BAB 1

Humor Completed 16697

‘’You gotta be kidding me?’’ Mulutnya sudah ternganga. Apalah semua benda ni. Macamlah betul sangat!

“ Male faces displaying a full beard were considered the most masculine, aggressive, socially mature, and older. Males with a light beard were considered the most dominant. Males with light stubble were considered to be the most attractive.”

Button down di-click lagi. Semua pasal lelaki dan misai serta janggut!

“Women prefer men with 5 o’clock stubble, this make men appear very appealing and sexy.”

“Woi anak dara! Ya Allah! Syiqin, apa benda engkau baca ni ha? Khuda, bachao is ladhki se. Everytime I checked her laptop, there’s always something about men she is searching for!”

Asyiqin yang terlelap di katilnya itu tersedar apabila ditegur. Kepalanya diangkat, aduh, lupa lagi nak off laptop tadi. Ammi ni pun, tak sah kalau tak ceroboh laptop dia.

Ammi dia, Malaysian made Pakistani, kahwin dengan Daddy dia sudah lebih 20 tahun. Memang dah jadi rutin Ammi dia untuk cakap macam tu.

‘Khuda, bachao is ladhki sey’. God, help this girl. Asyik-asyik itu saja modal Ammi dia. Nak suruh Allah selamatkan Asyiqin ni, selamatkan dari tergoda dengan mana-mana lelaki kut. Dah kerja Asyiqin tu asyik duduk tulis pasal lelaki yang menjadi idaman wanita sahaja. Ayoyo. Macam mana kepala Ammi ni tak pening?

“Ammi! Itu blog oranglah. It was just a research.”

Syiqin dengan malas bangkit dari katil itu. Matanya digenyeh berkali-kali. Mengantuk tau, kebelakangan ni tak cukup tidur sebab buat research pasal ‘men’s with facial hair.’ Dah namanya kerja sebagai journalist, memang kenalah buat entri best untuk every month. Baru majalah tu ada orang nak beli.

“Meri serh khayegi tussi! Ammi will become mad! Hai Allah, kasilah jodoh cepat-cepat sama ini perempuan. Saya sudah tak sanggup dia kerja dengan magazine tu. Every month she has to write about men! Saya takut nanti dia jadi sangat fussy untuk pilih calon suami lah. Rahem karo meri beti sey, rahmati budak ni Allah.”

Ammi selamba badak saja minta doa depan-depan Asyiqin. Asyiqin sudah geleng kepala. Selamba punya emak, dia buat macam aku ni tak wujud agaknya. Hello mother, I can hear every word, you know.

“Ammi! Selalu macam tu tau. Ammi tak check Syiqin punya laptop lagi stress-free Ammi ni tau. I wonder macam mana Daddy boleh tahan dengan Ammi. Merungut je kerja.”

Tiba-tiba Ammi dia memulas telinga Asyiqin. Menjerit budak tu, sakit tau.

“Ammi tak merungut dengan Daddy kamu. Why should I? He is good to me, me bhi ‘tip-top’ hoon. I am also good to him. We are great together. Tapi bila matters concerns you, MasyaAllah. Chakkar arahi hoon. Pening kepala Ammi fikir pasal kamu tahu.”

Ammi sudah lepaskan telinga Asyiqin. Sekarang dia duduk sebelah Syiqin, tangan pada dahinya. Mulalah tu nak jadi drama queen. Kalau Malaysia ada Oscar, memang Ammi dia ni boleh menang.

“Phir, mere baat soch na karo, aur koi chakkar nehi aari. Tak payah Ammi fikirkan hal Syiqin, and Ammi takkan pening punya. I am a big girl Ammi, Syiqin boleh jaga diri sendiri. Even better, Syiqin boleh cari suami sendiri. Just like how you founnd Daddy. All by yourself.”

Ammi menarik muka masam. Asyiqin tayang sengih. See, kalau Ammi pun boleh dapatkan calon sehebat daddy, Syiqin pun ada hak yang sama kan? Tak perlulah nak arranged marriage ni semua. Eventhough there are still people yang prefer arranged marriage, tapi apa barang beb! Dunia ni dah 2013, people is moving towards globalisation what not, arranged marriage tu pun macam kuno sangat.

“Syiqin, Ammi cakap sepatah kamu pun balas sepuluh patah. I want the best for you dear. You wait here, Ammi tunjukkan gambar latest yang anak kawan Ammi tu. Very handsome, anak kamu nanti mesti handsome punya. Yang penting, itu ha, hidung mesti mancung.”

Asyiqin rasa nak hantuk kepala dekat palang katil dia saja. Ammi ni eden cakap bahso Arab mau terngango eh, susah sangat ke nak faham yang Noor Asyiqin Nasrin Mohd Yusuff ini tak mahu dipaksa kahwin, bahkan tak mahu, kalau boleh memang tak nak kahwin terus dengan orang ada darah Pakistan. Tak berkembang katanya. Asyik genetik tu saja.

Dilihatnya Ammi dia masuk bilik dengan I-pad. Canggih, no more generation gap in communication. Ammi lagi sekali melabuhkan punggung di sisi Asyiqin. Album gambar dibuka dan nak tak nak Asyiqin terpaksa juga tengok.

“Zara dekh , tengok ni. Ini anak kawan Daddy and Ammi, baru balik dari Canada. Ammi jumpa dia masa parents dia buat kesyukuran hari itu. Very nice guy, single, nanti nak takeover publishing company ayah dia pula. Sebab tu dia balik.”

Trang tang tang Ammi dia tunjuk gambar budak lelaki tu. Asyiqin tengok pun telan liur, mak ai, handsome. Tapikan, walaupun muka pan-asian, Asyiqin sure ada punya Pakistani blood lelaki ni. Tak mungkin Ammi dia nak suggest lelaki Melayu dekat dia. Walaupun Ammi dia ni kahwin dengan Daddy yang trang tang-tang Melayu, anak dia pulak senang-senang hati nak suruh marry a Pakistani. Haiyo.

Asyiqin merampas I-pad dari tangan Ammi dia. Nak tengok dengan lebih jelas.

“Amboi, suka lah tu, siap tarik I-pad from Ammi. Apa macam? Nak ke tak dia ni?”

Ammi sebenarnya dah tak sabar nak ada menantu. Asyiqin anak sulung, dah berusia 25 tahun, layak sangatlah tu nak marry kan.

Asyiqin pula mendecitkan lidahnya. Ammi ni ke situ pula, orang ambil I-pad sebab nak tengok muka dia ni elok-elok. Bukan berkenan, nak teliti sahaja wajah tu. Nak suruh Asyiqin berkenan, carikan replika Ian Somerhalder tu, memang esok juga Syiqin kahwin tau.

“Eih, tak lah Ammi. Saja nak kasi cerah sikit mata ni.”

Asyiqin berkata selamba. Ammi dia pula sudah mencubit halus pehanya.Geram lah tu, Syiqin buat main-main.

“Nah, ambil balik I-pad tu. Tak berkenan. Syiqin nak cari sendiri.”

Asyiqin beralasan. No way in hell dia akan benarkan Ammi dia pilih calon suami untuk dirinya. Ammi pula makin galak tarik muncung itik dia. Ish, buruk bebenor. Walaupun Ammi dia ni sudah berusia hampir 50 tahun, tapi tak nampak sangat tuanya itu, masih nampak muda.

“Fed up Ammi cakap dengan kamu, kalau Ammi pass dekat Amalia kamu jangan terlopong yeah. Ammi suruh Amalia langkah bendul baru tahu.”

Asyiqin menggelengkan kepalanya. Ke situ pula Ammi ni? Amalia tu baru nak duduk SPM tahun ni, dah disuruh kahwin. Kesian budak tu.

“Langkah lah bendul ke, longkang ke, parit ke, Syiqin tak kisah. Kalau Ammi desak sangat Syiqin cari yang bermisai tebal macam dalam Gerak Khas tu baru tahu. Nak menantu macam tu?”

Syiqin tertawa apabila melihat muka Amminya semakin kelat. Ammi bangun dan merampas balik I-padnya. Syiqin sudah tergolek di atas katil, luculah Ammi ni. Even Syiqin pun tak mahu dapat suami macam tu, tebal sangat misainya, tapi kalau dapat yang macam Shahid Kapoor dalam cerita Mausam tu pun seronok jugak kan? Eh Syiqin, jangan melalut tak tentu hala. Bila kau mula minat lelaki berjambang misai segala ni. Ammi punya pasal lah ni.

“Ammi malas layan kamu. Layan daddy kamu lagi bagus. Huh.”

Ammi berlalu meninggalkan Asyiqin di dalam biliknya itu. Terburai terus ketawa Asyiqin apabila Ammi dia menutup pintu bilik dengan kuat. Aish, marah nampak. Ammi, Ammi, ada jodoh, tak kemana.

Asyiqin bangkit dari pembaringan dan terus menghadap laptopnya. Baik sambung tulis, dah nak kena submit. Walaupun kerja journalist tak berapa gajinya, tetapi Asyiqin suka. Suka buat research tak tentu hala dia tulah. Readers magazine yang dia tulis pun makin meningkat, sebab entri best-best. Boleh compete dengan majalah Wanita, yang bezanya, magazine yang dia tulis tu in English. Itu sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience