Bab 10

Romance Series 21400

Pagi ini tidak seperti hari-hari biasa..Ayam digital Emma tidak ditugaskan untuk berkokok . Emma bangun awal hari ini..namun, bukan tandas tempat pertama yang ditujuinya.. Emma bergegas menuju ke peti sejuk tempat penyimpanan Kek Special untuk Ammar..

"Amboi.. beria-rianya orang tu.. "

Tak sangka rupa-rupanya tindak-tanduk Emma diperhatikan oleh ibunya.. Emma menjadi malu.. belum sempat Puan Asiah meneruskan bicaranya, Emma sudah bergegas menuju ke tandas untuk mandi..

"Haish.. Emma.. Emma.. biasanya takut nak mandi pagi-pagi.. sejuk.. harini semangat bukan main.. "

Tiba-tiba terdengar bunyi suara dari dalam tandas..

'' Biar kegelapan menghilang..
Dan cahaya terus menerangi..
Let me see you smile..
Let me see you laugh.. " --as'ad motawh . senyum --

Puan Asiah hanya menggelengkan kepalanya.. macam-macam perangai anak bongsunya ini..


*********************
Di sebuah bangku Emma menunggu Ammar dengan penuh kegembiraan.. Senyuman tidak pernah lekang dari bibirnya.. Emma melihat jam tanganya..

"Humm.. baru pukul 8.30 bagi.. lama lagi nak pukul sembilan.. Emma.. Emma.. semangat nya kau nak jumpa Ammar.. "

Emma kemudian mengambil sesuatu yang berada di sebelah bawah bangku.. satu kotak kek yang tertulis "Special for someone Special "
Emma membuka kek tersebut dan merenung ke arah kek yang sungguh lazat itu...Kek Red Velvet hasil usaha Emma bersama Kak Nina.. Sememangnya Kek Red Velvet adalah kek kegemaran Emma.Di atas Kek itu Tertera

'''Happy Wedding day

Ammar

&

Syuhada

Dihiasi pula dengan bunga-bunga berwarna putih bersama dengan rama-rama..yang cukup menawan hati.. Emma berharap Ammar akan suka dengan Kek Homemade nya itu.. Emma lantas menutup kembali kotak kek tersebut dan meletakkan di sebelah bawah bangku tempat Emma duduk, Dia ingin membuat satu kejutan buat Ammar..


******************
Emma sampai ke rumahnya pada pukul 1.15 tengahari.. muka Emma keletihan dan kekenyangan. Hari yang ditunggu-tunggunya telah berlalu..

"Emma.. macam mana ?? okay tak?? ".Tanya Kak Nina sejurus melihat kelibat Emma.

"Emm.. macam mana apa?? macam tu la.. semuanya okay.. "Jawab Emma seperti tiada mood hendak melayan soalan kakaknya..

"Alaa.. takkan macam tu aje.. kawan kamu tak komen apa-apa ke tentang kek tu..?? ".Soal Kak Nina teruja.

"Emma suruh dia makan kat rumah dengan isteri "

"Dia tak datang dengan isteri dia ke?? "

"Tak.. isteri dia tak sihat.. "

Belum sempat Kak Nina meneruskan kepada soalan yang seterusnya.. Emma sudah pun masuk ke biliknya..

"Hurmm.. letih sangat kot.. semalam tidur pukul 1.00 semata-mata nak siapkan kek tu.. takpe lah Emma, Emma berehat dulu ye.. ".Kak Nina hanya mampu melihat Emma berlalu pergi tanpa mengetahui perkara sebenar yang berlaku..


*******************
Emma baru sahaja selesai menunaikan solat isyak.. selepas berwirid Emma menadah tangan untuk berdoa..

" Ya Allah.. Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. Ya Allah.. Engkau Ampunkanlah dosa Ibu bapaku.. Engkau Ampunkanlah dosa-dosa aku, adik-beradikku dan kawan-kawanku...Ya Allah hanya kepadamu aku mengadu kesedihan dan kedukaanku ..Ya Allah bantulah Aku untuk melupakan Ammar Ya Allah.. Aku tidak mampu untuk membencinya.. Ya Allah.. Engkau berikanlah kebahagiaan kepadaku dan kepadanya.. "

Air mata mengalir laju di pipi Emma.. hatinya betul-betul sedih.. sebak yang ditahan dari pagi tadi.. akhirnya keluar tanpa dipinta.. Emma masih teringatkan lagi tentang peristiwa pada pagi tadi.. peristiwa yang membuatkan Emma betul-betul ingin melupakan Ammar.......

Ammar datang dengan memakai baju kemeja lengan panjang berwarna hitam dan oren.. bersama seluar slack coklat.. yang mana betul-betul menampakkan kesegakan Ammar...

"Dah lama ke awak sampai ?? sorry.. saya datang lewat 15 minit.. "

"Ehh.. takde lah saya baru je sampai.. awak datang sorang-sorang je ke?? mana isteri awak?? ".Emma tersenyum manis menampakkan barisan giginya yang tersusun kemas.

"Isteri saya ada.. cuma dia nak duduk dalam kereta je.. lagipun saya nak cepat ni.. saya nak pergi ke tempat lain pula.. "

"Ohh.. macam tu ke.. "

Tiba-tiba Emma teringatkan tentang kad kahwinnya..Emma berusaha mencari kad tersebut di dalam beg tangannya..

'''Haish... mana ni.. semalam aku rasa aku dah ambil.. takkan aku tertinggal lagi sekali kot.. huhu.. apalah kau ni Emma.. nyanyuk.. "'

Malangnya, kad yang dicari tiada di dalam beg tangannya.. sekali lagi dia terlupa untuk membawa jemputan kad perkahwinannya..

"Emma.. sebenarnya.. esok saya akan berangkat ke UK.. Syuhada masih belajar lagi dekat sana, jadi saya perlu ikut Syuhada untuk menemaninya. ..lagipun ia memang tanggungjawab saya sebagai seorang suami.. saya tak tahu lagi bila saya akan balik Malaysia.. jadi mungkin saya tak dapat hadir ke majlis perkahwinan awak.. Saya minta maaf banyak-banyak.. saya banyak buat salah dekat awak.. "

Emma terdiam mendengar kata-kata Ammar.. Dia tidak sangka hari ini adalah hari terakhirnya berjumpa dengan Ammar..

''''Ammar..kenapa Ammar sentiasa berjauhan dengan Emma.. Ammar tak tahu ke hati Emma masih lagi untuk Ammar.. kenapa Ammar.. '''' getus hati kecil Emma..

"Takpe la awak.. saya faham.. takkan awak nak biarkan Syuhada belajar sorang-sorang.. awak berdua memang patut bersama walau dimana-mana pun..takde..awak takde buat salah apa-apa pun dengan saya.. saya yang patut berterima kasih dekat awak.. awak memang seorang yang baik hati.. saya tak pernah menyesal menjadi kawan awak.. ". Emma tersenyum menutup sedih yang terbuku di dalam hatinya..

"Fuhh... lega saya.. saya ingatkan awak akan marah tadi...ye la.. saya kan dah janji nak datang ke majlis perkahwinan awak... ".Ammar menghembuskan nafas lega

"Haha.. berdebar juga awak ye.. takpe lah.. takde rezeki.. nak buat macam mana.. "

"Kalau dah takde apa-apa saya pergi dulu ye.. "

"Ehh.. kejap, Ammar.. awak suka tak makan kek?? "

"Kek?? kenapa?? Saya kurang makan kek sebab ia manis.. saya memang jarang sangat makan kek. Birthday saya pun saya tak makan kek.. saya cuma potong je.. hehe.. kenapa awak tanya?? awak nak makan kek ke?? nanti saya tolong belikan.. "

"Ehh...bukan.. Takde apa-apa pun.. saja tanya.. ".Emma tersenyum

"Kalau macam tu saya pergi dulu ye.. bye..."

Ammar bergegas meninggalkan Emma yang terdiam seribu bahasa.. Hari yang diharap-harapkan olehnya tidak berlaku seperti yang dia harapkan.. Emma terduduk..

'''hurmm... aku tak tahu pun Ammar tak suka makan kek.. "

Emma mengambil kotak kek dan membukanya..

"Habistu.. kek ni.. siapa nak habiskan.. kalau aku bawak balik kat rumah nanti macam-macam pula soalan Kak Nina dan Ibu.. takpe la aku makan je la... "

Tinggallah Emma seorang diri di atas bangku berusaha untuk menghabiskan Kek Special nya itu..Walaupun pada hakikatnya kek itu manis...namun, ia seakan tawar ,tidak berperisa, suram.. Takdir sudah menentukan Segalanya Emma.. kau kena faham.. dia bukan jodoh kau.. Dia sudah bahagia sekarang.. kalau kau masih berharap dekat dia.. sampai bila-bila kau takkan barjumpa dengan 'kebahagiaan' kau.. kau jangan rosakkan
diri kau semata-mata untuk dia.. kau kena kuat Emma.. kau kena kuat..
. .
. .
'''Oh angin kau kirimkan kalimah kasihku..
Agar dapat ku dengari kalamnya berbunyi..
Biarpun sekadar cuma memujuk hati..
Akan ku terus berdiri hadapi semua ini..
Biarlah ku bersendirian..
Terkurung dalam kenangan silamku..
Biarlah aku menahan rindu...'''----Menahan Rindu... Wany Hasrita.. ----
. .
. .
"Ya Allah.. Aku mohon kepadaMu Ya Allah..Engkau kurniakanlah kepada Aku kesabaran dalam menghadapi ujian ini Ya Allah.. Ya Allah Engkau berikan jua kepada Aku kebahagiaan Ya Allah.. Semoga kami semua sentiasa berada di dalam RahmatMu... Amiin.. Ya Rabbal A'lamiin.. "

Emma terus merebahkan dirinya di atas sejadah.. air mata yang mengalir dibiarkan begitu sahaja.. biarlah ia menjadi bukti bahawa dia betul-betul sedih.. Sejurus selepas itu.. Emma terlelap di atas sejadah.. Emma terlalu letih pada hari ini.. terlalu letih menjaga hati orang lain sehingga hati sendiri tidak terjaga.. terlalu letih berpura-pura gembira.. terlalu letih... letih.. letih.. Tolong berikan waktu untuk Emma menjaga diri Emma sendiri...Tolong hilangkan kesedihan di hati Emma..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience