Zya tersenyum ketika mendengar notification pesanan baru masuk. Tangannya segera meraih telefon tepi meja solek.
'Zya dah ready? Abang dekat nak sampai ni.'
Pesanan dari suaminya Zafran langsung d balas. Terleret senyum di bibir Zya. Sudah dua bulan lebih bergelar pasangan suami isteri, baru kali ini mereka berkesempatan keluar date night berdua memandangkan masing-masing sibuk bekerja. Selalu pun Zya masak di rumah, jarang mereka makan di luar.
'Dah, tunggu abang sampai je ni.'
Balasan di kirim.
Zya menilik sekali lagi penampilannya di hadapan cermin. Merapikan rambutnya dengan jemari yang di biar lepas bebas. Bag tangan tepi katil di sangkut ke pundak bahu. Kakinya melangkah keluar dari bilik, menunggu di ruang tamu bawah.
Selang tak lama, Zafran muncul di hadapan pintu.
"Come." gamitnya, tangan kanan di hulur.
Huluran tangan lelaki itu di sambut Zya. Kemas
tangannya di genggam oleh Zafran.
"Abang nak bawa Zya makan steamboat. Zya okay?"
Zafran yang sedang memandu di toleh. "Zya okay je abang." senyum di lontar.
"Zya tau sebab apa abang tak tanya Zya nak makan mana, sebab orang perempuan ni kalau di tanya nak makan mana, kalau boleh semua tempat nak pergi, tu yang buat fikir lama bila di tanya nak makan dekat mana. Silap-silap kebulur abang tunggu." dia mengusik.
Zya mencubit manja paha suaminya.
"Abang ni, tak semua perempuan macam tu."
"Abang tau, salah satunya isteri abang ni."
Tersenyum-senyum Zya. Tahu pun.
"Abang, masa mula-mula abang masuk meminang Zya dulu, Zya betul-betul terkejut sebab yelah tiba-tiba je kan ada orang masuk meminang. Tak sangka pula kalau orang tu abang."
Zya mengimbau balik sebelum mereka menikah dulu.
"Sebab tu Zya setuju bila tahu abang yang masuk meminang?" Zya di lirik ekor matanya.
Zya tersipu malu. Perkenalan singkat antaranya dan Zafran membawa hubungan mereka ke jinjang pelamin. Masa itu, mereka bukan pasangan kekasih, cuma kerap terserempak dan bertegur sapa. Zya tak sangka juga, takda angin takda ribut Zafran masuk meminang dirinya. Masih dia ingat kata Zafran ketika dia tanyakan kenapa lelaki itu mahu dia menjadi isteri Zafran sedangkan mereka tak bercinta, tak memiliki perasaan antara satu sama lain jauh lagi mengenali hati budi masing-masing. Jawapan Zafran mudah. Cinta dapat di pupuk. Cinta setelah menikah.
Dua bulan sudah pun berlalu, Zya sekarang masih dalam proses mengenali suaminya lebih dalam lagi. Masih belum banyak yang dia tahu tentang Zafran.
Zya keluar dari perut kereta, pandangannya terhala pada D'Kayangan Steamboat tidak jauh hadapan. Kelihatan agak ramai orang.
"Papa!"
Serentak Zya dan juga Zafran yang baru keluar dari kereta menoleh ke arah panggilan suara itu tadi.
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun berlari terkedek-kedek menuju ke arah Zafran.
Zya nampak bingung melihat aksi suaminya mendepangkan tangan memeluk tubuh kecil itu. Zafran kenal? Siapa? Bermacam pertanyaan di kepalanya. Memang Zya tak pernah tahu.
"Abang..."
Belum terjawab semua persoalan yang bermain di minda, seorang wanita menyapa Zafran.
Abang?
Mereka saling kenal?
Zafran tampak terkejut pada saat yang sama dia juga nampak teruja.
"Fara buat apa dengan Ayaan datang sini? Tak bagitau abang nak datang sini pun."
Fara tersenyum mendengarkan pertanyaan Zafran.
"Ada saudara jauh menikah hari ni. Mereka dah jemput tak manis juga kalau Fara tak datang."
"Lain kali bagitau abang, boleh abang jemput Fara dan Ayaan."
"Eh, abang... Takpa lah, Fara taknak susahkan abang."
Zafran ketawa.
"Susahkan apanya, Fara dan Ayaan dah jadi tanggungjawab abang." Ayaan yang berada dalam dukungan di gomol geram.
"Rindu papa tak?"
Ayaan mengangguk laju.
Papa?
Zya tertanya sendiri masih tegun berdiri di tempatnya menjadi pemerhati mereka dari tadi. Baik Zafran mahupun wanita bernama Fara itu tak langsung mempedulikannya di situ. Dia seperti tunggul. Seperti halimunan tak nampak dek mata. Zya masih terkejut. Banyak tanda tanya melekat dalam kepala.
Mengapa Fara memanggil Zafran abang? Apa hubungan mereka? Dan Ayaan panggil Zafran papa? Jujur, Zya tengah bingung. Dia mahukan penjelasan dari mulut Zafran sendiri, tapi suaminya itu terus lupa pada dirinya di sebelah.
"Abang, siapa dia ni?" mata Fara tertuju pada Zya yang diam dari tadi.
Zafran pandang sekilas Zya. "Oh... Zya, isteri abang." mahu tak mahu saja caranya memperkenalkan Zya sebagai isterinya.
"Abang dah kahwin? Kenapa Fara tak pernah tahu kalau abang dah kahwin?" senyum yang nampak terpaksa di leret pada Zya.
"Dua bulan lepas. Tak buat majlis besaran, ala kadar je. Lepas ni Fara dan Ayaan nak pergi mana?" Zafran terus menukar topik lain.
"Nak bawa Ayaan pergi makan, tadi Ayaan kata lapar."
"Kalau macam tu, jom abang bawa Fara dan Ayaan pergi makan sama. Abang dan Zya nak makan dekat steamboat sana tu." pandangannya di hala pada kedai steambot di hadapan.
Zya terkelu. Zafran seperti terus lupa dirinya. Padahal tadi lelaki itu mengajaknya ke sini.
"Abang lupa? Ayaan alergik makanan laut."
Zafran tepuk dahi. Aduh! Bagaimana dia boleh lupa.
"I'm so sorry, serius abang lupa Ayaan alergik. Kalau macam tu abang bawa pergi makan dekat tempat lain."
Fara toleh pandang Zya lagi. "Dia?"
"Zya boleh makan sendiri? Abang nak bawa Fara dan Ayaan pergi makan tempat lain."
Ya Allah, sakit hati Zya bila mendengar Zafran berkata begitu. Salah ke kalau bawa dia sekali? Kenapa dia perlu di tinggalkan sendirian.
"Papa, lapar... Ayaan lapar." Ayaan sudah merengek.
"Jom, papa bawa Ayaan makan. Ayaan nak makan apa?"
Zafran bergerak pergi tanpa menunggu jawapan Zya. Pedih hati Zya di perlakukan begitu oleh suami sendiri. Matanya mengarah pandang pada langkah mereka yang sudah bergerak meninggalkannya di situ. Usik dan gelak tawa nampak seperti pasangan bahagia bersama anak mereka. Terkilan. Sakit hati Zya rasakan. Perut yang lapar menjadi sebu.
Tadi Zafran juga yang beria mengajak keluar makan di luar. Sekarang, dia di tinggalkan keseorangan tanpa memikirkan perasaannya.
Zya menekan aplikasi grab. Dia berniat hendak pulang saja. Di tinggalkan seperti orang bodoh buat seleranya mati. Nyeri rasa hati dengan sikap Zafran.
Share this novel