BAB 8

Humor Completed 1124

Aduhhh….habis lenguh semua tangan aku. Ini semua fasal mamat selamba tu la. Pandai-pandai nak arah aku kemas kini fail itu la…fail ini la. Macam-macam betul la mamat tu. Aku membaringkan diriku di atas sofa usai balik kerja. Aku tak pasti pulak kalau mamat tu dah balik. Lantaklah, yang penting aku dah penat menyusun fail-fail tu semua. Aku melelapkan mataku yang sudah mula mengantuk.

“ Assalamualaikum!” sapa Harraz dari luar rumah. Hemm…sunyi je. Skuter dia ada kat luar. Harraz melangkah masuk ke dalam rumahnya untuk mencari isteri yang dirinduinya itu.

Harraz segera menaiki tangga menuju ke biliknya. Mungkin isterinya itu ada di sana. Tak sabarnya nak menatap wajah isterinya itu yang semakin hari semakin cantik. Mulanya sedih juga sebab isterinya itu tidak memberitahunya untuk pulang dari tempat kerja tadi. Namun, dibiarkannya sahaja mungkin isterinya itu penat barangkali.

“ Sayang!” panggil Qimie. Harraz masih mencari-cari isterinya tetapi sayang isterinya itu tiada di dalam bilik. Harraz keluar semula dari biliknya lalu turun ke bawah.

“ Sayang!” panggil Harraz sekali lagi. Harraz menapak kaki menuju ke ruang tamu.

“ Laaa!!! Kat sini rupanya sayang abang ni. Syoknya tidur. Tak ajak kita pun. Ni kes penat la ni.” Luah Harraz melihat isterinya itu yang kini sedang nyenyak tidur. Haiii…comelnya dia tidur.

“ Sayang…sayang…bangun sayang. Dah nak maghrib ni.” Kejut Harraz lembut dengan menggerakkan kaki isterinya itu. Dhia terasa tidurnya diganggu oleh sentuhan seseorang.

“ Sayang….bangun la.” Sekali lagi Harraz bersuara. Dhia membuka matanya perlahan-lahan.

“ Awak!!!” ucapku sepatah. Aku agak terkejut melihatnya. Air liur yang mengalir di hujung bibir segera ku kesat. Malunya weiii!!! Aku segera membetulkan kedudukanku dan mengemaskan selendang yang masih tersangkut di kepala.

“ Kenapa tidur kat sini? Kalau ia pun penat naiklah kat atas.”

“ Kejap lagi la.”

“ Sayang, abang tahu sayang penat. Abang minta maaf sebab abang suruh sayang kemas kini fail yang banyak tadi. Sayang pergilah naik atas. Maghrib dah nak masuk ni.” Ujar Harraz lagi. Sedikit tersentuh hati Dhia kerana layanan yang diberikan oleh suaminya itu. Agak-agak dah naik dalam lima puluh peratus. Nak tak nak aku ikutkan jua kata-katanya. Dengan langkah yang lemah, aku menapak ke atas untuk membersihkan diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience