Bab 19 : Lembaga Putih

Adventure Completed 1375

BAB 19 - LEMBAGA PUTIH

Di Aras 3 (Musim Bunga)

“Apa?! Syaza pergi naik ke aras paling atas?” terbeliak mata Nik Akhil.

Terkesima dia apabila mendapati isterinya tiada di aras itu.

“Maafkan saya, wahai manusia. Saya gagal menunaikan janji saya,” sesal Gama.

“Tidak mengapa, Gama. Baiklah. Saya pun hendak ke aras atas. Nanti kawan-kawan saya datang, kamu tolong beritahu pada mereka ye,” pesan Nik Akhil.

“Baiklah. Saya janji yang saya akan memenuhi janji saya ini,” nekad Gama.

Tergelak kecil Nik Akhil. Tidak padan dengan saiz kecil ‘penjaga’ ini, namun hatinya sangat besar untuk membantu.

**********

Di Aras 4 (Musim Sejuk)

Ribut salji berlaku di aras empat. Namun, ia tidak menghalang gadis itu untuk mencari ‘penjaga’ di situ. Suasana ketika itu sangat gelap. Lebih gelap daripada aras satu.

Dengan kelebihan yang diberikan, dia dapat melihat di dalam keadaan itu.

Kakinya berhenti melangkah apabila tiba di sebuah pokok ru yang kurus dan tidak bermaya.

“Saya tahu yang kamu ialah Coolaf,” bersuara Siti Syazanah sambil mengusap batang pokok itu.

Sebelum ini, pokok ru di hadapannya sangat subur dan sihat. Kini, sebaliknya pula telah berlaku.

“Maafkan kami, Coolaf kerana lewat tiba di sini. Tapi, saya perlukan bantuan kamu, Coolaf. Pandanglah saya, Coolaf. Saya perlukan bantuan kamu untuk ceritakan segala-galanya pada saya,” merayu Siti Syazanah.

Kedutan pada batang pokok ru mula membentuk menjadi mata dan mulut.

“Saya tidak perlukan sesiapa. Semua hendak meninggalkan saya seorang diri,” kecewa Coolaf.

“Bukankah kami telah ‘membuat’ kawan-kawan kamu, Coolaf? Di manakah mereka sekarang?”

“Mereka telah pergi ke lubang pokok itu,” jawabnya sambil menunjuk ke arah rumah pokok menggunakan rantingnya.

Siti Syazanah yakin dengan tekaannya. Alam aneh menjadi huru-hara disebabkan oleh 3 orang salji yang telah dihasilkan oleh mereka berenam !

“Kenapa kamu tidak mengejar mereka, Coolaf?” duga Siti Syazanah.

“Saya tidak dibenarkan untuk mendekati pokok itu. Jika tidak, saya akan mati kerana pokok itu menjadi sumber utama kehidupan saya. Bukan saya sahaja, malah kepada semua ‘penjaga’ di setiap musim,” jujur Coolaf.

Terbeliak mata Siti Syazanah. Bila difikirkan semula, hanya kawasan rumah pokok itu sahaja yang tidak menerima salji. Malah, tiada langsung bunga yang tumbuh di kawasan tersebut ketika dia berada di aras 3.

‘Adakah pokok itu ialah ‘king of guardian’?’ fikirnya.

“Baiklah. Terima kasih Coolaf kerana menceritakan semuanya pada saya. Saya perlu berjumpa dengan kawan-kawan kamu supaya kamu dapat kembali bermain dengan mereka. Jumpa lagi,” ceria wajah gadis itu.

Coolaf hanya memandang manusia itu berlari ke arah rumah pokok. Ternyata, dirinya turut dipinggirkan oleh manusia. Coolaf kecewa.

Tiba di hadapan rumah pokok, Siti Syazanah terus mengelilingi pokok tersebut. betul tekaannya. Tiada salji yang meliputi di situ.

“Eh? Apa ni?” terhenti langkah Siti Syazanah apabila ternampak tanah yang berwarna ganjil.

Tangannya menyentuh tanah itu.

“Sejuk!” dia terus menarik tangannya semula.

“Macam mana tanah ini boleh sejuk? Bukankah salji tidak boleh mendekati rumah ini?” pelik gadis itu.

Dia menoleh memandang kiri dan kanannya. Ketika itu, dia berada di belakang pokok bertentangan dengan lubang masuk rumah pokok.

“Eh?” sesuatu terjatuh dari atas kepalanya yang ditutup dengan tudung.

Segera kepalanya didongakkan memandang ke atas. Dia dapat melihat sesuatu bergerak di atas pokok tersebut. Dengan suasana yang samar-samar, menyukarkan Siti Syazanah melihat dalam keadaan itu.

Dia meletakkan beg galasnya berdekatan dengan lubang masuk rumah pokok. Kemudian, hidung dan mulutnya diikat menggunakan kain tuala milik suaminya sebagai langkah berjaga-jaga.

Beberapa alatan dikeluarkan dari beg galasnya. Dia nekad untuk memanjat pokok di hadapannya. Dengan berhati-hati, dia memanjat pokok tersebut.

“Hah…hah..,” tercunggap-cunggap Siti Syazanah.

Walaupun dia kepenatan, namun dia masih meneruskan perbuatannya. Ketinggian pokok itu berkali ganda dengan ketinggiannya.

Selepas lama memanjat, akhirnya gadis cekal itu berjaya mencapai dahan. Dia duduk di atas dahan sambil meliar memandang di sekeliling dahan.

Tergamamnya apabila melihat tiga lembaga putih sedang merenung tajam ke arah. Siti Syazanah mula takut. Namun, dia cuba mengusir perasaannya ketika itu.

“Di sini rupa-rupanya kalian. Puas kami cari kalian tau. Jom kita turun sekarang. Mereka sedang tunggu kalian untuk bermain bersama-sama,” pujuk Siti Syazanah.

Salah satu lembaga putih itu mendekati Siti Syazanah sambil mendekatkan bunga yang berwarna merah tua ke arah tuala yang menutup hidung dan mulut gadis itu.

Siti Syazanah dapat melihat dengan jelas rupa lembaga putih di hadapannya. Lembaga itu merupakan orang salji yang telah dia dan yang lain cipta pada 5 tahun yang lepas.

“Wanginya bunga ini. Kamu hendak berikannya pada saya ke?” soalnya dengan mesra.

Tersentak orang-orang salji itu apabila melihat reaksi yang berbeza dengan apa yang pernah mereka lihat sebelum ini. Disebabkan geram, orang salji yang berada di hadapan terus menolak Siti Syazanah.

“Ah!”

“Plak!”

Lega Siti Syazanah apabila sempat berpaut pada dahan yang diduduknya sebentar tadi. Dia berusaha untuk naik semula. Tanpa diduga, orang-orang salji mendekati dirinya.

“Ka…kalian nak buat apa?” gugup Siti Syazanah.

Dengan senyuman sinis, orang salji itu memijak tangan Siti Syazanah.

“Sakitt…sejuk…,”

Akibat tidak mampu menahan kesakitan dan kesejukan, gadis itu terjatuh ke bawah selepas pautannya dilonggarkan.

‘Ya Allah!’

Dengan mata yang terpejam, Siti Syazanah berdoa di dalam hatinya.

“Tup!”

Pelik Siti Syazanah apabila tubuhnya tidak berasa sakit. Mata dibuka secara perlahan-lahan. Tersentaknya apabila dirinya mendarat di atas benda yang lembut.

“Kamu baik-baik saja ke, wahai manusia?” soal Coolaf.

Coolaf bertukar menjadi sesumpah gergasi iaitu rupa asalnya demi menyelamatkan Siti Syazanah. Gadis itu selamat mendarat di atas tubuhnya. Selepas melihat gadis itu berpaut di atas dahan, dia terus menukar bentuknya tanpa berfikir panjang.

“Terima kasih, Coolaf,” syukur Siti Syazanah sambil memegang perutnya.

Dia turun dari tubuh Coolaf secara berhati-hati.

“Tidak mengapa, wahai manusia. Maafkan saya kerana memarahi kamu tadi,” kesal Coolaf.

“Bukan salah kamu, Coolaf. Tapi, saya peliklah. Bukankah kamu tidak dibenarkan untuk mendekati pokok ini?”

“Saya terdengar suara ‘king of guardian’ bahawa ‘penjaga’ dibenarkan mendekati pokok ini tanpa mengeluarkan kuasanya,” terang Coolaf.

“Aduh!” kesakitan Siti Syazanah.

Dia melihat ‘benda’ yang dibaling ke arahnya. Ternyata, orang-orang salji itu kelihatan marah sambil membaling bola salji ke arahnya.

Siti Syazanah terus berdiri dan memulakan langkahnya untuk berlari. Namun, dia tersilap langkah. Dia tergelincir dan mula terjatuh ke hadapan.

‘Jangan!’ cemas Siti Syazanah.

Perutnya dipeluk erat.

“Dum!”

“Syaza, awak ok tak? Ada cedera mana-mana?” kedengaran suara yang dirinduinya.

Wajah terus diangkat memandang gerangan yang sempat menahan dirinya dari tersembam ke atas tanah.

“Abang..,” riak wajah ceria cuba dikawalnya.

“Bukan ke abang suruh duduk dengan Gama baik-baik? Ni kenapa boleh sampai sini? Sayang memang nak kena dengan abang ni,” geram Nik Akhil.

Nadanya masih dikawal agar tidak menyakiti gadis yang dicintainya.

“Maafkan Syaza, abang. Selepas mendapat tahu Syazalah yang menjadi punca alam aneh menjadi huru-hara, Syaza terus ke sini untuk menyelesaikan masalah ni. Syaza berasa bersalah kerana memberi cadangan untuk membuat orang-orang salji ini pada 5 tahun yang lepas,” luah Siti Syazanah.

Air matanya sudah mengalir dengan laju. Nik Akhil sudah mendakap isterinya.

“Bukan salah awak, Syaza. Malah, kami tidak pernah menyalahkan awak,”

Siti Syazanah terus memandang gerangan yang berdiri di belakang suaminya.

“Ed?” terkejut gadis itu.

“Kitakan sudah berjanji sejak 5 tahun yang lalu. Walau apa pun yang berlaku, kita berenam akan bertindak bersama-sama,” muncul pula Nur Halimah beserta Ismail Razak dan Tengku Ehsan.

“Korang..?” hilang kata-kata Siti Syazanah.

“Aduh! Mereka masih baling salji lagi ke?” kesakitan Nik Akhil apabila kepalanya dibaling dengan salji.

“Mari kita jauhi dari ‘mereka’ dulu,” arah Ismail Razak.

Selesai merawat ‘penjaga’, Mila dan Shahril menyuruh Tengku Ehsan, Ismail Razak dan Nur Halimah untuk naik ke aras paling atas untuk membantu Siti Syazanah. Lagipun, dia tahu bahawa Siti Syazanah sedang menyembunyikan sesuatu sepertimana dia menyembunyikan rahsia itu dari suaminya.

Seusai hilang kelibat Nik Akhil dan Ismail Razak, dia turut berasa tidak sedap hati apabila membiarkan sahabatnya seorang diri di aras empat. Oleh itu, dia turut mengikuti jejak Nik Akhil.

Di setiap aras, semua ‘penjaga’ berada berdekatan dengan rumah pokok tersebut. Mila dan Shahril masih berada di aras satu.

Selepas diberitahu bahawa isterinya mengandung, betapa terkejutnya Shahril. Oleh itu, dia melarang isterinya untuk berjuang sekali di aras empat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience