11

Family Completed 11588

Tengah hari itu terpaksalah aisyah menunaikan arahan neneknya. Dia membawa tengku adi memancing ikan di parit di hadapan rumahnya.

“eh, kenapa ikan tak makan lagi umpan aku ni?” soal tengk uadi kepada aisyah. Aisyah yang sedang ralit memerhatikan kenderaan yang lalu lalang menoleh ke arah tengku adi.

“muka kau tak hensem kot. Tu yang ikan pun tak nak.”usik aisyah. Tawanya meletus apabila melihat muka tengk uadi yang masam mencuka. Tiba-tiba joran milik aisyah bergerak-gerak. Tanpa mennanti lama, aisyah terus menarik jorannya ke atas. Kelihatan seekor ikan sepat tersangkut di mata kailnya.

“aku dapat ikan. Kau bila lagi?” ejek aisyah kepada tengku adi. Tengk uadi Cuma merengus tidak puas hati. Tersenyum lebar aisyah dibuatnya.

“sudahlah,jomlah balik. Aku penat. Kau lama lagi ke, dkat sini adi?” soal aisyah kepada tengku adim sudah 3 jam mereka di tepi parit itu gara-gara tengku adi masih belum dapat seekor ikan pun.tengku adi menggeleng. Dia nekad, selagi belum dapat ikan selagi tulah dia tidak mahu pulang.

“adi, joran kau. Dia bergeraklah.” Ujar aisyah teruja. Tanpa menanti lama, joran tersebut terus ditarik. Kelihatan seekor ikan sepat dibawa naik oleh tengku adi. Kedua-dua mereka senyap seketika sbeelum menjerit keriangan.

“jom balik. Atok dengan nenek mesti suka ni.” Ajak tengku adi. Aisyah mneganggu ksetuju. Akhirnya program memancing ikan mereka berakhir drngan kejayaan.

Petang itu mereka semua pergi sungai pula. Bertambah suka tengku adi melihat air terjun yang cantik. Dia mengeluarkan telefonnya dan menangkap gambar air terjun tersebut. Segar dan damai dapat dirasakan.

“adi, jomlah mandi. Teman aku dekat sini.”ajak aisyah sambil mengapungkan dirinya.

“tunggu sekejap. Aku tak puas lagi nak tengok sekeliling.” Balas tengku adi. Aisyah tersenyum sendiri memikirkan rancangan untuk mengenakan tengku adi.

“weh tolong. Weh adi!adi!” jerit aisyah panik. Tengku adi panik melihat aisyah yang tenggelam timbul. Nek limah dan tok chik kembali ke kereta untuk menganbil makanan da minuman. Tanpa berlengah lagi,tengku adi terus terjun ke dalam sungai. Dia mendapatkan aisyah yang tidak jauh darinya. Tubuh aisyah ditarik menuju ke ketepian.

“aisyah? Weh bangunlah.”tengku adi menepuk-nepuk pipi aisyah. Aisyah terus kaku mendiamkan diri.

“aisyah,sedang waktu kau tak sedar ni aku nak luahkan sesuatu.” Ujar tengku adi. Luahknan seseuatu? Bisik hati aisyah.

“aku.. aku.. aku sayang kau. Entah bila tapi aku sedar aku sayang kau bila kau sedih dan waktu sekarang ni. Bangunlah aisyah, aku tak nak kehilangan kau.”ucap tengku adi separa berbisik.

“uhukk uhukk uhukk.”Aisyah berlakon terbatuk-batuk sebelum bangun dari pembaribgannya. Dia memandang tengku adi lama. Aku pun sayangkan kau ucAp aisyah mampu di dalam hati.

“kau okay? Nak aku bawa kau ke klinik?”aisyah menggeleng. Tengku adi mengangguk faham.

“macammana kau boleh lemas? Kau tak pandai berenang ke?” soal tengku adi ingin tahu.

“entahlah. Aku pun tak tahu. Takdir aku kot nak lemas tadi. Terima kasih “ucapnya samvil menunduk. Entah kenapa terasa malu untuk menatap wajah tengku adi.

“sama-sama.” Balas tengku adi ringkas. Keadaan di antara mereka menjadi senyap.

“aku rasa aku nak baalik KL esok. Kau nak ikut?” ujar aisyah.

“bukan kau kataa 5 hari ke dekat sini?” soal tengku adi.

“haah,tapi aku kena pendekkan pula sebab kawan aku cakap prof bagi assignment mengejut.” Jawab aisyahm diaa memerhatikan air sungai yang mengalir deras.

“ouh. Aku balik sekali dengan kaulah. Aku nak duduk sini tanpa kau pun nak buat apa kan? Kita balik esok ye?” aisyah mengangguk setuju. Aisyah kembali ke dalam air.

“jom aku temankan. Jangan lemas lagi sudahlah penat aku menyelam sampai ke dasar nak cari kau.” Aisyah Cuma tersenyum.

“Lah, aisyah kenapa balik awal sangat? Kata 5 hari? Ni dah jadi 3 jari je.” Soal nek limmah sedikit terkejut.

“aisyah ada assignment pula. Prof tu bagi mengejut. Aisyah kena startt buat assignment tu sebab banyak lagi kerja aisyah bertimbun nanti. Kelam-kabut nanti jadinya, nek.” Terang aisyah. Tubuh nek limah dipeluknya untuk memujuk neneknya itu.

“biarkanlah dia balik, limah. Budak ni ada banyak kerja. Kita tak boleh nak meenghalang.” Ujar tok chik. Tengku adi mendiamkan dirinya.

“ha, adi kamu pun sama ikut aisyah balik ke?” tengk uadi mengangguk.

“tapi jangan risau, inshaaallahkalau ada rezeki nanti adi ajak aisyah ni balik kampung. Kalau dia tak nak, adi culik dia bawa ke sini.” Tok chik mengangguk sambil ketawa.

“kalau macamtu, nenek izinkan aisyah balik. Tapi jangan lupa datang melawat nenek. “ pesan nek limah.

“baiklah nek. Terima kasih.” Aisyah mengucup pipi neneknya penuh kasih.

Tengku adi tersenyum sendiri melihat kasih sayang yang ditunjukkan oleh aisyah terhadap nek limah. Tanpa disedari, tok chik tersenyum melihat tengk uadi tersenyum sambil matanya memerhati aisyah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience