BAB 20

Drama Completed 5869

“Kesian isteri abang nie. Penat sangat ye,” bisik Airelw selepas solat isyak,tudung yang masih terletak di kepala Laila ditanggal. Baju kerja Laila juga ditukar kepada baju tidur dan perlahan-lahan dia berbaring disebelah Laila. Bahagia rasanya mendengar kata cinta dari Laila pagi tadi.

Alarm yang berbunyi menggangu tidur lena Laila. Terasa seperti ada tangan yang memeluk pinggangnya lalu perlahan-lahan matanya dibuka. Terkejut Laila apabila melihat wajah Hasby hanya seinci daripada wajahnya. Deruan nafas Hasby yang menyapa muka Laila membuatkan hatinya jadi tak keruan. Rasa macam lagu Zamani dengan Syarifah Zarina nyanyi tu walaupun menyimpang jauh.

Laila mengalih tangan suaminya itu untuk bangun. Ketika duduk dibirai katil baru dia sedar baju yang dipakai saat ini. Rasanya lepas balik semalam dia terus berbaring di sofa bagi menghilangkan lelah,tiada pula otaknya menyimpan memori tentang dia menukar baju. Laila memandang Airel yang sedang nyenyak tidur dengan wajah yang mulai memerah. Bantal tidur diambil dan dipukulnya badan Airel.

“Hei..hei..kenapa pukul abang nie?”tanya Hasby dalam keadaan ibu i.

“ Abang ke yang tukar baju Laila ?” soalan Hasby dijawap dengan persoalan.

Hasby memandang wajah isterinya itu sebelum turun ke baju tidur yang dipakai oleh Laila. Dia tersenyum apabila teringat tentang kejadian malam tadi. Laila yang bengang dengan senyuman nakal Airel, memukul lelaki itu dengan bantal sekali lagi.

“Lah,salah ke abang tukar baju sayang? Lagipun semalam sayang nampak penat sangat,tak sampai hati abang nak kejut,” jawab Hasby dengan membuat muka tidak bersalah.

Laila memandang tempat lain kerana dia tahu yang dia akan kalah dengan pandangan mata Airel. Hasby menarik isterinya itu kedalam pelukan. Comel rasanya melihat wajah Laila yang memerah. Laila hanya membiar Airel mendakapnya kerana dia berasa selamat didalam pelukan itu. Ketika Laila dan Hasby hanyut dalam pelukan masing-masing,telefon Laila tiba-tiba berdering. Nama ibu Laila naik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience