42

Romance Series 93218

Sejak pulang dari hospital siang tadi, Aayra dilihat lebih banyak termenung dari kebiasaannya. Adakalanya dia seakan kurang memberi perhatian saat Harraz berbicara dengannya. Malah lebih teruk lagi, dia hampir terlupa untuk menyediakan susu buat anak - anaknya. Sangkanya stok susu yang disimpan di dalam peti sejuk itu masih berbaki walhal awal - awal lagi Harraz sudah memberitahunya bahawa stok susu sudah lama habis.

“Sayang.." Panggil Harraz sebaik melabuhkan punggungnya di sisi Aayra.

Panggilan Harraz tidak dijawab. Sebaliknya Aayra hanya merenung wajah suaminya dengan pandangan kosong. Riak wajahnya langsung tidak menampakkan sebarang keterujaan seperti kebiasaannya. Harraz semakin pelik. Kebiasaannya Aayra tidak seperti itu. Paling tidak, Aayra pasti akan memaut lengannya lalu dilentokkan kepalanya di bahu Harraz.

“Sayang ok ke? Abang tengok sejak sayang balik dari hospital tadi, sayang nampak lain sangat. Termenung sana. Termenung sini. Sampaikan susu Nuffan dan Nufael habis pun sayang tak ambil peduli. Kenapa ni? Ramona ada buat bukan - bukan dekat sayang ke?" Soal Harraz bimbang.

Aayra kaget. Kini dia kembali sedar dari kealpaannya sendiri. Wajah bimbang Harraz ditatap dengan penuh rasa bersalah. Mana mungkin dia menceritakan segala - galanya kepada suaminya itu. Jika Harraz mengetahui akan hal ini, pasti perang dingin akan tercetus di antara mereka. Sejujurnya dia tidak sanggup untuk berdepan dengan situasi itu. Bagi Aayra, Harraz adalah segalanya buat dirinya.

“Err.. Takde apa - apa abang. Sayang minta maaf sebab mengabaikan Nuffan dan Nufael. Sayang betul - betul tak sengaja." Ucap Aayra takut- takut.

Entah mengapa Harraz seakan dapat menangkap sesuatu dari riak wajah isterinya. Dia tahu Aayra sedang cuba merahsiakan sesuatu dari pengetahuannya.

“What it is? Tell me now! I know you're trying to hiding something from me. Don't ever lie to me. I know you, sayang." Soal Harraz dengan nada yang tegas.

Aayra semakin gentar. Berkali - kali dia cuba menelan air liurnya namun tekaknya terasa begitu perit. Seakan terasa seperti ada sesuatu yang tersekat di kerongkongnya, akhirnya Aayra menggapai segelas air suam yang berada di sisinya lalu diteguk air itu dengan rakus.

Harraz tersenyum sinis. Dari situ dia sudah dapat mengagak bahawa ada yang tidak kena dengan isterinya itu. Bagi Harraz, tidak sukar untuk mencungkil rahsia Aayra. Dia hanya perlu bertindak sedikit tegas terhadap isterinya, nescaya Aayra akan menceritakan segala - galanya kepadanya.

“Se.. Se.. Sebenarnya Ramona ada bagitahu sayang sesuatu siang tadi." Ujar Aayra gugup.

“Bagitahu apa?" Soal Harraz tidak sabar.

Aayra cemas. Dia tidak tahu dari mana dia harus memulakannya. Lagi pula hal ini melibatkan diri Ezmal sepupunya sendiri. Lebih dasyat lagi apabila hal ini berkait rapat dengan soal hati dan perasaan seseorang. Jika dia menceritakan hal berkenaan kepada Harraz, entah bagaimana pula penerimaan suaminya itu nanti? Tidak kah suaminya itu berasa kecil hati? Berdosakah dia sebagai seorang isteri? Tetapi andai dipendamkan sahaja hal ini di dalam hati, Aayra bimbang ianya akan menghancurkan kepercayaan Harraz terhadapnya.

“Sayang, I'm waiting." Harraz mengingatkan Aayra tentang situasi mereka pada ketika itu.

“Err.. Sayang harap abang tak marahkan sayang kalau sayang ceritakan semua ni kepada abang." Aayra bersuara dalam keadaan takut- takut.

“I'm promise, sayang. As long as you tell me the truth." Janji Harraz seraya menaikkan tangannya tanda berjanji.

Aayra menghela nafas berat. Sejujurnya dia masih belum punya kekuatan untuk menceritakan hal itu kepada suaminya. Pelbagai perasaan menyelubungi hatinya ketika ini.

“Ramona.." Ayat Aayra terhenti di situ. Wajah tenang Harraz ditenung lama. Betapa dia berasa amat berdosa terhadap suaminya itu. Namun Aayra tidak tahu bagaimana ingin mengekspresikan perasaannya ketika ini.

Harraz diam tidak menyampuk. Dia cuba memberi ruang kepada isterinya untuk menyusun kata. Dari firasat hatinya, Harraz yakin apa yang bakal disampaikan oleh Aayra ada kena mengena dengan diri mereka. Namun dia tidak mahu cepat melatah. Biarlah Aayra yang memulakan segala - galanya.

“It's about Ezmal." Luah Aayra perlahan.

“Ok. What it is? Is it something serious?" Soal Harraz lagi.

“Sayang tak tahu macam mana nak explains dekat abang. Cuma apa yang sayang boleh cakap ianya berkaitan soal hati dan perasaan." Akhirnya Aayra memberanikan diri untuk meluahkan segala yang terbuku di hatinya kepada Harraz. Harapannya semoga Harraz dapat memahami maksud disebalik luahannya itu.

“Bunyi macam serius je. Apa yang Ramona cakap?" Harraz bertanya lagi. Sejujurnya dia masih tidak mampu untuk menangkap maksud sebenar Aayra.

Satu keluhan berat lahir dari bibir Aayra. Wajahnya kelihatan sangat kusut. Berkali - kali dia meraup wajahnya. Aayra menarik nafas panjang. Kemudian kedua - dua tangan suaminya digapai lalu dibawa ke bibirnya. Aayra mencium tangan Harraz dengan penuh rasa kasih dan sayang. Sejujurnya dia terasa seakan berdosa kepada suaminya sendiri. Namun bukan itu kehendak hatinya. Semuanya terjadi secara tiba - tiba.

“Sayang, kenapa ni? Ceritalah. Jangan buat abang risau boleh tak?" Harraz bernada cemas. Sepanjang perkahwinan mereka, belum pernah dia melihat wajah Aayra sekusut ini. Pasti ada sesuatu yang bermain di minda isterinya itu.

“Sayang minta maaf sangat - sangat abang. Sayang tahu sayang tak patut fikirkan tentang semua ini. Apatah lagi sayang ni isteri abang. Sayang tahu sayang berdosa dengan abang." Kali ini suara Aayra sudah kedengaran sebak. Dia benar - benar terpukul dengan situasi ini. Perasaan berdosa begitu membuak - buak di dalam hatinya.

“Ok!! Ok!! Keep calm, sayang. Take a breath and release it slowly. Take your time. I'll wait for it." Harraz cuba menenangkan isterinya yang sudah dibanjiri dengan air mata.

“Ramona beritahu yang selama ni Ezmal ada menyimpan perasaan terhadap sayang. Dia sukakan sayang sejak dari awal sayang bekerja dengan dia lagi. Kemudian selepas kita berkahwin, Ezmal kecewa lalu dia bawa diri ke Rusia. Hal ini jugalah yang membuatkan Mona benci sangat dengan sayang sebelum ni." Luah Aayra akhirnya.

Wajah suaminya ditatap lama. Aayra cuba membaca reaksi Harraz sebaik dia meluahkan segala - galanya. Sangkanya Harraz akan terkejut dengan apa yang telah disampaikannya. Namun ternyata telahannya salah sama sekali. Wajah Harraz kelihatan sangat tenang dan tidak ada sedikit pun riak terkejut di wajahnya. Malah lebih dasyat lagi, suaminya masih mampu tersenyum kepadanya.

“Actually, abang dah lama tahu pasal ni. Tapi bukan dari mulut Ezmal atau sesiapa. Tapi dari firasat hati abang sendiri." Ujar Harraz lembut.

“Maksud abang?" Soal Aayra kurang pasti.

“Abang dah dapat rasakan perkara ni sejak Ezmal beritahu yang dia nak kembali ke Rusia tu lagi. Masa tu abang dah pelik. Kenapa secara tiba - tiba? Walhal sebelum tu, dia juga yang beritahu kami semua yang sebolehnya dia tak nak kembali ke Rusia lagi. Dah jemu katanya. Yang buat abang rasa lagi pelik, keputusan yang Ezmal buat tu langsung tak diketahui oleh Uncle Zamir dan Aunty Elise. Pelik kan?" Harraz cuba menerangkan satu persatu kepada Aayra.

Aayra masih diam tidak berkutik. Pandangannya masih tetap setia menatap wajah lembut suaminya.

“Bila abang tanya Ezmal atas alasan apa dia nak balik ke sana, Ezmal cakap syarikat mereka ada tengah ada masalah di sana. Tapi bila abang tanya Uncle Zamir tentang hal tu, Uncle Zamir cakap so far syarikat kat sana takde sebarang masalah pun. Ianya beroperasi seperti biasa. So, dari situ kita dah boleh tahu kan? Lagipun abang kenal Ezmal sejak dari kecil sayang. Kami membesar sama - sama. Jadi abang dah faham sangat dah dengan perangai Ezmal tu." Jelas Harraz lagi.

“So, abang tak marah bila dapat tahu semua ni?" Soal Aayra pelik. Harraz tidak terus menjawab sebaliknya dia hanya
menggelengkan kepalanya perlahan.

“Untuk apa abang nak marah sedangkan abang tahu abanglah yang bersalah dalam hal ni. Abang dah rampas kebahagiaan Ezmal. Malah abang tahu, sayang pun pernah simpan perasaan pada Ezmal kan dulu?" Kali ini Harraz cuba menduga isterinya.

Aayra terkedu mendengarkan soalan Harraz itu. Serta merta wajahnya berubah. Aayra gugup. Tiba - tiba tubuhnya terasa menggigil. Entah mengapa dia merasakan suaminya seakan ahli nujum pada malam ini. Aayra pantas menundukkan wajahnya ke bawah. Dia tidak berani menatap wajah suaminya.

Melihatkan situasi itu, Harraz tersenyum penuh makna. Dia tahu apa yang ada di dalam hati isterinya pada ketika ini. Tanpa menunggu jawapan balas, Harraz segera berlalu pergi meninggalkan Aayra terkontang kanting sendirian di situ. Tidak semena - mena, hatinya terasa bagai ditusuk - tusuk. Sebagai seorang suami, pasti dia berasa sedikit cemburu apabila mengetahui tentang perkara ini. Apatah lagi apabila mengetahui Aayra turut pernah menyimpan perasaan yang sama kepada Ezmal. Namun begitu, Harraz tidak mahu mengambil serius akan hal itu. Baginya itu semua adalah cerita lama. Kini Aayra sudah pun menjadi miliknya yang sah. Harraz percaya kebahagiaan yang dimilikinya ini akan terus berkekalan hingga ke akhirnya. Itu jugalah doanya kepada Allah setiap kali mendirikan solat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience