Call Girl 17

Romance Series 1321945

CALL GiRL

_________
| Bab 17 |
_________

"Sial lah! Kau tak buat kerja ke apa? aku nak korang cari dia sampai dapat." tengking lelaki itu melalui telefon bimbitnya. Suaranya yang meninggi itu telah mencuri perhatian orang yang berada berdekatan dengannya.

"Kami dah cuba cari dia. Tapi tak ada bos. Dia macam tak wujud." perlahan sahaja suara itu membalas.

"Tak wujud? kau bodoh ke apa? kalau tak wujud benda tu tak jadi la sial! Kau cari sampai dapat aku tak nak dengar alasan bodoh kau ni." Tanpa menunggu balasan terus Lelaki itu menamatkan panggilan.

Pada masa yang sama Jasmine mengerutkan dahinya tanpa sengaja mendengar perbualan rakan abangnya itu. Dia baru ingin menyapa lelaki itu yang kebetulan juga berada di majlis itu.

Susuk tubuh lelaki itu yang ketika itu sedang berdiri tegak memandang ke arah cermin yang dihiasi panorama bandaraya itu. Dia berjalan mendekati lelaki itu.

"Eiyad are u okey? i look very stressed ?" Soal Jasmine apabila melihat lelaki itu sudah menamatkan perbualannya.

Rasa ingin tahu Jasmine kian memuncak. Dia sebenarnya sudah tertanya-tanya siapa yang dicari lelaki ini. Eiyad menoleh ke belakang dan menghela nafasnya memandang Jasmine.

...................

Sebulan kemudian

" Fuck!"

Carlos mencampakkan fail diatas meja di hadapannya. Gib sudah mendiamkan diri di hadapan lelaki itu sebaik sahaja terpandangkan wajah tegang rakannya merangkap majikannya itu.

"Macam mana boleh jadi macam ni ?" Soalnya keras.Hanya matanya sahaja yang menikam wajah Gib.

"Diaorang deal harga yang tak masuk akal but bila aku siasat semuanya macam yang kau tengok tu la..dan..." Gib menelan liur. tekak mula terasa kering apabila mata tajam Carlos menikamnya.

Carlos mendengus kasar. Dia menegakkan tubuhnya melihat wajah Gib.

"And..." Gib mengeluh saat mendengar nada suara yang mula berubah.

"And Jasmine was there masa deal tu ."

"Shit !" Maki Carlos dia kembali bersandar pada kerusi pelipisnya diurut pelahan.

"Dalam gambar tu Jasmine memang ada dekat sana tapi mungkin kebetulan. kau tak rasa ke someone nak try game kita.."Wajahnya tenang. Tapi dalam hati, hanya Tuhan sahaja yang tahu. Carlos susah diramal tak mustahil jika jasmine akan mendapat 'hadiah istimewa' dari abangnya itu.

"Mana?" Dingin sahaja suara itu

"Nah." Gib meletakkan pendrive kecil itu di atas meja. Carlos mencapai pendrive itu. Rasa amarahnya semakin membuak-buak. Carlos menggenggam penumbuk. Rahangnya diketap.

Projek Jutaan ringgit dengan syarikat terkemuka France itu adalah salah satu projek yang sangat dia impikan.

Segala proposal yang dibentangkan hampir sama dengan persaingnya perbezaan hanya pada harga yang ditawarkan. Tak sangka ada pengkianat. Gunting dalam lipatan.

.........................

Zahra meletakkan Dulang itu diatas meja ruang tamu. Gelas yang berisi Jus mangga itu di letakkan di hadapan Jasmine.

"Carol mana? sunyi je rumah ni." Soal Jasmine pada Zahra.

"Dah penat main siang tadi. Baru tidur la tu. Min sihat?"

Jasmine tersenyum

"Makin sihat dan makin cantik ." Ujar Jasmine selamba.

"Perasan." Bantal kecil ditepi Zahra dibaling ke arah Jasmine dan mereka ketawa.

"Hubby." Tersenyum Zahra apabila terpandangkan Carlos yang berjalan mendekatinya. Namun senyuman di bibir mati sebaik sahaja melihat tubuh tegap itu terus meluru kearah Jasmine Tanpa amaran, Carlos menerpa ke arah gadis itu.

Tangan kekarnya pantas mencengkam Leher Jasmine sebelum tubuh gadis tinggi lampai itu diangkat dan ditolak ke dinding.

"frère!( Abang)" Jasmine terjerit bila tubuhnya sudah tersandar pada dinding.

Sakit !

Zahra terus berdiri dari duduk dan terkaku di tempatnya. Meremang bulu roma sebaik melihat wajah bengis suaminya itu. Sunyi apabila hanya aura dingin lelaki itu mula menguasai ruangan ini.

"Qu'est-ce que tu fais Jasmine!" ( Apa yang kau buat Jasmine!)" Suara itu keras.
Tepat di berbisik di telinga Jasmine. Membuatkan Jasmine terus Memandangnya. Tidak mengerti. Saat itu, Gib dan Jason muncul. Gib sudah Cemas. Tahu la dia baran Carlos tika ini tidak dapat ditahan lagi.
Manakala wajah Jason sudah menunduk.

"Carlos !" Jerit Zahra apabila dia tersedar wajah jasmine sudah pucat. Carlos masih merenung tajam wajah Jasmine. Tangannya masih dileher gadis itu.

"Lepaskan dia please.." Zahra cuba memujuk suaminya itu. Carlos tidak menghiraukan Zahra leher Jasmine masih dicengkam erat. Wajah Jasmine sudah pucat. Beberapa kali gadis itu terbatuk-batuk. Dia tidak mampu bersuara.

"Kenapa kau kianat abang kau sendiri Jasmine!" Keras suara itu. matanya masih tajam memanah anak mata Jasmine.

"Carlos lepas...You will kill her!!" Kali ini suara Zahra meninggi Tak sanggup dia melihat amukan lelaki itu. Tangan lelaki itu di tolak dan ditarik ingin melepaskan cengkaman dileher Jasmine.

Carlos mendengus kasar. Pegangan itu dilepaskan tubuh Jasmine di tolak kuat ke dinding.

"Tskk huk! huk!" Jasmine terbatuk dan terus terduduk diatas lantai tangannya naik memegang lehernya. Matanya naik memandang Carlos.

"qu'est-ce qui ne va pas mon frère.( apa salah saya abang?)" Soal Jasmine air matanya meleleh. Sakit!

mendengar soalan yang keluar dari mulut Jasmine Carlos ketawa. Fail yang berada di tangan Jason dia rentap lalu di lemparkan dihadapan gadis itu.

Dengan segera Jasmine membuka dan dia terkaku.

" Brother I didn't do that! i dah serahkan all proposal kita dekat sana before i balik sini. trust me please..." Jasmine berdiri mendekati Carlos.

Carlos buat-buat ketawa kuat!
lalu mencangkung dihadapan gadis itu rambut Jasmine dicengkam dan ditarik mendekatinya.

Zahra yang melihat menghelakan nafasnya dia memandang Gib dan Jason yang masih berdiri dan hanya menjadi penonton sahaja.

" Kau tak buat? macam mana kau boleh ada dengan dia masa dia dapat tender tu tak kelakar Jasmine."Carlos merengung tajam wajah itu sedikit pun tiada perasaan kesian melihat air mata Jasmine menitis.

"trust me please.. "Rayu Jasmine.

"I'm very disappointed Jasmine.. Sekarang aku nak kau keluar dari sini dan jangan tunjuk muka kau lagi depan aku!" Cengkaman itu dilepaskan.

Jasmine diam dan masih bersandar di dinding dan menangis teresak-esak.

"Kau tak faham ke? aku kata keluar Sial!.."
Carlos menarik tangan Jasmine agar gadis berdiri. Zahra segera menghalang. Tubuh Jasmine di tarik dalam pelukkannya.

"What wrong with u ! tak cukup lagi ke u dah buat adik u tadi! " Suara Zahra sedikit keras.
Matanya tajam memandang suaminya itu.

"Kau jangan masuk campur urusan aku Love!"

"I dont care!" Zahra terus menarik Jasmine keluar dari situ. Jeritan Carlos memanggilnya sedikit pun tidak dipedulikan.

Pelahan-lahan dia membukakan pintu kereta milik Jasmine. Setelah memastikan gadis itu masuk pintu itu di tutup rapat. Jasmine menurunkan tingkap keretanya.

" Thanks ara." Ujarnya yang masih dalam esakkan.

Zahra tersenyum dia menundukkan sedikit wajahnya pipi Jasmine yang dibasahi air mata di kesat.

" Sabar okey. Dont worry about u brother. anything just call me. bawa kereta elok-elok tau sampai bagitahu."

Jasmine mengangguk. Pelahan-lahan kereta itu meninggalkan Mansion milik abangnya.
Zahra masih berdiri di tempat yang sama.
Matanya masih menghantar pemergian gadis itu. Nafasnya dihelakan. Wajahnya dia paling ke arah Mansion mewah itu. Sekali lagi keluhan dilepaskan.

...................

"Apa sebenarnya yang jadi?" Tanya Zahra kepada Carlos sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam bilik tidur.

Zahra berdiri tegak memerhati gerak geri suaminya yang tidak menunjukkan sebarang reaksi.

Ketika dia masuk ke dalam rumah itu selepas menghantar Jasmine. Dia cuba bertanya kepada Gib tetapi lelaki itu hanya diam dan mengelengkan kepalanya. Dia meminta Zahra sendiri bertanya kepala Carlos.

"I'm asking u carlos! Jawablah." Soal Zahra geram.

"Jawab apa? Pasal tadi? That's non your business, Love. Itu urusan aku dan Jasmine Kau tak perlu tahu."

Zahra mendengus kasar.

"But i'm wife! u ingat i suka ke tengok u buat Jasmine macam tu.." Carlos berdecit geram.
Dia paling tidak suka didesak. Tanpa memperdulikan Zahra dia terus meninggalkan isterinya disitu.

Zahra melangkah mengekori Carlos yang masuk ke dalam wardrobe. Tangan Carlos yang sedang membuka butang baju kemejanya itu ditahan. Dia memandang Wajah tampan suaminya itu. Dia tahu amarah suaminya akan reda jika dia pandai melayani suami dengan lembut.

Pelahan-lahan tangannya membuka butang baju suaminya itu. Apabila baju dilepaskan dari tubuh tegap suaminya, Zahra terus mengambil tuala dan dihulurkan kepada Carlos.

Zahra mendekatikan dirinya dengan Carlos. Dada bidang suaminya itu di usapnya perlahan.

"Mandilah sejukkan hati u..I want my romantic husband back."

Tangan Zahra yang berada didadanya digenggam kuat. Matanya tajam memandang ke arah wajah isterinya.

"Listen here Love. Jangan sesekali masuk campur dalam urusan aku. walaupun kau isteri aku i'm warning Zahra. Aku tak suka Is that clear ? Ujar Carlos keras.

Tangannya mencengkam kuat tangan Zahra yang berada di dadanya. Dahi Zahra mula berkerut apabila cengkaman di Tangan terlalu kuat.

Bibirnya menarik senyuman hambar Perlahan kepalanya mengangguk kecil. Tangan yang masih berada di Cengkam perlahan dileraikan.

"fa..faham. Maaf..Lepas ni i tak akan masuk campur urusan u..mandi la u need freshness ." Tutur Zahra pelahan.Dia terus berpaling ke belakang dan meninggalkan Carlos di situ.

Carlos memandang belakang tubuh isterinya itu. Dia mendengus kasar tangannya di kepal dan menumbuk kuat cermin yang berada dihadapannya itu

Prangg!

"Damn it!"

....................

Maaf Lambat update :)
Masa tak mengizinkan..

Thanks sebab still Support n tunggu cerita ni.

Love Diendra [^•^]

i'm not the best author but i'm trying to be your favorite. You are the strong person behind my success. thank you for supporting me (",) May Allah Blessing Your. (^•^) MUAH.

Share this novel

rimatanti
2021-10-20 22:14:30 

tq update...


NovelPlus Premium

The best ads free experience