Tali

Horror & Thriller Series 22056

Aku berjalan dengan tangan diletakkan di dalam poket seluarku. Tidak mahu tersentuh dengan orang lain. Aku terlalu penat untuk merasakan apa apa emosi saat ini.
Lagi lagi rasa takut. Semalam Himawari melawat aku dalam mimpiku dan mengelar lehernya sendiri di depanku. Mahu berjenaka,rindu barangkali.

Langkah aku percepatkan mengejar rakan rakan aku ,namun saat itu aku sedar tali kasut aku sudah terburai daripada ikatannya yang aku ikat kemas baru sebantar tadi. Nafas jengkel aku lepaskan dan menunduk untuk mengikatkannya semula.

Saat itu seorang gadis berambut lurus hingga ke punggung,berbaju sekolah melanggar aku dan aku terjatuh. Saat itu dia menghulurkan tangannya dan aku menyambut pegangannya.

Dan saat itu, aku menyumpah diri sendiri kerana ingatan paling ditakuti budak perempuan itu mula berderu deru masuk ke dalam fikiran aku dan aku pejamkan mataku.

Gadis bernama Nadia itu menangis sehingga bahunya terhincut hincut. Ukulele di tangannya dipeluk erat erat dalam dakapannya. Air mata jatuh beberapa titik di atas material kayu itu dan meresap masuk.

Walau betapa dia menangis pun,dia tahu tiada siapa boleh membawa pulang gadis itu semula. Dia sudah tiada. Sudah hilang daripada muka bumi ini.

Perkara paling menyakitkan tentang seseorang yang telah meninggal ialah,mereka pergi pada saat yang kita tidak sangka. Dan dalam fikiran kita,kita masih belum terbiasa dengan kehilangan mereka. Jadi di setiap tempat dan di setiap masa kita akan terbayang mereka masih ada. Saat itu, hati akan berbisik.

“Dia dah takde.”

“Ami, aku rindu kau. Baliklah…” Suaranya bergetaran menahan tangis yang sepertinya tidak mahu pergi. Hatinya terasa seperti mahu pecah kerana beban menyimpan tangisannya setelah sekian lama.

Dia tidak pernah menunjukkan betapa sedihnya dia di depan orang lain. Bilik kosong ialah saksi di mana dia meraung dan jatuh sejatuh jatuhnya.

Seumur hidup Nadia dia tidak pernah meraung sekuat itu. Dia tidak menangis ketika dia tahu ayahnya menceraikan ibunya, dia tidak menangis ketika adiknya jatuh sakit dan terpaksa dikejarkan ke wad icu, dia tidak menangis ketika teman lelakinya merayu untuk bersamanya semula setelah curang dengannya.
Mungkin kerana mereka tidak buat Nadia sebahagia Ami buatnya bahagia. Hanya Ami tahu betapa lembut hatinya dia di sebalik perwatakannya yang kasar.

Hanya Ami tahu waktu dia sedih dan gembira kerana Nadia bukannya jenis manusia yang senang menunjukkan perasaanya pada orang lain.

Dari luar, dialah manusia paling keras hati,mengalahkan batu. Entah apa yang ada pada Ami yang membuatkan dia mampu melembutkan hati tersebut dan menyedari dalam batu yang keras itu punyai kaca yang paling mudah pecah.

Kini Ami sudah tiada,tiada siapa akan jaga kaca yang mudah pecah itu.

Nadia rasa seperti ranting kayu yang tidak berguna yang jatuh ke dalam sungai yang deras. Dia rasa terkontang kanting.

“Ami… baliklah. Aku rindu kau.”Dia merayu untuk ke berapa kali. Dia tahu tiada siapa mendengar dan dia tahu tiada siapa mampu menunaikan permintaannya.

Namun untuk pertama kalinya,dia mahu percaya pada keajaiban. Dia mahu percaya keajaiban akan bawa pulang Ami. Ami yang dulu miliknya.

Tali ukulele yang sedang dipeluknya berbunyi nyaring kadang kala apabila terkena jari jemarinya. Ukulele kesayangan Ami.

Ami dulunya selalu bermain ukulele ini dan menyanyi untuknya dengan suara yang tidaklah semerdu mana. Namun bagi Nadia,nyanyiannya terasa amat istimewa. Ia dipenuhi rasa sayang dari seorang manusia biasa untuk kawan baiknya.

Bagi Nadia, Ami bukannya sekadar kawan baik. Dia lebih dari itu.

Ami ialah kakak, Ami ialah abang, Ami ialah ibu, dan Ami ialah ayah, Ami ialah cikgu, Ami ialah segalanya dalam hidupnya. Sejak kecil,mereka tidak pernah berenggang. Sehari tanpanya seakan dunia bakal kiamat.

Tidak hairanlah Nadia rasa mahu mati saat ini.

Fikirannya yang kecamuk kembali ke saat Ami memujuknya dulu.

+++++

“Nadia, dengar aku cakap ni. Lantaklah orang lain nak cakap apa pasal kau. Kau ialah kau,kalau diorang tak suka siapa kau, itu masalah diorang. Bukan salah kau."

Ami menggosok atas kepala Nadia yang menyembunyikan wajah di sebalik lututnya.
“Diorang dengki dengan kau tu.” Ami memujuk lagi kerana Nadia masih belum mengangkat kepala.“Dahlah sedih tu, aku belanja aiskrim,nak?” Gadis bertudung itu menarik tangan Nadia untuk bangun.

Nadia menyeka air mata dan mencapai getah rambut di atas lantai.

“Meh sini,aku ikatkan rambut kau.” Ami tersenyum dan mengambil getah dari tangan Nadia yang basah dengan air mata.

“Dah,jangan sedih sedih ya. Aku kan ada.” Gadis itu perlahan lahan mengumpul rambut Nadia yang pendek dan mengikatnya lembut. “Aku suka rambut kau, jangan potong tau.”

“Kalau aku nak potong jugak?” Nadia menjelingnya, mengusik.

“Aku tak mau kawan kau dah.” Ami menjegilkan matanya, berhasrat menakutkan gadis lebih rendah itu.

“Ala,kau bukan ada kawan lain pun.” Nadia menjelirkan lidah memberitahu kawan baiknya sesuatu yang benar sebelum dia ketawa.

+++++

Saat itu lamunannya terhenti kerana ukulele yang telah diletakkan di atas lantai berbunyi banyak kali. Seperti ia sedang dimainkan seseorang.

Nadia menyeka air mata dan rambut pendek yang menutup dahinya ditolak ke belakang.

“Ami? Kau ke tu?” Suaranya perlahan bertanya.
Dia tidak kisah. Hantu atau bukan hantu, Ami ialah rakannya. Seseorang yang dia mahu jumpa untuk kali terakhir. Apa pun jadi,dia hanya mahu bercakap dengannya untuk kali terakhir. Hanya mahu minta maaf untuk kali terakhir.

“Ami?”

Tali ukulele itu dbunyikan lagi. Kali ini lebih kuat.
Nadia tidak merasakan apa apa pun saat itu kecuali rasa gembira. Ami sudah ada di sini. Ami tidak meninggalkannya seorang diri.

Nadia terdiam apabila ukulele tersebut memainkan lagu yang selalu didengarinya. Hampir setiap hari kerana Ami tahu Nadia gemarkan lagu itu.

“Ami, nyanyilah!!” Nadia menggesa Ami yang sedang duduk berehat sambil minum air kosong di dalam botol airnya.

“Ala, malaslah.” Ami mencebik bosan.

“ Pleaseeeee!” Ami menyatukan kedua dua tangannya seperti merafak sembah dan tersenyum pada rakan baiknya.

“Ish kau ni,yalah yalah.”Ami tertawa sebelum mencapai ukulelenya. Jari jemari di letak kemas supanya not not yang akan dimainkannya dapat dicapai.

Kemudian tali ukulele dipetik dan mulutnya dibuka.

“Bila aku sudah tiada,
simpan semua laguku,
jangan ditangis selalu,
mungkin itu sementara,
bila jumpa penggantiku jangan dilupakan aku.”

“Ami, ni lagu kita.” Nadia ketawa kecil dan air mata laju mengalir semula, rindu mahu mendengar suara gadis itu menanyi untuknya.

“Nyanyilah untuk aku,kenapa tak nyanyi?” Pinta gadis itu, entah pada siapa kerana tiada siapa dalam bilik itu selain dia. Hanyalah dia dan ukulele yang dipetik sendiri tanpa tiada siapa yang memegang.

“Ami, aku tahu itu engkau. Kau dari dulu degil, kan?” Nadia tersenyum setelah sekian lama tidak menggerakkan otot otot pipinya untuk mengukir senyuman sejak Ami meninggal beberapa minggu lalu.

Nadia memejamkan mata saat otaknya mengingatkannya betapa gilanya apa yang dirasakan saat itu. Mustahil Ami boleh kembali dan bermain ukulele untuknya. Mustahil.

Dia pasti sudah gila.

Lalu dia membuka mata.

Di depannya, Ami sedang duduk bersila,dengan ukulele di tangannya dengan senyuman manis yang susah lekang sedari dulu.

Nadia terdiam.

“Kau rindu aku ya?” Gadis berusia 17 tahun itu bertanya mengusik.

Bibir Nadia terkunci tanpa dia sedar sebabnya.

“Bila aku sudah tiada, simpan semua laguku, jangan ditangis selalu,”Gadis berwajah pucat lesi tanpa seri itu mula menanyi. Suaranya mendayu dayu dan bergema dalam bilik kosong itu. Seakan akan selalunya mereka mengambarkan suara hantu menyanyi.

“Mungkin itu sementara,” Dia menyambung. “Bila jumpa penggantiku jangan dilupakan a-“ Benar benar pada detik itu, tali ukulele di tangannya putus semuanya.

Nadia tersentak.

“Aku dah kata, tali ukulele ni sensitif. Kau tak boleh main kuat kuat.” Ami menunduk dan merenung ukulele-nya. “Macam hati aku, Nadia. Kau Tarik tali dalam hati aku kuat sangat. Tali itu sudah putus.”

Setitis air mata jatuh dari pipi makhluk yang bukan manusia itu. “Sampai hati kau Nadia.”

Nadia tak mampu berkata apa apa,seperti renjatan elektrik dikenakan ke atas tubuhnya,dia serta merta tidak mampu bergerak, keras kejung.

Fikirannya kembali ke hari itu, sehari sebelum peristiwa itu.

+++++

“Kau tipu, aku tak percaya.”Nadia menjeling Ami yang baru habis menerangkan kisah sebenar kepadanya.

“Sumpah Nadia, aku dengan Hafiz takde apa apa. Dia temankan aku balik rumah sebab aku jalan seorang diri hari tu. Aku sumpah!” Ami mengangkat sebelah tangannya,bersungguh sungguh memberitahu perkara sebenar pada Nadia.

“Kau tipu!” Nadia bangun dan menolak Ami sehingga di terjatuh di kelas yang sedang ramai rakan rakan mereka itu. Semua mata tertumpu ke arah mereka berdua.

“Dari dulu aku dah tahu kau nak sangat dekat boyfriend aku, aku tahu kau dengki dengan aku,kan?” Nadia menunding jari betul betul ke muka Ami seperti benci yang amat sangat tanpa rasa bersalah.

“Sampai hati kau, Nad.”Ami mengesa air mata yang mengungut untuk jatuh dari kelopak.

“Apa? Sampai hati apa? Aku nak semua orang tahu yang kau ialah perempuan paling tak guna atas muka bumi ni. Perampas!! Kau dengan ibu engkau sama je perangai!!” Entah apa yang merasuk fikiran Nadia hari itu, segala kata kata benci dia hamburkan ke wajah Ami tanpa mengendahkan orang ramai di situ.

Memang dia mahu mereka mendengar pun. Biar mereka tahu siapa Ami sebenarnya!

“Nadia, apa yang kau cakap ni?” Suara Ami bergetaran menahan tangis.

“Memang pun,ibu kau menggatal dengan laki orang,sama macam kau, anak ha**m!”

Dunia Ami bagaikan bergegar dan jatuh menghempapnya. Semua orang merenungnya bagaikan dia manusia paling hina di atas muka bumi ini.

“ Jangan menyesal dengan apa kau buat hari ni, Nadia.”Ami bangun dan menolak bahu Nadia kuat namun tidak bisa menjatuhkannya. Kemudian dia berlalu pergi.

“Pergilah, sund**!”Nadia menjerit sekut hatinya dengan rasa bengang sehinga titisan jernih jatuh dari kelopak matanya.

Keesokan harinya,Ami tidak datang ke sekolah. Nadia mula rasa menyesal dengan apa yang dia lakukan dan rakan rakan sekelasnya mula berbisik. Mengatakan yang dialah punya Ami tidak datang ke sekolah hari itu.
Oleh itu, Nadia ambil keputusan untuk ke rumahnya. Seperti selalunya, ibu Ami pasti tiada di rumah.Dia selalu mengikut teman lelakinya ke mana mana sahaja dia pergi.

“Ami?”Nadia masuk ke dalam rumah yang tidak berkunci yang sudah dianggap rumah keduanya itu dan naik ke atas untuk berjumpa denga Ami.

Dalam fikirannya, Ami pasti sedang terbaring demam ataupun sedang menangis kerana kata katanya semalam. Ami sanggup melutut di kakinya untuk memohon ampun.Dia sedar apa yang telah dilakukannya ialah salah.

“Ami,aku masuk ya.”Dia mengetuk pintu bilik itu sebelum tombol pintu diputar.

Suasana sunyi menyambutnya.Tiada lagi pelukan dan ciuman mengusik di pipinya. Dia rasa kosong.
Dan saat itulah dia mendongak.

Ami tergantung diri di siling biliknya. Dia menggantung diri di dan meninggalkan nota di atas katil.

“Nadia, kau dan tali ukulele yang aku petik ialah sebab yang membuatkan aku rasa hidup,dan ketika kau jumpa aku,ketahuilah tali juga yang membunuh aku,bukannya engkau.”

Nadia terduduk, melihat lidah Ami yang terjulur sehingga ke tengkuknya. Dia menjerit sekuat kuatnya tanpa sedar seolah olah dia tidak mampu mengawal suaranya sendiri.

+++++

“Ami, maafkan aku. Tolong, aku merayu pada kau. Maafkan aku. Kalau kau tak maafkan aku, aku tak mampu hidup, Ami.”Nadia melutut dan letakkan kedua dua tangannya bersama.

“Aku sayang kau, Nad.” Ujar makhluk itu. “Tapi aku tak boleh maafkan kau.” Dia menggeleng geleng kepala dan tersenyum pahit.

“Ami,tolonglah.” Bahunya terhincut hincut menahan kesedihan.

“Seumur hidup, aku turutkan semua yang kau minta. Sekali ni, sekali ni je. Aku tak boleh ikut kehendak kau.

Aku minta maaf.” Ami tersenyum dan Nadia mengelipkan mata.

Ketika dia membuka mata, Ami sudah tiada. Yang tinggal hanyalah ukulele. Dan kenangan manis yang berakhir pahit.

Aku merenung ke dalam gadis bernama Nadia,yang rambutnya panjang hingga ke punggung itu. Dari matanya,aku baca kepahitannya dan rasa bersalah yang menghuni hatinya untuk seumur hidup.

Dia tidak mampu memaafkan diri sendiri.

“T-terima kasih.” Ujarku sebelum dia mengangguk dan berlalu pergi perlahan dengan senyuman kecil.

Aku pun mula berjalan untuk mengejar rakan rakanku namun langkah kaki aku ubah mengikut gerak hati. Aku mengejar budak bernama Nadia tadi dan meletakkan tangan di bahunya.

“Nadia, potong rambut kau. Dia dah lama maafkan kau.” Nadia tergamam saat aku mengatakan ayat itu.

“Berhenti salahkan diri sendiri. Aku yakin dia mahu kau hidup gembira. Kau tak mampu teruskan hidup ini kalau kau terus tengok ke belakang. Move on.” Aku menyambung. Nadia merenung wajahku sebelum wajahnya berubah dan air mata jatuh berguguran membasahi pipinya.

Aku menariknya ke dalam pelukanku dan dia meraung sambil menekupwajahnya di bahuku.

Beberapa hari kemudian aku terjumpa dengannya semula. Rambutnya sudah dipotong pendek, sepertinya dia sudah memaafkan diri sendiri.

Kau pula?

Sudahkah kau maafkan diri sendiri?

Sekian,nama aku Una dan aku Pengutus Kegelapan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience