Bab 8

Romance Completed 207871

Jam menunjukkan pukul enam empat puluh lima pagi. Intan sudah sampai di hotel dan bersiap-siap di bilik rehat sementara menunggu Amira sampai.

Yang lain-lain juga ada yang sudah sampai dan sedang bersiap untuk memulakan tugas.

Lapar la pulak..

Ingat tadi malas nak makan, minum milo dah cukup tapi perut dah berbunyi ni. Awal lagi rasanya, sempat kot makan sekejap.

Intan yang tadi duduk bermalasan di sofa, bangun dan membetulkan baju lalu melangkah keluar dari bilik rehat menuju ke ruang makan pekerja.

Masuk-masuk sahaja pintu dah wangi bau nasi lemak. Hm.. Sedapnya.. Laju Intan menuju ke meja buffet yang menempatkan nasi lemak. Wow, ada sambal udang la.

Pinggan diambil lalu nasi disenduk dan bahan-bahan nasi lemak diletak dalam pinggan, kemudian sambal udang pula disenduk. Pergh, meleleh air liur.

Dibawa pula pinggan ke bahagian air, teh tarik diambil pantas mencari ruang di meja makan. Sekejap lagi nak perah tenaga dan otak. Jadi, isi perut penuh-penuh.

Nasi disuap bersama sambal. Hm.. Sedapnya, terpejam mata Intan menikmati suapan pertama. Tidak sampai lima minit, habis sepinggan. Tisu diambil mengesat bibir. Baru boleh buat kerja.

Setelah pinggan dan cawan diletakkan di tempatnya, Intan kembali semula ke bilik rehat. Duduk dilabuhkan di sofa. Ada lima minit lagi. Mana Mira ni. Takkan lambat lagi kot. Adeh...

Sementara menunggu Amira, Intan mengeluarkan telefon bimbitnya dan bermain games. Sedang ralit bermain game, datang Aishah lalu duduk di sebelah Intan.

"Intan" lengan Intan ditepuk.

"Apa?" tanya Intan tetapi mata masih fokus pada game di telefon bimbit.

"Pagi ni Intan kena urus pejabat dan bilik Tuan Caden seorang tau" kelepuk telefon terjatuh dari pegangan tangan Intan.

"Kau biar betul ni Ecah, baru semalam kot Mira tunjuk ajar, itu pun ajar tak habis" ucap Intan lalu menunduk untuk mengutip telefonnya yang jatuh kerana terkejut dengan berita yang Aishah sampaikan.

Jam di pergelangan ditilik, pukul tujuh lima minit. Adui..

"Ye, tadi Mira baru call En Rahim. Motor dia langsung tak boleh start. Kebetulan saya selisih dengan dia tadi, jadi En Rahim minta saya sampaikan." kata Aishah lalu bangun untuk beredar.

"Eh.. Eh.. Ecah, kau nak pergi mana? Temankan la saya kat atas" panggil Intan.

"Ecah!" aduh...

"Intan, intan" satu suara memanggil nama Intan.

"Apa kau ni. Sampai tertidur" tegur Aisah lalu duduk di sebelah Intan.

Tidur? Aku tidur ke.

Huargh..! Besar Intan menguap dan laju mulut ditutup.

"Eh, Ecah. Bukan tadi kau cakap dah lambat ke? Apasal ada sini lagi?" soal Intan.

"Hah? Bila masa pulak saya cakap macam tu?" soal Aishah pelik. Rasanya dia baru je sampai kat sini.

"Ye la.. Tadi kan kau dah datang jumpa, bagi tau Mira lambat sebab motor dia tak boleh start langsungkan. En Rahim minta kau bagitau" jawab Intan selamba sambil badan dipusing-pusingkan bagi membetulkan urat. Meletup-letup bunyi, lega.

Aishah yang duduk di sebelah dah terdiam.

"Kau dah kenapa pulak. Tiba-tiba diam ni. Dah la, kalau kau tak nak teman saya, biar saya naik atas dulu ye. Nanti lambat jenuh mengamuk pulak Tuan Caden tu" ucap Intan lalu bangun dan membetulkan uniformnya.

Botol mineral dicapai lalu diteguk. Aishah masih lagi terkelip-kelip memandang Intan dengan pelik.

"Weh.. Kau ni dah kenapa tengok saya macam tu? Kau jangan nak takutkan saya pulak pagi-pagi ni" kata Intan. Iye lah dari tadi si Aishah ni tak keluar-keluar suaranya.

Ikut kau la Ecah. Intan melangkah keluar dari bilik rehat tetapi baru langkah ingin dibuka, Aishah bersuara.

"Macam mana Intan tau Mira lambat sebab motor tak boleh start dan En Rahim yang suruh saya bagitau Intan? Saya baru nak bagitau ni" ucap Aishah pelik.

Terhenti langkah Intan dan laju tubuhnya dipusingkan ke belakang.

"Kau cakap apa Ecah? Baru ni kau datang? Bukan tadi kau dah datang jumpa saya ke?" soal Intan semula dengan pandangan tidak percaya.

"Mana ada, saya baru lepas jumpa En Rahim tak sampai lima minit. Bila pulak saya datangnye" kata Aishah yang semakin pelik dengan Intan.

Pantas Intan melihat jam di pergelangan tangan. Tujuh lima minit? Bukan tadi dah pukul tujuh lima minit ke? Berapa kali nak pukul tujuh lima minit ni?

Ah pening!

"Dah tu tadi siapa yang datang bagitau saya?" tanya Intan yang masih keliru. Ah sudah..

"Kau jangan macam-macam Intan" ucap Aishah yang dah mula seram. Jangan dibuat pasal.

Terdiam Intan seketika seperti berfikir. Betul la, tadi Aishah dah datang. Macam dejavu pulak. Tergeleng-geleng kepala Intan.

"Eh dah la. Saya naik atas dulu. Lambat ni. Dah la Mira tak ada" kerkocoh-kocoh Intan keluar meninggalkan bilik rehat.

Aishah yang berada di sofa masih lagi kehairanan.

Apa yang berlaku ni..

Intan sudah berada di hadapan lift, butang ke atas di tekan. Tidak lama pintu lift terbuka.

Laju Intan meloloskan diri. Permudahkanlah tugasnya pagi ni.

Pas disentuh pada scanner dan tingkat empat puluh lima ditekan. Pintu lift tertutup. Apa macam seram je ni.. Ish, buat hal la kau intan.

Ting!

Pintu lift terbuka. Intan laju melangkah keluar. Toleh ke kiri sudah nampak tubuh pemilik lesung pipit yang sedang tersenyum ke arah Intan. Pantas langkah dilajukan.

"Morning" sapa Intan bersama senyuman di bibir.

"Morning pretty" jawab Carlos. Auw.. Dia panggil pretty la.. Kembang kejap.

"Er.. Carlos, sebelum saya masuk pejabat Tuan Caden, boleh tak tunjukkan kat mana stor sebab semalam Mira tak sempat nak tunjukkan. Dah lewat." pinta Intan.

Iye lah, mana dia tau stor di mana, semalam bukannya Mira tunjukkan pun.

"Boleh. Come" balas Carlos lalu berjalan menuju ke stor diekori Intan di belakang.

Hai la Carlos, dah la handsome, sado, baik budi bahasa tapi non muslim la pulak.. Kalau tak boleh jadi boyfriend. Kih kih kih ketawa Intan sendiri.

'Bum'

"Omak kau boyfriend" ambik kau berangan tak sudah. Kan dah eksiden.

"Sorry sorry.. Tak sengaja" laju Intan mohon maaf pada Carlos sambil tertunduk-tunduk.

"Mata mana, mata?" aik, apa lain bunyi suara Carlos ni.

Kepala dipanggung ke atas. Alamak.. Caden la pulak. Dah macam mana Carlos bertukar jadi Caden ni.

"Tuan Caden. Sorry.. Tak sengaja. Tak perasan" jawab Intan serba salah.

Eh, tapi dia datang dari mana? Tiba-tiba muncul.

Oh.. Ye la, personal lift dia kat belah sini. Tepuk dahi Intan.

"Are you hear me?" soal Caden. Hai perempuan seorang ni, kita bercakap sorang-sorang rupanya. Kuat berangan betul la.

"Hah? Hear, hear, hear" jawab Intan kalut.

"What are you doing here? You supposed be at my office for cleaning" soal Caden dengan matanya memaku pandang pada wajah Intan.

"Saya nak ke stor, minta Carlos tolong tunjukkan sebab semalam Mira tak sempat tunjuk. Pagi ni pula, motor Mira tak boleh nak start. Jadi saya kena urus pejabat dan bilik rehat Tuan Caden seorang" terang Intan. Tidak mahu disalah erti oleh Caden yang ingatkan Intan sengaja membuang masa di situ.

"Hurm.. Faster" balas Caden dan terus berlalu.

Yang Carlos tadi elok tersengih di hujung sana. Sabar je la. Laju Intan membuka langkah ke arah Carlos.

"Bila masa Tuan Caden ada kat situ?" soal Intan sebaik sampai pada Carlos.

"Tadi lagi. Saya dah panggil pretty, tapi tak dengar kot. Jadi saya biar je la" jawab Carlos selamba sambil menoleh seketika pada Intan di sebelah.

Dia panggil pretty lagi la.. Tak jadi nak marah. Hihihi.. Gatai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience