H9

Crime Series 45700

"Kenapa mama ajak Arsyad makan aiskrim kat sini? Kenapa kita tak balik rumah je?"


Balik rumah?

Memang tak lah.. Kalau boleh Dafika nak duduk kat 'bustop' sampai petang.

Selagi Ezreen ada kat rumah Hajah Salhah, selagi tu Dafika taknak balik. Bukan dia takut dengan Ezreen tapi dia tak mahu hati terus terluka bila terpaksa menahan sabar dengan kata-kata sinis dari adik Ezhar.

Kalau lah perangai Dafika seperti dulu, Memang dah makan penampar si Ezreen tu. Huh!

"Mama jom la balik rumah, makan aiskrim kat rumah"

Pujuk Arsyad lagi ketika melihat ibunya hanya mendiamkan diri.

Panjang nafas Dafika ditarik ketika kata-kata Karsyad memintas fikirannya yang menerawang tadi.

Anak lelakinya yang sedang menjilat aiskrim 'Cloud Bite' dari 'walls' , dipandang sebelum Dafika bersuara.
"Kalau balik rumah, Pak Cik Har akan ambik aiskrim ni, Arsyad nak bagi ke kat pak cik Har?"


Mendengar amaran dari mamanya, Laju Karsyad menggelengkan kepala. Aiskrim ditangan terus dijilat penuh asyik.


Sekali lagi Dafika senyum memandang Karsyad.

Seusai sindir menyindir diterima dari Ezreen tadi. Dafika dah rasa panas punggung. Segera dia menemui Hajah Salhah dan memberitahu bahawa dia mahu keluar untuk mengambil Karsyad pulanh dari sekolah.

Padahal selama ni Karsyad pergi dan balik sekolah sendirian sebab rumah Wan tak jauh dari sekolah anaknya.

"Kat sini korang eh? Makan aiskrim tak bagi aku!"

Dafika yang baru hendak mengoyak plastik aiskrim miliknya, membesarkan biji mata merenung Ezhar hingga lelaki itu melabuhkan punggung bersebelahan Karsyad.

"Mana awak tahu saya kat sini?"

Soal Dafika. Pelik.

"Instict aku kuat! Bak sini aiskrim tu sikit"

Selamba Ezhar menjawab seraya merampas Aiskrim 'Cloud Bite' dari tangan Karsyad.


Apalagi, menjerit-jerit la Karsyad bila aiskrimnya dirampas oleh Ezhar.
"Mama! Pak Cik Har ambik aiskrim Arsyad"

Ezhar tak perduli, aiskrim itu digigit hingga separuh batang.

"Mama"

Arsyad merayu lagi, geram melihat aiskrimnya yang sudah tinggal sedikit di tangan Ezhar.

"Dah lah.. Arsyad makan yang mama ni punya."

Tak mahu mendengar Karsyad menangis, Dafika menghulurkan aiskrim miliknya yang sudah dikoyakan plastik tadi.

"Dengan budak-budak pun nak berebut,"

Bentak Dafika lagi sambil menjeling kasar kepada Ezhar yang masih asyik menikmati aiskrim 'curinya.'


Ezhar terus sahaja dengan aksi selambanya. Aiskrim dikunyah tanpa rasa segan.

Rasa enak pulak makan aiskrim di 'bustop' depan sekolah rendah. Pulak tu waktu tengahari panas macam ni.

Dulu masa dia masih bersekolah rendah, tak pernah Ezhar rasa kehidupan macam ni.

Habis je waktu persekolahan, Pak Amit, pemandunya dah tunggu didepan pagar. Sampai je rumah, terus makan,mandi dan bersiap kembali untuk kelas tambahan yang dibayar khas untuk mengajar Ezhar.


Huh! Penat!

"Awak datang sini, adik dengan papa awak dah balik ke?"


Soalan Dafika mengubah angan Ezhar lantas dia menggelengkan kepala sambil terus menikmati aiskrim 'Cloud Bite'

"Awak tak tunggu diorang balik ke? Awak duduk sini, kalau diorang nampak nanti apa diorang cakap."

Bebel Dafika lagi. sisi Ezhar dipandang namun sikit pun lelaki itu tidak menoleh kearahnya.

Mujur Karsyad ada duduk kat tengah-tengah mereka. Kalau mereka berdua je duduk di Pondok bas ini, sah-sah menjadi buat mulut penduduk kampung.

"Cakap apa? Nak cakap yang Reen tuduh kau goda aku?


Dafika telan liurnya yang tersangkut, pandangan merenung jemari yang bermain di pehanya. Sungguh dia malu jika Ezreen menuduh dia cuba mendekati Ezhar.

"Kau jangan sembunyi lah, aku tahu Reen tak suka kau."

'Cloud Bite' terus Ezhar gigit dan membiarkan cair didalam mulut.

"Har... Saya rasa saya perlu keluar dari rumah Wan, betul juga apa yang Reen cakap. Tak elok saya lama-lama tinggal kat rumah Wan."


Ezhar memusingkan wajah, Dafika yang masih tunduk bermain jarinya dipandang.
"Kalau aku keluar dari rumah tu, Kau nak keluar jugak?"

"Keluar? Awak nak keluar pergi mana? Balik ke bandar ke?"

Tinggi suara Dafika seraya menakluk renungan Ezhar padanya.

"Kau jawab soalan aku dulu, kalau aku keluar dari rumah tu. Kau akan keluar jugak ke?"

Soal Ezhar lagi, Namun Dafika terus tunduk.

Pandangan wanita itu kembali ke lantai simen.

"Kau sebenarnya takut orang kampung mengata kita berdua dan kau pun takut Reen salah kan kau kan? Sebab tu kau nak keluar kan?"

Ezhar terus menduga.

"Har... saya sedar diri saya ni menumpang je dengan anak saya. Saya taknak keluarga awak terus salah sangka. Awak pun balik lah kebandar Har. Dah tiba masanya awak jaga keluarga awak sendiri. Saya dapat rasakan papa awak sangat-sangat perlu kan awak."

Akhirnya Dafika bersuara, walau sebenarnya dia sendiri tak setuju dengan kata-katanya.

"Tapi aku tak perlukan sesiapa kat bandar tu, Papa dan Ezreen tak perlu jagaan dari aku. Aku lebih tenang kat sini."


Saya pun tenang kalau terus bersama awak...

Sisi wajah Ezhar kembali Dafika tenung, lelaki itu menghambar pandangan kehadapan. Aiskrim ditangannya sudah habis dimakan sepenuhnya.

"Atau kau yang taknak aku duduk kat sini lagi?"

Ezhar berpusing tiba-tiba. Renungan Dafika dibalas menyebabkan wanita itu melari pantas pandangannya.

"Terpulanglah.."

Balas Dafika, cuba tutup kalut dihati.

"Arsyad nak Pak Cik Har duduk sini, Arsyad taknak Pak Cik Har jauh dari Arsyad."

Arsyad yang masih menjilat aiskrim tiba-tiba menjawab.


Pantas Ezhar memandang anak lelaki Dafika itu.

"Aku tak tanya kau! aku tanya mak kau! Menyampuk cakap orang tua pulak budak ni."

Ezhar jungkit bibir, sebenarnya tersentap juga bila Karsyad tak ingin dia pergi. Walhal dia bukan pernah buat baik pun pada budak tu.

"Kalau Pak Cik Har nak tahu, masa Pak Cik Har takde dulu, mama selalu bukak almari bilik tengok.... urrrgghh... mmm.."

Karsyad meneruskan bicaranya, namun belum sempat habis, Dafika menutup mulut anaknya dengan tapak tangan.


Berkeriut wajah petak Ezhar memandang aksi dua beranak di sebelahnya.
"Bukak almari bilik? tengok apa?"

Soal Ezhar. Masih tak puas hati.


Dafika terus menutup mulut Karsyad supaya tida meneruskan kata-kata.

Mampus kalau Ezhar tahu!

"Baik kau cakap dengan aku, budak. Mama kau tengok apa?!"

Ezhar terus menyoal, jari terlunjuknya rapat dihala ke wajah Karsyad.

"Dah lah, cakap budak-budak pun nak percaya."

Dafika membalas lembut, lantas jemari Ezhar yang rapat pada muka anaknya ditepis kuat.

"Cakap Arsyad! apa yang mama kau tengok?!"

Ezhar tak mengalah, kini tubuh kecil itu dirangkul dan dipeluk erat dari sisi. Hingga Karsyad mengadu mintak dilepaskan.

"Ezhar?!"

Aksi Ezhar terhenti ketika namanya dipanggil.
Mata melorot kepada seorang lelaki yang segak dengan 'coat' dan 'tie', keluar dari Hyundai Sonata dan berjalan kearah mereka.

" Ezhar Iqbal..."

Sekali lagi lelaki itu menyeru nama panjang Ezhar.

Ezhar bangun, muka dikerut memikirkan sesuatu sebelum senyuman diukir dari bibir nipisnya
"Kau... Raykal kan.."

"Lama tak jumpa kau, kau sihat ke?"

Raykal turut membalas senyuman Ezhar lantas menganggukan kepala.

"Aku makin sihat selepas keluar dari penjara."

Ujar Ezhar girang, salam yang dihulur Raykal disambut erat.

"Sorry Har, aku tahu kau baru keluar penjara. Tapi aku takkan bertanya apa-apa. Itu hal kau."

"Ala.. aku dah biasalah orang panggil aku, budak jahat. bekas banduan. Aku tak kisah pun dengan panggilan tu semua."

Ezhar senyum lagi membalas kata-kata Raykal.

"So lepas kau keluar penjara, kau terus kesini ke?"

"Har jom balik."


Belum sempat Ezhar menjawab soalan Raykal, Dafika tiba-tiba bangun dan mengarah kepadanya.

"Eh sabar lah.."

Mendicit sedikit Ezhar ketika mendengar arahan Dafika, namun mata kembali kearah Raykal.

"So kau kerja apa sekarang ni Raykal?"

Soalan Raykal tadi tidak Ezhar jawab, malahan dia pula memberi soalan baru. Teruja berjumpa teman lama. Walaupun mereka tidak serapat mana pun.

"Aku bukak lawyer firm sendiri kat bandar."
Jawab Raykal seraya sekali lagi melorek senyum.

"Ooo hebat lah kau sekarang, patut lah aku tengok kereta kau pun mewah."

"Ala... sikit je, tak hebat mana pun.. Kau buat apa apa sekarang?"

Balas Raykal, merendah diri.

"Aku buat bodoh je.."

"Kau ni tak habis-habis nak melawak."

Kali ni Raykal membalas dengan tawa yang garau.

"Eh Raykal, terlanjur kau kat sini, boleh aku tanya sesuatu tak?"

Soal Ezhar kembali, setelah tawa mereka menjadi perlahan.

"Apa dia?"

"Har.. jom la balik.."
Belum sempat Ezhar menjawab, Dafika yang memegang erat lengan anaknya. Mengarah lagi.

"Sekejap lah.. kecoh lah kau ni."

Ezhar merengus seketika. Pelik dengan sikap Dafika ni. Macam tak hormat pulak rakan lama mereka.

"Ni Raykal, aku nak tanya pasal kes pukul Malik hari tu, kau tahu tak?"

Tanpa memperdulikan Dafika, Ezhar meneruskan bicara bersama Raykal.

"Har! jom balik!"
Belum sempat Raykal menjawab,sekali lagi Dafika menerbak dengan suara yang agak tinggi.

"Weii.. sabar lah, aku tengah cakap dengan Raykal ni kan!

Membulat mata Ezhar tajam memandang Dafika. Tak faham betul dengan perempuan ni!

"Kalau awak nak berborak lagi, terpulang! Saya balik dulu dengan Arsyad!"
Dafika terus menengking. Hatinya panas!
Lengan kecil Arsyad ditarik hingga budak lelaki itu terkoncoh-koncoh mengejar langkah mamanya.

"Better kau ikut cakap Fika tu Har, Garang dia tu, dah macam bini kau pulak."

Sekali lagi Raykal menyua gelak. Belakang Dafika yang sudah meninggalkan mereka dipandang sinis.

"Kalau betul dia jadi bini aku, alamatnya aku kena ikat terus lah kat rumah!"


Serentak Raykal ketawa sakan dengan ayat Ezhar. Boleh lagi lelaki tu bergurau perkara macam ni.

"Pergi lah kau kejar Fika, dah muncung panjang dah aku tengok. Ini kad aku, apa-apa hal kau contact aku."

Raykal menepuk belakang Ezhar lantas menghulurkan kad namanya pada lelaki itu.

"Ye lah aku balik dulu la.. Nanti BINI aku marah. Lagi teruk aku kena"

Ezhar menyambut huluran kad dari Raykal sebelum menyalami lelaki itu dan berlalu mendapatkan Dafika.


Dafika berpaling kebelakang ketika Ezhar sudah menyaingi langkahnya, Wajah Raykal yang masih berdiri memandang mereka, direnung.


Saat mata mereka bertemu, hujung bibir Raykal tinggi naik menandakan dia senyum.

Senyum sinis...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience