Bab 6 : HV

Mystery & Detective Series 29168

~I feel in love with the way you touched me without using your hands.~

2018.

Eshan bersedia untuk mendengarkan voice mail yang lain pula iaitu sekitar bulan September 2017, setahun yang lepas. Ini bermakna, suara misteri itu jadikan telefon ini sebagai satu panggilan walaupun dia tahu setiap panggilannya tidak akan dijawab oleh empunya telefon. Ibarat seperti sebuah diari, tempat untuk 'dia' meluahkan segala isi hati. Itu yang Eshan dapat putuskan.

9 September 2017.

"Assalamualaikum bie... Maaf, sebab dah lama sayang tak call bie. Sayang... sakit bie. Sayang rasa sakit sangat. Hati sayang rasa dah tak tahan tangguh rasa rindu ni. Sayang rindu bie, sayang rindukan dia. Sayang rindu abang, adik. Sayang, rindu... Rasa sakit sangat menahan rindu ni, bie. Bie, andai kata sayang dah tak mampu lagi untuk bertahan, bie marah sayang ke?"

Senyap. Suara itu kedengaran sedikit lain kali ini. Ada tenggelam timbul dalam nadanya. Eshan berdebar mendengarkan kata-kata yang diungkapkan oleh si dia. Walaupun ianya cuma satu voice mail yang sudah lama ditinggalkan, entah kenapa Eshan takut andai suara itu buat sesuatu yang buruk selepas voice mail itu dihantar.

"Sejak bie tinggalkan sayang dengan anak-anak, sayang hilang tempat untuk bergantung. Sayang cuba untuk bangkit. Bangun untuk teruskan hidup demi zuriat yang bie tinggalkan tapi bila datuk dan datin datang, rampas anak-anak kita, saying boleh jadi gila bie. Sayang tak boleh hidup macam ni. Sayang nak anak-anak kita. Anak-anak kita kekuatan sayang, bie. Tapi bila anak-anak dah tak ada dengan saying, macam mana lagi sayang mahu kuat?"

"Bie... kenapa macam ni jalan hidup sayang? Sayang rasa jiwa sayang mati. Sayang sudah tak tahan lagi dengan semua ni bie. Sayang kesiankan mak dan abang. Bersusah payah demi menjaga sayang. Sedangkan sayang, sayang tak mampu nak buat apa-apa untuk ringankan beban diorang. Sayang dah susahkn semua orang. Bie... sayang rasa give up dengan semua ni. Sayang rasa penat sangat-sangat."

Tangisan panjang berlagu. Eshan merasakan sesuatu dalam hatinya saat mendengarkan si dia dihujung sana menangis mendayu-dayu. Agak lama tangisan itu berlagu sehinggakan voice mail itu mati dengan sendiri. Eshan jatuhkan tangan, pandang telefon. Terngadah Eshan seketika.

Berdasarkan voice mail yang ditinggalkan itu, dia dapat simpulkan yang si dia dihujung sana itu seorang perempuan yang baik. Seorang perempuan yang sudah kematian suami, mempunyai dua orang cahayamata tapi telah dipisahkan darinya. Hebatnya insan ini menanggung semuanya. Ibu mana yang sanggup berpisah dengan anak-anak?

Mata Eshan tanpa sedar berkaca. Dia sedang cuba menjiwai watak ibu yang merindukan anak-anaknya. Rindu? Peritnya perasaan itu sebab jiwa dia juga sedang merintih rindu kepada Sarah. Sarah? Argh, dia menyebut lagi nama itu. Eshan semakin tertanya-tanya kemanakah Sarah pergi? Apakah yang sebenarnya terjadi kepada kehidupannya dengan Sarah suatu ketika dulu?

Eshan kerdip matanya berkali-kali, cuba untuk tidak fikirkan Sarah. Cuba untuk hakis perasaan sayu yang mula bertandang. Baginya dikala ini, suara misteri itu benar-benar menarik perhatiannya. Dia kalau boleh mahu tahu apa yang jadi kepada 'si dia'. Dia jadi tertanya-tanya. Eshan tekan voice mail yang lainnya.

20 September 2017.

"Assalamualaikum bie. Sayang dah selesai sesi kaunseling dengan pakar kaunseling. Abang yang minta sayang dapatkan rawatan sebelum sayang jadi makin teruk. Hahah.. Baik kan abang tu. Dia betul-betul jaga sayang dan mak. Sayang... sebenarnya malu dengan mak dan abang. Diorang dah berusaha jaga sayang sebaik mungkin sepanjang hidup sayang. Sayang tak kan mampu balas jasa diorang."

Sesekali dengar suara itu menghela nafas panjang, kemudian bunyi nafas ditarik dalam. Seolah-olah sedang tanam satu keazaman.

"Bie, sayang janji sayang akan teruskan hidup ini dengan sebaiknya dan sayang tak akan bersedih lagi. Sayang minta maaf sebab terlalu lama tenggelam dalam kesedihan. Sayang akan bangkit untuk mulakan hidup baru. Sayang akan kerja dan kumpul duit banyak-banyak seperti yang datin minta kalau sayang nak dapatkan balik anak-anak kita. Sayang tahu 500 ribu itu mustahil tapi kalau itu nilainya yang sayang perlu bayar untuk dapatkan balik anak-anak kita, sayang sanggup bie. Sayang akan usahakan. Sayang janji dengan bie,'' ujarnya dengan penuh keazaman dalam jiwanya sebelum voice mail pada hari itu tamat.

Eshan juga dapat merasakan janji yang dilafazkan itu bukanlah satu omongan kosong dari si gadis itu. Ada sesuatu yang menarik perhatian Eshan iaitu si dia ingin bekerja dan mengumpul sejumlah wang yang begitu tinggi nilainyau untuk menebus anak-anaknya dari tangan seseorang insan yang bergelar 'datin'? Adakah ini bermakna anak-anak wanita ini dijadikan tebusan oleh datin?

Fikirkan itu, Eshan pejam mata. Oh, sungguh dunia ini ternampak begitu kejam kepada seorang perempuan yang telah kehilangan suami dan anak-anaknya pula dirampas darinya. Seketika dia begitu, Eshan tekan voice mail pada tarikh yang lain pula,

22 Oktober 2017.

"Bie... sayang ada nak kongsi satu berita gembira ni! Cuba bie teka apa... Hah, ni mesti bie tak tahu kan? Okay-okay sayang bagitahu bie. Sebenarnya kan, mak dah setuju nak ikut sayang dan abang pindah balik ke Kuala Lumpur. Sayang bukan tak suka tinggal dekat sini, tapi sini bukan tempat asal-usul sayang... jadi sayang tetap rasa tak selesa."

"Tapi kan bie, kitorang tidak balik ke rumah lama kita. Kitorang menyewa di tempat lain. Abang dah uruskan semuanya. Abang tak mahu sayang bersedih lagi sebab tu abang sanggup carikan rumah lain tapi tidak jauh pun dari rumah lama kita. Sayang masih boleh jenguk rumah tu kalau sayang rindu dengan kenangan kita dan kenangan bersama dia juga,'' ujarnya dengan penuh girang.

Eshan disini turut tersenyum. Ada rasa senang menyapa hati tatkala mendengarkan suara itu ceria, tidak lagi merintih dalam kesedihan seperti sebelum ini.

"Bie..." Tiba-tiba si dia menyeru dengan suara lunaknya. Eshan di sini terasa bulu romanya meremang, terkesan dengan panggilan itu seolah-olah 'si dia' sedang memanggilnya. Berdegup kencang jantungnya. Berdebar menanti apa yang ingin disampaikan olehnya.

"Sayang sebenarnya rindu dia. Sayang janji dengan bie... sayang akan cari dia dan tunaikan amanat terakhir bie. Kalau dia masih lagi tunggu sayang, sayang sendiri yang akan pergi cari dia. Tapi andai kata dia sudah ada yang lebih baik dari sayang, sayang tak akan muncul lagi depan dia walaupun sekali." Dan voice mail itu tamat setelah itu.

Eshan senyap, hanya jantungnya saja berdegup kencang. Eshan terkedu sendiri sambil otaknya ligat berfikir, apa maksud wanita ini dengan 'si dia' tu?

* * *

"Ham, boleh tak kalau aku minta kau buat satu kerja untuk aku?" Eshan bertanya sewaktu dalam perjalanan ke EN Holdings pada pagi itu. Hari ini Eshan akan kembali ke pejabat setelah berehat selama beberapa hari. Urusan di pejabat perlukan pemantauan darinya selaku pemilik sah EN Holdings.

Adham Sulaiman di sebelah segera menoleh. Adham Sulaiman iaitu anak sulung Pak Malik telah dilantik sebagai pembantu peribadinya memandangan dia lebih selesa dengan lelaki itu berbanding yang lain. Munir yang berada di bahagian pemandu juga turut mengintai bossnya. Munir, pemandu peribadi Eshan yang baru sahaja menggantikan tempat Pak Maliq yang telah menamatkan perkhidmatannya kerana masalah kesihatannya.

"Sure, boleh saja boss. Just tell me."

Eshan berfikir sejenak, mencari ayat yang sesuai untuk dia jelaskan tentang suara misteri itu. Dia tidak mahu ada yang berfikir yang bukan-bukan tentang dia dan suara itu. Takut juga kalau ada yang menganggap itu cuma imaginasinya sahaja.

"Aku nak kau cari seseorang."

"Siapa boss?" soal Adham dengan kerutannya.

"Aku tak tahu siapa. Tapi aku nak kau siasat siapa pemilik nombor telefon ni." Eshan menghulurkan secebis kertas yang tertera nombor telefon wanita misteri itu.

"Nombor telefon? Siapa orangnya boss?"

Eshan sudah tengok Adham dengan pandangan lain macam. Adham tersengih.

"Eh tak, maksud saya kenapa boss nak tahu siapa nombor ni... Ada apa-apa yang jadi ke boss?" Adham membetulkan balik soalannya.

"Kau siasat dulu. Nanti bila dah dapat jawapannya, aku akan bagitahu kau."

"Oh.. all right boss."

Eshan mengangguk lega, hatinya melonjak tidak sabar untuk tahu siapa gerangan di sebalik suara misteri itu.

"Boss..." Adham memuncungkan bibirnya, dihalakan kepada pintu masuk EN Holdings tatkala kereta yang dinaiki mereka berhenti disitu.

Eshan turut pandang kepada arah yang ditunjukkan oleh Adham.

"Siapa tu?" soalnya kemudian sambil picing mata ke arah itu.

"Boss tak ingat?" tanya Adham sedikit terkejut dengan soalan bossnya.

Eshan cuma menggeleng. Sungguh, tiada dalam kotak memorinya siapa gerangan dua lelaki tua yang berpakaian segak itu. Tapi dari segi pengamatannya lelaki itu bukan calang-calang orangnya bila diiringi oleh bodyguard dan pembantu peribadi masing-masing.

"Itu Tengku Eqram dan Tengku Emran, boss." Munir menjawab bagi pihak Adham bila Adham pandang dia, meminta pertolongan.

"Siapa diorang tu? Saya kenal ke diorang tu?"

Sekali lagi keduanya berpandangan.

"Diorang adik-beradik walid boss. Tengku Emran tu, pak su dan Tengku Eqram tu pak long. Diorang juga pemegang saham dalam EN Holdings selain dari boss dan Puan Tengku Naina." Adham menjawab.

Ehsan mengangguk berkali-kali.

"So, kenapa diorang ada dekat sini? Hari ni ada meeting ke?" tanya Eshan lagi, pelik dengan kehadiran mereka. Rasa dia tidak dimaklumkan dengan apa-apa mesyuarat untuk hari ini.

"Jom kita turun dulu," Adham memilih untuk berikan itu sebagai jawapan. Sengaja lengahkan Eshan.

Eshan hanya menurut. Baginya, Adham lebih banyak tahu selok belok EN dari dia yang sudah hilang sebahagian ingatannya.

"Apa yang boss perlu tahu, boss kena hati-hati dengan diorang. Diorang tu penuh dengan muslihat. Dulu diorang cuba kenakan Tengku Eqbal, tapi diorang tak berjaya." Adham menyambung pembincangan mereka sebentar tadi setelah mereka berjalan beriringan.

"Hah? Maksud kau?"

"Diorang ni share partner WW Jaya Holdings," bisik Adham di telinga Eshan. Bimbang takut ada yang curi dengar. Lagipun dia tahu dalam EN juga ada spy WW Jaya Holdings. Kalau dulu ketika zaman Tengku Eqbal boleh ada pembelot inikah pula zaman Tengku Eshan yang begitu banyak kekurangan. Sesiapa sahaja boleh mengambil kesempatan di atas kekurangan Eshan sekarang. Eshan pula terkulat-kulat. Tidak faham. Hish, banyak yang dia perlu tahu dan ambil tahu nampaknya ni!

"WW Jaya Holdings, milik Datuk Waazin dan Datin Joanne." Sambung Adham lagi.

Eshan mengerut kening, kali ini sebaris nama itu seperti ada satu tarikan. Ada rasa lain menerpa hati bila Adham sebut nama Datuk Waazin dan Datin Joanne itu.

"Aku kenal ke diorang?" tanya Eshan meminta kepastian. Matanya dipicing kepada Adham.

Lihat respon Eshan itu, Adham pasti yang ingatan bossnya itu memang betul-betul parah. Masakan musuh sendiri pun bossnya tidak ingat? Baru Adham mahu buka mulut,

"Han, Tengku Eshan Maisur." Ada suara lain menegur Eshan.

Keduanya menoleh serentak ke belakang, arah di mana datangnya suara itu. Tengku Emran mendekati anak saudaranya, senyuman tidak lekang dari bibir. Sudah semakin ganteng anak saudaranya.

"Han apa khabar?" tanyanya ramah.

"Alhamdulillah saya sihat. Uncle?"

Tengku Emran kerut kening dengar panggilan Eshan terhadapnya.

"Uncle? No more Pak Su?"

Eshan berdecit, malu dengan kesilapan sendiri. Adham pula sudah rasa tidak selesa dengan kemunculan Tengku Emran. Dia tidak mahu ada yang tahu berkenaan masalah kesihatan bossnya. Lebih-lebih lagi Tengku Emran dan Tengku Eqram.

"Pak Su... I mean, Pak Su..."

"Sorry Pak Su datang sini tak bagitahu Han dulu. Pak Su ada dengar Han dah balik Malaysia bulan lepas but I'm sorry, I'm busy lately... So, hari ni baru Pak Su dan Pak Long berpeluang datang jenguk Han," ujar Tengku Emran.

Eshan mengangguk, faham dengan tujuan mereka kemari.

"It's okay Pak Su, anytime Pak Su boleh datang EN. Lagipun kita kan satu family," balas Eshan yang tidak tahu hujung pangkal cerita. Dia cuma bertindak apa yang dirasakan betul. Mungkin selepas ini dia perlu cari lebih tahu lagi tentang siapa musuh dalam selimut mereka sekeluarga.

Tengku Emran angguk beberapa kali, dalam hati dia tersenyum sinis dengar jawapan Eshan yang dirasakan sangat lurus bendul itu.

'Bukan susah sangat aku nak handle ikan bilis macam kau ni, Han. Kalau abang Ngah tahu anak dia bendul macam ni, tentu abang Ngah kecewa... Haha...' bisik hati Tengku Emran.

"Mana Pak Long?"

"Pak Long tunggu dalam office Han."

"Oo i see... Jom lah kita jumpa Pak Long. Han pun tak sabar nak jumpa dengan Pak Long."

Dengar jawapan Eshan, Adham sudah tepuk dahi. Sudah, apa kena dengan boss dia ni? Bukan ke tadi dia ada bagitahu mereka berdua ini musuh dalam selimut arwah Tengku Eqbal? Eshan ini faham ke tidak?

Misteri suara itu bersambung. Han makin penasaran. Siapa? Siapa orgnya? Tq to all the readers. HV.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience