(novantasette) 97

Other Series 152486

"Hai fatto quello che ti avevo detto di fare?" (Kau dah buat apa yang aku suruh?) soal Dom dingin sambil membuang pandangan ke luar balkoni yang terbuka luas.

"Già. Come hai diretto signor." (Sudah tuan. Seperti yang tuan mahukan.) balasan dari sebelah sana talian mengukirkan senyum Dom.

"Sarebbe carino. Quell'inutile Naufal.. prenderà sicuramente una lezione. Grazie." (Baguslah jika begitu. Si tak guna Naufal tu.. dia pasti akan ambil pengajaran daripada itu. Terima kasih ye.) ujar Dom senang sebelum menamatkan panggilan.

Phone diletakkan ke atas meja kayu berhadapannya, tiba-tiba seseorang memeluk lehernya daripada belakang, manja.

"Mika! Awak bergayut dengan siapa dekat phone tu hmm? Perempuankah?" soal Aleena ingin tahu. Sengaja digesel-geselkan pipi lembutnya pada pipi Dom.

"Hahaha.. Oh darling.. why did you said that? Mana adelah carrissima. Awak tahukan awak seorang je perempuan dalam hidup saya. Wait a minute, are you jealous?" kerlingnya pada wajah Aleena di sebelah.

"Memanglah. Saya tak suka awak ade orang lain selain saya.." mengada saja suaranya.

Dom hanya ketawa bahagia saja dengan perangai manja si isteri. Tak pernah berkurang.

"Okaylah kalau macam tu. Let's spend time together then hmm? Anak-anak tak ade ni." ajak Dom, dengan bantuan satu tongkat kayu, tubuh didirikan. Si isteri sudah menggeletis kesukaan apabila dilayan.

"Okay." Aleena merangkul lengan Dom manja sebelum beriringan ke lif di dalam kediaman tersebut.

Butang ditekan dan lif kaca itu terus naik ke tingkata atas. Aleena memandang raut wajah Dom dengan perasaan yang bercampur-baur. Perlukah dia bertanya?

"Carissima? Kenapa sweetheart?" soal Dom seraya keluar dari lif bersama Aleena yang tiba-tiba diam saja.

Wanita itu bagaikan tersentak seketika sebelum mengangguk laju.

"I want to ask something." Dom hanya membalas dengan senyuman.

Pintu bilik mereka dibuka sebelum diiringi si isteri ke katil beradu mereka. Tubuh keduanya sudah melayang bersama, berbaring.

Apabila Dom mula menindihnya, Aleena sedikit menolak, menjauhkan tubuh mereka.

"Perchè?" (Kenapa pulak ni?) soal Dom dengan mata menguyu. Terbantut nafsunya seketika.

Sudahlah anak-anak keluar seketika saja berjalan-jalan bersama pembantu rumah, inilah masanya untuk mereka berdua-duaan. Tetapi si isterinya pula menghalang perbuatannya.

"I have a question." sedikit tegas suara Aleena. Dom menyembamkan wajahnya ke bawah leher si isteri, mengucupnya lembut dan menghidu rakus.

"Go ahead hon.." bisiknya lembut seraya menyambung dengan urusannya.

Aleena hanya membiarkan perbuatan si suami pada leher dan dadanya tanpa menghalang, siling berukiran flora yang indah terukir di atas diperhatinya leka. Memikirkan sesuatu.

'Aku perlu tanya juga. Kalau tak sampai bila pun aku tak akan tahu.' desis hatinya. Aleena menarik nafas dalam.

Tangan si suami yang sudah menyeluk ke dalam seluar dalamnya ditahan. Serta-merta Dom mengangkat wajah dengan kening terangkat.

'Apa?'

"Kenapa dengan Naufal? Awak ada buat apa-apakah pada dia sayang?" soalan Aleena menggamamkan Dom seketika.

Kemudian lelaki itu ketawa tanpa sebab dan menggeleng.

"Naufal? Oh.. rakan awak di Malaysia. Mengapa awak berkata begitu? Saya buat sesuatu pada dia? Nonsense." yakin saja Dom menipu.

Sedangkan dalam hati sudah berkira-kira berfikir adakah Aleena tahu apa yang di lakukan pada Naufal di Malaysia. Adakah Aleena mendengar perbualannya tadi? Fahamkah wanita itu?

Dia sepatutnya lebih berhati-hati.

"Oh yeker? Hmm.. mungkin saya tersalah dengar. Saya ingatkan awak ada sebut nama dia tadi. Tak mengapalah." balas Aleena pasrah.

Dom hanya mengangguk mengiyakan, tak mahu topik itu diperbesarkan Aleena, terus saja diajak wanita itu bermadu kasih dengannya

"Soo.. sekarang bolehkan?" senyum Dom penuh makna.

Tangannya yang sudah selamat di bahagian dalam itu meramas-ramas bahagian intim Aleena hingga wanita itu naik ghairah.

Berkerut-kerut wajah Aleena sambil menggigit bibirnya. Deruan nafasnya sudah tidak menentu. Tangannya mula meliar tanpa arah meraba si suami di atasnya.

"Please Mika.. harder." rintihan Aleena menggilakan sisi nafsu Dom.

Leher Dom ditariknya merapati agar dapat dikucup sepuasnya seulas bibir seksi itu. Mereka bercumbuan ghairah tanpa sempat mengambil nafas.

Desah lembut bertukar kasar apabila pergaulan semakin rancak merenekkan peluh keringat pada tubuh masing-masing.

Kedua-dua mereka menikmati santapan tubuh dengan melempiaskan nafsu pada yang halal.

~~~~~~~~~

Malam sebelumnya,

Seperti kebiasaan pada hujung minggu, setiap hari Sabtu, Naufal akan bekerja sambilan di MCD.

Disebabkan keterlanjurannya bersama kekasih hati sehingga mengandung, dirinya dihalau bersama si gadis keluar.

Nasiblah kereta pemberian ayahnya adalah diatas namanya. Dapatlah dia menggunakan kereta itu kemana-mana.

Sebuah rumah teres setingkat disewanya sebagai kediaman baru buatnya dan isteri. Keluarga isterinya juga begitu, menghalau si isteri kerana tak mahu menanggung malu yang amat.

Kini itulah kehidupan mereka kini. Bayaran rumah sewa, makan minum, bil-bil rumah dan wang harian menyebabkan Naufal perlu bekerja keras untuk tinggal di kota metropolitan itu. Kos sangat tinggi.

Dia tak akan benarkan si isteri yang bekerja kerana sudah berbadan dua dan semakin sarat.

Malam itu Naufal memarkingkan motosikal second hand nya yang dibelinya bulan lalu di dalam kawasan rumah. Pagar ditutup dan dibuka pintu rumah yang berkunci.

Dia tak mahu menganggu si isteri. Sudah pasti wanita itu sudah tidur pada tika itu kerana jam sudah menunjukkan angka 2am.

"Assalamualaikum." salam diberi perlahan walaupun semestinya tiada sesiapa yang akan menjawab.

Kasut dibuka dan disimpan di dalam rak kasut kecil. Hoodie nya dibuka dan dibuang ke dalam bakul baju kotor dan terus ke dapur untuk meneguk air masak, membasahkan tekaknya.

Keadaan gelap, hanya samar-samar cahaya dari luar saja yang ada. Peti sejuk dibuka Naufal dan dibawa keluar sebotol air sejuk.

Gelas diambil dan dia meminum air tanpa mengesyaki apa-apa sehinggalah dia terdengarkan sesuatu bagai seseorang mengerang perlahan daripada dalam bilik tidurnya.

Naufal musykil.

"Sayang? Yang!" panggilnya dari luar. Tiada sahutan.

Gelas ditinggalkan saja di atas meja. Kaki dibawa melangkah ke bilik. Pintu bilik dibukanya, gelap.

Suis lampu dipetik dan sekelip mata, seseorang menumbuknya kuat hingga jatuh terduduk ke belakang.

Ada dua orang lelaki di situ. Seorang membelasahnya dan seorang lagi hanya berdiri kaku di sebelah si isteri yang telah diikat tangan dan mulutnya. Menangis ketakutan.

"Hahaha.. lemahnye kau ni. Bangunlah. Lawan aku macam lelaki sial!" perut Naufal disepak kuat hingga lelaki itu senak hingga terbatuk.

"Aku kata bangun bodoh. Aku nak tengok kau lawan. Atau... kau nak aku pukul bini kau?" lelaki yang memakai mask itu meninggalkan Naufal yang terbaring kesakitan ke arah si isteri pula.

Rambut wanita itu ditariknya ke belakang sehingga sedikit terdongak. Air mata jelas mengalir membasahi pipi kuning langsat itu.

"Berhenti.. tolonglah jangan." pinta Naufal sukar. Dengan sedaya-upaya, dia bangun juga.

Tetapi sekali lagi dia ditumbuk tanpa sempat mengelak dan ditindih rapat ke dinding. Dadanya ditahan kuat seorang lagi lelaki. Wajah itu mula membengkak dan hidungnya berdarah.

"Kau lemah. Kau tak layak mendampingi mana-mana perempuan pun. Kau sedar tak tu?" ujarnya sinis pada Naufal.

Tangan yang menekan dada lelaki itu ke dinding dilepaskan, serta-merta tubuh kurus Naufal terlorot jatuh ke lantai. Tidak berdaya.

"Kau ingat perempuan ni? Kau ingat apa yang kau dah buat pada dia?" wajah itu dicengkamnya dan didongak, phone ditunjukkan pada Naufal.

Ya. Naufal ingat sangat perempuan itu. Pujaan hatinya setahun yang lalu.

Aleena Humairah..

Wanita cantik jelita. Wajah yang putih memerah, hidung yang indah terbentuk, mata yang unik, wangian dan tubuh yang mengasikkan.

Ahhh.. seumur hidup tak mampu dia lupakan ciptaan tuhan itu. Amat indah sekali.

Tetapi dia mengkhianati Aleena. Dia tinggalkan wanita itu untuk ditangkap orang jahat kerana ingin menyelamatkan nyawanya. Dia kejam, dia dayus!

"Ye. Aku ingat. Aku terpaksa tinggalkan dia. Aku terpaksa. Ak-aku perlu selamatkan diri aku." Dengan sukar Naufal mengangguk perlahan dan cuba mempertahankan dirinya.

Si lelaki di sebelah isterinya itu mula mengacukan sepucuk pistol pada rakannya.

Rakannya menyambut dan menyerahkan pada Naufal yang terduduk lemah.

"Nah. Ambillah." pistol tersebut diletakkan pada tangan Naufal. Mata mereka bertentangan.

"Ini adalah hukuman atas perbuatan kau pada Cik Puan Aleena. Ini arahan Dom. Kau tinggalkan Cik Puan untuk selamatkan diri kau bukan? Jadi..."

Dia bangun dari tinggungnya dan berdiri megah di hadapan Naufal. Pandangan benci terarah tepat ke wajah ketakutan Naufal.

"Selamatkan isteri kau atau diri kau... mana yang lebih penting ye?" soalnya dingin.

Naufal terketar-ketar memegang pistol di tangannya itu. Wajah si lelaki yang bercangkung di hadapannya itu dipandang tajam. Binatang! Dia tak akan buat begitu!

Arahan Dom? Lelaki keparat itu mahu membalas dendamkah? Memang tak guna!

"Kalau kau berniat nak bunuh kami berdua, silekan. Tembaklah. Tapi.. kau akan mati lepas ni. Orang-orang Dom ramai la Naufal.. Cubalah lawan dia. Aku tak kisah." lelaki itu bertutur megah.

Di tangannya juga punya sepucuk pistol, bersedia untuk sebarang kemungkinan.

"Tapi.. sekarang ni. Kau perlu buat pilihan. Kau nak bunuh isteri kau, atau..."

"..kau bunuh diri kau." mahu menangis Naufal dengan keadaan mereka kini.

Pistol di tangannya diperhati. Dia tak mahu mati! Dia tak mahu! Tetapi..

Wajah si isteri yang menangis ketakutan dilihat. Tidak.. Tidak! Dia tidak akan membahayakan nyawa isteri dan anaknya, tetapi, dia tak mahu mati.

Bergolak hati dan fikirannya. Perlukah dia membunuh isterinya? Atau sebaliknya? Arghhh!

"To-tolonglah jangan buat aku macam ni.." air matanya sudah mengalir ketakutan. Naufal menunduk menangis.

Dia buntu! Kedua-duanya dia tak mampu lakukan. Membunuh si isteri mahupun dirinya..

"Oh.. baiklah kalau macam tu." pistol dihalakan pada si isteri dan ditembaknya.

"Tak! Berhenti!" menjerit kuat Naufal apabila tembakan dilepaskan. Si isterinya sudah menangis deras. Terlalu takut!

Tilamnya berlubang ditembak lelaki tadi. Betul-betul bersebelahan wanita itu.

"Aku merayu.. tolonglah jangan buat macam ni." rayunya pula. Tetapi langsung tak diberi simpati.

"Tembak sekarang! Atau aku bunuh korang berdua. Buat pilihan kau! Aku bagi 10 saat. Kalau tak.. aku tembak kepala isteri kau dan kemudian kau. Jangan ingat aku main-main!" ujar lelaki di sebelah si isteri tegas.

Kepala si isteri sudah melekat pistol di tepi. Hanya menunggu waktu ditembak hancur.

"10."

"To-tolonglah jangan.. Kasihanilah kami."

"8."

"Aku sanggup buat apa je asalkan kau lepaskan kami.."

"6."

"Aku merayu!" menangis kuat Naufal memohon dalam keterdesakkan.

"5."

Mata dipejamnya rapat, serapat-rapatnya. Dadanya yang sudh berombak kencang cuba ditenangkan.

Dia perlu buat keputusan segera! Nyawanya..

"3."

Atau keluarganya..

"2."

'Maafkan abang sayang.. abang terpaksa.' Naufal memandang sayu wajah si isteri yang turut memandangnya.

"1." picu sudah siap sedia ditarik, menunggu masa dipecahkan kepala si isteri Naufal.

Klik.

Naufal terkelu. Kepalanya sakit. Matanya berpinar. Pistol yang telah menembak tadi terjatuh dari tangannya sambil melihat sekujur tubuh yang kaku di hadapannya.

"Sa-sayang.." panggilnya sayu. Wanita itu hanya diam. Tidak bereksi.

Air matanya merembes deras lagi, seperti tiada yang sebelumnya begitu. Hatinya sakit.. sakit yang amat! Mengapa Dom lakukan begini. Mengapa!

"Bagus Naufal.. Congratulation for your brave. Ini ada hadiah perkahwinan kau daripada Dom." Satu cek bernilai RM500, 000 dicampakkan ke lantai di hadapan Naufal yang hanya kaku memandang si isteri. Tak mampu bergerak.

"Dia hanya nak uji kau Naufal.. Sama ada kau masih sama atau sudah berubah." ujar salah seorang lelaki tadi kepada Naufal yang trauma.

Perlahan-lahan Naufal kembali memandang lelaki itu.

"Jika kau tembak bini kau.. memang aku akan bunuh kau. Tetapi kau tak. Kau sanggup gadaikan nyawa kau untuk dia."

"..dan untuk tu.. kau terlepas." sambungnya lagi.

Tanpa apa-apa kata lagi, mereka berdua mula menyelinap keluar secepat mungkin dan melarikan diri daripada pihak polis yang ternampakkan mereka dan mula mengejar.

Mungkin ada seseorang yang melaporkan bunyi tembakan tadi. Pihak polis mula mengejar mereka berdua yang menaiki motor berkuasa tinggi itu.

Naufal merapati si isteri dan cuba dikejutkannya. Wanita itu pengsan apabila dia mahu menembak kepalanya sendiri tadi.

Betapa sayangnya wanita itu pada dirinya. Tubuh itu dipeluknya erat dan Wajah memucat itu dikucupnya sayang..

Tak dia sangka pistol yang diberikan padanya itu hanyalah sekadar ujian Dom semata.

Delam keterpaksaan dan mahu menyelamatkan si isteri dan anaknya, dia sanggup juga menembak kepalanya sendiri walaupun perasaan takut itu bagaikan mahu mati saja.

Dan alangkah terkejutnya dia mengetahui bahawa pistol itu tidak berpeluru. Bersyukur yang tidak terhingga.

"Kau memang tak guna Dom." carutnya lemah. Air mata dikesat kasar. Mata isterinya yang mula membuka menerbitkan rasa syukur di bibirnya perlahan.

"Sayang.. sayang okay tak ni? Jom kita pergi hospital ye? Hmm?" kalut saja tuturnya. Air matanya yang tiada henti dikesatnya berkali-kali.

Si isteri hanya menggeleng lemah. Pelukan suaminya dibalas juga.

"Maafkan abang ye sayang.. semua ni berlaku sebab abang." bisiknya lemah dengan air mata.

"Emm.. takpe. Terima kasih bang." ucap si isteri pula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience