PERKENALAN..

True Story Series 34123

"Encik sila berhenti.." Sebuah kereta bmw berwarna hitam berhenti di tepi Syarif dan beberapa pegawai penguat kuasa jalan raya juga berdiri disi Syarif.

Selamat malam tuan..

Ya selamat malam.. boleh saya tengok ic dan liesen encik, "Hamdan kau tengok roadtax kereta ni" Tegas saja suara Syarif mengarah.

Baik Tuan.. Hamdan terus ke berjalan ke sisi cermin dan touchlight di nyalakan..

"Kad pengenalan dan liesen dihulur kepada Syarif"..

Encik ni dari mana kemana ni macam jauh je kalau tengokkan alamat encik ni.. Ni liesen terbang atau liesen betul?

"Terkedu lelaki itu bila ditanya begitu.."

Err... "ni liesen betul encik.. Sumpah"

Oh iya baiklah..! sila park kereta ke tepi dan beri kunci kereta kepada saya dengan segera..

Be..baik tuan.. kereta bmw mula diparking ke bahu jalan dan kunci kereta dibahagi kepada Syarif, liesen dan kad perkenalan dibawa bersama..

Shima tolong cek ic dan liesen ni..! arah Syarif tegas

Baik tuan.."

Beberapa kereta di parking ke bahu jalan.. semua disebabkan oleh Syarif! ia kembali ke tengah jalan dan beberapa pengawal juga di mengiringinya..

jam sudah berganjak ke 11.25 malam..

Aduhai JPJ lah pulak..!! apalah punya nasib harap-harap tak banyak songehlah pegawal malam ni.. amin.."

Kini kereta Suhada betul-betul ditepi Syarif..

Tok.. tok cermin kereta diketuk perlahan.

Cik.. sila buka cermin kereta dengan segera..! cermin kereta diketuk beberapa kali sebelum ia dibuka.

Cermin kereta dibuka sepenuhnya..

selamat malam tuan..

Ya selamat malam.. dari mana ni? Sila keluarkan Ic dan Liesen cik.."Ahmad tengokkan roadtax kereta ni macam budak bawah umur je ni" Sinis saja suaranya..

Liesen dan ic mula bertukar tangan

Aduh aku lupa nak tampal roadtax lagi.." Handfree masih ditelinga.

Kenapa cik ada masalah ke..? Syarif mendekati kereta itu dan ia menunduk seketika.

Tuan".. roadtax tak ada ni!.. Ahmad menghampiri Syarif

Syarif tercengang!

Sila parking kereta ketepi cik..!! bagi kunci kereta ni sekali..

Ape..?

Saya cakap kereta parking ke tepi..!

Haaa..?? eh alamak..! yeye saye parking tepi..

Syarif mula berangin tapi dipendam dahulu ia juga mengikuti kereta persona warna biru air laut itu ke bahu jalan.

Tuan.. saye lupe tampal je takkan kene parking tepi juga..?

Sila keluar dan bagi kunci kereta segera..

Suhada yang lagi pakai handfree terus keluar dari kereta dan ia membagikan kunci kereta kepada Syarif dengan sedikit kasar.

Riak wajah Syarif terus berubah bila ia melihat gadis itu memakai handfree semasa memandu..

Handfree ditarik dan ia menunjukkan kepada Suhada, walaupun dalam keadaan samar-samar lampu jalan ia mampu melihat dengan tajam.

Kenape tengok macam tu tak pernah tengok orang pakai handfree ke..? pelik!! Suhada memerhati kearah lain.

Huh.. awak siapa nak tanya saya macam tu!! Semasa ambil lesen haritu memang petugas bagi awak pakai benda ni ke.. dengan roadtax tak pasang apa semua ni awak ingat awak ada berapa nyawa huh..! Semakin keras suara Syarif

Beberapa pegawai disitu juga terkejut dengan suara lantang Syarif.

Tuan.. kenapa ni? Adnan menghampiri.

Tangan Syarif menghentikan pertanyaan itu dan kini ia mendekati gadis itu.

Adnan mula kecut perut bila Tuan Syarif bersuara lantang begitu.

Suhada terus berundur ke belakang sehingga mengena cermin kereta nya..

Syarif memasukkan liesen dan ic ke dalam poket bajunya dan ia menolak tubuh gadis itu ke tepi..

Eeii dia ni kan..! ingat aku beli kereta ni pakai duit dia..!!!! eeeii nak je aku seligi kepala otak dia ni tau.." Hatinya semakin panas dan panas..

Mana roadtax..? jangan ingat awak perempuan saya nak lepaskan macam tu je jangan haraplah!

Tuan ingat saye kisah ke dengan uniform tuan niha..? setakat saman saye pun bolehlah!..

Ya allah budak ni! aku buang juga liesen dia ni kang

Syarif mula berangin bila gadis itu melihat ke arah lain.. dan saat itu jugalah handfree ditarik ke dua-duanya hingga ia terjatuh didada Suhada.

Apa ni tuan..? dah tak betul gamaknya..! nak saye duduk sini berapa lama lagi..? tahu tak sekarang ni dah pukul berapa..Isteri tuan pun dah ke bulan tahu tak! kesal dengan pegawal seorang ini mahunya dicepuk-cepuk dahi lelaki itu..

Syarif sengeh nakal fikirannya berputar dengan ligat

Nak tak jadi isteri saya.. Dah ada boyfriend belum ni..?

Eee.. tolonglah saye ni tak minat dengan beruniform ni maaf sikit okey! not my testt... lagi satu tolong cepat sikit jangan lembab macam siput sangat boleh tak?

Syarif hampir ketawa dan cepat-cepat ia memakai speak hitam didepan gadis itu..

Ingat handsomelah tu..!!

"Oooh jujurnya.. baiklah kalau macam tu awak duduk jelah sini sampai kitorang habis kerja boleh kan.. lagipun awal lagi ni kan!

Tuan ingat tuan handsome ke hah!! Eeeii geram betullah dengan dia ni..

Syarif terus meninggalkan Suhada disitu..

Tuan! saye nak baliklah.. Tuan!!..

Tuan kenapa tu..? Adam mula bertanya bila gadis itu menghentak kakinya diatas rumput itu

Biarkan saya nak ajar dia erti etika jalan raya sikit..!!

Maksud tuan..?

Syarif memerhati kearah gadis itu lama..

Adam mula sengeh seperti ada tak kena dengan Tuan nya saat ini

Ramailah pulak memalam ni aku nak baliklah.. mak kakak nak balik mengantuk sesangat ni doakanlah kakak cepat balik mak.. Suhada terduduk di tepi keretanya.

Beberapa pegawal jpj menghampiri Suhada

Cikk.. kenapa masih disini..? Fahmi menghampiri

Erkk.. tuan macam mane saye nak balik Ic liesen dengan kunci kereta ade dekat mamat tinggi tuha..

Fahmi memandang kearah tuan Syarif yang masih berada ditengah jalan itu.

Fahmi terus kearah Syarif dan dibisik seketika

Seriuslah..! Syarif terus berjalan pantas ke arah gadis itu

Haih tuan kita sorang tu macam membuli je.. Adnan gelak mengekek.

Syarif bertinggung didepan Suhada ia memerhati raut wajah gadis itu lama..

Hmm dah lena rupanya cepat betul.. Tetiba bibirnya mengukir senyuman yang orang lain tak dapat teka apa maksud senyuman itu.

Cik adik bangun.. Kini wajahnya semakin mendekati gadis itu.

Sesaat..

Beberapa pegawai disitu hanya memerhati

Sayang bangunlah dah siang ni subuh dulu jom.. Syarif berbisik kepada Suhada

Hurmm mengantuklah.. tetiba matanya terbuka luas bila ada nafas lain di sisinya.

Ya allah.. errk maaf tuan.."

Syarif tergelak lucu bila gadis itu segera bangun dan menjauhkan diri darinya.

Aduh belakang aku calar kereta aduhaii..

Sempat Syarif menangkap percakapan gadis itu sendirian.

Sayang betul dengan kereta ni..! ada apa dekat dalam boleh saya tengok tak...?

Ya allah.. macam ni punye gaya lambatlah sampai ke rumah rasanya..

Syarif hanya senyum tanpa dilihat oleh gadis itu.

Tuan nak tengok tu tengoklah saye tak halang cuma jangan sentuh barang peribadi saye tu je faham tak..?

Huh... barang peribadi? dengar macam menarik boleh saya periksa barang peribadi awak tu..

Suhada menepuk dahi perlahan..

Hurm degil..! orang tak kasi itu juga dia nak tengok.

Boleh saya tengok apa yang peribadi sangat tu..?

Suhada membuka pintu kereta dan ia mengeluarkan beg sandangnya berwarna putih dan diletak diatas bonet kereta..

Tuan.. nak kami cek enjin kereta ni tak..? body...? Ahmad menghampiri

Syarif memberi isyarat dibelakang badannya mengatakan "tidak perlu" dan Ahmad terus berlalu pergi meninggalkan syarif disitu.

Cantik beg.. macam orang have-have, patutlah makeup body kereta ni lain macam ye..

Tuan nak tengok dekat dalam tu tengok jelah mana lah tahu ni last saye jumpa tuan kan..!

Syarif membuka speak hitamnya dan ia memerhati lama wajah gadis itu..

Kenapa awak dah tak sudi nak tengok saya berdiri ditepi jalan ni dah ke..? Syarif mula duduk dan tangannya disilang ke dada disebelah beg Suhada.

Cepat sikit tuan saye dah mengantuk ni.. jangan buang masa tuan dekat sini boleh tak?

Syarif tersenyum sendiri..

Baiklah.. saya akan cek full body kereta ni kemukinan ambil masa sejam atau dua jam, sementara tu cik rehat dekat khemah tu dulu..

Terima kasih tuan.. Suhada terus melangkah pergi dari situ.

Syarif terkedu bila gadis itu mengikuti kata-katanya...

Nanti.." Tangan Suhada ditarik oleh Syarif.

Saya akan cek lain kali tapi bukan malam ni.. sebab saya tahu dah lewat sangat ni biar saya tampal roadtax dulu.

Tak apelah tuan periksa jelah saye taknak nanti tuan kecewa sebab tak periksa habis-habis..

Perli saya ke apa niha..?

Tak perli pun dah kerja tuan kan..

Kalau dah tahu kerja saya macamni nak tak jadi isteri saya..?

Jangan nak memainlah tuan! tak lawak tau.. cepatlah atau saye balik sekarang!!

Syarif mengeleng kepala perlahan..

Kalau saya serius macam mana,..?

Hahaha.. tuan nak ke jadikan saya ni sebagai isteri tuan? tak takut ke kalau-kalau saya ni kaki kikis harta tuan.. kesian isteri tuan merana sebab saye..! cepatlah saye nak balik..

Syarif menarik tangan Suhada sehingga ke kereta..

Kikislah kalau berani..? saya cabar awak!! Syarif mula mempamirkan senyum sinis kepada Suhada.

Taknak..! Tak teringin pun dengan harta tuan.." Dada Syarif ditolak kasar.

Huh..!! penakut rupanya.. saya ingatkan cik ni terlampau berani sangat tapi bila diugut sikit terus mengigil..

Sekarang ni tuan nak cek kereta ni atau nak melamar saye ditepi jalan ni..? Suhada mengambil beg dan terus diletak didalam kereta.

Melamar.." Syarif terus mengeluarkan ic dan liesen berserta kunci kereta milik Suhada dan diletak ditelapak tangan gadis itu..

Huh gile..!! dan terima kasih sebab melamar saye ditepi jalan macamni tapi sayang saye tolak lamaran tu.. easy right..!! Suhada terus meninggalkan Syarif disitu sendirian.

Syarif tersenyum sendiri.. lakaran senyum dibibir gadis itu masih terbayang di otaknya yang lagi ligat memikirkan tentang gadis itu.

Pap...!!!

Ya allah.." apa aku dah buat ni..? perempuan tadi! arghh...!! tak guna betul kau ni Syarif.. kau lepaskan budak perempuan tu macam tu je..? Seriuslah!!.. ia menepuk dahi kuat sehingga beberapa pegawai disitu memerhati kearahnya lama..

Adnan Fahmi dan Ahmad tergelak bila melihat Syarif menepuk dahi sendiri.

Apa dah jadi daaa..." Ahmad bercakap sendiri.

Ulat bulu naik daon..." Fahmi sengeh panjang

BEGITULAH KISAHNYA...................................

Nakal tak perangai si Syarif ni..? (sudah diedit..)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience