KERETA membelok ke bahu jalan. Berhenti di situ, brek tangan ditarik lalu enjin dimatikan. Dia bertafakur seketika. Cuba mengingati akan pertemuan tadi. Dia yakin, dia tdk silap org. Setiap inci wajah itu serta kecil molek tubuhnya masih segar dlm ingatan. Masakan dia lupa pada wajah yg sudah dia langgar 7 bulan lepas.
" Ingatkan kau dah mampus! Hidup lagi kau rupanya. Arghhhhhhh, sialll!!" Ayuni menghentak stereng kereta berkali-kali. Geram pd Airra yg kebal dgn serangannya. Sekejap tadi, dia ke kedai kek utk mencari kek harijadi buat Azrul. Dgn penuh ceria dan bersemangat mencari kek utk kekasih hati, tiba-tiba keceriaannya diragut dlm sekelip mata dek kerana wajah yg dibencinya itu. Rasa-rasanya sdh empat tahun dia mencuba utk memerangkap Airra. Selama tempoh itu juga dia selalu mengawasi gerak-geri Airra dgn harapan dia dpt mencuri ruang utk menghapuskan gadis itu. Namun keringatnya gagal dan gagal terus.Pun begitu, usahanya tdk terhenti begitu saja.
Tujuh bulan yg lalu, ketika Airra dlm perjalanan pulang dari hospital, dilihatnya gadis itu sedang menyeberangi jalan. Peluang itu diambil dgn segera. Pedal minyak ditekan sehingga jarum kelajuan mencapai ke tahap maksima. Ayuni memecut laju dan dlm sekelip mata saja, Airra rebah berlumuran darah di hadapan matanya. Bimbang niat jahatnya sempat dihidu oleh org ramai yg sudah mula berpusu-pusu menghampiri sekujur tubuh Airra, dia memecut laju tanpa sempat memastikan keadaan gadis itu. Fikirnya, usaha itu telah berhasil. Dan dia dpt memiliki Azrul segampang itu. Ya. Azrul memang sudah dimiliki namun hati lelaki itu amat sukar utk ditakhluki. Selama empat tahun juga dia menunjukkan kesabaran menahan sikap dingin Azrul. Tapi lelaki itu membeku spt ais. Namun dia masih mampu bersabar kerana memikirkan tiada batu halangan yg akan memisahkan dia dgn Azrul. Tapi semua itu ternyata mustahil kerana baru sekejap tadi dia terserempak semula dgn Airra. Sekiranya Azrul mengetahui akan keadaan Airra dan keberadaannya, sdh pasti lelaki itu akan mencari seribu satu cara utk ketemu Airra. Dan dia akan ditinggalkan tanpa belas kasihan.
" Takkk, tak boleh!! Setelah semua usaha dan tenaga yg aku curahkan selama ni, takkan aku senang-senang nak berputih mata? Takkkkkk. Kalau aku tak dpt Azrul, jgn harap kau akan dpt dia jugak!" Ayuni sdh nekad. Walau apapun yg akan terjadi ,dia akan tetap mempertahankan Azrul. Dia tdk akan beralah dgn Airra sama sekali!
Nampaknya, dia harus membuat perancangan baru , tdk kira apa-apa pun cara. Yg penting, Azrul dan Airra harus dipisahkan!
LAUT yang terbentang luas, bunyi sang burung berkicauan seolah-olah sdg menyanyi pd alam, dan sayupnya angin yg menampar lembut pipinya mengembalikan dia pada nostalgia lama. Kenangan yg tak mampu terhapuskan oleh lautan api sekalipun.
" Airra" Sepotong nama itu mampu menggoncangkan debaran di hati lantas menghentikan setiap masa yg berjalan. Bahkan melalaikan dia dlm kesyahduan cinta, dan menjadikan dia sang perindu yg setia. Empat tahun dia menjauhkan diri drpd Airra bukan kerana benci atau kasih sdh berpaling arah. Tetapi kerana cinta yg mendalam terhadap gadis itu. Diugut akan menghancurkan hidup Airra, dia jadi kerdil, lemah tdk bermaya. Dia tdk mampu utk berjauhan dr gadis itu, namun utk melihat sang pujaan hati hancur di depan mata, hatinya bagai disiat-siat. Dia tersepit, harus memilih antara dua. Meneruskan menyulam kasih dgn Airra tetapi nyawa Airra akan berada dihujung tanduk. Atau pergi dgn pilihan kedua, iaitu meninggalkan Airra tanpa sebarang pesan, dan selama itulah nyawa Airra terjamin. Sungguh, dia tdk punya pilihan kerana kedua-dua pilihan tersebut hanya menjebak dia ke lembah sengsara.
" Sayangg, i miss you so much! Kalaulah awak tahu..." Air mata yg bertakung segera diseka. Walaupun dia menjarakkan diri selama empat tahun dr pengetahuan Airra, tetapi sedikit pun dia tak pernah terlepas mengikuti perkembangan gadis itu. Tetapi semuanya dilakukan secara senyap-senyap kerana risau tembelangnya akan diketahui oleh Ayuni. Oleh kerana itu, dia mengupah Badri utk mengintip setiap gerak-geri Airra. Dan juga utk melindungi gadis itu dr sebarang kecelakaan. Selama tempoh itu jugalah semuanya berjalan lancar. Badri memang seorang yg cekap dan setia dlm menjalankan tanggungjawab dan kerja yg diberi.
Nafas yg berat terhembus juga. Selepas ini, dia akan menemui sendiri Airra setelah lokasinya dijejaki. Buat masa sekarang, amat payah utk dia bergerak sementelah Ayuni selalu menempek dgnnya. Ditambah pula dgn lokasi Airra yg kurang jelas, menyukarkan lagi rancangannya.
" Kita akan bersatu tak lama lagi sayangg. Bersabarlah ye?" Walaupun perit utk diungkap ,namun bibir masih mengukir senyum. Dia pasti, sedikit waktu lagi, pasti dia akan menyatu dgn kekasih hatinya. Dan pd saat itu, akan dikhabarkannya pd satu dunia yg dia telah memiliki Airra Farisha!
AIRRA tersenyum gembira melihat kek yg diadunnya berkembang gebu. Rasa bahagia yg tak terungkap apabila melihat kesempurnaan hasil kerja tgn sendiri. Dihidu sekejap kek yg tersimpan kemas di atas meja. Waaaaa, harumnyaaaa! Airra sudah terliur sendiri.
Tiga bulan memberikan sepenuh bakti kpd Mom's Bakery, kpd along, dia dpt menguasai sepenuhnya segala jenis kek dan kuih-muih hasil dr berguru dgn ibu. Ibu adalah guru yg terbaik! Selepas ini, kek yg dibuatnya sendiri akan dijual di situ. Waaaaah, tak sabarnyaaa!
Bunyi loceng dr pintu menyentakkan Airra. Dua org lelaki memasuki kedai lalu menapak ke bahagian kek. Mereka rancak berbual, sesekali mata masing-masing melirik ke arah puluhan kek yg dipamerkan di situ, yg dipisahkan melalui almari lutsinar.
Airra sempat melirik ke arah kedua-dua org lelaki tersebut. Tapi hampa, dia cuma dpt melihat salah seorang dr lelaki tersebut yg agak kurus dan tinggi. Berkulit sawo matang dan boleh dia agak lelaki tersebut dlm lingkungan 30an. Lelaki yg sorang lagi agak sukar dikenalpasti kerana wajahnya betul-betul berada di bawah lampu siling.
Airra menapak ke arah lelaki tersebut lalu menyapanya dgn penuh sopan.
" Encik nak cari kek yg mcm mana?" Soalnya apabila dilihat lelaki tersebut terkial-kial memerhati setiap jenis kek yg ada di situ.
" Yg bersalut coklat ada tak? Tapi saya nak 100% coklat. Tak nak ada perisa lain" jawab lelaki tersebut lalu memanggung kepala memandang Airra.
Seketika, masa seolah terhenti. Pergerakan menjadi kaku. Nafas yg cuba utk dilepaskan, tiba-tiba terasa tersekat di hujung kerongkong. Mereka saling berpandangan tanpa mengeluarkan apa-apa kenyataan dr bibir masing-masing.
Tiga bulan terpisah tanpa rela dr gadis itu, Ashraf hampir nanar! Dia cuba utk mencari Airra di kediamannya tetapi rumah tersebut kosong. Jiran-jiran memberitahu bahawa mereka sekeluarga sdh berpindah rumah. Hendak dihubungi gadis itu, dia malahan langsung tdk punya sebarang kontak dr Airra.
Hampir berputus asa bahkan separuh nanar dgn kehilangan Airra yg tanpa diduga itu, hidupnya jadi tdk terurus. Ketenanganya dirobek serta merta. Ke mana saja dia pergi, hanya wajah Airra yg menghiasi. Agaknya begini rasanya apabila sudah jatuh cinta.
" As.. Ashraf" Dia menahan getar di hati. Sedaya upaya cuba utk disorokkan riak wajah yg ternyata terkejut dgn kehadiran yg tdk disangka-sangka dr lelaki itu. Tiga bulan menyepi setelah balik dr menghantarnya pulang, fikirnya mungkin Ashraf merajuk dgn penolakannya tempoh hari. Namun tdk disangka mereka bersua kembali dan keadaannya dirasakannya tersangatlah kekok!
" Raf, kau dah jumpa ke kek yg kau cari?" Suara garau lelaki yg bersama Ashraf tadi meruntuhkan kesenyapan yg bertandang sedari tadi.
" Waittt.. aku dah kacau daun kan?" tukasnya lagi apabila keadaan dirasakannya sgt tegang masa itu. Sementelah kedua-duanya kelihatan spt saling mengenali namun seolah-olah sdh lama tdk ketemu. 'Hmmmm, I smell something fishy here!'
" Errrrr, aku tak jumpa kek yg aku cari. Tapi aku jumpa sesuatu yg lebih berharga" Ashraf mengerling Airra sekilas. Airra diam tdk berkutik. Kekok dan malu! Dua perasaan yg mengikatnya saat ini. Wajahnya sdh terasa panas, meski cuaca di luar mendung dan redup!
" Cik adik comel, kawan saya ni nak cari kek coklat yg 100% flavour dia coklat saja. And no other flavour! Ada tak?" Hisyam cuba mengalih topik setelah dilihatnya dua merpati itu tdk memberikan sebarang response.
Airra tdk keruan dan hampir hilang arah. " Errrrr, ada. Kat sini. Errr ehhh bukan. Kat depan cashier sana" Airra menepuk dahi sendiri. Salah langkah!
Share this novel