Bab 51

Romance Series 106380

ALIYA tersenyum sinis. Sedari tadi dia mengekori Zailani. Akhirnya dia berada di taman perumah Zailani. Dari jauh dia melihat Zailani yang sedang mengeluarkan barang-barang yang dibeli dari bonet kereta.

'Mengelaklah selagi kau boleh mengelak. Aku akan pastikan aku melutut pada aku, Lan. Ni Aliyalah! Aliya akan dapat apa yang dia nak.'

Aliya ketawa sendirian. Sebaik menolak gear, dia terus memecut laju meninggalkan kawasan perumahan itu.

Sampai di hotel penginapannya, Aliya terus merebahkan tubuhnya di atas katil. Tilam yang empuk itu akhirnya membuatkan matanya semakin kuyu.

Baru hendak melelapkan mata, pintu biliknya diketuk. Aliya merengus. Geram apabila matanya yang hampir terlena diganggu.

Dengan langkah yang malas, dia melangkah membuka pintu bilik.

"Hai honey. Jom lunch." Figura itu tersenyum manis seraya melangkah masuk ke dalam bilik Aliya.

"I mengantuklah you. Tak larat nak turun makan." Aliya bersuara lunak. Figura itu hanya tersenyum. Tubuh Aliya dipeluk dari belakang.

"Then you nak lunch di bilik je?" Aliya mengangguk sebagai jawapan.

"Okey. I order. You pergilah mandi dulu. Bagi segar sikit badan." Pantas ganggang telefon dicapai lalu dia membuat pesanan untuk mereka berdua.

Aliya akur. Pakaiannya dilucutkan satu persatu lalu dia melangkah menuju ke dalam bilik mandi. Kehanyatan air panas yang berlumba keluar benar-benar menenangkannya ketika itu. Hampir setengah jam membersihkan diri, akhirnya Aliya melangkah keluar dan merapikan dirinya.

"Dah boleh makan?" Aliya hanya mengangguk. Mereka sama-sama menjamu selera tanpa sebarang kata. Wajah mendung Aliya menarik perhatiannya. Namun, dia hanya menahan rasa untuk terus bertanya.

Usai makan, mereka hanya bersantai sambil menonton movie. Aliya melentokkan kepalanya dibahu lelaki itu.

"Honey, you okey ke ni?" Akhirnya Azmer menyoal apa yang bermain difikirannya.

"Hmmm... I okey je. Kenapa you tanya?" Mata Aliya masih melekat pada televisyen. Azmer tersenyum kesal. Bukan dia tak kenal perangai Aliya. Masak sangat dah.

"I tahu ada yang mengganggu fikiran you. I tengok you sedih je, kenapa?" soal Azmer tanpa berselindung lagi. Aliya melepaskan keluhan halus.

"You, kenapa I tak boleh lupakan dia walaupun I dah ada you?" Azmer tersenyum pahit mendengar soalan Aliya.

Azmer menolak sedikit tubuh Aliya supaya menjarakkan darinya. Dia membetulkan duduknya. Wajah Aliya ditatap lama. Menyedari dirinya diperhatikan Aliya segera berpaling memandang Azmer. Kedua keningnya diangkat.

"You memang takde hati langsung ke pada I?" Jelas Azmer kecewa. Dia tahu apa yang membawa Aliya ke Melaka. Bukan dirinya tetapi Zailani.

Sejak Aliya memaklumkan peristiwa dia dilempang ketika melanggar teman wanita Zailani, Aliya kerap ke sini. Selalunya dia yang akan turun ke Kuala Lumpur untuk bertemu Aliya. Tapi kini yang jadi sebaliknya.

"You tahu risikonya kan? You tahu I memang tak pernah ada hati dekat you. You tahu selama ni I tetap berusaha untuk terima you dalam hidup I, kan?" Aliya mula naik angin apabila dipersoalkan begitu.

Azmer geleng kepala. Tidak mengerti dengan sikap Aliya. Selepas bertahun sehingga mereka mengikat tali pertunangan, tak pernah ke ada secebis rasa sayang di hati wanita itu buat dirinya.

"Tak apalah. I tak nak berbalah dengan you. I balik dulu. Malam nanti I jemput you. Take care." Dahi Aliya dikucup lembut. Aliya mengetap bibir menahan rasa marah. Dia hanya membiarkan Azmer berlalu pergi.

*****

HARIS melangkah tenang menyusuri Pantai Klebang. Sungguh di sini dia akan berasa tenang. Setiap kali hatinya di amuk resah, sinilah tempat dia melepaskan rasa.

Bunyi pukulan ombak benar-benar mendamaikan hati dan perasaannya. Bahkan, tiupan angin sepoi-sepoi bahasa terasa nyaman menampar tubuhnya.

Semenjak Juwita pulang dari hospital, Haris sering dipagut rasa gusar. Bimbang seandainya dia tidak mampu melindungi Juwita.

Ya... dia sayangkan Juwita. Namun dia sedar rasa sayang dan cintanya tak mungkin terbalas. Kerana itu, dia akan terus menyimpan perasaan itu di dalam hati. Biar ia kekal menjadi satu rahsia. Rahsia yang hanya dia tahu.

Melihat Juwita tersenyum gembira dan bahagia sudah cukup untuk mengembirakan hatinya. Dia tidak mahu hidup Juwita menjadi semakin sulit andai Juwita tahu mengenai rahsia hatinya.

Bahkah, dia nampak betapa cinta dan sayangnya Zailani pada Juwita. Dan dia tahu Juwita juga mempunyai perasaan yang sama pada Zailani walaupun Juwita tidak pernah mengakuinya.

Cukuplah Juwita tahu betapa dia mengambil berat tentang Juwita. Cukuplah Juwita tahu yang dia sayangkan Juwita. Namun, Juwita tak perlu tahu mengenai rasa cinta yang mekar di hatinya.

Dia bukan tak pernah berusaha memiliki Juwita. Namun, dia telah lama tewas ketika merebut cinta Juwita sebelum Adrian. Juwita benar-benar menyayanginya tidak lebih dari seorang kawan dan kini pastinya ditambah sedikit kerana mereka sepupu.

Haris tersenyum bahagia saat terbayang senyuman manis Juwita. Senyuman Juwita mampu mengoyahkan imannya. Bahkan senyuman itulah yang membuatkan dia jatuh hati pada Juwita.

Kalaulah dia mampu memiliki Juwita, pasti dialah lelaki yang paling bahagia. Namun, dia sedar semua itu hanya mimpi yang tidak mungkin menjadi kenyataan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience