chapter 3

Romance Series 1597

Wanita itu berkahwin dengan seorang Peladang bernama Broke yang mempunyai kebun anggur yang berekar-ekar.Mereka mempunyai tiga orang anak dan ketiga-tiganya telah berkahwin.Anak pertama makcik Ann merupakan seorang guru di bandar,anak keduanya pula merupakan jurutera dan anak ketiganya iaitu Connie dan satu-satunya anak perempuannya yang berusia 17 tahun.Dari penceritaan Makcik Ann,Connie baru sahaja berkahwin pada tahun sebelumnya dengan seorang peladang di kampung tersebut.Serena menyuarakan pendapatnya adakah tidak pelik gadis semuda Connie telah berumahtangga.
“Tidak pelik langsung bagi orang kampung seperti kami Serena.Memang orang kampung kebanyakan kahwin apa usia yang muda.Makcik juga kahwin apa usia yang muda iaitu 16 tahun”,
“Oh begitu.Di bandar kebanyakan tidak berkahwin dalam usia yang muda kerana sibuk mengejar kerjaya”,terang Serena.
“Jadi kamu juga masih mengejar kerjaya kamu?”,tanya Makcik Ann kepada Serena.
“Tidak lagi,masa untuk saya kejar kerjaya saya sudah tamat.Saya fikir untuk lakukan perkara lain”,
“Tetapi kamu sudah berpunyakan?.Kamu jangan malulah,Makcik tahu kerana makcik selalu nampak lelaki itu di rumah kamu”,ujar Makcik Ann kepada Serena.Serena mula memandang wanita tua itu dengan hairan.Dia tidak tahu apa yang dimaksudkan wania itu.
“Saya tinggal seorang diri di rumah dan tiada mana-mana lelaki”,ujar Serena kepada Makcik Ann.
“Alah kamu ini,masih mahu menafikan lagi.Hari-hari makcik lihat lelaki itu berjalan di perkarangan rumah kamu”,Serena memandang wanita itu dengan serius,dia tidak faham dengan kata-kata wanita itu.Makcik Ann mula berubah rupa sebaik melihat wajah serius Serena.
“Kamu serius tiada lelaki di rumah kamu?”,tanya Makcik Ann dengan serius.Serena mengangguk laju.Mereka saling berpandangan.
“Mungkin makcik tersalah lihat.Mungkin juga lelaki tersebut hanya melintas di kawasan rumah kamu.”ujar makcik setelah terdiam beberapa saat.Serena setuju dengan kata-kata wanita itu.Mungkin sahaja lelaki tersebut orang kampung yang tinggal di sini dan hanya melintas di situ.
“Marilah,jangan difikirkan lagi.Bantu makcik hidangkan makanan di atas meja makan.Sudah tiba waktu untuk makan”,Serena segera menyiapkan bancuhan air anggurnya untuk dihidangkan di meja makan.Dia menjamu selera di rumah Makcik Ann pada malam bersama keluarga kecil wanita itu.Mereka menerima kedatangannya dengan cukup baik.Serena rasa seronok dapat merasai keindahan makan malam di kampung secara beramai-ramai setelah lama tidak dirasainya.Kali terakhirnya dia merasakannya ketika datuk dan neneknya masih hidup.Makan malam bersama keluarga di kampung dan di bandar sangatlah berbeza.Selepas selesai makan malam,Serena membantu Makcik Ann dan Connie membersihkan pinggan dan mangkuk.Dia juga dihantar pulang oleh Broke,suami Makcik Ann.Dia mahu pulang sendiri namun dihalang oleh Makcik Ann kerana katanya hari sudah malam dan bahaya untuk seorang gadis muda berjalan kaki seorang diri.Serena akur dengan kehendak wanita itu.
“Terima kasih atas makan malam yang enak dan terima kasih juga kerana sudi menghantar saya pulang walaupun rumah saya tidaklah jauh”,ucap Serena kepada Broke.
“Oh,tidak mengapa.Kalau kamu tidak keberatan kamu boleh datang ke ladang anggur saya,Sekarang musim menuai anggur,manalah tahu jika kamu ingin merasai pengalaman mengutip anggur”,pelawa Broke kepada Serena.
“Dengar seperti menarik.Boleh juga jika saya ada masa kelapangan”,Serena gembira dipelawa untuk membuat sesuatu perkara yang baharu.
“Datanglah ke ladang bila-bila masa yang kamu mahu”,ujar Broke lalu bergerak pergi dengan traknya.Serena terus masuk ke dalam rumah sebaik kelibat trak tersebut menjauh.Rumahnya gelap gelita.Lampu langsung tidak dibuka sejak petang tadi.Suis lampu dicari dengan tangannya,diraba-raba dinding rumah untuk mencari suis.Akhirnya,suis lampu dijumpai,rumanh itu kembali diterangi dengan cahaya lampu.Serena berjalan ke arah dapur bagi membuka suis lampu.Setelah selesai membuka semua lampu di dalam rumah itu,Serena mencapai tuala mandinya dan menuju ke bilik air untuk mencuci badannya yang kotor.
Malam itu hanya diiringi dengan bunyi cengkerik.Teratak Andrea juga sunyi sepi kerana hanya dihuni oleh Serena seorang diri.Selepas selesai mencuci kotoran di tubuhnya,Serena sambung mengemas bilik nenek dan datuknya.Bilik itu akan dijadikan sebagai biliknya.Barang yang tidak akan digunakannya akan diubah ke stor,sayang juga jika barang yang banyak kenangan itu dibuang.Serena membelek album yang tersimpan di dalam almari.Terdapat banyak gambar lama-lama yang tersimpan di situ.Gambar nenek Serena sewaktu kecil juga banyak.Serena tersenyum melihat kenangan lalu neneknya.Dalam keralitan melihat album tersebut,Serena tersentak apabila terdengar bunyi gauman sesuatu.Album gambar itu dilepaskan,Serena bangun menuju ke arah tingkap untuk melihat di luar.Bunyi gauman tersebut agak kuat.Serena risau jika binatang tersebut merosakkan tanamannya.
“Serigala,jangan rosakkan tanaman aku”,kata Serena kepada dirinya.Dia pasti untuk adalah gauman serigala.Tidak hairan jika binatang itu ada di sini kerana rumah tersebut berada hampir dengan hutan tebal.Serena membuka jendela biliknya dan menyuluh ke arah luar rumah.Dia mahu menakut-nakutkan haiwan buas itu.Namun,tidak ada apa-apa pun di luar,kosong, sepi dan sunyi.Serena kembali menutup jendela biliknya itu.Dia berharap tanamannya tidak rosak dipijak serigala tersebut.Serena terus melelapkan matanya setelah selesai mengemaskan.Malam itu berlalu begitu sahaja...

Hahaha...semoga sihat selalu semua

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience