“Adam don’t come into the kitchen. What did Umi tell you boy?” suara Hana Aishah yang sedang memasak di dapur rumah keluarganya kedengaran pagi itu.
“Mimi. Mimi” suara Adam membalas riang dan bunyi derapan anaknya yang sedang merangkak laju masuk ke dapur yang berminyak kedengaran semakin laju.
Sudah dua hari semenjak Teacher Basirah sedar daripada koma tetapi masih dikawal rapi di CCU. Ikutkan hati Hana Aishah dia mahu berkhemah di hospital tetapi sebagai petugas kesihatan dia faham mengapa syarat sebegitu di buat. Bukan untuk memisahkan ahli keluarga dengan pesakit tetapi supaya tiada gangguan dalam mereka melaksanakan perkara yang di perlukan untuk pesakit.
“Adam. Baby don’t come here. Umi is cooking. Its dangerous” Hana Aishah sedang menggoreng ayam di dalam kuali dan dia paling takut sekiranya Adam berada di dapur diwaktu proses memasak sedang berlaku.
“Mi… miii” tawa anaknya kedengaran semakin dekat.
“Cheeky nya sayang aunty ni” Hana Azuwa yang sedang memasak bubur untuk ibu mereka menoleh memandang kearah Adam yang hanya memakai pampers itu.
“Ya rabbi. Mana baju Adam?” mata Hana Aishah terus dijegilkan melihat Adam yang sudah separuh bogel itu.
“Adam!” suara Fakhrul yang melaung dari depan kedengaran. Tawa Adam bergema ke segenap dapur saat anaknya menyedari bapanya yang sedang mencari. Tidak sampai beberapa saat kaki Hana Aishah sudah dipeluk erat Adam.
“Adam. How did you get here? Ya Allah budak ni” Fakhrul yang baru tiba di dapur merenung ke arah Adam tegas. Fakhrul sudah bercekak pinggang merenung kea rah Adam yang sedang tersengih memandang bapanya. Di tangan kanan lelaki itu sepasang pampers and baju Adam kelihatan.
“You ni kan. Take him. I tengah goreng ayam ni. Suruh jaga sekejap pun tak boleh” Hana Aishah membebel kasar menjeling ke arah Fakhrul.
“Bukan salah abang pun. I went up to take his short and singlet” Fakhrul merungut sambil menuju ke arah Adam.
“Nonono. Mimi” semakin kuat pegangan Adam di kaki Hana Aishah apabila tangan Fakhrul cuba menarik Adam menjauhi Hana Aishah.
“Adam. Listen to babah please. Got hot oil here. You`ll get hurt” Fakhrul memujuk sambil cuba memisahkan Adam daripada pelukan di kaki Hana Aishah.
“Mimi” raungan Adam kedengaran saat Adam selamat berada di dalam dokongan Fakhrul.
“Adam. Wait for a while sayang. Umi nak masak ni” Hana Aishah melembutkan suaranya mahu memujuk Adam sambil tangannya masih memusingkan ayam yang sedang digoreng.
“Nonono. Mimi” badan anaknya sudah meliuk – liuk dengan tangan tembam itu didepakan di dalam pegangan Fakhrul.
“Adam sayang. Tadi Adam main dengan papa ok je. Kenapa nak Umi pulak ni” Fakhrul memujuk sambil pipi anaknya yang sudah basah dengan air mat aitu dikucup berkali – kali.
“You ni , I baru bagi jaga sekejap. Sampai separuh bogel Adam di buatnya” Hana Aishah merungut kasar.
“Sayang masak sedap sangat tu yang Adam makan menggunakan satu tubuh badan dia” Fakhrul memuji ikhlas tapi kedengaran meluat di telinga Hana Aishah.
“Baru suruh bagi breakfast pun dah tak mampu lepas tu ada hati nak jaga satu hari suntuk” Hana Aishah memerli pedas.
“Abang tak cakap pun tak mampu” suara yang tadi ceria bertukar nada tetapi yang Hana Aishah dapat rasakan hanyalah rasa benci yang membuak – buak.
“Bawak la dia pegi depan. Minyak ni tengah meletup – letup. Tak kan itu pun I nak ajar” satu jelingan Hana Aishah hadiahkan kepada Fakhrul yang masih berdiri tercegat memandang Hana Aishah.
“Adik” teguran Hana Azuwa menaikkan lagi api kemarahan Hana Aishah. Sudahlah bahang api yang sedang menggelegak itu tambah pula dengan kehadiran lelaki itu. Hana Aishah rasakan seperti Fakhrul sengaja mahu membuat dia kelihatan jahat saat itu.
“Menyampah betul lah” rengusan kasar Hana Aishah kedengaran sebelum derapan kaki yang dia tahu milik Fakhrul menjauhinya. Raungan Adam kedengaran tetapi saat itu yang menyelubungi hatinya adalah perasaan sebal.
Berhati – hati ayam yang sudah berwarna perang itu dia angkat. Kalau tadi mulut dia dan kakaknya tidak henti berborak sekarang masing – masing diam membisu. Pagi itu mereka akan bersarapan nasi lemak. Aroma nasi lemak buatan kakaknya sudah menusuk ke dalam rongga hidungnya semenjak tadi sekarang bergabung pula dengan aroma ayam goreng, air liurnya sudah kecur.
“Kak Wa. Adik hidang terus kat depan la ye. Sambal tu kak wa nak adik hidang guna mangkuk mana satu” Hana Aishah memecahkan kesunyian mereka. Dia yang sedang menatang ayam goreng yang masih panas itu memandang ke arah Hana Azuwa yang masih menggaul bubur nasi untuk ibu mereka.
“Up to you” jawapan pendek Hana Azuwa menandakan kakaknya tengah menahan diri daripada memarahi Hana Aishah. Hana Aishah kenal sangat dengan Hana Azuwa.
“Kak Wa marah adik” pertanyaan Hana Aishah tidak dibalas. Tiada gelengan mahupun anggukan.
Hana Aishah mengeluh berat sebelum kakinya melangkah mahu meninggalkan ruangan dapur basah itu. Ini semua lelaki itu punya pasal. Elok – elok dia dengan kakaknya memasak, lelaki itu hendak muncul juga di dapur. Kalau satu hari tak porak perandakan hidup dia memang tak lengkap hidup lelaki bernama Tengku Fakhrul agaknya.
Kelengkapan mereka bersarapan pagi itu diteruskan dalam kebisuan. Tiada segelumit pun rasa bersalah di hati Hana Aishah kerana melontarkan kata – kata sebegitu terhadap Fakhrul tambahan pula apabila Hana Azuwa turut sama menyokong lelaki itu. Lagilah bertambah bencinya.
“Senyap je korang berdua ni” Kapten Azam menegur sewaktu mereka bersarapan bersama – sama. Meriah dengan anak menantu dan cucu Kapten Azam tetapi matanya tajam menangkap ketegangan di antara Hana Azuwa dan Hana Aishah.
“Kak Wa marah adik” laju mulut Hana Aishah membalas seiring dengan jawapan Hana Azuwa.
“Nothing bah” Hana Aishah tahu kakaknya sedang menjelingnya kerana itu matanya dihalakan ke pinggan bercorak bunga vintaj itu saat kata – kata mereka seiring menjawab.
“Wa” Kapten Azam memanggil lembut. Mereka adik beradik sudah tahu apabila bapanya berlembut bermakna jawapan perlu mereka berikan. Tona lembut yang penuh makna.
“Adik bagi tahu la abah. Nak sangat cakap kan” Hana Aishah masih diam seribu bahasa mendengar amarah kakaknya.
Wazir dan Hana Aqilah yang sedang berbual terus terdiam apabila merasai ketegangan yang sudah lama tidak berlaku di rumah mereka. Hana Azuwa lansung tidak jadi meneruskan pemakanannya. Mata Hana Azuwa memandang tajam ke arah Hana Aishah yang masih selamba meneruskan pemakanannya tetapi tidak mahu bertentang mata dengan kakaknya.
“Wa makan. Sejuk nanti nasi tu” akhirnya Kapten Azam mengalah. Anak sulung dan anak keduanya. Memang di didik penuh tanggungjawab tetapi bila datang keras kepala kedua anak perempuannya, dia tahu akibatnya.
“Its fine. I don’t have appetite anymore” Hana Azuwa membalas sebelum punggungnya diangkat.
“Kak Wa. I`m sorry. Just eat” suara Fakhrul yang semenjak tadi membisu duduk di sudut hujung meja sebelah kanan sambil menyuap buah ke mulut anaknya kedengaran.
“Drama” suara Hana Aishah memerli kedengaran seiring dengan tawa sinisnya. Perlahan tetapi sampai ke telinga segenap isi meja.
“Abah nak tahu sebabnya kan. Tu tengok mulut tu” suara Hana Azuwa naik seoktaf tetapi pendirian Hana Aishah masih sama.
“Adik” lembut suara Kapten Azam memanggil tetapi pagi itu hati Hana Aishah sekeras batu.
Penat sudah cuba mengikut rentak semua orang yang berpura – pura seperti segalanya adalah normal antara dia dan Fakhrul. Semenjak Teacher Basirah keluar daripada fasa kritikal, realiti kembali menyesakkan jiwanya.
Kenapa dia perlu berpura – pura seperti tiada masalah antara Fakhrul dan dia? Kenapa dia perlu memaksa diri untuk tidur sebilik dengan lelaki yang sama membuatkan tidurnya tidak pernah lena selama tiga tahun ini? Kenapa semua orang tidak nampak kejahatan lelaki itu? Kenapa sayang mereka terhadap Hana Aishah seperti sama sahaja dengan sayang mereka terhadap lelaki yang menghancurkan hidup dia?
“Kak Wa tak tahu masalah adik dengan Fakhrul apa tapi Fakhrul tu suami adik faham. I`m not going to sit quietly listening to you disrespecting your husband. Jangan kutip dosa free adik” Hana Azuwa sudah naik angin melihat sikap Hana Aishah.
“He is not my husband” Hana Azuwa menggeleng kepalanya kecewa melihat sikap Hana Aishah yang ambil mudah saat itu.
“Well guess what, he still is isn’t he?” Kapten Azam yang melihat situasi itu terpaksa ikut campur. Hana Azuwa sudah bercekak pinggang dengan mata mencerlung memandang Hana Aishah yang sudah terhenti suapannya mendengar kata – kata kakaknya.
“Not for long” Alif Haziq menyambung tetapi satu jelingan maut daripada Hana Azuwa cukup untuk menzip mulut adik lelakinya.
“Wa. Kita bincang nanti. Depan rezeki tak baik bertekak” Hana Azuwa tertawa memerli mendengar bicara bapanya.
“Abah nak diam itu Wa tak boleh masuk campur but she is my sister. Wa tak nak adik masuk neraka sebab Wa tak tegur adik” Kapten Azam membisu mendengar kata – kata Hana Azuwa.
“Kalaupun benci dengan suami tu pakai otak adik sikit. Takkan depan anak pun tak reti nak hormat Fakhrul tu sebagai Babah Adam” mendengar kata – kata kakaknya benar – benar merobek luka lama.
Hana Aishah terus berdiri meninggalkan makanan yang banyak berbaki. Seleranya putus. Hatinya sakit. Saat itu seperti yang Fakhrul mahukan dia adalah pesalah.
“Adik. Habiskan nasi tu” Kapten Azam memujuk tetapi Hana Aishah terus melangkah pergi meninggalkan meja makan itu. Derapan kaki Hana Aishah laju menaiki tangga kedengaran apabila kesunyian menyelubungi meja makan. Cucu – cucu Kapten Azam yang tadi riuh mulut turut ikut diam. Tidak sampai seminit bunyi dentuman kuat kedengaran.
“Datang dah kepala batu dia” Hana Azuwa mengomel sebelum dia meluru meninggalkan meja makan kegeraman.
“Astaghfirullahal azim” Kapten Azam menggelengkan kepalanya. Raut wajah tua itu kelihatan kecewa melihat perangai anak – anaknya.
“Bah. Fakhrul…” belum sempat Fakhrul menghabiskan bicara Alif Haziq memotong.
“If you have some sense left inside you, you should know when you are not welcome” mulut Alif Haziq ikut mahu menaikkan suasana tegang yang menyelubungi rumah Kapten Azam pagi itu.
“Baby. Watch your mouth” mulut Hana Aqilah laju menegur adiknya sebelum kepala Alif Haziq disekeh”
“What the hell Kak Chik” suara Alif Haziq naik seoktaf.
“Zip it baby. Nanti Kak Chik bagi tau mak biar mak cili mulut tu” ugutan Hana Aqilah menjadi dan selera makan Alif Haziq ikut putus.
“Makan sampai habis nasi dalam pinggan tu. Don’t test me Alif Haziq” suara selamba Hana Aqilah mengugut mematikan niat Alif Haziq yang mahu mengikut jejak langkah dua kakaknya.
“Bah makan. Dah seminggu abah tak makan properly. Achik susah hati” Hana Aqilah memujuk setelah beberapa minit berlalu dan nasi di dalam pinggan bapanya tidak berusik.
“Bah” suara kecil Adam memanggil sekaligus mengejutkan Fakhrul yang semenjak tadi termenung tetapi saat dia melihat wajah anaknya, wajah itu tidak memandang ke arahnya. Mata Adam sedang fokus pada atuknya yang masih termenung melihat pinggan yang masih banyak berbaki.
“Bah. Bah. Bah” suara itu memanggil lagi berkali – kali. Fakhrul tersenyum sendiri. Kalau tadi hati pedih sekarang sudah terubat sikit.
“Tok bah is sad. Adam don’t like it is it?” Fakhrul menggunakan tangan kirinya mengelus rambut anak kecil itu.
Tidak sampai seminggu berada dengan Adam dia sudah dapat lihat sikap isterinya yang Adam ikuti. Hana Aishah yang penyayang , Hana Aishah yang sangat prihatin dengan kesusahan orang lain , Hana Aishah yang senang bersedih apabila melihat orang lain dalam kesedihan. Hana Aishah yang dia sia – sia kan dan rindui sekarang. Dari segi fizikal anaknya memang klon dia tetapi sikap anak sekecil itu mirip ibunya.
“Bah mamam” jari telunjuk comel itu menunjuk ke arah Kapten Azam.
“See abah, Adam also wants you to eat. Cepat mamam nanti Adam marah” Hana Aqilah berkata riang melihat gelagat anak kakaknya itu.
Bibir Kapten Azam mengukir senyuman pendek sebelum dia berdiri. Tidak sampai beberapa minit Adam sudah di dalam rangkulan dia. Pagi itu tidak seperti selalu , Adam membaringkan kepalanya di dada Kapten Azam. Suasana senyap menyelubungi tempat makan itu. Berbagai perkara bermain di minda masing – masing.
“Tok Bah kena kuat. Adam need Tok Bah right” bisikan perlahan Kapten Azam sampai ke telinga Fakhrul. Hatinya bergolak dengan rasa bersalah dan kebuntuan memikirkan masalah yang dia sendiri cari. Terlalu banyak kalau yang dia mahu ubah. Terutamanya malam itu. Kenapa dia pergi meninggalkan Hana Aishah? Kenapa masa silamnya perlu menang sekali lagi?
*******************************************
Lautan selat melaka yang memisahkan dua negara itu ditenung sepi. Perasaan Fakhrul bergolak semenjak pertembungan dia dengan isterinya. Lingkaran mata gelap yang menghiasi sepasang anak mata coklat yang Fakhrul terlalu rindu tetapi kesakitan di dalam hatinya terlalu dalam untuk dia akui rindu tersebut.
Pipi yang sudah hampir setahun tiada isi seperti sewaktu awal kehamilan Hana Aishah. Bibir pucat yang merekah kekeringan. Tubuh yang dalam masa 10 hari sudah hilang isinya. Jubah hitam itu boleh menyembunyikan tubuh isterinya daripada mata insan lain tetapi tubuh yang Fakhrul sudah hafal segenap inci itu tidak boleh menipu matanya.
“Abang lepaskan Aishah. Aishah boleh jaga Adam. Abang cari bahagia abang sebab Aishah bukan bahagia abang” kata - kata perpisahan yang di pinta Hana Aishah mencabar egonya dalam masa yang sama ketenangan suara saat menutur kata – kata itu menggentarkan setiap sel dalam badannya.
“Why do you have to hurt me like this? Why can’t you be different?” Fakhrul berbisik merenung ke negara jiran yang bergemerlapan itu.
Selepas pertembungan dengan Hana Aishah di rumah mereka , Fakhrul terus memandu keluar. Perpisahan yang dipinta tidak akan dia bagi sampai bila - bila. Hana Aishah kepunyaan dia. Kali ini dia akan pastikan dia menang.
“But she betrayed you just like how everyone has been doing” suara hatinya berbisik menghasut lagi.
Kali pertama dia pergi melihat Adam cukup untuk dia tahu Adam itu zuriatnya. Tetapi gambar - gambar dan video - video itu sentiasa mengkucar - kacirkan pendiriannya.
“Fitnah tu bahaya angah. Along tak pandai bab agama sangat tapi Along tak bodoh untuk percaya fitnah macam tu je. Along bukan nak bela Hana just because of her personality tapi Angah fikir pakai akal logik Angah since you always justify everything according to your logic kan.. “ kata - kata yang dilemparkan Fakhrul malam raya pertama itu bermain di mindanya.
“Someone is trying to break your marriage and ruin Hana’s reputation thats why the photo was send to all of us. Kenapa tak hantar dekat Angah je. Kenapa kena hantar dekat mama , papa , her parents .. like literally all of us got the pictures. Angah fikir la. Angah lagi pandai dari Along. Dari semua segi. You should know better” matanya dipejam rapat.
Malam raya yang merupakan malam paling perit untuk dia lalui. Terlalu banyak angan - angan yang dia cipta untuk keluarga kecil mereka. Hari raya paling istimewa untuk Fakhrul. Hari raya yang akan menyempurnakan hidup dia yang kosong dengan kehadiran isteri dan anaknya.
Tetapi segalanya berubah. Puncanya kerana Hana Aishah. Hana Aishah memusnahkan segala harapan yang dia bina untuk Mereka sekeluarga. Hampir dua minggu lepas di kala takbir bergema dia menyibukkan diri di dalam bilik tidur. Keberadaan Hana Aishah sudah tidak dia endahkan.
Sudahlah malam ke 28 Ramadan itu Hana Aishah sengaja menaikkan darahnya dengan kehadiran Zarik. Tangannya naik lagi malam Ramadan terakhir itu kerana kebiadapan Hana Aishah mencabar dirinya.
Setiap perkara yang menyakitkan hatinya yang Hana Aishah lakukan mengasak minda Fakhrul. Seperti tadi setelah 10 hari baru Hana Aishah tahu untuk pulang ke rumah mereka. 10 hari dia menanti bila Hana Aishah yang sudah keluar wad akan pulang. Menghitung hari bukan sesuatu yang mudah untuknya. Rindu tetapi dia tidak akan kalah kali ini.
“Arghhh” stereng keretanya diketuk berkali – kali mahu melarikan dirinya daripada melayani sakit emosinya. Denyutan di tangannya disambut dengan hati yang terbuka. Pelbagai perkara bermain di minda Fakhrul malam itu. Ketenangan yang dia cari di tembok bersebelahan selat melaka itu tidak dijumpai dan akhirnya Fakhrul terlelap di dalam keretanya.
“They are all the same” kata - kata itu dibisiknya dikala matanya terlelap merenung ke langit yang gelap malam itu. Langit biru yang mendung tanpa bulan dan bintang seperti memahami awan gelap yang menyelaputi hatinya.
Saat matanya terlelap mimpi yang mulai muncul semenjak kemalangan Hana Aishah kembali. Tiada bicara tetapi hanya wayang bisu yang dia lihat. Hana Aishah dalam sepasang jubah putih sedang duduk mengaji sambil Adam yang dibalut kain putih sedang berbaring tenang melihat ibunya. Tiada suara yang keluar tetapi bibir nipis kegemarannya itu terus bergerak – gerak membaca Al Quran itu.
“Aishah nak mengaji hari – hari kalau boleh. Biar you dapat pahala. Thank you. This is the best gift you could ever give me” masih terasa lagi kucupan pertama yang Hana Aishah hadiahkan untuknya di pipi kanannya sewaktu awal perkahwinan mereka kerana menghadiahkan senaskah Al Quran. Bukan duit hantaran berpuluh ribu yang dia masukkan ke dalam akaun isterinya , bukan barangan berharga yang dia hadiah.
Kerana itu dia kenal walaupun di dalam mimpi naskah Al Quran itu. Dari hari Hana Aishah melahirkan Adam sehingga malam ini , dia akan bermimpi seperti itu. Fakhrul mahu mencapai anak isterinya tetapi terlalu jauh untuk dia gapai, akhirnya dia hanya akan duduk merenung dua wajah itu dari kejauhan.
Walaubagaimanapun malam itu dia pelik. Sekejap sahaja Hana Aishah membaca sebelum Al Quran berwarna hitam bersulam ema situ di tutup. Hana Aishah mengucup lama naskah kitab suci itu sebelum memeluk erat. Wajah yang selalunya tenang malam itu mendung. Lagilah kuat Fakhrul meronta mahu menuju kea rah isterinya.
Kakinya tidak dijerat seperti malam – malam sebelum ini, dia dapat melangkah. Sejuk beku dirasakan tempat dia memijak itu tetapi kakinya terus melangkah. Berapa lama dia tidak pasti tetapi masih tidak kunjung tiba. Hana Aishah dan Adam masih di tempat tadi.
Tiba – tiba raungan Adam bergema. Kuat raungan itu seperti sedang kelaparan. Atau kesakitan? Dia sendiri tidak pasti tetapi Hana Aishah masih duduk di sisi anak mereka tidak memandang ke arah Adam. Merenung ke suatu tempat yang bercahaya nun jauh di pandangan mata mereka.
Fakhrul semakin laju berjalan. Peluh sudah membasahi tubuhnya. Selepas dia masih gagal mendekati Adam yang masih meraung sayu, langkahnya bertukar rentak. Saat itu dia sudah berlari. Laju dan semakin laju mahu mendapatkan anaknya. Mindanya bingung kenapa Hana Aishah masih duduk membisu di sebelah anaknya. Mulut itu tidak terkumat – kamit lagi.
“Sayang. Take Adam. He`s crying. Please sayang. Adam lapar tu” berkali – kali dialog – dialog seperti itu cuba diluahkan tetapi tidak berjaya.
“Adam tunggu. Babah datang. I`m coming Adam. Wait for babah” berkali – kali dia menjerit walaupun suara tidak keluar.
Entah bila dia tidak tahu tetapi Fakhrul sudah terduduk kepenatan. Air matanya mengalir deras. Semakin kuat tangisan Adam semakin laju air matanya gugur. Setiap raungan itu merobek sedikit demi sedikit hatinya. Sampai dia tersungkur di dalam sujud.
“Please. Don’t let him cry. Please stop. Please Adam. I`m sorry. Babah sorry” teresak – esak di dalam sujud.
“Abang mintak maaf sayang. Abang mintak maaf. Please. Don’t hurt him. Abang yang salah. Punish me. Just take him please. It hurt so much” kala itu dia sudah tidak kisah merayu. Egonya sudah hilang. Bencinya hilang. Marahnya lenyap. Yang ada hanyalah raungan Adam dan kesakitan yang melumpuhkan dirinya.
Perlahan – lahan tangisan Adam berhenti. Mimpinya yang selalu hadir itu kembali. Kesunyian sahaja. Bibir Fakhrul mengukir senyuman di dalam tangisan. Berulang kali kata syukur diucapkan dia.
Kepalanya diangkat dan dia bangun duduk daripada sujudnya. Nafas tenang Fakhrul lepaskan saat matanya melihat kea rah Hana Aishah yang sedang memangku Adam. Mata mereka bertembung.
Mata Hana Aishah yang kelihatan tenang tetapi membawa duka yang terlalu dalam. Lagi dalam daripada duka yang dia lihat setiap kali tubuh itu dia sakiti. Senyuman tenang diukir isterinya. Senyuman yang menggentarkan setiap sel tubuhnya. Air mata Fakhrul gugur kerana saat itu satu suara bergema ke segenap ruangan itu.
“Adam tak sakit dah” Fakhrul terjaga dengan tubuhnya yang sudah berpeluh.
Bajunya kuyup walaupun penghawa dingin masih terbuka. Bangunan yang bergemerlapan sebelum dia terlelap masih kelihatan tetapi tidak banyak lampu yang terbuka. Beberapa kali wajahnya diraup sebelum bibirnya yang terketar – ketar itu digosok. Pipinya terasa basah tetapi dia tidak mahu memikirkan tentang mimpi tadi.
Lampu di dalam keretanya dinyalakan sebelum dia mencari air untuk melegakan tekaknya yang terasa perit. Air botol yang separuh berisi itu digapai tangan Fakhrul. Bergetar botol air itu saat dia cuba suakan ke mulutnya. Mimpi tadi. Apa makna mimpi tadi?
Matanya tidak mahu dipejam. Dia melihat satu bangunan yang semenjak tadi tidak berubah cahayanya. Masih tetapi cantik seperti saat dia tiba di selat itu. Deruan selat yang memisahkan Malaysia dan Singapura itu memberinya sedikit ketenangan.
Saat suara mengaji berkumandang di masjid berdekatan barulah Fakhrul benar – benar keluar daripada terkejutnya. Kerusinya ditegakkan sebelum matanya meliar mencari telefonnya. Telefon yang tadi mati dihidupkan semula. Pesanan yang masuk tidak diendahkan. Dia terus membuka Waze dan mencari masjid berdekatan.
Keretanya dibawa perlahan menuju ke masjid yang terletak beberapa kilometer dari persisiran pantai itu. Zikir dan istighfar tidak putus dari bibirnya cuba membawa pergi keresahan Fakhrul. Hatinya terasa pedih semenjak tadi. Sakit itu sama sahaja tetapi tidak pergi.
Beberapa minit menyusuri jalan gelap itu, Fakhrul yang sedang memandu itu terkejut saat deringan telefonnya berbunyi. Tangannya mencapai telefon bimbit yang semakin kuat berdering. Dia mengeluh saat melihat nama pemanggil.
“Don’t you have other job than being my bodyguard” kasar suara Fakhrul memarahi Hariz.
Semenjak kemalangan Hana Aishah, lelaki itu sentiasa menganggu ketenteraman hidupnya. Dia perlu bersendiri kerana dia tidak mahu mendengar bebelan manusia. Dia tidak mahu mendengar senarai kesalahan yang sudah dan sedang dia lakukan.
“Bro. Kau kat mana?” suara tenang Hariz yang membalas membuatkan dia terus memberhentikan kereta di tepi jalan. Suara tenang yang sama memaklumkan tentang kemalangan Hana Aishah membuatkan mimpinya tadi kembali. Fakhrul dapat merasakan debaran di dadanya semakin kuat berdetak , peluh mulai keluar memercik.
“What?” hanya itu sahaja perkataan yang mampu dia tutur.
“Aku datang ambik kau. Just send me your location” tenang Hariz mengarah sama seperti hari itu. Kalau tadi hati Fakhrul hanya 50% sahaja yakin ada sesuatu yang buruk berlaku sekarang hanya tingga 1% harapan sangkaannya tidar benar. Mimpi tadi bukan petanda buruk. Isteri dan anaknya tidak akan meninggalkan dia.
“What?” suaranya kali ini sudah naik satu oktaf. Kesabaran Fakhrul menipis kerana seperti selalu Hariz akan menyembunyikan perkara buruk darinya. Dari mereka bersekolah sampai saat itu, lelaki itu melayannya seperti budak kecik yang tidak boleh menerima kebenaran.
“Sabar bro. Besar ujian korang berdua” sebak disebalik suara sahabat baiknya tidak dapat dia sembunyikan lagi oleh Hariz.
“Adam... Adam…” seperti dapat mengagak kata – kata yang sukar untuk Hariz tuturkan saat itu.
“I`m so sorry man” sebak suara itu kedengaran.
Talian dia matinya sebelum kereta yang tadi dia bawa menuju ke pusingkan. Tiada air mata yang mampu Fakhrul titiskan subuh itu. Kesunyian menemani Fakhrul sepanjang perjalanan daripada selatan tanah air. Tahap kelajuan yang dia bawa sudah tidak diendahkan. Pedal minyak ditekan sekuat hati.
“Adam tak sakit dah” berkali – kali kata – kata yang tadi bergema di dalam mimpinya sekarang bergema di dalam mindanya.
********************************************
“Qu” tepukan di bahu Fakhrul membawa ke alam realiti. Kenangan silam yang menyakitkan terbang pergi.
Fakhrul sedang duduk di lobi ditemani manusia – manusia asing yang masing – masing sedang mengejarkan sesuatu. Pelbagai emosi yang dibawa setiap wajah yang berada di ruangan lobi itu. Antara gembira , sedih , marah , kecewa.. ahh terlalu banyak emosi. Seperti yang sedang bermain di dalam dirinya.
“Kau ok tak ni bro?” Kamal sudah melabuhkan punggung di sebelah Fakhrul.
Anggukan menjadi jawapan sebelum mulutnya kembali membisu. Semenjak kejadian sewaktu sarapan pagi tadi sehingga saat ini lansung dia tidak nampak batang hidung isterinya. Hatinya tidak tenang tapi Hana Aishah perlukan masa. Fakhrul tidak boleh terus mendesak.
“Macam tak ok je aku tengok” Kamal menyambung. Satu – satu kawan Fakhrul adalah Hariz. Kamal dan manusia lain di dalam hidupnya hanyalah sebagai teman yang datang dan pergi. Hariz tahu segalanya tanpa perlu Fakhrul luahkan. Kerana itu dia tidak mampu menipu lelaki itu dan tidak tahu bagaimana hidupnya akan jadi tanpa Hariz.
Kalau ikutkan hirarki, tempat pertama Hana Aishah dan kedua adalah Hariz. Hanya dua insan ini yang penting dalam hidupnya. Yang lain hanyalah pelawat yang datang sementara. Sekurang – kurangnya selama ini itulah sangkaannya. Tetapi semenjak pemergian Hana Aishah dia mulai melihat kepentingan adanya insan – insan lain di dalam hidupnya.
“Nothing. Was just thinking. Where are you heading to?” Fakhrul bertanya sambil melihat satu keluarga yang melintasi dia. Sepasang suami isteri dan di setiap tangan mereka ada seorang anak.
“Lunch actually. Jom” Kamal mengajak tetapi dia tidak menyangka jawapan balas yang diterima daripada Fakhrul.
“Sure. I`ll call Hariz too” sikit lagi rahang Kamal hendak tercabut mendengar kata – kata Fakhrul. Fakhrul yang dia kenal tidak pernah keluar bersama rakan – rakan. Lelaki itu akan melekat dengan Hariz sahaja.
“ahh… ok … ok” Kamal tergagap – gagap menjawab. Fakhrul memandang Kamal pelik sebelum mengeluarkan telefon bimbitnya.
“Nak makan dekat mana” Fakhrul bertanya sambil menanti Hariz menjawab panggilannya.
“Tak kisah. Mana – mana kau nak” Fakhrul menganggukkan kepalanya sebelum berbalas kata dengan Hariz. Kamal menggaru kepalanya yang tidak gatal.
Kamal cuba membaca lelaki yang berada di sebelahnya itu. Sudah lama mereka tidak berjumpa. Rasanya kali terakhir adalah sewaktu perkahwinan Fakhrul. Fakhrul yang dia lihat sepanjang seminggu lebih ini benar – benar lain. Melihat kerisauan Fakhrul sewaktu Teacher Basirah berada di CCU Kamal dapat melihat sisi lain Fakhrul. Bukan robot tanpa perasaan rupanya lelaki ini.
“Naik kereta aku la. Kereta kau tak ada car seat kan?” Kamal yang sedang mengelamun itu terpinga – pinga memandang Fakhrul.
“Huh?” Kamal menggaru lagi kepalanya yang tidak gatal.
“Aku tanya kereta kau tak ada car seat kan. Focus man” Kamal tersengih sendiri mendengar suara Fakhrul yang tidak berpuas hati itu.
“Nope. I bring my handsome boy to work. Domestic car not for work man” Kamal berkata ceria. Kalau dia pergi kerja memang kereta Porsche nya yang dibawa.
“I`ll go grab my boy and then we can head to the parking straightaway” Kamal ikut berdiri mendengar bicara Fakhrul.
“Boy?” Kamal bertanya pelik apabila mereka memulakan langkah menuju ke lif hospital. Pelik betul perangai Fakhrul yang dia lihat sekarang.
“My son. Kau tak pernah tengok dia lagi kan?” suara ceria Fakhrul bertanya dan Kamal dapat melihat kesuraman yang menyelubungi wajah Fakhrul terbang pergi. Senyuman lebar lelaki itu kelihatan.
“Kau dah ada anak. Tak bagi tahu pun” selepas kata – kata itu meniti bibir Kamal barulah dia menyesal kerana wajah Fakhrul berubah suram kembali.
“Yeah. He`s 2 years and half already” suara Fakhrul kedengaran ceria tetapi bersulam duka. Kamal tahu ada sesuatu yang disembunyikan Fakhrul. Tidak mahu terus mendesak terus Kamal menukar topik perbualan mereka.
“Great then. Anyway, your mother-in-law is showing good progression. I think by Friday if everything looks good I`m thinking of transferring her the ward” Kamal amat gembira melihat perkembangan Teacher Basirah. Sejujurnya dia bimbang kerana jantung Teacher Basirah berhenti hampir lima minit sewaktu sedang di bedah. Ini semua berkat doa ahli keluarga Teacher Basirah.
“Alhamdulillah. Thanks man. I couldn’t thank you enough for saving her life” Kamal tersenyum lebar mendengar ucapan penghargaan itu. Selalu dia dengar tetapi untuk keluar daripada mulut lelaki bernama Fakhrul adalah amat sukar.
“Its my responsibilities. Bangga aku The Unbeatable Qu asking for my help” Kamal mengusik saat mereka sampai ke tingkat dua hospital pakar jantung itu.
Sewaktu di universiti dulu , tempat pertama hanyalah milik Tengku Fakhrul. Tidak kiralah di dalam bidang akademik mahupun sukan. Walaupun perangai lelaki itu yang suka menyakitkan hati semua orang dengan kata – kata pedas dan benar , dia jugalah menjadi kebanggaan sekolah perubatan mereka. Profesor mereka hanya mahu menutup mulut setiap kali di `ajar` Fakhrul kerana Fakhrul adalah aset penting sekolah perubatan mereka.
“Don’t get use to it” pecah tawa Kamal saat Fakhrul yang dahulu kembali sebentar. Bukan sombong tetapi lelaki itu memang mementingkan kesempurnaan. Kerana itu dia agak sedih Fakhrul memilih bidang pembedahan tulang. Lelaki itu sepatutnya masuk bidang yang lebih mencabar seperti bidang dia.
“And he is back” senyuman terukir di bibir Fakhrul saat mendengar bicara Kamal dan juga kerana dia dapat melihat kelibat Adam yang sedang dipangku Alif Haziq.
“Babah” hilang terus segala dukanya saat suara girang Adam sampai ke telinganya.
***************************************
Hana Aishah sedang duduk di taman di tingkat 5 hospital pakar jantung itu. Selepas Fakhrul membawa Adam pergi, kakinya melangkah mencari ketenangan. Entah mengapa hari ini emosinya tidak stabil. Setiap kali wajah lelaki itu muncul di hadapannya bencinya semakin menjadi – jadi.
“Kak Wa mintak maaf. I didn’t mean to hurt you feeling. You are right. Kak Wa tak tahu struggle adik. After all I didn’t help you when you needed my help the most. And for that I will be sorry for the rest of my life. Kak Wa tak tolong adik. Kak Wa tak tolong arwah Adam” perbualan di dalam bilik tidur Hana Aishah sebelum mereka menuju ke hospital bermain di minda Hana Aishah.
“Tapi adik baik. Adik bukan macam Kak Wa. Dari dulu lagi. You are always the nicest one. Always thinking about others. Always the one who will make sure both mak and abah tak menangis. Remember that one time when mak cry because she cut her feet with a broken glass and adik nangis sampai demam” Hana Aishah masih dapat rasakan pegangan erat tangan Hana Azuwa yang ikut duduk di birai katil bersebelahan dengannya.
“Its hard for me seeing you like this. Adik yang Kak Wa tengok sekarang lain. Bukan adik Kak Wa yang dulu” hati Hana Aishah kembali pedih mengingati kata – kata Hana Azuwa.
“Sit down. Talk. Bukan buat perangai macam ni. You are more mature than this. Kak Wa tahu sakit tapi sampai bila adik nak lari. Sampai bila nak kumpul dosa” kelopak matanya dipejam erat. Air matanya ditahan supaya tidak mengalir lagi. Tadi dia kalah saat berada di dalam dakapan kakaknya.
“Fakhrul masih suami adik. I need you to understand that. Adik baik. Adik bukan macam ni. Kak Wa yakin my sister is still inside here beneath all the pain and anger” yakin suara Hana Azuwa memberitahu. Tetapi Hana Aishah sudah lama hilang keyakinan itu. Hakikatnya sekarang dia bukan insan yang sama 3 tahun lepas. Liku kehidupan yang dia lalui terlalu beronak duri untuk dia jadi insan yang sama.
Semenjak semalam lagi sebenarnya dia sudah hilang sabar. Adam dengan perangai degilnya. Berkeras mahu tidur dengan Fakhrul tetapi dia perlu berada di situ kerana anaknya mahu menyusu. Dia bingung kenapa semua orang bersikap tidak ambil peduli dengan kemahuan dia. Dia tidak mahu berada berdekatan dengan lelaki itu. Titik. Noktah. Kenapa susah sangat hendak faham.
“Marahnya muka menantu papa ni” suara Tan Sri Fadhil kedengaran. Sudah empat hari mereka tidak berbicara. Semenjak kejadian di tangga hari itu Hana Aishah perlu menjauhkan diri. Dia takut sekiranya dia terkasar bahasa memikirkan kekecewaannya.
“Papa duduk sini boleh?” Hana Aishah masih diam membisu. Kepalanya dianggukkan dan tidak sampai saat kerusi kayu yang di sedang duduk itu penuh. Haruman bapa mertuanya yang sebelum ini selalu dia cari kerana hanya itu sahaja yang masih mengaitkan dia dengan Malaysia.
Matanya merenung ke langit biru yang kelihatan mendung. Cuaca hari ini seperti mahu menyejukkan hati yang sedang panas.
“Adik period ke. Mengamuk semacam” pertanyaan Hana Azuwa sebelum mereka menuruni tangga membuatkan Hana Aishah tersenyum sendiri. Kalau datang PMS dia , boleh terbalik rumah dia buat. Satu kelemahan Hana Aishah.
“Hana marah papa?” susah betul pertanyaan pertama lelaki itu. Kebisuan menjadi peneman mereka untuk seketika. Bagaimana mahu dia jawab pertanyaan itu.
“Why did you do that to me? After knowing my struggle” terluah jua kekecewaan Hana Aishah. Dalam banyak – banyak perkara yang berlaku hatinya paling terluka mengingatkan perbuatan bapa mertuanya.
“Sebab papa sayang Hana” air mata yang ditahan gugur setitik demi setitik.
“Kalau papa sayang , papa mesti nak Hana happy. Hana tak happy Pa. Sakit sangat” sebak suara Hana Aishah meluah rasa.
Tan Sri Fadhil diam membisu. Yang kedengaran hanyalah esakan Hana Aishah. Tengah hari itu dia mahu menangis. Menangis sepuasnya. Penat cuba menguatkan dirinya , mendiamkan dirinya apabila ahli keluarganya sendiri tidak mahu membantu dia.
Entah bila Hana Aishah membaringkan kepalanya di bahu Tan Sri Fadhil dia pun tidak sedar. Bahu yang selalu dia cari selama dua tahun ini. Seperti selalu , tangan Tan Sri Fadhil akan memegang erat tangannya sambil dia cuba membasuh segala lukanya.
“Hana kuat. Kuat sangat” kepalanya Hana Aishah menggeleng kuat. Dia benci dengan perkataan itu.
“Hana tak nak kuat. Hana tak nak sakit. So if being strong means I have to be in pain then take the strength away” air matanya mengalir seperti tiada henti. Menangisi jalan hidupnya yang terlalu berduri. Seperti tiada tempat yang tidak berduri. Setiap langkap yang dia ambil, lukanya yang belum pun sembuh akan bertambah luka.
“Sorry Pa” Hana Aishah menegakkan tubuhnya selepas dia dapat mengumpulkan kembali dirinya tetapi tangannya masih kejap dalam pegangan Tan Sri Fadhil.
“Never say sorry when its not your fault” lembut tetapi penuh tegas bapa mertuanya menasihati Hana Aishah.
“That’s rule number one to not be stepped by others” tenang suara Tan Sri Fadhil memberitahu. Kesunyian menjadi peneman mereka. Masing – masing hilang dibuai emosi. Haruman taman itu menenangkan hati Hana Aishah yang bergelodak. Nafasnya diatur supaya lebih tenang. Perlahan – lahan rasa berat di dadanya berkurang.
“What do you mean by I`m still tied to him?” dia perlu tahu. Walaupun sakit. Tan Sri Fadhil mengambil masa untuk menjawab. Ayatnya perlu disusun supaya Hana Aishah faham akan niatnya.
“Every month since we meet, Papa bank in allowance for both you and Adam” wajah tenang menantunya dipandang sekilas. Cuba membaca reaksi menantunya tetapi hanya dia gagal.
“How did you do it? You have no access to my account?” soalan itu dibalas dengan kebisuan kerana Tan Sri Fadhil tahu sekiranya dia memberi jawapan, Hana Aishah akan lebih terluka.
“Why?” Hana Aishah melepaskan keluhan panjang sebelum perkataan itu diutarakan.
“For Adam” bibir dia terkunci saat jawapan itu diberikan Tan Sri Fadhil.
“Fakhrul hurt you. I will never justify that. What he did was wrong despite me knowing whatever I know” berhati – hati Tan Sri Fadhil berbicara masih cuba membaca reaksi menantunya.
“Whatever happened with you both nobody can undo. But to punish Adam , I know both of you will never do that” Hana Aishah cuba menghadam setiap bait bicara bapa mertuanya. Cuba menolak segala hasutan syaitan dan melapangkan mindanya untuk mendengar hujah Tan Sri Fadhil.
“I made a mistake. A decision that I made with precise calculation after weighing both the pros and cons but cost me my son” suara sebak Tan Sri Fadhil menampar gegendang telinga Hana Aishah.
“Don’t make the same one with Adam” bibir Hana Aishah masih membisu. Terlalu banyak perkara yang menjadi pertaruhan tetapi akhir sekali apa yang penting untuk mereka semua sama. Adam. Pengakhirannya Adam tidak boleh terluka.
“How sure are you Adam is going to be fine if we reconcile?” Tan Sri Fadhil tersenyum mendengar jawapan Hana Aishah.
“I don’t” jawapan bapa mertuanya yang tidak disangka Hana Aishah. Selamba sahaja nada itu.
“But you do” tidak jadi Hana Aishah hendak membalas mendengar nada selamba bapa mertuanya, Tan Sri Fadhil menutup mulutnya.
“I don’t need to tell you how well Adam has been since Angah came into the picture. Hana nampak sendiri” air liurnya ditelan kesat mendengar kebenaran yang diutarakan Tan Sri Fadhil. Hakikat yang dia cuba tepis semenjak hampir seminggu ini.
“Dah jom. Mama is waiting for you” Tan Sri Fadhil berdiri sebelum tubuhnya direnggangkan. Hana Aishah masih diam membisu menghadam kata – kata Tan Sri Fadhil. Huluran tangan bapa mertuanya dipandang lama. Mindanya sedang berpusing 360 darjah dengan segala hakikat dan kemungkinan.
“Hana tahu apa yang Hana kena buat. None of us have the right to tell you what to do. Whichever way you go, papa akan ada dekat belakang Hana. Sampai akhir nyawa papa” keikhlasan suara Tan Sri Fadhil membuang segala syak wasangka yang bersarang semenjak beberapa hari ini. Dipeluk erat tubuh bapa mertuanya. Tempat dia menangih kasih sayang selama berada di perantauan. Pengubat rindunya setelah setahun bertarung sendiri di bumi London.
“Hana tak mampu nak marah Papa. How could I after everything you have done for me since the first time I saw you. Hana sayang Papa just like Hana sayang Abah” selendang berwarna coklat cair yang melindungi aurat menantunya diusap.
“Ya Allah, panjangkan jodoh Hana Aishah dan Fakhrul. Jangan izinkan mereka ulangi kebodohan yang aku lakukan terhadap anak lelaki aku Fakhrul berulang kembali. Kau kurniakan kebahagiaan untuk Hana Aishah , Fakhrul dan Adam” doa dalam setiap solatnya dipanjatkan penuh pengharapan.
+++++++++++++++
Sorry for the delay in uploading. Please keep my family in your prayers. One of my family members has tested positive and my colleague too.
Please stay at home. We are entering a critical phase of this pandemic. We need to play our role and fight this virus. Please take the vaccine.
Stay safe everyone
++++++++++++++++++++++++
Share this novel
hi dear. kat nk update
nite dear. kata nk update
sambung chapter 21