani tersenyum sinis apabila mendengar kata-kata Aiden. Tak semena-mena, kolar baju Aiden ditarik oleh Dani. Tubuh Aiden dihentakkan pada dinding dengan kuat.

"I don't care who's the one in charge. Aku tak kerja untuk kau lagi, Aiden. Now let me tell you one thing. Stay. Away. From. Adara. Jangan libatkan dia dalam hal ni." Ugut Dani mengetatkan pegangan pada kolar baju Aiden.

Aiden melepaskan tawa sinis mendengar ugutan daripada Dani. Langsung tak terkesan dengan ugutan tersebut. Tak lama kemudian, terukir senyuman mengejek di wajah Aiden. Dia mendekatkan mulutnya pada telinga Dani mahu membisikkan sesuatu.

"Too bad, kau sendiri yang libatkan Adara dalam hal ni sejak kau putuskan untuk tarik diri, Dani. Kalau kau nak salahkan sesiapa, salahkan diri kau sendiri."

Dani mengetap gigi. Belum sempat dia mahu melakukan apa-apa, Aiden sudah berjaya melepaskan diri. Dani mendecit tanda geram.

"Salah ke aku nak tarik diri? Aku nak berubah. Aku nak cuci tangan. Susah sangat ke kau nak faham Aiden," keluh Dani mengendurkan suara. Pandangan matanya terarah pada belakang badan Aiden yang kini membelakanginya.

"Kau ingat dengan tarik diri kau boleh bahagia dengan Adara? Macam tu? Kau tak boleh tarik diri melainkan kau mati, Dani! Kau sendiri tahu pasal ni." Kini giliran Aiden yang meninggikan suara. Dia menoleh ke arah Dani dengan riak wajah yang serius. Tidak lagi mengukir senyuman sinis ataupun mengejek seperti tadi.

"Jadi kenapa? Kenapa kalau aku mati? Ini keputusan aku. Aku tahu semua akibat dia. Aku sanggup ambik risiko. Kau dengan aku boleh keluar dari sini, Aiden. Aku tahu kau nak. Ikut aku. Aku janji aku tolong kau cari Aunt Rossa."

Dani melangkah setapak ke arah Aiden. Mengharapkan Aiden menerima pelawaannya sebentar tadi. Malangnya, Aiden mengambil setapak langkah ke belakang.

"Stop. Don't you ever libatkan mama aku dalam masalah kau, Dani." Aiden memberi amaran keras. Tak suka apabila isu ibu kandungnya itu dibangkitkan. Dia meraup wajah dengan kasar sebelum meneruskan kata-katanya.

"You know what? Fine, buat apa kau nak buat. Tapi aku bagi kau dua pilihan. First, tarik diri and Adara mati. Or second, tinggalkan Adara so she can live and kau join aku semula. Choose wisely. Keputusan ada dekat tangan kau. Be grateful papa aku doesn't know anything about this yet. Now leave."

Itu sahaja kata-kata terakhir yang dilontarkan oleh Aiden kepada Dani sebelum dia melangkah pergi dari situ. Dani melepaskan keluhan. Akhirnya, dia juga melangkah pergi dari situ dengan langkah berat.

"Apa aku nak buat sekarang?"

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

       "WEI, Ara mana Iqbalnya? Kata pukul berapa, sampainya pukul berapa dah ni." Rungut Adila tak senang duduk. Dari tadi dia ke hulur hilir menunggu si Iqbal. Harap muka je hensem Iqbal tu tapi kalau tak punctual memang dah lama kena reject dengan Adila.

Nasiblah Iqbal tu bakal tunang Adara bukannya Adila. Ghisau kadang.

"Ermmm, Iqbal tak dapat joinlah Dila. Ada urusan penting dekat office. Kau teman aku boleh kan? Kan? " Pinta Adara dengan muka yang sengaja dibuat-buat comel. Baru tadi dia dapat pesanan mesej daripada Iqbal sebenarnya.

Dia cuba menyembunyikan rasa kecewa apabila Iqbal tak dapat menyertai mereka berdua hari ini. Bibirnya mengukir senyuman nipis.

"Hah? Urusan penting? Yelah yelah aku teman kau. Alololo sian dia ya. Meh sini." Pujuk Dila mendapatkan Adara dengan segera. Dia tak nak tengok muka Adara yang masam mencuka.

"Thank you, Dila. Aku tak tau apa aku nak buat kalau kau tak ada tau." Gumam Adara perlahan. Dia memeluk erat tubuh Adila.

"Halah kau ni. Aku kan kawan kau. Kawan mana tak tolong kawan dia time susah kan? Dah jom kita pergi barang cepat. Nanti pesan dekat Iqbal tu, kalau dia tak datang hari ni tak apa. Tapi kalau dia tak datang masa kau berdua bertunang esok, jangan harap aku bagi kau jumpa dia lagi. Faham?" Adila meleraikan pelukan. Adara hanya mengangguk tanda faham sambil tersengih kerang.

"Ya, Dila. Nanti aku sampaikan ya pesanan khidmat masyarakat kau tu ya. Janganlah pulak mulut kau masin pasal Iqbal tak datang esok." Sambung Adara pula. Dia masih tersenyum kerana tahu Iqbal takkan melakukan perkara sebegitu.

"Eh jangan risaulah. Mulut aku ni manis. Bukannya masin. Takkan kau tak kenal Iqbal. Takkanlah dia nak buat macam tu kan." Adila cuba mengusik. Bibir sudah tersenyum nakal.

"Ya... Aku kenal Iqbal tu macam mana Dila. Dah la jom la cepat tolong aku beli barang ni. Nanti kesian pulak tunang aku tu tak ada hantaran sebab kau ajak sembang dari tadi ni." Adara menukar topik.  Bukan dia tak tahu Adila tu nak kenakan dia.

"Yelah, jom cepat. Iqbal jelah yang kau kesian. Yang aku ni kena teman kau bukan nak kesian pun. Tak apa, tak apa, kata kawan." Jeling Adila yang sudah berjalan laju ke depan meninggalkan Adara.

Adara mengeleng kepala. Dia hampir terlupa perangai drama queen Adila tu kadang. Kalah Diva AA kalau nak ditandingkan dengan  seorang Adila Qayrina ni.

"Dila! Tunggulah aku!" Panggil Adara cuba mendapatkan Adila yang sudah jauh ke hadapan. Dia mengerutkan dahi apabila melihat Adila yang seperti terganggu dengan sesuatu.

"Kau kenapa ni Dila?" Tegur Adara pelik. Tadi elok je ni dah kenapa macam nampak hantu.

"Wei Ara, kau tak perasan ke macam ada orang ikut kita hah? Tu nampak tak kat hujung sana tu ada lelaki pakai baju hitam dengan cap hitam." Bisik Adila perlahan sambil memuncungkan mulut ke suatu sudut di dalam mall tersebut.

"Hah? Mana?" Laju saja Adara menoleh kepala ke arah yang ditunjukkan oleh Adila tadi. Matanya diliarkan ke sekeliling cuba mencari gerangan yang dikatakan oleh Adila tetapi tiada siapa di situ.

"Tak ada pun. Kau sengaja kan." Rungut Adara. Adila mengeleng kepala tanda menafikan. Dia meliarkan pandangan semula ke arah tadi.

"Tapi betul tadi ada orang dekat situ. Takkan aku salah tengok kot. Mata aku ni elok lagilah." Bidas Adila tak puas hati. Mana pulak lelaki tadi haih.

"Perasaan kau je kot. Dah jom. Nanti aku belanja kau makan. Nak?" Umpan Adara tak mahu Adila memikirkan perkara itu lagi. Tak pasal-pasal masa mereka dibazirkan begitu sahaja.

"Tapi- tapi... Yelah. Jom." Adila mengalah juga pada akhirnya. Walaupun sebenarnya perasaan ingin tahu itu masih kuat di dalam diri. Lagipun, dia memang betul-betul yakin ada seorang lelaki yang berpakaian serba hitam berada disitu tadi.

Takkan hilang macam tu je kan? Hah sudah takkan hantu pulak muncul pagi pagi buta ni. Nak kata saka, Adara dengan dia tak ada pula membela.

Soalnya sekarang, saka siapa tu sebenarnya?

"Oi, kau fikir apalagi tu Dila! Sinilah cepat. Budak ni kan." Panggil Adara yang sudah masuk ke dalam kedai pakaian di situ. Riak muka menyampah terpamer di wajah cantik milik Adara.

"Berangan pun tak boleh!" Balas Adila kembali. Dia segera masuk ke dalam kedai tersebut seperti yang disuruh oleh Adara tadi. Tak masuk kang kena bebel lagi.

Sementara itu, Irsyad membetulkan cap hitam yang dipakai. Kedudukannya yang agak tersorok daripada pandangan dua rakan itu membolehkan dia untuk meneruskan kerjanya  dengan mudah.

Kecuali apabila dia hampir tertangkap oleh mereka berdua tadi. Mujurlah dia sempat menyorok daripada pandangan Adara dengan segera. Lantas, sebuah kamera dikeluarkan untuk mengambil gambar Adara sebagai laporan.

Laporan yang akan diserahkan kepada Aiden. Beberapa keping gambar Adara yang telah diambil segera dihantar kepada Aiden tanpa membuang masa. Sebuah pesanan teks ringkas turut disertakan bersama. Irsyad kembali bersedia di posisinya semula.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Ha, dah balik dah?" Tanya Nek Kalsum lalu menjemput Adara dan Adila masuk ke dalam rumah. Adara tersenyum manis walaupun penat membeli-belah seharian.

"Iya nek. Nenek dah makan ke?" Tanya Adara pula. Dia meletakkan barang-barang yang dibeli tadi ke dalam bilik terlebih dahulu sebelum menyertai Nek Kalsum dan Adila di ruang tamu.

"Kalau belum, Dila dengan Ara boleh masakkan. Lagipun Dila cadang nak tidur sini malam ni boleh kan nek?" Tanya Adila manja. Tahu Nek Kalsum takkan menolak kerana sudah mengganggap Adila seperti cucunya sendiri.

"Ish kamu ni Dila. Tidurlah berapa hari pun yang kamu nak. Nek tak kisah. Nek dah makan tadi. Jangan risaulah pasal nenek. Kamu berdua tu pergi rehat. Penat kan tadi. Lagi-lagi Ara ni. Pergi tidur cepat. Esok nak bertunang kan. Ke tak nak?" Nek Kalsum bercekak pinggang. Kepalanya digelengkan perlahan. Apa nak jadilah dengan cucu dia seorang ni.

"Padan muka." Ejek Adila perlahan kepada Adara sebelum melarikan diri masuk ke dalam bilik. Dia tersengih kerang seronok melihat Adara menderita sendirian. Adara menjulingkan mata tanda menyampah.

Tunggu kau!

"Ha ni kenapa tercegat lagi dekat sini Ara. Pergilah masuk bilik rehat. Ke memang tak nak bertunang dengan Iqbal esok ni?" Tanya Nek Kalsum tak puas hati. Suruh rehat pun susah. Ini yang jadi tunang orang esok hari? Sakit kepala Nek Kalsum dibuatnya.

"Ya nek. Ara nak masuk biliklah ni. Nenek nak Ara tolong apa-apa ke? Mana tahu ada yang Ara boleh tolong kan. Ara tak nak nek penat." Pelawa Adara sambil tersenyum simpul. Bukan apa tapi dia tak nak majlis pertunangan dia dengan Iqbal menyusahkan Nek Kalsum. Cukuplah dia saja yang penat.

"Tak ada apa dah. Semua dah siap. Dah pergi rehat." Nek Kalsum menepuk lembut bahu cucunya. Dia tahu Adara selalu mengambil berat tentang dirinya. Memandangkan dialah satu-satunya orang yang membesarkan Adara sejak pemergian ibu bapanya.

Adara mengangguk kecil. Tak mahu membantah lagi. Dia menghadiahkan sebuah ciuman pada pipi Nek Kalsum. Tubuh Nek Kalsum juga sempat dipeluk sebelum dia masuk ke dalam bilik. Sudah menjadi kebiasaan dia melakukan perkara itu sebelum tidur.

"Urgh, penatnya." Keluh Adara perlahan. Tubuhnya dihempaskan diatas tilam katilnya yang empuk. Tudung yang dipakai sudah selamat berada di dalam bakul pakaian kotor di dalam biliknya.

Anak matanya mengerling ke arah sepasang baju kurung moden berwarna merah jambu yang tergantung di luar almarinya. Bibirnya naik mengukir senyuman. Dia tersenyum sendiri mengingatkan bahawa pakaian itu yang dipakai pada esok hari.

Matanya dipejam mahu berehat untuk seketika sebelum membersihkan diri. Malangnya niatnya itu terbatal apabila telefon pintar Samsung miliknya mula berdering mahu diangkat.

Adara meraup muka tanda tak puas hati. Dalam nak tak nak, tangannya meraba-raba ke dalam beg tangannya yang berada disisi katil mencari telefon yang masih tak henti berbunyi dari tadi.

"Siapa pulak ni yang call? Kalau Dila yang mengada memang kena dia." Gumam Adara dalam geram. Mana pulak telefon ni tak jumpa-jumpa?

Tak lama kemudian, Adara berjaya juga menemukan telefon pintarnya yang jauh terseluk ke dalam beg tangannya. Dia segera melihat nama pemanggil sebelum menjawab panggilan tersebut tanpa membuang masa lagi.

Mana taknya, bakal tunang tersayang yang call  dari tadi rupanya.

"Hello?" Suara Iqbal mula kedengaran dari corong telefon. Adara menahan senyum yang cuba terukir di wajah hanya dengan mendengar suara milik Iqbal itu. Terasa hilang penat berjalan seharian.

"Ya awak. Kenapa call?" Tanya Adara ingin tahu. Dia kembali merebahkan diri di atas katil bersama telefon yang ditekap pada telinga.

"Saja. Rindu nak dengar suara awak. Awak okay? Penat ke? Sorry tak dapat teman awak hari ni." Ucap Iqbal tak dapat menyembunyikan rasa kesalnya. Dia menundukkan wajah tanda kecewa walaupun dia tahu Adara tak dapat melihatnya.

"Awak, saya faham. Don't be sorry. Saya okay. Jangan risau hmmm. Kerja awak pulak macam mana? Okay?" Pujuk Adara cuba menukar topik. Tak mahu Iqbal bersedih hanya kerana perkara kecil.

Tanpa Adara sedari, perkara itu membuatkan Iqbal teringat semula tentang perbualan dirinya dengan Aiden sebelum ini. Iqbal melepaskan keluhan berat dalam diam.

"Awak? Awak okay?" Tanya Adara mahukan kepastian. Risau apabila tiada balasan daripada Iqbal. Dia ada tersalah cakap ke?

"Saya okay. Maybe penat sikit kot. Jangan risau." Iqbal cuba menyakinkan Adara. Walaupun keadaan sebenarnya langsung tak seperti yang dikatakan.

"Oh okay. Tak apalah kalau awak cakap macam tu. Tapi awak tahu kan kalau awak nak cakap apa-apa, saya ada." Adara mengingatkan semula. Tak mahu Iqbal memendam perasaan sendirian.

"I know, love. I know. Thank you." Iqbal tersenyum nipis. Tenang hatinya mendengar kata-kata Adara. Dia menghela nafas lega.

"Most welcome, take a nice rest tau. Jumpa awak esok. Goodnight, Iqbal." Adara mengambil keputusan untuk memutuskan panggilan. Mahu memberikan ruang kepada Iqbal sebenarnya.

"Awak..." Panggil Iqbal tiba-tiba membuatkan Adara tertanya-tanya.

"Ya, awak. Kenapa?" Balas Adara dengan rasa ingin tahu yang memuncak. Pelik dengan  Iqbal pada hari ini. 

"Saya sayang awak. Awak tahukan?" Ucap Iqbal perlahan. Adara mengeleng kepala sambil tersenyum. Ingatkan apalah tadi.

"Ya saya tahu, Iqbal Danial." Adara membalas kembali. Iqbal diam untuk seketika sebelum menyambung kata-katanya semula.

"And, I'm sorry for everything love." Adara mengerutkan dahi apabila mendengarkan kata-kata itu daripada Iqbal. Tak faham apa yang cuba dimaksudkan.

"Sorry untuk apa awak?" Tanya Adara. Tetapi, tiada balasan daripada Iqbal.

"Hello? Hello, Iqbal?" Tanya Adara sekali lagi. Kemudian, barulah dia sedar bahwa panggilan tersebut terputus kerana telefon pintarnya kehabisan bateri. Adara menepuk dahi.

Akhirnya, dia berputus asa. Telefon pintarnya tadi dicas sementara dia pergi membersihkan diri. Dia buntu.

Terlalu lama masa yang diambil untuk dia membuat keputusan. Dia mahukan yang terbaik untuk mereka berdua.

Mungkin itulah satu-satunya jalan penyelesaian untuk mereka? Iqbal termenung sendiri.

"Maafkan Iqbal, Ara."

Updated ! I will update every day at the same time, 8 a.m. Happy reading And stay tune ! Lots of love for readers <33 ftnfzyyy

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience