BAB 4

Romance Completed 67139

"AMBOI, bukan main happy kau hari ni. Apa cerita kau dengan Iqbal semalam hah? Spill lah cepat." Gesa Adila dengan senyuman jahat di bibir. Memang jahat kalau bab nak menganjing Adara, minah ni.

Adara menayang muka selamba. Dia hanya tersengih menunjukkan barisan giginya yang putih. Kakinya mengorak langkah untuk pergi dari situ. Meninggalkan Adila yang sudah masam mencuka apabila dipulau oleh Adara.

Kau, palau aku? Oh tak apa kau.

"Oi, Ara! Aku cakap dengan kau ni. Ha mulalah tu nak palau aku kalau dah ada Iqbal. Nanti kena tinggal baru kau tahu." Rajuk Adila, dia berjalan melepasi Adara sebelum memberikan jelingan. Huh!

Adara mengeleng kepala. Bibirnya tersenyum kepuasan dapat mengusik Adila. Usik sikit dah koyak. Harap mulut je laser Adila tu padahal hati tisu!

"Halah, halah, halah... Merajuk ke sayang? Meh sini aku pujuk ya. Ala busuk, busuk..." Pujuk Adara sambil menahan tawa. Tangannya dilingkarkan pada leher Adila. Jarinya menguis dagu Adila manja.

"Ei, Ara. Apa ni. Orang tengoklah, gila! Kau ni nak manja-manja jangan dekat sini." Balas Adila sambil tersengih sama. Dah namanya kawan, memang sekepala la jawabnya.

Kelihatan salah seorang pekerja di situ terdengar perbualan mereka mengerutkan dahi. Pandangan pelik ditujukan ke arah mereka berdua. Adara menunduk cuba menahan tawa. Manakala, Adila tayang muka bangga.

"Apa pandang-pandang? Jealous?" Tegur Adila dengan muka serius. Keningnya diangkat setinggi yang boleh. Pinggang Adara ditarik ke dalam pelukan.

"Perempuan gila."

Dengan itu, tawa yang ditahan oleh Adara tadi meletus juga. Reaksi wajah lelaki tadi memang lawak betul. Adila turut ketawa sama. Tak sangka lelaki tadi tertipu dengan lakonan mereka.

"Kau ni, kesian dia. Hahaha." Adara cuba mengeluarkan kata-kata dengan sisa tawa yang masih ada. Dah la muka Adila serius betul masa cakap tadi.

"Eh, aku pulak. Kau yang start dulu duk bersayang bagai dengan aku." Nafi Adila cuba mempertahankan diri. Adara mengangguk tanda mengiyakan. Reda juga akhirnya tawa mereka.

Adara mula menempel pada Adila. Adila mengerutkan dahi. Apahal minah ni duk tercangak macam orang bangang tiba-tiba?

"Kau merajuk lagi ke, Dila? Janganlah merajuk. Siapa nak jadi pengapit masa aku kahwin dengan Iqbal nanti." Adara tayang muka kesian. Jarinya yang tersarung cincin pemberian Iqbal ditunjukkan pada Adila.

"Hah? Kau merepek apa ni wei?" Adila masih tak faham. Mana taknya, baru semalam Adara kata dia merepek pasal bab kahwin ni. Sekarang, Adara pulak yang ungkit pasal kahwin.

Sah mabuk cinta kawan dia sorang ni.

"Ara, kau okay tak ni? Eh, mana dapat siot cincin ni. Lawa gila." Tegur Adila yang baru menyedari sebentuk cincin yang tersarung pada jari Adara.

"Iqbal... Dia propose aku semalam." Adara membuka cerita. Tersungging senyuman di bibir sebaik mengatakan perkara itu.

"Iqbal propose kau?" Tanya Adila masih blur. Adara mengangguk kecil. Tak nak tunjuk yang dia begitu teruja. Padahal dalam hati. Fuh, hanya Tuhan saja tahu.

"Iqbal propose kau! Ya allah, Ara!" Adila mula teruja seperti kera mendapat bunga. Nadanya yang sedikit kuat membuatkan ramai pekerja mengalihkan pandangan pandangan ke arah mereka.

"Sorry, sorry." Ulang Adara berkali-kali cuba memohon maaf bagi pihak Adila. Adila tersenyum tanpa serba salah. Apa, ingat dia kisah?

Pak! Pak! Pak!

"Ouch, sakitlah!" Adu Adara meringis kesakitan. Mata dijegilkan kepada Adila. Tak faham kenapa tangan dia jadi punching bag Adila secara tiba-tiba.

"Ha, itu makan dia. Kenapa tak bagitahu aku awal-awal? Ke bila dah kahwin nanti baru nak bagitahu aku? Sampai hati kau eh." Luah Adila dengan rasa bengang. Lain kali bagitahulah awal-awal kot ye pun dah kena lamar dengan Iqbal. Tak ada lah tinggal dia sorang single sampai abang Jamil mampus!

Yang faham je faham ;)

"Sorry lah. Bukan sengaja. Aku dah bagitahu kan ni. Nanti jangan lupa datang pulak majlis pertunangan aku dengan Iqbal." Adara menyiku lembut tangan Adila.

"Mestilah aku datang. Kau yang nak bertunang. Gila ke tak datang? Bila majlis kau tu? Manalah tahu aku sibuk. Aku kirim salam je lah dulu." Adila cuba berpura-pura memeriksa jadual di telefon pintarnya. Kononnya sibuk. Padahal kosong tak pernah penuh pun. Adara layankan saja.

"Dalam dua hari lagi." Jawab Adara penuh selamba. Seolah perkara biasa yang dia akan bertunang dalam dua hari lagi. Adila mempamerkan riak muka tak percaya.

"Woi, kau gila? Dua hari lagi? Kot ye pun tak sabar nak kahwin, janganlah gelojoh sangat kau ni. Iqbal tu tak lari mana. Kau nak ikat dia dekat katil ke apa hah?" Bebel Adila tak puas hati. Adara meraup muka.

"Ya Allah, bukan aku yang nak. Iqbal yang nak. Lagipun kita orang baru nak bertunang bukan nikah terus, kau ni. Aku pun terkejut. Kau ingat aku apa hah?" Adara cuba menafikan segala tuduhan Adila terhadapnya.

Ada ke boleh dikatanya dia yang tak sabar? Iqbal punya kerja, dia yang kena. Lagi satu yang nak bertunangnya dia, lagi dua hari tu. Bukannya Adila. Haih mengpenat.

"Wei, kata nak single sama-sama. Apa ni tinggal aku sorang." Rengek Adila penuh drama. Air mata palsu mula bertakung. Adara melayan. Dia mengelap air mata palsu di wajah Adila.

Kesian, single.

"Ara, boss nak jumpa kau." Tegur Laila yang muncul secara tiba-tiba. Entah dari mana datangnya. Datang tak dijemput, pulang tak dihantar, itulah Laila. Adara mengangguk tanda faham. Adila sudah membuat muka menyampah.

Laila mengukir senyuman mengejek. Kedua-dua belah tangannya disilangkan ke dada dengan penuh bangga. Tak sabar mahu melihat Adara dimarahi oleh boss besar mereka pada hari ini.

"Kau senyum kenapa? Macam orang gila." Serang Adila yang memang sudah lama tak berpuas hati dengan Laila. Bukan apa, dah lama je dia perhatikan Laila ni ada masalah dengan Adara.

Nak serang Adara? Hadap dulu akak minah kawasan si Adila ni.

"Kau kenapa eh? Tak boleh tengok orang bahagia ke?" Laila membidas semula dengan sombong. Rambutnya dikibaskan ala-ala diva.

"Eh, kau ni. Geram je aku. Aku tarik rambut kau bagi botak nanti." Ugut Adila. Dia sudah menyinsingkan lengan baju tanda bersedia.

"Dila, janganlah. Aku okay. Dia bukan buat apa pun. Aku nak jumpa boss dulu." Maklum Adara cuba menghentikan perbalahan yang akan bermula antara Laila dengan Adila.

Pantang berjumpa, macam anjing dengan kucing!

Yang pasti Adila kucingnya, yang anjing tu faham fahamlah siapa.

Kalau Laila tu lelaki, memang dah lama Adara kahwinkan dengan Adila. Sesuai sangat!

"Tercegat apa lagi dekat sini? Cepatlah pergi. Memang nak kena marah dengan boss ke apa, Ara?" Tegur Laila dengan sinis. Gayanya seperti menghalau.

"Kau siapa nak arahkan dia? Ara pergi cepat. Biar aku uruskan minah tak sedar diri ni. Ingat dia cantik dia boleh arahkan orang? Setakat flip rambut. Aku pun boleh buat." Perli Adila sedas kepada Laila. Sempat lagi dia mengibas tudungnya seperti yang dilakukan oleh Laila pada rambutnya.

Adara tersenyum kecil. Dia segera beredar dari situ. Tak mahu masuk campur dalam pergaduhan Laila dengan Adila yang tak lama lagi akan bermula. Sempat lagi Adara berterima kasih kepada Adila sebelum pergi.

"Thank you, Dila!"

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

"MASUK."

Adara segera masuk ke dalam. Pandangannya jatuh pada majikannya iaitu Encik Khairul yang sedang meneliti beberapa fail di atas meja.

"Adara?" Panggil Encik Khairul memohon kepastian. Dia mengangkat kepala lalu menghalakan pandangan kepada Adara. Fail yang diteliti tadi ditutup.

"Ya saya." Jawab Adara yakin. Menyembunyikan perasaan gelabah di dalam diri. Dia mengawal riak muka.

"Silakan duduk." Arah Encik Khairul. Dia melemparkan senyuman nipis yang melegakan hati Adara yang sedang tak tentu arah.

Adara akur sahaja. Dia mengambil tempat di hadapan Encik Khairul. Matanya sempat melihat fail yang diteliti oleh Encik Khairul tadi, iaitu resumenya yang pernah dihantar dahulu.

"Kamu tahu kenapa saya panggil kamu, Adara?" Soal Encik Khairul menarik perhatian Adara semula. Dia mengeleng kepala tanda tak tahu. Encik Khairul melepaskan keluhan kecil.

"Saya ada buat salah ke, boss?" Tanya Adara pula. Tertanya-tanya mengapa dia dipanggil ke sini. Rasanya dia tak buat apa-apa. Tiba-tiba, pertemuannya bersama Iqbal pada waktu kerja semalam terlintas di fikiran.

Oh no. Takkan sebab tu. Adara mula tak senang duduk.

"Semalam, saya dapat laporan tentang kamu daripada Laila."

Kata-kata daripada Encik Khairul itu sahaja sudah membuatkan Adara menarik nafas panjang. Apa lagi Laila katakan kali ni pun dia tak tahu. Dia sudah bersedia kalau dimarahi sekalipun.

"Tapi disebabkan prestasi kerja kamu bagus dan tak pernah mengecewakan saya, saya maafkan. Lain kali, jangan ulangi ya, Adara."

Encik Khairul tersenyum penuh makna. Adara sedikit terkejut tetapi dia bersyukur pada masa yang sama. Terima kasih, ya Allah!

"Lagipun sebenarnya, ada benda yang saya nak bincangkan dengan kamu." Sambung Encik Khairul lagi membuatkan Adara tertanya-tanya untuk sekian kalinya.

Seraya itu, Encik Khairul menyerahkan sebuah sampul kepada Adara. Sampul itu bertukar tangan. Walaupun Adara teragak-agak untuk menyambut huluran tersebut.

"Congrats, Adara. Awak ditawarkan untuk bekerja sebagai ketua penyelia di MZ Holdings Sdn. Bhd." Ucap Encik Khairul berbesar hati memaklumkan perkara itu kepada Adara. Dia sendiri sudah nampak potensi pada pekerja kesayangannya itu sejak dari dahulu lagi.

"Hah? Betul ke boss?" Soal Adara tanda tak percaya. Dia ditawar kerja? Encik Khairul mengangguk tanda mengiyakan. Sampul surat tadi dibuka. Adara membaca sekilas isi kandungan surat tersebut.

TAWARAN BEKERJA MZ HOLDINGS SDN BHD

Kepada Cik Adara Qalyssa binti Zarul Haqim

"Jadi, apa jawapan kamu Adara? Kamu tahu peluang macam ni datang sekali seumur hidup kan? Saya cuma tak nak kamu sia-siakan potensi dalam diri kamu." Nasihat Encik Khairul. Tak mahu Adara melepaskan peluang tersebut.

Adara terdiam sejenak. Memikirkan sesuatu. Tak dinafikan dia memang gembira apabila mendapat berita gembira tersebut. Tetapi mungkin dia perlukan masa yang lebih lama untuk membuat keputusan.

"Saya faham, boss. Tapi boleh tak saya fikirkan dulu tentang ni? Bukan apa tapi saya rasa cukup selesa dengan jawatan yang saya pegang sekarang. Saya pun tak nak buat keputusan terburu-buru." Sambung Adara menerangkan dirinya. Dia tak menolak tapi tidak pula menerima. Masih pertimbangkan sebenarnya.

Encik Khairul mengangguk tanda faham. Lagipun bukan mudah nak terima perubahan kan? Tak kiralah perubahan yang baik atau buruk, semuanya mengambil masa.

"Tak apa saya faham apa yang kamu cuba maksudkan, Adara. Take your time, okay? Nanti bila dah ada jawapan, boleh jumpa saya. Tapi ingat ya, saya tak paksa awak ke apa." Encik Khairul mengingatkan. Dia tersenyum. Adara mengangguk tanda faham.

Tak sabar nak bagitahu Adila nanti!

"Oh lagi satu, just in case saya sibuk ke apa. Nah. Ini nombor telefon personal assistant director MZ Holdings, Encik Irsyad Hakim. Senang awak nak berurusan terus dengan pihak sana kalau saya sibuk." Maklum Encik Khairul. Dia menyerahkan sekeping business card number kepada Adara.

"Oh terima kasih boss. Saya minta diri dulu." Ucap Adara melemparkan senyuman. Kad tadi dipegang kemas. Kakinya diatur mahu berjumpa Adila. Muka happy tak cover.

Siapa tak happy dapat tawaran kerja, oi!

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

"DILA!"

Panggil Adara teruja. Sampul surat di tangan di tayangkan dihadapan wajah Adila. Adila mengerutkan dahi. Pelik dengan Adara yang terkinja-kinja.

"Kau kenapa? Boss bagi kau dadah ke sampai high macam ni?" Tanya Adila niat cuba mengusik. Tapi bila difikirkan masuk akal jugak. Eh.

"Kau ni. Aku, aku dapat tawaran kerja." Terang Adara sekali nafas. Dia tersenyum lebar. Tak sabar mahu mengabarkan berita gembira itu kepada Nek Kalsum dan Iqbal juga. Walaupun sebenarnya dia sendiri tak tahu mahu menerima atau menolak tawaran tersebut pada akhirnya.

"Apa?!" Celah Laila yang mencuri dengar perbualannya dua sahabat itu. Riak wajahnya jelas menunjukkan dia tidak berpuas hati. Adara dan Adila saling berpandangan.

"Yang kau sibuk dekat sini apahal Laila?" Adila menjeling tajam Laila. Tak serik-serik lagi ke minah ni.

"Macam mana kau boleh tawaran kerja? Bukan ke kau sepatutnya kena marah dengan boss sebab aku report pasal semalam." Laila tak menghiraukan kata-kata Adila terhadapnya. Dia masih tidak puas hati dengan berita Adara ditawarkan kerja.

"Aku pun tak tahulah, Laila. Tapi aku nak berterima kasih dekat kau. Kalau bukan sebab kau tak report dekat Encik Khairul, mesti aku tak dapat. So thank you very much, Laila." Ucap Adara yang sudah tak tahan lagi dengan kerenah Laila. Dia mengukir senyuman.

"Urgh!" Rungut Laila dengan perasaan bengang yang menebal di hati. Dia menjeling tajam kepada Adila yang sudah menjelir lidah kepadanya. Buat sakit hati dia aje!

Pemergian Laila dihantar dengan pandangan dari ekor mata saja. Buat apa nak tengok dia. Adila menarik tangan Adara untuk duduk disebelahnya. Tangannya pantas mengambil surat di tangan Laila lalu dibaca.

"Bertuahnya kau, Ara. Dah la lagi dua hari nak bertunang. Lepas tu dapat kerja bagus. Murah betul rezeki kau. Jangan lupa share rezeki kau dengan aku tau."

Adila melagakan bahunya kepada Adara. Bibirnya sudah tersengih kerang. Adara tersengih sama. Faham sangat dah dengan seorang manusia bernama Adila Qayrina ni.

Ting!

Bunyi notifikasi milik Adara berbunyi menandakan ada mesej yang masuk. Serta-merta, perhatiannya dialihkan kepada telefon pintar miliknya. Mahu melihat gerangan yang menghantar mesej tersebut.

Adila membuat muka bosan. Siapa lagi kalau bukan Iqbal. Dia menilik kad nama yang Adara pegang dari tadi. Tertera nama MZ HOLDINGS membuatkan dia membulatkan mata.

MZ HOLDINGS SDN BHD.

"Wei, Ara. Ara!" Panggil Adila beberapa kali. Adara menoleh ke arah Adila. Bukan apa tapi suara Adila yang nyaring tu membingitkan telinga. Dia berhenti bermesej dengan Iqbal untuk seketika.

"Iya, iya, iya. Kenapa? Aku dekat sebelah kau je tau." Balas Adara. Dia meletakkan telefon pintarnya di sebelah.

"Cuba kau tengok ni. Nilah company yang tawarkan kau kerja tu. Bukan biasa-biasa Ara company ni. MZ HOLDINGS ni salah satu top 5 company yang paling berjaya dekat Malaysia," terang Adila panjang lebar. Dia menunjukkan maklumat yang didapatinya dari internet kepada Adara.

Adara membaca satu persatu maklumat yang berkaitan dengan MZ HOLDINGS itu tadi dengan teliti. Dia tak dapat menyembunyikan rasa kagumnya terhadap pencapaian syarikat tersebut yang cukup cemerlang.

"Oh my god, Adara. Kau tahu apa yang paling best pasal company ni? Direktor dia!" ucap Adila teruja. Adara mengangkat kening tak faham.

Bukan ke selalunya Direktor ni orang tua? Paling muda pun lebih kurang 40 tahun ke atas kan? Kalau CEO tu fahamlah sebab selalunya muda-muda belaka. Tak percaya? Tak tengok drama TV3 ke?

" Kau minat orang tua ke, Dila?" Tanya Adara pelik. Setahu dia, Adila layan lelaki yang muda je. Kalau tak muda, mesti kena hensem. Ha...

"Ei, kau ni. Tua apanya? Direktor tu baru 26 tahun kau tahu. Dahla muda, hesmes. Eh, kejap. Weh, nanti kau boleh tengok muka dia hari-hari la kan? Bestnya!" Adila mula berangan. Adara buat tak tahu. Dia dah nak bertunang. Dah bersara nak fangirling lelaki hesmes yang single ni.

"Ish, tengoklah Ara, muka future husband aku ni. Dah la nama sedap. Muka hesmes. Badan sado. Aih. Pakej lengkap!" Tambah Adila lagi. Gambar seorang lelaki muda yang terdapat di di telefon pintar Adila ditenung lama.

"Yelah, Dila. Yelah. Dahla aku lapar. Bukan kenyang pun kalau tengok gambar tu lama-lama. Aku nak keluar makan ni. Lunch date dengan Iqbal. Kau nak kirim apa-apa ke?" Adara mula mengemas barang. Matanya mengerling ke arah jam tangan yang tepat menunjukkan waktu rehat sudah bermula.

"Kau kirimkan aku Aiden Zharif satu boleh? Nak hot and spicy." Pinta Adila dengan mata dikedip-kedipkan beberapa kali. Mula dah miang dia tu. Sampai Adara yang terasa gatal sekarang ni.

"Siapa pulak yang kau cakap ni, Dila? Budak baru dekat office kita ke?" Adara cuba mengingat kembali sebaris nama yang disebut oleh Adila tadi.

Rayden? Hayden? Apa dia eh.

"Aduh, kau ni Ara. Aiden. Aiden Zharif. Ha ingat tu. Itu nama bakal boss baru kau nanti. And, future husband aku." Adila mengingatkan. Adara tak mengendahkan. Lantaklah.

"Okay, okay. Betul ni tak nak kirim apa-apa?" Adara bertanya sekali lagi. Dia mengerling ke arah Adila untuk kali terakhir.

"Nope, Ara aku simpan eh kad nama Encik Irsyad Hakim ni. Macam menarik je nama dia." Sekali lagi, Adila menukar topik. Adara menjulingkan mata.

"Suka hati kau lah, Dila. Aku pergi dulu. Bye!"

"Bye!"

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

"HEY, lama ke tunggu? Sorry." Adara meminta maaf kerana rasa serba salah. Dia memboloskan diri ke dalam kereta Audi A8 milik Iqbal.

"Hmmm, lama jugaklah. Lima tahun tunggu awak terima saya. And i don't mind waiting for more." Iqbal menayang senyuman manisnya. Adara tersenyum kecil. Kalau tak sweet itu bukan Iqbal namanya.

"Awww, awak saya tahu awak ni sweet tapi boleh tak kita makan dulu? Saya lapar. Tak pasal-pasal awak yang saya makan nanti." Pinta Adara dengan selamba. Perut dia dari tadi sudah berkeroncong minta diisi. Ingat dia main-main ke?

Perempuan kalau lapar, jangan cari nahas. Memang mati kau nanti.

Iqbal melepaskan tawa kecil. Dia segera menghidupkan enjin kereta. Laju sahaja kereta mewah itu membelah jalan raya. Menyusur dengan laju sehingga tiba ke destinasi yang dituju.

"Jom. Nak makan kan tadi." Ajak Iqbal keluar dari kereta terlebih dahulu. Seraya itu, dia membuka pintu untuk Adara. Layanannya langsung tidak ubah seperti melayan Adara ibarat puteri raja.

"Thank you." Ucap Adara tersenyum lebar. Dia menikmati layanan Iqbal terhadapnya. Memang husband material.

"My pleasure, love." Iqbal menutup kembali pintu keretanya. Dia berjalan beriringan dengan Adara. Sebuah restoran mewah dimasuki oleh Iqbal. Adara menghentikan langkah.

"Awak, tak naklah. Kita makan dekat tempat biasa jelah eh?" Pujuk Adara tak mahu Iqbal membuang duit hanya untuk menjamu selera di tempat yang mahal sebegitu.

"Love, my treat. Lagipun saya dah janji kan nak bawa awak lunch date? Jadi, saya saja bawa awak datang sini. Just want to make it special for our engagement." Iqbal memujuk Adara kembali. Dia tak kisah pun nak menghabiskan duit untuk Adara.

"Okay, fine. Jom. Cepat. Saya laparrrr." Adara mengalah. Tak kisahlah apa yang jadi perut dia kena diisi. Dia ada masalah gastrik. Iqbal senyum mendengar jawapan Adara. Cute.

Mereka berdua masuk ke dalam. Adara melilaukan pandangan sementara Iqbal mengurus tempahan meja.

"Reservations under Iqbal Danial, please?"

"Here's you seat sir."

Iqbal mengangguk kecil tanda terima kasih sebelum melabuhkan punggung di kerusi. Dia menilik menu yang disediakan.

"Awak nak makan apa?"

"Sama macam apa awak makan."

"Tapi saya nak awak."

"Iqbal Danial!"

Iqbal melepaskan tawa apabila melihat wajah Adara yang sudah memerah seperti tomato itu. Dia suka mengusik Adara sejak dari dulu lagi. Dah jadi tabiat.

Sebaik pesanan mereka diambil, Iqbal meliarkan pandangan ke sekeliling. Entah mengapa dirinya rasa diperhatikan sepanjang dia berada di situ. Atau itu hanya perasaannya saja?

"So, pertunangan kita dalam dua hari lagi. Awak dah bersedia? Dah tahu nak beli apa untuk hantaran saya?" Adara menduga Iqbal. Matanya dikecilkan.

"Dah saya dah ready. Ferrero Rocher, Cadbury, Beryls apa lagi coklat yang awak nak untuk sedulang hantaran tu? Awak tu dah ready?" Iqbal menyoal Adara semula. Tak mengendahkan perasaan dia diperhatikan sebentar tadi.

"Saya? Maybe yes. Maybe no. Sebab semuanya cepat sangat. Saya takut sebenarnya." Luah Adara jujur. Dia masih tersenyum.

"Don't worry love i got it all done. No worries, okay?" Iqbal cuba melegakan kebimbangan Adara. Adara senyum simpul. Terasa lega hatinya.

"Oh, awak tahu tak saya dapat tawaran kerja?" Adara mula menukar topik. Baru teringat tentang berita gembira yang ingin dikongsikan kepada Iqbal.

"Really? Daripada company mana?" Tanya Iqbal ingin tahu. Dia turut tumpang gembira mendengar berita itu.

"Daripada MZ HOLDINGS SDN BHD."

Iqbal terdiam. Tak percaya dengan apa yang dia dengar. Senyumannya mati serta-merta. Riak wajahnya bertukar serius. Malangnya, perkara itu tak disedari oleh Adara.

"MZ HOLDINGS SDN BHD?" Ulang Iqbal semula mahukan kepastian. Adara mengangguk tanda mengiyakan.

"Haah. Awak tahu ke pasal syarikat tu? Yang satu tahu, syarikat tu antara yang terkemuka dekat Malaysia. Betul tak?" Adara mengingat semula perbualannya bersama Adila tadi.

Iqbal masih diam tak menjawab. Dia lebih dari kenal mengenai syarikat tersebut. Mengapa syarikat itu berjaya di mata dunia pun dia tahu.

"Tapi saya lupalah nama Direktor dia. Apa eh? Adila ada sebut. Jayden? Zharif?" Adara sedaya upaya mengingat semula sebaris nama itu. Entah kenapa susah sangat nak ingat.

"Aiden. Aiden Zharif." Iqbal menyebut nama tersebut dengan lancar. Seolah teman lama membuatkan Adara mula hairan.

"Ha, itulah nama dia. Awak kenal ke?" Adara menyuarakan persoalannya. Dia menghirup sedikit air minumannya.

Lebih dari kenal. "Tak."

"Saya tak kenal. Saya teringat pernah nampak dalam surat khabar dengan artikel dekat internet." Tipu Iqbal. Adara mengangguk tanda percaya dengan kata-kata itu.

"Awak terima ke?" Tanya Iqbal semula. Takut dengan jawapan Adara.

"Tak tahu lagi. Kenapa? Awak nak saya terima ke?" Adara menaikkan keningnya sebelah.

"Saya ikutkan awak je. Saya tak kisah." Iqbal senyum seperti perkara itu langsung tak menganggu dirinya. Di mulut kata lain, di hati kata lain.

"Erm, okay." Adara malas ambil pusing. Dia mula menjamu selera. Sementara, Iqbal memerhatikan sekelilingnya. Dia melepaskan keluhan berat.

"Aku tak tahu apa kau nak buat Aiden tapi yang pastinya aku takkan benarkan."

Updated ! I will update every day at the same time, 8 a.m. Happy reading And stay tune !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience