BAB 6

Family Completed 6948

Adam keluar dari kedai itu dengan senyuman terukir di wajahnya. Fitri yang berada disisinya hanya menggelengkan kepalanya. Adam gembira saat membayangkan Sara memakai dress yang dibelinya itu.

“Kau ni kan, kau masih ingat dekat dia lagi kan??” ujar Fitri.

“Mestilah, aku tak pernah lupa dia.” balas Adam.

“Kau rasa dia masih ingat kau ke?” duga Fitri.

Adam mengeluh sebelum tersenyum.

“Kalau dia lupa pun, dia pasti akan ingat aku balik bila dia pulang sini.” ujar Adam yakin.

“Maksud kau?” tanya Fitri.

“Dia akan ingat sebab banyak barang aku dah kirim dekat dia selama ni. Bila dia balik sini, dia mesti akan pakai atau guna apa yang aku bagi dekat dia. Itu aku boleh guna untuk dia ingat aku semula.” jawab Adam.

“Kau ni yakin sangatlah. Aku bukan apa, aku tak nak kau terluka nanti.” ujar Fitri ikhlas.

“Tak, mustahillah. Kalau apa yang aku bagi dekat dia selama ni tak berguna, aku masih ada sesuatu yang boleh buat dia ingat aku!” ujar Adam yakin.

Sebelah kening Fitri terangkat.

“Apa?” tanyanya.

“Ni!” Adam menunjukkan keychain handphonenya. Itu adalah pemberian dari Sara empat tahun yang lalu. Dia tersenyum melihat keychain itu.

“Seriously, aku rasa kalau dia tahu apa yang kau buat selama ni, bodohlah dia kalau tak terima kau!” ujar Fitri spontan. Mendengar itu, Adam menumbuk dada Fitri.

“Woi, cakap baik-baik sikit!” marah Adam lalu tersengih bila melihat Fitri terbatuk-batuk sambil mengurut dadanya.

“Yela, sori! Kau ni, aku baru cakap sikit dah tumbuk aku! Mentang-mentanglah baru dapat kad kredit, bukannya nak belanja aku!” rajuk Fitri.

“Eleh, sendiri loaded!” balas Adam.

“Tapi tak sama dengan duit kau!” ujar Fitri.

“Yela, yela. Jom aku belanja kau makan! Ehh, kau dah call umi kau ke ni kau balik lewat hari ni?” tanya Adam.

“Dah, aku dah bagitau masa kami sarapan pagi tadi.” jawab Fitri.

“Kalau macam tu, jom!” ujar Adam gembira.

*******************************************

Haikal menutup laptopnya. Panggilan yang diterimanya membuatkan rasa penatnya hilang. Suara Sara membuatkan dia kembali bertenaga.

“Awak ni, sabarlah. Setahun lagi pun.” ujar Sara lalu tersenyum sambil tangannya sibuk memeriksa barang dan surat yang baru tiba itu.

“Kenapa awak tak balik je tahun ni?” tanya Haikal.

“Tak boleh~” usik Sara.

“Awak tipu saya, tak acilah! Kalau saya tahu awal-awal, dah saya culik awak balik sini masa saya pergi sana tahun lepas.” ujar Haikal. Kata-kata Haikal menerima tawa dari Sara.

“Hahaha~awak ni, saya tiga tahun study dekat sini, bagilah saya bercuti pulak.” ujar Sara.

“Dua tahun? Dua tahun awak bercuti kat sana? Hmm, kenapa awak tak jadi penduduk tetap kat sana?” Haikal berpura-pura marah.

“Alalala, nanti awak jugak yang nangis kalau saya tak balik sana.” usik Sara.

“Saya tak heran pun kalau awak takde.” bohong Haikal.

“Ye la tu, jadi apesal awak sampai nangis-nangis masa awak jumpa saya dekat sini?” usik Sara lagi. Tiba-tiba matanya tertangkap dengan sebuah bungkusan yang sederhana besar dan berwarna ungu itu. Dia tahu benar siapa yang mengirim kotak itu. THE MYSTERIOUS GUY!

“Eh, itu jadi rahsia kita je tau!” balas Haikal pantas.

“Hahaha, tahu!” ujar Sara.

“Okeylah Sara, mama pun dah panggil makan tu. Nanti saya call awak lagi.” ujar Haikal.

“Okey, kirim salam dekat mama tau! Assalammualaikun.” ujar Sara sebelum mematikan panggilannya.

Bungkusan ditangannya itu digoncangnnya perlahan. Tiada bunyi. Dia membuka bungkusan tu dengan cermat dan mendapati isi kandungan kotak itu dalah dress. Dia seperti biasa membaca nota kecil yang dilekatkan pada kotak itu.

Hi! Recently I’ve got my credit card. Harap awak suka dengan baju tu!

Sara mengherotkan bibirnya. Seperti biasa juga, isi kandungan surat itu juga ringkas. Dia mengehela nafasnya lalu membuka penutup balang yang berwarna hitam itu. Dia seperti biasa memasukkan nota kecil ke dalam balang itu.

Nota-nota kecil yang pelbagai warna itu dilihatnya sebentar sebelum dia tersenyum dan meletakkan balang itu ke tempat asalnya. Dia mengeluarkan dress itu dan wajahnya terpamer reaksi suka.

“Dia ni, macam tau-tau je taste aku!” puji Sara.

“Siapalah agaknya mysterious guy ni??” ujar Sara.

Dia mula menerima hadiah misteri sejak dua tahun yang lalu. Pada mulanya dia tidak ambil kisah namun begitu kerana terlalu kerap menerima hadiah-hadiah itu membuatkan dia tersedar dan mula mengambil kisah akan hal itu. Yang membuatkan dia lebih berminat adalah untuk mengetahui identiti pengirim hadiah-hadiah tersebut. Walaubagaimanapun, dalam dua tahun itu satu petunjuk yang dia jumpai.

“You’re playing with my heart, do you?” Sara bercakap sendiri lalu tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience