BAB 7

Romance Completed 31277

Tren ke Batu Caves menghampiri stesen Padang Jawa tepat jam 6.32 pagi. Fifa terlewat bangun pagi ini dan terpaksa menaiki koc unisex yang menghimpunkan pengguna lelaki dan perempuan.

Entah tersampuk jembalang apa semalam, dia lena tanpa sempat membuat alarm clock. Sudahnya pukul 5.45 pagi baru terjaga.

Mana lagi nak bersiap, subuh, memakai tudung dan memandu ke stesen.

Sampai je di platform B, pintu tren sudah berbunyi menandakan ia akan tutup pada bila-bila masa. Tanpa berlengah, Fifa terus berlari masuk. Kejappppppppp, laungannya bergema. Macamlah pemandu tren tu dengar.

Buntang masa semua penumpang memerhatikannya.

"Ops, sorry. Drama queen pagi-pagi," mukanya merah menahan malu.

Hurm nak jalan pegi koc wanita ke duduk je koc ni. Kang naik geng ikan kering, pening pulak kepala aku. Geng ikan kering di sini merujuk kepada pendatang asing yang memang tak jumpa air pepagi sebelum berkerja.

Kalau naik memang bau tengik beb. Gugur bulu hidung silap haribulan.

"Duduk jelah. Jam baru pukul 6.40 ni, sempat lagi kalau pejam mata,"

"Cik....cik....kejut penumpang sebelah. Kita dah sampai KL Sentral."

Fifa bingkas bangun, mencapai beg tangannya dan terus keluar.

"Terima kasih sebab kejutkan saya," ucapnya tanpa memandang sedikit pun tubuh tinggi lampai di hadapannya.

"Kot ye pun, bukak lah mata tu betul-betul. Awak tak rindu saya ke,"

Hilang terus mengantuk Fifa. Dia cam suara tu. Itu suara si Anas.

Buntang mata Fifa apabila menyedari susuk tubuh di hadapannya adalah lelaki yang mula berjaya mencuri hatinya.

"Ya Allah, awak dah baik betul ke? Kenapa awak datang kerja? Rehat la dulu kat rumah," tanya Fifa panjang berjela.

Anas hanya tersenyum. Dia rindu mendengar suara gadis ini. Gadis yang kelihatan garang namun lembut hatinya. Dibiarkan sahaja Fifa dengan muka terkejutnya.

"Dah-dah banyaknya soalan awak. Pening kepala saya Fifa. Kepala saya yang dah nak baik ni, pusing semula dengar soalan awak ni. Banyak betul tanya" selamba Anas menjawab.

Fifa terus memekup mulutnya dan hanya tersenyum memandang Anas.

"Sorry. Saya tak sangka awak dah sembuh."

"Jom teman saya makan. Kali ni please jangan jalan kat tengah-tengah jalan. Penatlah saya asyik kena selamatkan awak."

"Saya tak suruh pun."

"Takpelah, saya yang suka rela. Bukan semua orang saya selamatkan tau. Saya selamatkan yang saya sayang je."

"Anas awak selalu cakap pasal sayang dengan saya. Awak ni jangan main-main. "

"Ada awak nampak saya main-main? Dah la jom kita makan."

Selesai sarapan mereka berdua menuju ke office masing-masing.

"Isk sakitnya kepala saya,"

"Eh, awak ok tak ni Anas, jomlah kita pergi klinik,"

"Hahahah, saya tipu je. Sayang jugak awak dekat saya kan Fifa"

"Hish dia ni, main-main pulak," satu cubitan singgah di lengan Anas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience