Call Girl 55

Romance Series 1321954

Call Girl 55

Carol berdiri di tepi jendela memandang Langit yang sudah mula terang. Seketika kemudian anak kecil itu memandang sekeliling. Badannya mula mengigil kecil apabila memori kejadian itu mula berlayar di fikirannya.

"Princess?"

Carol menoleh memandang sepi Jasmine dan Luq yang berdiri tegak disebelahnya. Riak wajah mereka itu jelas menunjukkan rasa risau.

"I want mummy, I want daddy tsk..tskk.."Ujar Carol perlahan tubir matanya kembali berkaca.
Jasmine menghelakan nafasnya. Tubuh si kecil di bawa dalam dakapannya.

"Stop cry sayang. Mama min bawa princess jumpa daddy nak tak?"Pujuk Jasmine. Dia mengusap lembut belakang tubuh Carol.

Jasmine dan Luq berpandangan seketika.
Hari ini Luq menemai Jasmine ke hospital. Puan Fatihah tidak dapat ikut bersama kerana kesihatannya tidak mengizinkan. Itu yang di beritahu Luq ketika dia menghubungi wanita itu.

"How's daddy? Is daddy still sick?" Tanya Carol lembut.

"Daddy akan sihat baby, Dont worry OK. Your Daddy is the strongest man" Beritahu Luq perlahan.

Kepala anak kecil yang masih berada di dalam dakapan isterinya diusap lembut. Luq dan Jasmine membalas senyuman.

"I'm scared."Ujar Carol perlahan. Kepalanya menunduk memandang iv drip yang tercucuk di kekura tangannya. Ngilu terasa saat jarum tangannya tersentuh tubuh Jasmine.

Jasmine mengeratkan pelukkan idi tubuh Carol. Luq juga turut memanjangkan lengan memeluknya memeluk kedua kesayangannya.

Erat.

"Lepas habis drip ni kita jumpa mammy,daddy ye sayang.."Luq mencium lembut pucuk kepala Carol dan ciuman itu juga beralih pada Jasmine.

Dia hampir hilang kewarasannya saat menerima panggilan daripada Gib. Lelaki itu menceritakan kejadian yang berlaku. Setelah itu dia segera bergegas pulang ke Kuala Lumpur.

Dua hari Luq ke Terengganu kerana tapak projek yang di kendalikan syarikat Arwah Dato' Zafrul mempunyai masalah. 50 percent construction bangunan hampir siap tiba-tiba runtuh dan melibatkan beberapa orang pekerja di situ mengelami kecederaan parah.

Luq melepakan keluhan berat. Adakah ini juga masuk dalam rancangan Eiyad.

.......

"Assalamualaikum." Pintu yang terkuak dari luar membuatkan Zahra dan Carlos melempar pandang ke arah pintu. Terus melebar senyum kedua-duanya.

"Baby girl!"Zahra mendepakan tangannya apabila Carol melangkah laju ke arahnya. Nak peluk!

Tubuh Zahra terus di peluk Carol. Tangan kecil itu memeluk pinggang Zahra. Tersandar Zahra di kerusinya.

"I can't hug mummy. Perut mummy dah besar."
muncung bibir anak kecil itu.

Zahra dan Carlos berpandangan setelah itu mereka ketawa perlahan.

"How are you today sayang?" Tanya Zahra. Rambut Carol di usap lembut.

"Dah sihat. Doktor dah bagi balik esok pagi." Beritahu Jasmine. Jasmine dan Luq melangkah mendekati katil Carlos.

Hari ini wayar yang selama seminggu berada di tubuh abangnya itu sudah di buka. Begitu juga dengan bantuan penafasan.
Cuma kesan lembam dan beberapa kesan luka dan jahitan masih tinggal di tubuh sasa itu.

Zahra mengangguk kepala.

"InsyaAllah esok daddy pun boleh balik. Nanti kita rehat dekat rumah ya sayang."

Carlos yang teringat sesuatu. Terus dia kalihkan tubuh ke arah Luq.

"Macam mana site kau dekat Terengganu? Apa dah jadi?" Tanya Carlos. Serius sahaja wajahnya.

"Masih dalam siasatan Polis."

"Ada yang terkorban?."Soal Carlos lagi.

Zahra dan Jasmine berpandang sebelum kedua wanita itu kembali memandang Luq menanti jawapan.

Luq meletakkan tangannya di dahi. Pelipis dahinya di urut perlahan.

"3 orang cedera ringan dan 2 orang cedera parah. Masih dekat ICU"Jawab Luq mendatar.
Dia melepaskan keluhan berat.

"Projek tu disabotaj. Kau tak rasa ke Accident runtuhan ni macam dah di rancang!" Tegang wajah Luq memandang Carlos dihadapannya.
Kata-kata Luq buat Carlos memandang lelaki itu.

"Apa maksud kau?"

"Aku dapat call awal pagi Dua hari awal dari tarikh kejadian itu berlaku. Last week aku dah hantar Staf turun padang buat QA dan QS untuk buat pemeriksaan.. Semuanya okey. Bahan construction yang digunakan daripada bahan construction yang telah ditetapkan. Semua berkualiti yang mampu tampung reka bentuk building tu sendiri.Almost 50 percent construction ni dah berjalan lancar but Suddenly.. Bomm runtuh tak logikkan."

Suasana ward itu diam seketika. Beberapa saat kemudian Carlos menganggukkan kepalanya. Eiyad memang sudah merancang ini dengan Rapi. Dalam 1 hari dia boleh buat semuanya dengan serentak. Tangannya di kepalkan dia akan pasti seorang demi seorang orang suruhan lelaki itu akan menerima pembelasan.

....

"Shhh Sleep baby..." Tubuh si kecil di peluk dan menepuk lembut paha Carol.

Bunyi pintu dibuka membuatkan Carlos menoleh ke arah pintu bilik ward itu. Muncul Zahra dengan perut bulat perlahan-lahan mengatur langkah ke arahnya. Carlos hanya memerhati sahaja tingkah Zahra. Wajah isterinya itu di tatap penuh kasih.

"Princess masih merengek lagi?" Zahra mendekati Carlos. Laju tubuh kecil itu mahu di angkatnya

"Mungkin masih Trauma."Kata Carlos perlahan.Siapa sangka anak kecil ini melihat semuanya. Semoga Carol terus kuat melawan ketakutan itu.

"I dah inform nurse Princess dengan kita malam ni. Mari i letak dia dekat sofa dulu nanti Nurse bukakan sofa bad tu." Beritahu Zahra. Mujur sahaja Carlos di tempatkan di ward persendirian. Senang untuk Dia dan Carol bermalam disini.

"Sayang jangan angkat berat. Bahaya untuk baby dalam tu. Duduk dan rehat, Biar Carol dengan aku malam ni." Tangan Zahra yang sudah mendarat di tubuh kecil itu di tolak perlahan.

"Tapi badan you..."

"I'm Okey sayang jangan risau.." Tangan Zahra di genggam kemas. Satu ciuman hinggap di jemari runcing itu.

"Baring tepi aku." Arah Carlos. Dia menepuk-nepuk ruang di tepinya.

"Tak muat la hubby, Tak apa malam ni I tidur kat sofa dulu." Tolak Zahra.

"No, Aku tahu kau tak selesa. Naik tidur tepi ni."

"Tapi.."

"Amelia Azzahra..." Keras nama penuhnya di seru Carlos. Tajam mata Zamrud itu memandang Zahra. Tubuh Carol yang berada di dadanya di letakkan di mengiring kanan. Kepala anak kecil itu di alaskan dengan dadanya. Walaupun masih terasa nyilu pada lengan dan bahunya namun di biarkan.

Dah suruh Zahra balik dengan Jasmine dan Luq berehat sahaja di rumah. Tetapi isterinya itu masih berdegil mahu menemaninya di sini. Marah nanti cepat emosi. Nasib sayang.

Nak tak nak Zahra mengalah. Katil pesakit di panjat berhati-hati. Semoga katil ini dapat menampung berat badan mereka. Zahra merebahkan tubuhnya lalu di baring posisi mengiring. Wajahnya di dongakkan memandang Carlos di hadapan.

Tangannya naik menekup pipi Carlos. Mereka saling berpandangan lantas dia mencuri cium bibir lelaki itu. membvahang wajahnya. Namun di biarkan.

"Sorry Hubby mesti penatkan." Ujar Zahra perlahan. Melihat riaksi kaku Carlos. Zahra mengigit hujung bibirnya. Akhirnya Carlos senyum jahat.

"Good ni..."

Tersentak itu bibirnya dikunci lembut. Terpegun Zahra seketika. Namun beberapa saat kemudian Zahra mula membalas.
Ciumanan yang lembut dan penuh mengasyikkan.

Setelah keduanya kehabisan nafas baru la Carlos melepaskan. Pipi Zahra di sentuh lembut.

"Boleh I tanya you sesuatu?" Soal Zahra perlahan. Jiwa meronta-ronta ingin tahu tentang itu.

"Apa?"

"Why do you keep your illness a secret hubby?" Terhenti tangan Carlos di pipi Zahra.

Melihat wajah kosong lelaki itu. Zahra menghelakan nafasnya. Dia cuma ingin tahu kenapa lelaki itu merahsiakan menyakit itu. Patutlah di awal perkahwinannya perangai Carlos kerap berubah. Dissociative Identity Disorder (DID) puncanya. Dan Carlos mempunyai dua indentiti yang berbeza. Kadang kala Lelaki itu kelihatan ceria dan bahagia, pada saat lain apabila personaliti dia berubah, Carlos boleh menjadi lebih agresif dan sangat menakutkan.

"Hubby just tell me.."Lembut Zahra memujuk.

"Aku takut kehilangan kau.." Carlos menunduk kan kepalanya.

"Dan I pun takut kehilangan you..." Dahi Carlos di kucup lembut menyalurkan keyakinan pada suaminya itu.

"Apa puncanya?" Lembut Zahra menyoal.

"Aku trauma kehilangan orang yang aku sayang. Keluarga aku, Kembar aku.. setiap kali membayangkan situasi tu aku takut."
Mata Carlos berkaca. Zahra terus memeluk tubuh Carlos. Beberapa saat kemudian, pelukannya dibalas.

"I akan tetap bersama you hubby. Until the end of life. I akan sentiasa ada di sisi you."

Lama mereka berkeadaan begitu, tenggelam dalam pelukan hangat masing-masing.

"Sayang.."

"Hm.." gumam Zahra dalam pelukan.

"Thanks for still sticking with guys like me." Pelukan pada tubuh Carlos semakin dieratkan.

Dia tidak mahu rasa sakit kehilangan itu lagi.

"I want to spend the rest of my life only with you sayang, because I know being by your side is a great happiness for me."

........

Setelah menerima berita kepulangan Carlos dari Hospital. Gib terus datang ke mansion Carlos. Dia harus berjumpa Lelaki itu ada beberapa perkara yang harus di selesaikan.

Sunyi seketika di ruangan bilik kerja Carlos.
Carlos memandang Gib dihadapannya itu dengan tajam. Anak matanya berlaga dengan anak mata kelabu milik Gib untuk meminta penjelasan berdasarkan maklumat yang di terimanya.

"Kau yakin?" tanya Carlos kepada Gib.

Maklumat yang di baru di baca sangat membuatkan Carlos terkejut. Macam mana mereka boleh terleka dengan semua ini.

Kalau dia jahat Gib 1000 kali ganda jahatnya.
Bayang-bayang dirinya. Peristiwa lampau cukup mereka erti kesetiaan.

"Ya, aku yakin."

Carlos menganggukkan kepalanya. Jika Gib sudah begitu yakin maka semua urusan ini akan di serahkan kepada lelaki itu, 100 peratus kepecayaannya di serahkan kepada Gib.

"Jadi aku rasa, tiba masanya aku cuci tangan." ujar Carlos. Bibir mengukir senyuman.
Hilang terus wajah dinginnya.

Mungkin ini masanya untuk dia meluangkan sepenuh masanya dengan isteri dan anak-anaknya.

Walaupun apa yang dirancang oleh Gib kali ini agak merbahaya dan mengancam nyawa, namun dia relakan. Demi keselamatan keluarganya kelak. Dia percayakan sahabatnya itu.

Pintu bilik pejabat yang di tolak dari luar membuatkan mereka berpaling. Raymond masuk dengan wajah yang kosong.

"Your wife panggil, Ajak minum dekat laman. Semua ada sekali." Ujar Raymond. Usai itu dia terus menutup kembali pintu.

Carlos dan Gib tidak menjawab malah bibir mereka tersenyum sinis. Dan sesaat kemudian mereka terus meninggalkan bilik itu.

Tiba di laman berhadapan tasik kecil itu Sempat mata Carlos menjeling Jason dan Raymond yang hanya berdiri bersama-sama dengan beberapa lagi orang lelaki bertubuh tegap di kawasan luar rumah agam tersebut.

"Daddy.." Jerit Carol penuh teruja.

"Don't run baby," pintas Carlos menegur Carol yang sudah berlari ke arahnya terus muncung anak kecil itu. Carlos tersenyum tipis kemudian kepalanya di gelengkan.

"Carol sayang be careful daddy tak sihat betul-betul lagi." Marah Zahra apabila Carol terus meminta Carlos untuk mendukungnya.

"Tak apa sayang.."Perlahan-lahan Carlos melutut dihadapan Carol. Anak kecil inilah yang memberi dia kekuatan satu ketika dahulu.

"My beautiful daughter." Tubuh kecil itu di angkat perlahan. Carol tersenyum senang.

Carlos menepuk perlahan belakang Carol apabila Carol sudah berada di dalam dukungannya, kemudian nafas ditarik sedalam mungkin. Apabila memandang satu per satu insan yang berada di hadapannya.

Bip!

Bunyi isyarat yang baru di terima Carlos dan Gib membuatkan kedua lelaki itu tersenyum sinis saat mendengar bicara seseorang ni earpiece mereka.

Ketika Zahra ingin mencapai gelas yang dihulukan Puan Fatihah mata Gib terus membulat. Sepucuk pistol yang sentiasa berada di belakang pinggangnya dikeluarkan kemudian Matanya turun memandang Zahra

"Ara!" panggil Gib.

"Closed your eyes sayang everthing will be fine. Be a good girl OK" Bisik Carlos di telinga anak kecil itu dan dibalas anggukkan daripada Carol.

Pistol itu dihalakan tepat ke arah Zahra. Terkaku Puan Fatihah dan Zahra tatkala melihat Gib mengacukan pistol ke arahnya gadis itu.

Serta merta sRaymond dan Jason turut mengacukan pistol ke arah Gib apabila lelaki itu terang-terangan mengancam isteri ketua mereka.

Jasmine yang berada dihadapannya Zahra hanya melemparkan pandangan kosong. Tiada perasaan seperti biasa. Kosong. Malah dengan selamba dia menyambung suapan terakhir donut coklat di mulutnya.

Bang!

Sedas tembakan dilepaskan oleh Gib tanpa ragu-ragu.

Serta merta Zahra berpusing ke Tepi. Puan Fatihah yang telah dipenuhi dengan darah itu di pantang kaku. Dia tergamam Tubuhnya serta merta mengeletar.

"Nice shot monster," puji Carlos kepada Gib. Terukir senyuman di bibir kacak lelaki itu.

"Raymond bawa Carol dekat atas." Raymond segera berlari mendekati Carlos lalu tubuh kecil itu di bawa ke ke dakapannya.

"Don't open eyes princess. You are safe with me." Pesan Raymond. Dia kesiankan anak kecil ini seawal usia sudah melalui dunia yang penuh kekejaman.

Zahra masih kaku di tempatnya. Carlos melangkah mendekati isterinya kemudian dia terus duduk disebelah Zahra tubuh isterinya itu terus di tarik dalam dakapan.

"Gib.. dia.. Dia ba..ru." Bergetar suara Zahra.

"She is not your auntie sayang." Lembut Carlos memujuk. Sempat dia menjeling Jasmine masih diam.

"What?" Soal Jasmine apabila tajam mata Carlos menjelingnya.

Melihat renungan tajam Carlos akhirnya Jasmine mengalah.

"Dia bukan umi Ara, Dia cuma orang yang di bayar Eiyad untuk bunuh kau sebelum bangsat tu mati." Beritahu Jasmine dia bangun berdiri dan melangkah ke arah sekujur tubuh yang terbaring kaku dengan sebuah kesan tembakan di dahi. Dia melutut di tepi wanita itu.

Mata Jasmine naik memandang beberapa orang suruhan abangnya.

"Open the mask on this woman face jason" arah Jasmine.

Jason yang setia berada di belakang Zahra pula hanya menuruti arah itu. Lantas Topeng latex yang melekat pada wajah wanita di buka.

Zahra yang melihat terkedu.

Apa semua ini? Macam mana keadaan Ummi kalau wanita yang tidak di kenali itu berada di sini?

Tubuh Zahra yang mengeletar itu di tarik dalam dakapannya. Perlahan-lahan di usap lembut belakang isterinya itu.

"Ummi macam mana?" Soal Zahra perlahan.

"Sayang jangan risau Ummi selamat. Alhamdulilah semua sudah berakhir." Terang Carlos. Matanya memberi Isyarat kepada Gib agar membersihkan semuanya. Pelukan di leraikan dan tubuh Zahra di bantu berdiri.

"Kita rehat dalam bilik dulu ye sayang." Carlos memimpi Zahra berjalan. Nafasnya di helakan.
Dia juga masih terkejut dengan apa yang berlaku. Siapa sangka Eiyad telah merancang di luar kotak fikirannya. Mujur saja Jasmine dapat menghidu sesuatu yang mencurigakan.

Perwatakkan Puan Fatihah, ibu mertuanya itu sangat berlainan. Ada masa wanita itu lebih banyak menyendiri di dalam bilik dengan alasan kurang sihat. Namun akhirnya terbongkar apabila Jasmine membaca pesan yang di tinggalkan Eiyad pada telefon wanita itu. Demi kemewahan hidup wanita itu rela melakukan apa sahaja untuk lelaki itu. Dan sanggup menyerah diri menjadi pemuas nafsu Eiyad. Malah sanggup membunuh bayi di dalam kandungannya dulu. Jijik!

Kerana kecuaian wanita yang menyamar sebagai Puan Fatihah itulah akhirnya semuanya terbongkar juga. Rasa bersalah pada Luq bersarang di dalam hati, Pada awalnya dia menyangkakan Lelaki itulah pengkianat dalam semua yang terjadi. Namun sangkaannya salah apabila semuanya terbongkar.

.....

Bammm!!!

Terus terdiam Farah saat Luq menendang kasar pintu di hadapannya tanpa sempat mereka hendak menghalang.

"Move!" Farah terus memberi isyarat kepada pasukannya untuk masuk mengekor langkah Luq.

Suasana rumah Flat kosong ini sepi. Tiada tanda-tanda kewujudan manusia di dalam ruangan itu. Walaupun dengan keadaan rumah yang menjadi sarang penangih dadah.

Farah memandang pelik sekelilingnya. Mereka sudah memeriksa setiap aras flat kosong ini Tapi hampa. Puan Fatihah tiada.

Sempat juga dia memuji ketelitian Eiyad dalam setiap rancangannya. Namun lelaki itu tidak dapat melawan kecekapan buah hatinya Gibran. Dalam tempoh 24 Jam Gib dapat mengumpulkan segala maklumat dan akhirnya dia di sini bersama Luq yang berkeras mahu mengikutinya.

Damn.

Gila! Dalam keadaan genting macam ni pun dia boleh teringatkan Gibran. Cish.

"Pintu ni berkunci.." Lapor salah satu anggota polis itu yang cuba membuka pintu di hadapannya.

Farah menjeling pintu usang di penjuru bilik kecil itu. Langkah diatur tenang merapati anggota lelaki itu.

"Berundur." Arah Luq keras.

Farah memandang Luq yang tajam mengenung pintu itu. Lalu kepalanya di jatuhkan memberi isyarat agar semua berundur.

Bammm!

Luq menendang kuat pintu itu sehingga tertanggal dari bingkainya.

Farah dan beberapa anggota yang lain terus angkat Glock 17 di tangan sebelum penuh berhati-hati mereka mengekor langkah Luq masuk ke dalam bilik kecil itu.

Mereka kaku seketika. Saat terpandangkan satu susuk tubuh yang pucat dengan tangan yang diikat tergantung kipas Siling.

"Ummi!!"

Luq terus meluru ke arah Puan Fatihah yang diam terikat di tempatnya.

'Bip'

"Positif. Dah Jumpa." Ujar Farah apabila menekan satu butang di tepi kolar baju Tshirtnya.

Luq segera memanjat kerusi sebelum dia membawa tubuh Puan Fatiha ke arahnya. Seorang anggota polis membantu memotong tali yang mengikat tangan Puan Fatihah.

Farah dengan penuh berhati-hati menyambut tubuh Puan Fatihah sebelum dibaringkan di pangkuannya. Tangan menekap di leher wanita itu mencari denyutan nadi.

"Ummiu..." Panggil Luq tapi hampa. Tiada sebarang respon yang diterima. Puan Fatihah masih kaku dan tubuh ibunya itu dingin.

Ya Allah!

"Alhamdulilah!" Syukur apabila masih ada denyutan pada nadi wanita itu. Hampir gugur jantungnya melihatkan keadaan wajah Puan Fatihah dengan jarak yang dekat kesan lebam pada wajah wanita itu dan darah kering di dahi. Tidak sanggup dia ingin mengingati apa yang terjadi pada wanita berusia ini.

Kejam!

"Puan.." Panggil anggota polis yang bernama Bad membuatkan semua menoleh ke luar bilik itu. Lelaki itu sudah menangkap seorang.

Luq menggenggam kemas penumbuknya. Dia bangun berdiri dan terus melayangkan penumbuknya tepat pada wajah lelaki itu.
Mana tidaknya lelaki itu adalah pemandu ibunya sendiri.

Buk!

"Kamal, Salim Bring Puan Fatihah to the hospital immediately. Janny, Sarah your girls escort Diaorang. Bad dan Chan guys stay with me." Arah Farah tenang.

Mereka jatuhkan kepala. Penuh berhati-hati Kamal mencempung Puan Fatihah dan terus bergegas pergi diekori dua lagi anggota wanita itu.

Luq mengetap rahang. Dia beristighfar dalam hati. Cuba menenangkan diri. Namun Amarahnya membuak-buak apabila terlayar wajah pucat Puan Fatihah.

Dasar manusia setan!

"Kau ni memang sial di sebabkan duit kau sanggup tikam aku dari belakang!"

Buk!

Buk!

Buk!

Tubuh yang tadinya berdir di pegang Bad akhirnya tersungkur di atas lantai.

"Cukup Luq."Farah menahan bahu Luq saat lelaki itu ingin mara ke hadapan. Tajam mata Luq memandang wajah Farah.

"Cara ni takkan buat kau puas." Sambung Farah lagi.

"Kalau ikutkan hati aku memang aku bunuh kau sial!" Amuk Luq.

Farah tersenyum sinis lalu Glock 17 di hulurkan kepada Luq mikail

"Nah bunuh la aku dengan yang lain tak nampak."Ujar Farah selamba. Sebelah tangan Farah naik menutup matanya. Manakala sebelah lagi di hulurkan kepada Luq.

Psiko!

Luq mendengus kasar. Farah seperti mencabar egonya. Lalu pistol itu di ramas kasar dan di halakan ke pada lelaki itu dan....

Bang.

Terhinjut bahu mereka saat Luq melepaskan tembakkan. Tangan yang menutup matanya di jatuhkan lalu Farah tersenyum apabila melihat darah yang mengalir pada peha lelaki itu.

"Bagus.Dia tak mati lagi. Ada cara lain yang akan buat kau puas trust me Okey." Matanya sengaja di kenyitkan kepada Luq.

"Amir Bin Ali awak di tahan kerana terlibat dalam penculikan Puan Fatihah, Percubaan membunuh dan Pemalsuan dokumen tempat Syarikat awak berkerja. Awak berhak berdiam diri dan mendapatkan peguam. Apa-apa kata yang keluar dari pihak kamu akan boleh digunakan untuk mendakwa kamu di mahkamah." Ujar Farah lalu dia memberi isyarat kepada Bad dan Chan untuk segera mengangkat tubuh itu keluar dari bilik itu.

Luq menghelakan nafasnya. Akhirnya semua sudah selesai. Dia menjeling Farah di sebelahnya yang hanya memandang kosong tiga orang lelaki yang sudah meninggalkan di ruangan itu.

"Abang Luq tak sangka Farah serius masa bertugas" Bicara luq memecahkan kesunyian.

"Jangan nak usik orang boleh!" Marah Farah dia sudah melangkah ke hadapan.

"Kalau Abe Gib tengok mesti kecut perut sheram." Usik Luq.

"Abang ni lambat la karang jalan kaki sendiri orang nak pergi Hospital tengok Umi abang."

"Allah!" Disebabkan terlalu beremosi sebentar tadi dia boleh terlupa tentang Ibunya. Ya Allah.
Langkah di percepatkan mengekori Farah yang sudah tiba di kereta. Pintu kereta dibuka buka tubuhnya terus bersandar pada kerusi.

"Nanti abang maklum diaorang. Farah hantar abang dulu dekat Hospital. Farah nak buat dulu report dekat balai." Usai itu pancuan empat roda itu terus membelah jalan.

Luq menghelakan nafasnya.

Siapa sangka angkara dendam manusia sanggup melakukan tindakan berbahaya terhadap seseorang. Walaupun ia berpunca dari kesalahan induvidu itu sendiri.
mencari keadilan liar yang mencabul undang-undang dan pengetepian undang-undang. Demi menuntut keadilan dan kepuasan hati sendiri.

Hi Korang (",) Terima kasih sudi membaca Call Girl:) Tinggal a few chapter lagi sebelum call girl melabuhkan tirai. Harap anda berpuas hati dengan Chapter hari ini.. Love. Diendra ><.

Share this novel

Roslan Nawang
2022-03-24 12:29:17 

best...tak sbr nk baca smbunganya..update plaseeee

Cik Mafia
2022-03-21 01:42:19 

thanks update author


NovelPlus Premium

The best ads free experience