Rate

Bab 27 Kita Bukan Muhrim

Romance Completed 278212

"Mari kita keluar jalan-jalan sebentar, tapi janji tidak boleh lama." Kata Adib sambil memegang pipi Anis menggunakan kedua-dua tangannya.

Wajah Anis bertukar pink kemerah-merahan kerana melihat perbuatan Adib Umair yang spontan.

Anis mengangguk pelan dan memakai  jaket lengan panjang yang Adib bantu gunakan pada badan Anis.

Dug dug dug
Dug dug dug

Jantung Anis berdegup bereaksi lagi, degupan jantungnya yang kencang membuatkan Anis menahannya menggunakan sebelah tangannya. Takut kalau Adib terdengar dengupan jantungnya.

"Jom Anis!" Ajak Adib sambil menarik lengan Anis.

Anis menjadi gugup dan serba tak kena.

"Abang, kita bukan muhrim!" Tiba-tiba Anis mengingatkan Adib dan cuba melepaskan genggaman tangan Adib.

"Abang tak peduli!" Ucap Adib singkat sambil tersenyum tipis.

Anis membulatkan matanya terkejut dengan kata Adib.

"Abang tak fikir dosa pahala ke?"

Adib menggelengkan kepalanya pelan.

"Kalau dengan Anis abang tak kisah, tapi....kalau dengan orang lain abang akan cegah diri abang, cuma Anis Umairah yang berhak." Ucap Adib spontan.

Anis tak boleh teka ke dengan kata-kata yang terkeluar dari mulut Adib tadi?

Setelah berkata seperti itu, Adib melirik Anis yang berada di sampingnya yang hanya menunduk mengikuti langkah Adib.

"Apa yang Anis fikir?" Tanya Adib setelah melihat Anis diam seribu bahasa.

Adib tetap menggenggam tangan Anis dan menarik pelan Anis dari ruangan tersebut. Dia bercadang membawa Anis ke taman hospital yang pengunjungnya tidak berapa ramai.

Anis menggeleng pelan.

"Tidak ada apa-apa." Jawab Anis Umairah sambil mengikuti langkah Adib.

"Abang harap Anis tidak salah faham antara abang dengan Cikgu Farah. Antara abang dengan dia tiada apa-apa yang istimewa."

Anis terhenti melangkah mendengar kata-kata yang terkeluar dari mulut Adib.

"Perlu ke abang terangkan dengan Anis semua tu? Anis tak kisah kalau abang dengan Cikgu Farah ada hubungan special." Jawab Anis Umairah lambat-lambat mendongak melihat Adib yang terdiam menatapnya. Namun kenapa hatinya merasa pedih setelah dia berkata macam tu?

"Anis tidak ada rasa cemburu ke dengan Cikgu Farah?" Tanya Adib memegang bahu Anis setelah mereka duduk di bangku bahagian taman hospital.

Anis menggeleng laju-laju.

"Kenapa Anis perlu cemburu? Anis sedar, Anis tak layak pun dengan abang." Kata Anis membalas tatapan Adib.

"Anis jangan kata macam tu, Anis layak dengan Abang." Jawab Adib sambil memeluk Anis erat. Dia tak sangka kenapa Anis boleh berfikiran macam tu... Adib tidak mahu hubungannya dengan Anis berjarak di sebabkan Cikgu Farah. Kenapa Anis terlalu memikirkan Cikgu Farah? Adib mengucup dahi Anis dengan penuh perasaan. Adib tak kisah dengan pandangan Anis terhadap dirinya. Yang pasti Anis sah untuk dia sentuh. Anis membaringkan kepalanya di dada bidang Adib, entah mengapa dia merasa selesa dan nyaman dalam dakapan Adib.

"Ingat Anis, Anis cuma milik abang dan begitu juga sebaliknya." Kata Adib sambil mengeratkan dakapannya.

Anis mengangguk pelan sambil mendongak melihat Adib.

"Abang sayang dengan Anis ke?" Tanya Anis dengan polos.

Adib mengangguk pelan sambil tersenyum melihat mata Anis yang berkedip-kedip melihatnya.

"Kenapa Anis comel sangat?" Soal Adib sambil tergelak. Menyubit pipi Anis yang gebu bak pau yang mengembang.

Secara spontan Anis memukul pelan dada bidang Adib.

Apa yang harus Anis jawab?

Adib tergelak melihat gelagat Anis, manja.

"Abang jangan gelakkan Anis." Sambil menutup wajahnya menggunakan kedua-dua tangannya.

"Anis malu ke?" Soalan bodoh, konyol rasanya.

Anis mengangguk pelan.

Adib memeluk Anis semula, menyimpan wajah Anis di dada bidangnya. Adib tidak peduli orang yang lalu lalang melihat mereka dengan tatapan sinis atau apa pun. Seolah-olah dunia itu milik mereka berdua.

Tidak berapa lama kemudian, Adib Umair melonggarkan dakapannya.

"Anis ada nak beli ke?"

Anis menggeleng pelan.

"Kalau macam tu mari kita masuk bilik Anis, dah nak maghrib." Sambil melihat jam di pergelangan tangannya.

"Nanti malam abang bawa lagi Anis jalan-jalan dekat taman ni kalau nak."

"Nak sangat." Kata Anis seperti nak melompat bintang.

Adib tergelak pelan melihat tingkah laku Anis Umairah yang spontan itu. Anis ni sebenarnya nakal juga, segala perlakuannya yang spontan tidak luput dari pandangan Adib. Adib bercadang mahu ke surau hospital untuk solat maghrib, tak sedar hari sudah nak gelap. Adib memimpin tangan Anis menuju ke bilik rawatan Anis.

"Abang ke surau sekejap ya, abang janji takkan lama" Adib bersiap-siap untuk ke surau hospital untuk solat berjemaah.

"Baik abang!" Sahut Anis sambil melihat Adib yang sudah kemas hendak ke surau.

Adib keluar dari ruangan Anis menuju ke surau. Anis berbaring semula di atas katilnya setelah tidak melihat Adib. Dia berbaring melihat syiling biliknya, lalu menyimpan tapak tangannya di atas dadanya... kali ni degupan jantungnya normal, tapi jika berdekatan dengan Adib kenapa seperti nak lepas dari tempatnya?

Anis menutup wajahnya menggunakan kedua-dua tangannya, malu sendiri jadinya mengingati moment tadi di taman hospital.

"Kenapa abang Adib tidak kisah soal aurat tentang kami berdua?" Anis berkata pada dirinya sendiri. Dia mengerutkan dahinya hairan.

Ada yang Anis tidak tahu ke?

Atau Adib tidak memikirkan hal itu jika berdekatan dengan Anis?

Anis menggeleng pelan, tidak boleh jadi ni... Anis tidak mahu menanggung dosa, sudah terlalu banyak dosa yang dia lakukan tanpa dia sedari. Fikirnya.

"Anis mesti tegas dengan abang Adib!" Kata Anis pada dirinya sendiri.

Setelah selang beberapa minit, Adib sudah kembali dari solat maghrib berjemaah. Di atas meja katil Anis sudah terletak dua set makan malam yang pihak hospital sediakan untuk pesakit dan keluarga pesakit yang berjaga.

"Kenapa Anis belum makan?" Soal Adib setelah sampai di ruangan Anis.

"Anis tunggu abang, kita makan sama-sama."

Adib mengangguk faham.

"Mari kita makan dekat sofa!" Adib mengangkat kedua-dua pinggan hospital baru membawanya keruangan yang di sediakan untuk tetamu.

Anis duduk di sofa single dan Adib pula duduk di sofa yang muat untuk 2 orang tempati di sebelah sofa Anis.

Setelah Adib memimpin bacaan doa makan, mereka pun makan dalam senyap hingga habis tak bersisa.

"Alhamdulillah!" Ucap Adib setelah kenyang.

"Anis masih lapar ke?" Soal Adib setelah melihat pinggan Anis yang licin.

Anis menggeleng pelan.

"Anis sudah kenyang alhamdulillah!"

"Anis jangan lupa makan ubat!" Adib cuba mengingatkan Anis.

Anis memakan ubatnya dan di perhatikan oleh Adib. Adib tidak mahu dirinya lalai menjaga Anis lagi, cukuplah sekali Anis Umairah terbaring tak sedarkan diri membuatkan dirinya tak tentu arah.

Adib dah bagi kode dengan Anis, tapi dia belum faham

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience