Chapter 1

Romance Series 1597

Kebun kecil yang diusahakan sendiri oleh Serena dipenuhi dengan pelbagai sayur yang segar.Hidup di kawasan pendalaman adalah nikmat yang luar biasa bagi Serena.Hari ini merupakan hari pertama dia berpindah masuk ke rumah peninggalan neneknya.Sebelum ini dia hanya pulang ke rumah itu pada hari minggu sahaja bagi membersihkan rumah yang kosong itu dan melawat kebun kecilnya. Setelah berbincang dengan ibu bapanya,dia memilih untuk tinggal di rumah neneknya itu dan hanya bekerja dari rumah sahaja.Dia mahu lari dari kesibukkan bandar dan hanya menghabiskan masanya dengan rehat di kampung kecil yang indah itu setelah diuji dengan pelbagai masalah.Didera fizikal dan mental oleh bekas tunangannya,dibebani oleh hutang tunangannya dan memiliki masalah di tempat kerja.Serena sudah cukup penat melalui semua itu, dia mahu membina hidup dan semangat baru di rumah peninggalan neneknya itu.Sayur-sayuran yang ditanam olehnya satu per satu disiram.Serena merasa tenang melihat hasil tanamannya.Seorang lelaki tua menghampirinya lalu berkata,

"Barang cik sudah siap diangkat masuk ke dalam rumah.Cuma tunggu hanya untuk disusun sahaja",Serena bangun lalu menyeluk saku seluar jeannya mengambil beberapa helaian wang tunai untuk diberikan kepada lelaki tua itu.
"Terima kasih",ucap Serena kepada lelaki tua tersebut lalu masuk ke dalam rumah.Dia mahu mengemas barangnya di dalam rumah dengan segera supaya keesokan harinya dia boleh mula berehat.Rumah itu agak berhabuk,namun masih kelihatan kemas dengan perabot yang tersusun elok.Serena tersenyum tenang,dia tidak sangka masih diberi peluang untuk merasa nikmatnya kehidupan.....

Serena berlari ke arah pintu dengan laju,dia cuba mencapai tombol pintu,namun tiba-tiba rambutnya ditarik dengan kuat oleh seseorang sehingga dia tidak dapat mencapai tombol pintu itu lagi.Serena merayu untuk dilepaskan,namun lelaki yang menarik rambutnya hanya tersenyum girang.
"Tolong maafkan saya,saya janji takkan keluar dengan dia lagi",ujar Serena dalam tangisan.
"TIPUUU,KAU TIPUU!!!",jerkah lelaki itu sambil menarik rambut Serena.
"Kamu betapa sayangnya saya kepada kamu!,kenapa kamu masih curang!!!",
"Tidakk,dia hanya kawan sekerja sahaja.Kami keluar hanya atas tugasan kerjaa",Lelaki itu terus mengoncangkan kepala Serena berkali-kali kerana geram dengan jawapan Serena.
"Kau TIPUUU!!!",Serena terus mencapai pipi lelaki tersebut.Dia terfikir cara untuk menghentikan lelaki itu.Pipi lelaki itu diusap lembut.
"Saya sayangkan kamu seorang sahaja.Tiada orang lain mampu mengisi hati saya.Saya tak mampu menangung peritnya kehilangan kamu Alex",Serena memujuk lelaki itu dengan lembut.Perlahan-lahan Alex melepaskan rambut Serena,lelaki itu seakan termakan godaan Serena.
"Saya sanggup buat apa sahaja demi kamu,percayalah",Serena mengusap pipi Alex dengan lembut lalu memeluk tunangannya itu dengan erat sebaik melihat lelaki itu sedikit tenang.Serena melepaskan pelukannya, walaupun dia kelihatan seperti ingin memujuk tetapi di dalam hatinya begitu hanya ada rasa takut sahaja,hanya tuhan sahaja tahu betapa takutnya dia melihat Alex mengamuk.Serena merasa lega apabila dia dapat menenangkan lelaki itu.Dia kembali mengusap wajah Alex sambil menatap lembut mata lelaki itu.
"Janji jangan tinggalkan saya,saya tidak boleh hidup tanpa kamu.Janji juga untuk tidak berjumpa dengan keluarga kamu lagi",ujar Alex kepada Serena.Serena tidak mengerti apa yang dimaksudkan Alex.Mengapa dia tidak boleh berjumpa dengan keluarganya?.
"Tapi,mereka keluarga sa...,"belum sempat Serena menghabiskan kata-katanya,tangan Alex sudah melekat di pipinya.'PAP',.
"KAU TIDAK SUKA BERSAMA DENGAN AKU KAN!!!, LELAKI TU LAYAN KAU DENGAN LEBIH BAIK DARI AKU KAN!!!",jerkah Alex kepada Serena.Alex kembali menghayunkan tangannya ke arah wajah Serena.
"Maafkan sayaaaa,saya tidak faham apa yang awak maksudkan,apa kaitan lelaki itu dengan keluarga saya",ucap Serena dalam tangisan.Dia begitu takut.Alex terus mengangkat badannya lalu membanting ke dinding.Serena hanya mampu mengerang kesakitan.Alex benar-benar menyiksa dirinya. Serena terbatuk-batuk akibat dicekik oleh Alex.Lelaki itu langsung tidak merasa kasihan pada tunangannya itu yang semakin tersiksa.Mata lelaki itu hanya dipenuhi dengan amarah dan terus melampiaskan geramnya kepada Serena.Selepas puas menyakiti badan Serena.Hanya tuhan sahaja tahu betapa tesiksanya dia.Namun,Serena tidak mampu mempertahankan dirinya,badannya kian melemah lalu pengsan setelah sekian lama bertahan.

Beberapa jam selepas itu,Serena sedar dari pengsannya.Dia masih berada di tempat yang sama dalam keadaan tangan terikat dengan tali.Tunangannya itu pula sedang nyenyak tidur di sampingnya.Serena mencuba untuk bangun secara perlahan-lahan.Ikatan di tangannya yang ketat cuba dilonggarkan namun tidak berjaya,Alex mengikatnya dengan begitu ketat.Serena mengeluh kecewa,hatinya kini membuak-buak rasa ingin larikan diri.Tiba- tiba muncul perasaan yang membuatnya membatalkan niatnya,Iaitu rasa sayangnya pada Alex yang masih tersisa.Dia melihat ke arah Alex.Lelaki itu pada mulanya tidak sekejam seperti sekarang,dia berubah kerana sikap cemburu butanya yang kian menjadi-jadi.Serena rindukan lelaki itu yang dahulu.Jika boleh diputarkan waktu,dia mahu kembali seperti dahulu.
Setelah Alex tersedar dari lenanya,dia melepaskan ikatan Serena lalu membiarkan wanita itu berbuat apa sahaja.Keadaan mereka seakan-akan tidak ada apa yang berlaku antara mereka sebelum ini.Begitulah hubungan toxic mereka terus berjalan sehinggalah 2 bulan sebelum Serena pindah ke rumah neneknya,mereka berpisah secara paksaan atas permintaan keluarga Serena.Alex begitu marah dan tidak mampu menerima semua itu, bapa Serena juga meminta perlindungan daripada pihak polis untuk menjauhkan Alex daripada Serena dan menyaman lelaki itu. Serena bersyukur diberi peluang kedua untuk terus hidup tanpa Alex.....

Baju yang baru sahaja siap dicuci dijemur di ampaian di luar rumah.Angin di desa itu bertiup sepoi-sepoi bahasa.Pagi yang nyaman dan tenang menyebulungi desa itu.Seusai menjemur kain.Serena melawat kebun kecilnya,dia menyiram air di atas setiap pokok sayurnya.Serena mula perasan sesuatu yang aneh.Dia melihat di atas tanah ada sepasang tapak kaki haiwan yang besar.Serena cuba mengecam tapak kaki apakah itu.Tapak kaki itu mirip seperti tapak kaki serigala.Dia tidak hairan jika itu adalah tapak kaki serigala kerana kawasan perkampungan ini dekat dengan hutan tebal yang dihidupi oleh pelbagai kehidupan.Serena hanya memegang tapak kaki itu lalu bangun menyambung kerjanya semula. Sebaik selesai menyiram pokok sayurnya. Serena memetik beberapa sayur yang sudah matang untuk dimasaknya bagi makan tengahari.Tiba-tiba muncul seorang wanita separuh usia muncul di laman belakang rumah itu.
"Hello,sorry nak,makcik masuk ke sini tanpa minta izin dahulu.Makcik panggil di hadapan tiada siapa yang sahutnya.Jadi makcik terus ke belakang"ujar makcik itu tiba-tiba.Serena agak terkejut dengan kehadiran wanita itu.
"Oh,saya ada disini,sebab itu saya tidak menyahut.Makcik ini siapa?",
"Makcik ini jiran kamu di sana",makcik itu menunjukkan arah rumahnya.
"Sajalah datang melawat kamu,jiran baru. Apa yang makcik dengar kamu ini cucu Phill dan Andrea betulkan?",
"Ya,betul.Saya cucu mereka",
"Wah,baguslah kalau ada cucu mereka yang mahu tinggal disini daripada biarkan rumah ini kosong tanpa bertuan",
"Betul itu, sebab itulah saya berpindah masuk",

"Bagusnya kamu,sanggup tinggalkan kemewahan di bandar dan tinggal di sini.Kamu sangat cantik,sama seperti datuk dan nenek kamu masa muda cantik dan kacak",puji makcik itu sambil menyentuh wajah Serena.
Serena merasa agak janggal,namun dibiarkan sahaja.
"Oh,ya, makcik hampir lupa.Ini makanan makcik beri pada kamu sebagai tanda mula pengenalan", makcik itu menghulurkan bekal mangkuk tingkat kepada Serena.
"Oh terima kasih",ucap Serena.
"Sama-sama dan lagi satu, kamu boleh panggil makcik dengan panggilan makcik Ann,dan kamu makcik perlu panggil apa?",
"Panggil Serena sahaja",makcik itu mengangguk.Selepas selesai berborak kosong,Makcik itu meminta izin untuk pulang kerumahnya, Serena bersyukur dapat berkenalan dengan makcik Ann. Dia tidak perlu lagi memasak untuk makan tengahari kerana makanan yang diberi oleh makcik ann sangat banyak untuk dimakan seorang diri....
Malam itu,Serena menghabiskan masanya dengan menulis.Kerjaya sebagai seorang penulis tidak lah mudah kerana dia memerlukan idea dan daya imaginasi yang tinggi untuk mengarang cerita.Sebelum ini,Serena mengerah keringatnya di sebuah pusat mengarang terkemuka,sejak dia berpindah ke sini.Serena hanya memilih untuk kerja melalui rumah sahaja dan akan menghantar hasil kerja disetiap hujung minggu.Namun, fikiran Serena buntu dia tidak tahu mahu menulis apa.Fikirannya kosong.Serena termenung kebuntuan idea.

Tiba-tiba dia terdengar barang terjatuh di luar rumah.Serena bangun dan terus menuju ke pintu untuk melihat.Sebaik pintu dibuka tiada sesiapa pun di luar dan hanya ada penyiram air dan baldi kecil jatuh berserak di lantai.Serena mengemas kembali barang-barang tersebut lalu terus masuk ke dalam rumah semula tanpa mencurigai apa-apa.Dia kembali mengerah idea di dalam fikirannya,malam itu terus berlalu sehingga siang menjelma.
Serena bangun awal pada pagi itu untuk mengemas kebun kecilnya.Dia membajak tanah dengan menggunakan cangkul untuk membesar kebunnya itu.Selepas selesai membajak dia duduk berehat di bangku yang berada berhampiran dengan kebun itu.Serena menghirup air teh yang dibuatnya sambil mengelap peluh yang mengalir di dahi.
Serena bertukar cuak,matanya terpaku melihat seorang lelaki tidak berbaju hanya berseluar menghampirinya,namun apa yang menghairankannya ialah badan lelaki itu dipenuhi oleh luka,lelaki itu berjalan dengan perlahan kerana kakinya yang tidak berkasut juga tercedera.Serena terus bangun berlari ke arah lelaki itu.Belum sempat Serena sampai lelaki itu terus jatuh ke atas tanah dan tidak sedarkan diri lagi.Serena terus menghampiri lelaki itu dan memanggilnya.
"Encik,encik,encik okeykah?!",Serena mulai risau.Lelaki itu hanya melihat Serena lalu tersenyum sebelum tidak sedarkan diri.
"Lily",itu perkataan terakhir yang disebut lelaki itu.Akhirnya Serena memutuskan untuk merawat lelaki itu kerana kos untuk membawa lelaki itu agak tinggi,mahu sewa kereta lagi dan perjalanan ke hospital agak jauh dari situ.Mujur dia ada menyediakan kit kecemasan di rumah. Dengan kudrat dan tenaganya dia mengendong lelaki tersebut masuk ke dalam rumah.Luka lelaki itu dirawat,badan lelaki itu dibersihkan dengan cara mengelap dan pakaian lelaki itu disalin dengan baju peningalan datuknya. Serena bersyukur kerana semua bekalan ada untuk merawat lelaki asing itu.Walaupun dia tidak mengenali lelaki itu tetapi sifat berperikemanusiaan yang ada pada dirinya mendorong untuk membantu sesiapa sahaja yang dalam kesusahan......

Lelaki yang tidak dikenali itu tersedar dari tidurnya yang panjang.Dia melihat keadaan di sekelilingnya.Tempat yang tidak asing baginya.
Setelah 3 hari dia tidur tanpa sedar,keadaan badannya kian memulih.Serena muncul sebaik mendengar suara keluhan lelaki itu.Dia bersyukur akhirnya lelaki itu sedar.
"Kamu bangun akhirnya",ujar Serena.Lelaki itu memandang Serena dengan riak terkejut.

"Maafkan saya kerana telah menyusahkan kamu",ujar lelaki itu lalu cuba untuk bangun dan pergi tetapi dihalang Serena.Lelaki itu masih belum pulih sepenuhnya.

"Jangan bergerak atau luka kamu akan terbuka semula.Tak mengapa,saya tidak rasa terbeban langsung dalam menjaga dan merawat kamu",Serena menolak lelaki itu untuk baring semula lalu menyelimutinya.Lelaki itu terdiam dia hanya terpaku melihat Serena.

"Saya seronok dapat membantu kamu",ujar Serena sambil tersenyum.Hati lelaki itu tersentuh dengan kata-kata Serena.Sungguh baik gadis ini.Hatinya seindah bidadari.

"Saya janji akan balas kembali jasa kamu",ujar lelaki itu dengan bersemangat.Serena hanya tersenyum.Dia tidak pernah merasa segembira ini.Dia juga merasakan begitu selesa dengan lelaki itu seperti mereka pernah bertemu dan berkawan sebelumnya.Serena juga hairan dengan rasa itu.
Serena terus merawat lelaki itu dan menjaganya dengan cukup baik.Dia menyediakan bubur ayam yang enak untuk lelaki itu,mereka makan bersama-sama dan saling menceritakan tentang diri masing- masing.Lelaki itu meminta Serena untuk memanggilnya dengan nama Zeke.Serena suka dengan nama itu.
"Saya mahu panggil kamu Seren saya boleh?",tanya Zeke.Serena mengangguk tanda mengizinkan.

"Tetapi mengapa Seren?,kamu boleh sahaja panggil saya Rena atau Sery,itu panggilan yang biasa dipanggil orang terhadap saya",

"Saya minta panggil begitu kerana bagi saya Seren itu membawa maksud kepada menyeramkan diluaran namun tersimpan sesuatu yang indah didalaman",terang Zeke dengan penuh makna.Serena hanya melihat lelaki itu hairan.

"Apakah saya buruk diluaran?",tanya Serena. Zeke menggelengkan kepalanya laju.

"Bukan begitu,pertama kali saya melihat kamu,perkara pertama yang saya nampak adalah ketakutan dan kesedihan yang menyelimuti diri kamu,namun apabila saya mengenal kamu dengan lebih mendalam, kamu jauh lebih baik dari apa yang saya lihat",Serena terkaku mendengar kata-kata Zeke.Apakah lelaki itu mengetahui bahawa dia masih trauma dengan kaum adam selepas apa yang berlaku pada dirinya dahulu.Tidak dinafikan apa yang dikatakan oleh Zeke kerana semuanya betul. Serena menjadi takut dan trauma melihat lelaki , fikirannya akan terimbas dengan kenangan lalunya yang pahit bersama Alex.Serena hanya mengetap bibir.Dia tidak pandai menyembunyikan perasaanya.

"Namun, saya percaya hati suci seperti kamu berhak bahagia,jadi janganlah simpan perasaan lalu yang menyakitkan,terus luahkan dan buangnya dari diri kamu",ujar Zeke sambil menyuap bubur ke dalam mulutnya.Serena benar-benar tersentuh dengan kata-kata lelaki itu.Perasaan selesa muncul di dalam hatinya.
Mungkinkah pertemuannya dengan lelaki itu permulaan hidupnya yang baru.Serena tersenyum manis sambil melihat lelaki itu makan.

"Oh ya,saya lupa nak tanya kamu.Bagaimana kamu boleh tercedera begini",tanya Serena sebaik mengemas meja makan.Zeke hanya terdiam apabila mendengar pertanyaan itu.
Serena melihat lelaki itu. Adakah lelaki itu masih tidak bersedia untuk menceritakan mengenai hal tersebut.

"Zeke,kamu dengar saya?",tanya Serena lagi.
"Oh ya Seren,saya dengar.Ini cuma luka akibat diserang binatang buas",ujar Zeke.
"Oh cerita tentang binatang buas.Sebelum ini saya ada terjumpa tapak kaki serigala di kebun.Adakah serigala yang serang kamu?",Zeke pada mulanya termenung sebentar lalu menganggukkan kepalanya.
Serana hanya mengiyakan sahaja,lelaki itu kelihatan seperti tidak berminat ingin lanjutkan perbualan tersebut.Serena tidak mahu membebani lelaki itu,dia menukar topik perbualannya.

"Zeke,ibu bapa kamu tidak kisahkah kalau kamu tidak pulang ke rumah?",Zeke terus memandang Serena.

"Mereka tiada",ujar Zeke pendek.Serena mengeluh,sekali lagi dia bertanya sesuatu yang membuatkan lelaki itu tidak selesa.Serena diselebungi rasa bersalah.

"Maaf,saya tidak tahu yang,..",
"Tak mengapa,saya tidak kisah.Mereka telah buang saya buat apa saya mahu terasa jika mereka tiada",sampuk Zeke.Serena melihat lelaki itu,dia kelihatan seperti pernah mengalami perkara yang pahit juga.

"Kita sebumbung",ujar Serena sambil tersenyum.Zeke hairan dengan kata-kata Serena.

"Mungkin berbeza cerita namun senasib.Marilah kita bersama-sama bina kehidupan dan cerita baharu",Ujar Serena sambil menghulurkan tangan kepada Zeke.
Zeke melihat tangan itu,dia mahu mengapai tangan lembut itu.Perlahan-lahan dia mengangkat tangannya mancapai tangan Serena.Tangan itu disentuh setelah sekian lamanya.Adakah itu tanda sebuah janji?.

"Zeke,saya mahu lihat kamu bahagia",ujar Serena.
"Saya juga!,saya juga mahu lihat kamu bahagia Seren",ujar Zeke gugup.Tawa yang girang bergetus keluar dari Serena.Dia gembira bisa mempunyai rakan seperti Zeke dan Zeke juga kelihatan begitu
Entah mengapa dia merasakan seperti dia dan zeke sudah pernah berjumpa sebelum ini dan dia begitu selesa dengan lelaki itu.Adakah ini dikatakan sebagai Deja Vu?...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience