8

Short Story Completed 49743

"Huarghhhhh!!!" Aku menguap seluas-luasnya macam mulut badak air sebab terlalu mengantuk.

Aku duduk di atas satu kerusi hitam sambil memeluk beg kecil yang selalu aku letak barang-barang aku seperti botol air, kain tuala kecil, cermin mata hitam dan sebagainya lagi akan aku sumbat ke dalam.

Aku mengeluh penat menunggu mamat bernama Farish Mikael ini untuk mengambil aku. Aku baru sahaja usai latihan vokal untuk memantapkan lagi vokal suara aku ini.

Haish, aku malas sebenarnya nak masuk kelas vokal bagai ni, tapi Farish yang suruh. Aku ikutkan sahaja sebab dia kata aku ada peluang untuk masuk ke dalam dunia seni nyanyian di Malaysia. Itu kata dialah, aku tak lapar pun nak jadi seorang selebriti.

Aku lelapkan seketika mataku sementara menunggu. Aku masih tak cukup tidur sebab kes semalam. Malam ni, pukul sembilan aku kena nyanyi lagi. Haish... aku pun tak faham kenapa aku kena nyanyi dekat hotel milik kawan dia tu.

PIN!!!

Aku dengan segera membuka kelopak mata. Terkejut dengan bunyi hon kereta tadi. Aku kenal sangat dengan bunyi hon kereta itu.

Terus aku memandang ke arah tuan pemilik kereta hitam itu. Jelas! Itu Farish! Aku mula bangun dari kerusi tadi dan menuju ke arah kereta hitam itu sepantas mungkin.

Farish menurunkan cermin keretanya. Jelas Farish yang sedang memakai cermin mata hitam itu sedang tersenyum tajam ke arahku.

Aku butakan sahaja mataku malas nak pandang muka kerek dia tu. Ughhh! Dahlah lambat ambil aku!

BUM!

Aku mengempas dengan kuat pintu kereta dia sebaik sahaja aku duduk di sebelahnya. Dia tidak berkata apa tapi dia tahu aku sedang tak ada mood nak melayan dia.

"Sorry, lambat." Ucapnya ringkas.

"Takde apalah. Okay je. Dahlah cepat sikit, nak balik tidur puas-puas ni." Ucapku cuba bertindak tenang. aku mengerling ke arah jam tangan. Sudah jam enam petang. Kejadahnya nak tidur puas-puas? Tidur dalam kereta jelah macam ni.

Farish tidak melawan, dia terus memandu keretanya dengan pantas meninggalkan kaki lima.

Aku sudah memejamkan mataku seketika. Selesa baring dalam kereta mewah. Sedap je rasa badan ni.

"Sorry, you penat sebab I." Ucapnya perlahan.

"Erm." Balasku acuh tak acuh.

"Sayang." Ucapnya lagi setelah kami berdua terdiam lama.

"Ya." Balasku. Yalah, siapa lagi sayangnya kalau bukan akukan?

"Do you prefer being called baby or sayang?" Ujarnya perlahan sambil ketawa kecil.

Terus terbuka luas mata aku dan terus memandang ke arahnya.

"Do you prefer babi or you?!" Ucapku sambil menumbuk perlahan bahunya.

"Auch! Just Kidding!" Ucapnya sambil mengaduh sakit.

"Tak lawaklah! Bagilah masa untuk saya berehat. Saya penatlah!" Maraku kembali dengan wajah monyok seribu.

"Okay-okay sorry." Ucapnya perlahan dan matanya fokus kembali pada jalan hadapan.

Aku mendecitkan bibirku sambil memeluk tubuh lantas, aku memajamkan mataku kembali. Malas aku nak minta maaf kat dia! Lebih baik aku dapatkan rehat yang cukup untuk persembahan malam ini.

Ugh! Menyakitkan hati!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience