Darris Anaqeef meraup wajahnya kasar. Makin dia hendak memulihkan keadaan makin mendatangi badai yang menghentak kehidupan mereka. Amanda yang sedang menunduk sejak tadi dipandang.
"Engkau ni memang menyusahkan aku kan! Kan aku dah cakap, jangan jumpa mana-mana lelaki dekat ofis. Bahasa apa yang kau tak faham ni hah? Dah lah kau lawan cakap mama. Kau kurang ajar dengan orang tua. Eh Ayra, aku tak sangka kau berubah sampai hati kau tu busuk macam bangkai kau tau tak!" bentak Darris.
"A-awak, saya tak bawa dia pergi ofis. Kitorang kebetulan je jumpa kat cafe."
"Habis sampai belai pipi tu apa? Ayra tu isteri orang tau tak?"
"Kenapa semua di mata awak salah saya? Selama ni awak keluar dengan perempuan lain, saya halang awak, ada tak awak dengar cakap saya? Ada tak! Sampai bila awak nak hukum saya? Sampai bila awak nak benci saya? Sampai bila awak nak simpan saya? Awak memang tak nak tengok saya bahagia kan, Darris?"
"Dalam keadaan macam ni, tak boleh ke kau mengalah?" bidas Darris.
"Aku tak suruh pun dia datang jumpa aku. Salah aku juga ke?"
"Habis kalau macam tu, tak kan salah aku?" merah wajah Darris menahan kemarahan.
"Memang! Memang salah kau pun. Kalau dari dulu lagi kau tak muncul dalam hidup aku, mesti kau tak akan hadap dengan perempuan menyusahkan hidup kau kan."
"Kenapa nak babitkan benda yang tak ada kaitan? Inilah perempuan."
"Kalau kau hebat sangat, kau rasa diri kau tu adalah suami yang bertanggungjawab, ceraikan aku sekarang!" jerit Amanda.
"Apa kau merepek ni? Marah sikit, minta cerai. Cerai! Apa kau ingat masalah macam tu boleh selesaikan masalah ke?"
Kadang-kadang batas kesabaran manusia boleh tercalar bila kerap didesak.
"Memang itu pun yang kau nak dari dulu, Darris. Kenapa? Sampai bila kau nak simpan aku ni? Sampai bila kau nak seksa diri kau dan sampai bila kau nak seksa hidup aku hah!" bentak Amanda.
Dayuskah Darris jika tidak menceraikan Amanda sedangkan isterinya kerap mengulangi kesalahan yang sama?
Ya, aku sedar. Akulah puncanya Nuhayra berubah. Akulah yang membuatkan dia berubah jadi manusia yang takkan lagi pernah faham tentang erti menjaga hati dan perasaan.
Kerana jiwanya telah ku bunuh sejak dari dulu lagi. Ya Allah, berdosa sungguh aku terhadap dirinya. Kejamnya perbuatanku padanya dulu, rintih Darris dalam hati.
Wajah isterinya ditenung. Air mata jantannya mengalir deras. Dia mendekati dirinya pada Amanda lalu didakap tubuh wanita itu erat.
"A-aku tak boleh lepaskan kau. Sebab..." kata-kata Darris terhenti.
"Sebab apa? Sebab kau belum..."
"Sebab perempuan yang pernah hilang dulu adalah perempuan yang pernah aku cintai, Nuhayra Amanda. Tapi aku dah lukakan jiwa dia. Aku dah hancurkan hidup dia. Akulah punca dia berubah jadi Amanda. Aku tak dapat lagi cari Nuhayra isteri yang aku kenal sebelum aku mengenal diri kau, Amanda yang sekarang." luah Darris jujur.
"Bagi abang peluang, sayang. Tolong jangan sebut lagi perkataan cerai. Abang tak sanggup kehilangan Amanda walaupun jiwa Nuhayra masih ada sampai sekarang. Tapi abang tau, kepercayaan tu abang dah pernah hancurkan dan mustahil kepercayaan tu akan datang balik kan." bahu Amanda disentuh dan ubun-ubun Amanda dikucup lama. Air matanya mengalir laju.
Bibir Amanda keluh tidak mampu berkata apa-apa. Darris hanya mengusap kepala isterinya.
Kehangatan tubuh Darris membuatkan hati Amanda makin tenang. Rasa segala beban dicampak pergi, yang ada hanyalah dunia ciptaan mereka berdua.
segalanya akan terlerai
Share this novel