Chapter 15

Mystery Completed 11155

Surya : Bab 15

"Waalaikumussalam..." Beramai menjawab salam. Wajib menjawab salam dan amat digalakan kerana memperoleh pahala mendoakan kesejahteraan hamba Allah yang lain.

"Pak cik siapa?" Rizal bertanya. Pada wajah lelaki tua itu terserlah keimanannya. Seumpama orang yang dekat diri pada masjid dan Tuhan.

"Nama pak cik, Latiff. Tapi ramai panggil pak cik, Haji Latiff. Anak-anak buat apa ke mari?"

"Kami nak cari kawan kami... Surya." Haji Latiff membulatkan matanya. Mulutnya masih tersenyum. Tenang pada wajahnya. Beberapa kali mulutnya mengangguk dan mulutnya terkumat-kamit.

Beberapa ketika kelihatan rumah-rumah dan beberapa makhluk seakan manusia muncul di sekeliling mereka. Wajah-wajah mereka terhias dengan senyuman. "Inilah penduduk kampung di sini."

"Sudah berapa lama kamu semua ada di sini?" Encik Basri bertanya kepada penduduk kampung yang ada disekeliling.

"Sejak kamu solat lagi. Kami juga mengisi jemaah kamu. Jangan bimbang, kami juga makhluk Tuhan. Kami tidak akan mengancam kamu." Sulaiman bersuara selepas muncuk dari kalangan penduduk. "Panggil saya Sulaiman. Dan ini, Haron. Dia menjumpai Surya." Haron tertunduk-tunduk selepas memberi salam.

"Mari saya bawa ke rumah. Mak saya menjaga Surya."

Perkarangan rumah Haron penuh dengan penduduk kampung. Pertama kali bagi mereka melihat manusia yang datang dengan begitu baik. Biasanya manusia akan merosakkan hutan dan bertindak sesuka hati. Dan beberapa orang manusia akan terkorban atas tindakan mereka itu. Tapi kali ini lain. Begitu sopan.

Adhwa dan Nadzri berbual dengan beberapa orang penduduk. Manakala Pak Daud sedikit kecewa apabila tidak dibenarkan merokok di kampung itu. Kerana mereka menjadikan kampung itu zon larangan merokok. (Heh...)

Rizal dan Encik Basri berbual dengan Haron dan Haji Latiff. Begitu banyak diperceritakan oleh Pak Latiff mengenai Surya yang aneh dan seakan terseksa dengan dirinya sendiri. Malah mereka juga tahu bahawa ada sesuatu yang inginkan Surya. Dan sesuatu itu bukan dari kalangan penduduk kampung itu.

Salwa dan Adila bergitu teruja bertemu dengan Surya. Dipeluk dan dicium pipinya. Tapi,

"Kau orang ni siapa?" Surya bertanya selepas berasa janggal melihat dua gadis itu begitu baik dengannya.

Mendengar pertanyaan itu, mata Adila berkaca. Manakala Salwa pula menutup mulut kerana tidak menyangka Surya hilang ingatan. "Ya Allah, Surya. Ni kami. Kawan kau dekat kampus." Salwa sedikit teresak.

"Kampus? Kawan? Siapa pula?" Surya memicit kepalanya. Terasa berdenyut seakan ada beban yang menikam kepalanya. Mak Salima membawa Salwa dan Adila keluar. Membiarkan Surya berehat dahulu.

"Kamu berdua berehat dulu. Surya tu dah seminggu di sini. Agak susah dia nak ingat kamu. Tak sangka pula dia hilang ingatan. Dia cuma tahu namanya saja." Mak Salima menghurai panjang situasi Surya, sambil membawa dua gadis itu ke dapur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience