Bab 7

Family Completed 3187

Alisha masuk ke kelas dengan langkah yang lemah.Semalam dia langsung tidak dapat melelapkan mata dan akhirnya terlelap pada jam 2 pagi.

Belum sempat dia ingin melabuhkan punggungnya di kerusi,mereka didatangi oleh Raziq yang masuk dengan gaya pembuli.Buku dimeja dijatuhkan manakala meja ditendang menyebabkan pelajar lain terundur ke belakang.

"Hai Lisha.Cantiknya kau hari ni.Jom ikut aku jap ke luar..ada benda yang aku nak bincangkan dengan kau."katanya ketika berdiri di hadapan Alisha.

Fairuz di belakang hanya menjadi pendengar.

"Raziq.."ketua kelas mereka cuba memarahi Raziq namun Alisha terlebih dahulu menghalang.

"Dah jom cepat.."Alisha malas ingin meriuhkan keadaan kelas jika Raziq dibiarkan lama di situ.

Sepanjang jalan Alisha tampak tidak bermaya sehingga ke bahagian tangga sekolah yang agak tersorok.

Fairuz mengetuk ngetuk jarinya di meja sambil memikirkan sesuatu.Mirzan di sebelah menoleh ke arahnya.

"Woi Fairuz!kau pahal?"tanyanya namun Fairuz tidak membalas malah berdiri kemudian keluar dari kelas.Mirzan pula kelihatan bingung dengan perangai lelaki itu.

"Apa awak nak?"tanya Alisha malas sambil menyilangkan tangannya di dada.

"Aku nak balas dendam pasal kelmarin!"balasnya dengan senyuman sinis.

"Haih..saya takde masa lah nak layan perangai budak budak awak ni.Lebih baik saya masuk kelas pastu date dengan buku teks saya daripada saya tertidur sebab dendam awak tu." ujar Alisha sinis lalu ingin kembali semula ke kelas.

Namun Raziq menariknya kuat lalu menghantaknya pada dinding.Alisha mengerang kesakitan.

"Kau ingat,kau ada bapa yang kaya aku takut dengan kaulah?kau silap okey!mentang mentang kau hidup bahagia dengan semua yang kau ada, kau berani lawan aku lah!Aku tak takutlah dengan kau."marahnya dan cuba ingin menampar Alisha.

Alisha tidak pula membalas namun tampak terkejut dengan ayat Raziq.Ada persoalan bermain di mindanya sekarang.

Pakk..
Alisha kembali sedar lalu memegang pipinya.Serta merta ingatan pada kedua mama dan papanya bermain di ruang matanya.

Kali pertama dia ditampar hanya kerana anak kepada kawan mama dan papa menangis.

Alisha yang baru berumur 5 tahun itu bermain dengan anak patungnya yang dihadiahi oleh Dato Hamid.Riuh mulut gadis kecil itu berbual dengan patung tersebut.

Tiba tiba dia didatangi seorang gadis sebayanya. Gadis itu ialah anak kepada kawan mamanya.

"Bagi anak patung tu!"katanya sambil cuba menarik patung dipelukan Alisha.

"Mana boleh!ni Nia punya!atuk yang bagi Nia." balasnya sambil mengeratkan lagi pelukannya pada patung berwarna biru laut itu.Iaitu warna kegemarannya.

"Ish..bagi lahhh!!"gadis itu menarik patung tersebut namun Alisha menariknya semula. Bermulalah pergelutan di antaranya dengan Alisha.Sehinggakan Alisha terpaksa menolak badan gadis itu sedikit untuk melepaskan patungnya.

Gadis itu terus menangis dengan kuat menyebabkan semua tetamu di rumah itu memandang mereka.

"Mia sayang..kenapa Mia nangis?"tanya Puan Norliza.

"Mummy..Nia tolak Mia."jawabnya dengan tangisan.

"Nia!kenapa tolak si Mia ni?"marah Puan Rosmah.Terjegil matanya memandang Alisha.

"Mia nak rampas Princess Nia."jawabnya takut takut.Matanya bergenang.

"Mana ada!"bidas Mia.

"Adalah!tadi.."

Pakk!!

Semua orang terkejut dengan tindakan Puan Rosmah terutamanya Nia.Pipinya yang merah akibat ditampar dipegang.

"Mulut tu jangan suka menipu.Nanti sampai besar kuat menipu.Nanti tak pasal pasal mama pun Nia tipu nanti."sindirnya.

Mengalir air mata Alisha ketika memandang mamanya.Lagi sakit hatinya apabila melihat papanya tidak ingin membelanya langsung malah tersenyum memandangnya.

"Mia jangan nangis tau..nanti auntie belanja aiskrim.Biar je si Nia tu.Okey?"pujuk Puan Rosmah kepada Mia bukannya anaknya sendiri.

"Okey auntie."balasnya ceria.

Mereka masuk ke dalam rumah meninggalkan Alisha dengan hati yang terluka.Hari itu dia belajar erti kepedihan.

Bukk!!
Raziq ditumbuk dari tepi menyebabkan lelaki itu terdorong ke belakang.Alisha terkejut dengan kejadian itu.

"Tak coollah bro..setakat tampar perempuan apalah sangat kau dapat.Setakat dapat gelaran dayus tu adalah.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience