Anjing gila

Humor Series 496

    “Hah…”

    “Hah…”

    “Hah…”

Nafasnya semakin laju dan menjadi sesak. Lelaki dengan ketinggian hampir mencecah enam kaki menghampirinya dengan perlahan. Seringainya kelihatan.

    “Tak!”

Akhirnya, pandangan menjadi kabur dan gelap. Tiada siapa tahu apa yang telah terjadi di belakang deretan rumah kedai yang suram dan gelap itu. Tubuh longlai yang tidak sedarkan diri itu ditarik dengan perlahan menuju ke longgokkan sampah dengan hanya menggunakan sebelah tangan. Dia tersenyum puas. Tubuh lembik itu campak dengan senang. Derapan tapak kaki yang banyak mengelilingi dia. Orang sekeliling ditenung dengan riak mengejek. Heh. Kehadiran orang ramai langsung tidak menggerunkannya.  Bilangan orang dikira. Lapan je? Dari senyuman menjadi seringai. Selangkah dia menuju ke tengah bulatan, selangkah kelapan-lapan manusia yang mula cuak kebelakang dengan berjaga. Semua bersenjata. Lapan lawan satu? Bagus betul. Matanya menjadi semakin redup, sedikit sebanyak berjaya melunturkan semangat kelapan-lapan manusia dengan senjata. 

    “Bring it on.”

    “Faiz, aku blah dulu. Aku ada latihan olahraga.” Bukunya yang bersepah dikaut ke dalam beg. Langsung tidak mengambil peduli dengan bukunya yang akan terkoyak.

    “Lepak tak hari ni?” Faiz yang sibuk menulis nota berhenti dan memandang Rifqi . Rifqi menggeleng.

    “Tak kot. Hari ini latihan sampai pukul enam.” Dia melangkah keluar kelas. “By the way, cakap dekat Red aku ambik sikit dia punya cookies.” Biskut di tangan disuapkan kedalam mulut. “Salam.”

    Tangannya dilambai tanpa memandang kebelakang. Faiz menjawab dalam hati dan meneruskan nota. Biskut yang berada dalam bekas makanan Raid diabil dan disuapkan ke dalam mulut. Bekas itu ditutup semula. Raid yang baru kembali dari tandas membetulkan seluarnya.

    “Eh, Ki mana? Dah balik?” Kemejanya dimasukkan kedalam seluar. Faiz yang sibuk mengunyah mengangguk.

    “Dia ada practise.” Mulutnya yang penuh berseloroh.

    “Oh,” bekas makanannya dibuka. “Eh, mana biskut aku pergi?” Raid menggaru kepalanya yang tiba-tiba terasa gatal. “Kau nampak tak siapa yang ambik?”

    “Kaulah yang makan. Lupa ke?” selamba dia menjawab.

    “Ye ke? Lantaklah.” Buku di atas meja dikemaskan di sumbat ke dalam beg. Faiz di sebelah tersenyum sumbing. Bongok Red.

    “Tak lah, tadi aku dengan Ki makan sikit.”

    “Oh, tak delah. Setahu aku kalau korang yang makan mesti habis punya.”

    “Hari ni aku dengan Ki baik. Tinggalkan sikit untuk kau rasa.” Sekali lagi tangannya cuba dipanjangkan untuk mencapai biskut buatan tangan Raid.

    “Tsk, siot je korang.”

Badannya diregang-regangkan. Uniform sekolah di ganti dengan baju jersi sekolah dan seluar pendek paras lutut.  Di dalamnya dia memakai seluar tights hingga ke paras bawah lutut. 

    “Kau, aku, bob dengan sorang senior mana tah masuk 4 by 400.” Safuan menghulurkan senarai nama untuk ditandatangani oleh Rifqi.

    “Thanks.” Ungkapnya sepatah. “4 kali 100 siapa lak?” 

    Safuan menjongket bahu. “Dei, tahun ni dorang kata SMK Batang Buruk  powerhouse.” Safuan mengambil tempat disebelahnya.

    “Dorang? Siapa dorang.”

    “Rumors.”

    “Oh.” Dia terdiam. Fikirannya melayang ke zaman silamnya yang sangatlah gelap semasa dia berada di tingkatan dua. SMK Batang Buruk, eh? Interesting. Mesti banyak muka familira dekat sana nanti.

Semasa pulang dari sekolah, Raid dan Faiz yang jalan beriringan kurang dari sepuluh meter dikejar. Bahu nereka ditepuk perlahan. 

    “Aku ingat korang dah balik.” Dia tersengih kepenatan. Maklumlah, masa latihan tadi dia kena lari empat kilometer keliling sekolah. Bajunya lencun dek kerana peluh yng bercucuran keluar macam hujan. “Ada koko ke?”

    Faiz menepis tangan dibahunya. “Taklah. Aku dengan Red study.” Raid disebelah tersengih dengan mulut botol di bibirnya. Air yang tinggal sedikit dalama botolnya diteguk habis.

    “Fuyoo, rajin giler Red.”

    “Terpaksa.” Dia menjawab sepatah. Botol air Tupperware berwarna biru  muda dimasukkan ke dalam beg. Badannya disiku dengan kuat.

    “Terpaksa, terpaksa jugak. Nanti last-last kau jugak yang berterima kasih dekat aku.” Perjalanan diteruskan. “Aku dengan Red nak lepak kat warung Pak Leman. Nak join?” 

    Rifqi menggeleng. “Thanks, but no thanks. Aku ada hal.” Rifqi berjalan menuju ke arah jalan yang jarang digunakan. “Jumpa esok.” Tangannya diangkat tinggi. Raid dan Faiz hanya memandang kosong. Malas nak ambil tahu hal apa yang dimaksudkan oleh Rifqi. Kaki mereka bergerak semula ke arah yang hendak di tuju.

    “Hari ni kau belanja.” Faiz membuka tali lehernya yag terasa semakin merimaskan dan mencekik leher. Satu butang baju di leher dibuka.

    “Apasal lak?”

    “Sebab aku suruh.”

    Raid hanya mengeluh. Susah betul nak menang dengan orang macam ni. tapi masalahnya dengan Rifqi pun sama. Bukan Rifqi je, dengan orang lain pun sama. Sememangnya, Raid memang lemah dalam persaingan lebih-lebih lagi bila melibatkan hal-hal macam ni. Dia tak mampu untuk berkata tidak. Perkataan tidak itu baginya sesuatu yang amat susah untuk disebutkan. Sekali lagi dia mengeluh.

    “Apasal mengeluh? Macam orang yang dah putus asa je aku tengok.” Faiz memandang Raid deri hujung matanya apabila dari tadi dia tidak berhenti mengeluh.

    “Saje je. Menikmati saat-saat kehidupan.” Jawabnya spontan.

    “Dengan mengeluh?”

    “Kalau ye, kenapa?”

    “Bunyi macam orang tengah nazak.”

Raid sentap. Ada ke patut cakap kawan sendiri macam tu. Raid merehatkan tangannya dibelakang kepala. Warung Pak Leman nampaknya tak sesesak macam selalu. Mereka mengambil tempat yang biasa mereka duduki. Aira yang tersedar akan kehadiran mereka lintang-pukang lari ke belakang warung. Raid hanya memerhati dengan senyap. Mesti dia ternampak benda bertenggek dekat bahu aku atau Faiz. Raid cuba meneka. 

    “Yo, nak makan apa, yo?” Hafiz dengan pen ditelinga menyapa. Setiap kali dia mengambil pesanan mesti ada gaya sapaannya yang tersendiri.

    “Wan nak makan nasi campur.” Faiz menjawab dengan lagak gangster. Meja yang penuh dengan lauk-pauk dituju. “Bagi aku air suam. Haa, lagi satu. Masak lemak tu pedas tak?”

    “Kaw-kaw punya.” Balas Hafiz dengan mengangkat ibu jarinya. Kemudian dia mengalih pula pandangannya kepada Raid. “Kau?”

    “Bagi aku milo ais dinousaur.”

    “Dinosaur takde. Milo tabur atas ada.”

    “Pun jadilah. Makan nak...nasi ayam ada?” Hafiz yang sedang sibuk menyalin pesanan dipandang. Soalan dibalas gelengan.

    “Kuey teow ladna?”

    Geleng.

    “Bihun tom yum?”

    Geleng.

    “Nasi goreng kampung?”

    Angguk.

    “Kalau macam tu tambah cili api lebih. And bagi tisu sekali.”

    “Siap.” Pen yang berada ditangan diselitkan semula ke telinga. Suara jeritan kecil yang datang dari arah meja lauk membuatkan Hafiz dan Raid memandang laju ke arah bunyi tersebut. Dulang besi bersepah, kuah kuning tertumpah di lantai dan Aira terkedu. Aira menekup mulutnya supaya mencegah dirinya daripada menjerit. Kuah yang masih berasap itu dipandang.

    “Astaghfirullahalazim, Aira. Yang kau cuai sangat tu kenapa?” Marah Hafiz yang mukanya merona merah kerana menahan marah. Dia menghampiri Aira yang masih lagi terkejut dengan apa yang berlaku.

    “Aira tak sengaja.” Dia menutur perlahan. Matanya terasa panas. Tadi masa nak letak lauk, dia dengan tidak sengaja melanggar Faiz yang sibuk memilih lauk. Dia langsung tidak sedar dengan kehadiran Faiz di situ. Kesannya, kuah panas itu terpercik ke sebahagian badan Faiz dan refleksnya membuatkan Aira melepaskan dulang itu dari tangan.

    “Sssss...” Bunyi desiran terkeluar dari mulut Faiz cuba menahan sakit. Sah-sahlah badan aku melecur. Faiz pula langsung tidak sempat mengelak. Habis bajunya di basahi dengan kuah masak lemak itu.

    “S-sorry.” Aira meminta maaf dengan suara sekecil tikus. Dahlah dia takut dengan Faiz. “Sa-saya tak sengaja.” Faiz buat dek je.

    “Kau okey tak?” Hafiz segera membantu Faiz yang sdang menahan sakit. Dia tahu rasa sakit bila badan melecur. Sakitnya bukan kepalang. Aira yang berada disebelah mula menangis. “Tak payah nak nangis-nangis. Kemas semua lauk tu.” Nada suara Hafiz meninggi. Pinggan di tangan Faiz diletakkan di meja berdekatan. Kemudian, Hafiz menghilang disebalik dinding warung dan keluar semula dengan kemaja t di tangan.

    “Nah, kau pakai baju ni dulu.” Baju ditangan Hafiz diambil tanpa sepatah kata dan beredar ke tandas. Raid hanya setia melihat insiden yang berlaku. Aira yang masih ketakutan mula menangis dan berlari kebelakang warung.

    “Oi, aku kata kemas. Kau tak dengar ke?” Hafiz menjerit geram. Nasib baik dekat warung tak ramai. Kalau tak habislah kecoh. Raid menggeleng perlahan. Jam ditangan dikerling. 5.45 petang. 6.30 kena ada kat rumah. Kalau tak habislah kena siku dengan mak terchenta. Kerusi plastik tanpa penyandar ditarik Faiz. Bajunya telah pun ditukar.

    “Kau okey?”

    “Melecur sikit.”

    “Dia tak sengaja tu.” Raid cuba menenangkan Faiz. Mukanya masih kelihatan bengang dengan apa yang berlaku tadi.

    “Tau.” Dia jawab acuh tak acuh. Pinggan yang berisi nasi campur diletakkan  ke meja Faiz. Hafiz hanya mampu bersimpati dengan apa yang menimpa Faiz. Wajahnya sugul dan bersalah.

    “Bro, sorry. Adik aku memang cuai kalau dalam bab-bab macam ni.” hangin dia satu badan bila Aira langsung tidak mengemaskan kuah yng tertumpah. Habis. Rugilah abah kalau macam ni.

    Faiz menggeleng. Namun dahinya masih berkerut. Tahan sakit agaknya. “Tak pe. Sikit je pun. Aku okey.” Sudu dan garfu dalam bekas diambil. Dengan lafaz bismillah di menyuapkan nasi ke dalam mulut. Ia sedikit sebanyak dapat menghilangkan rasa lapar dan sakit di perutnya yang melecur.

    Hafiz yang baru hendak beredar terhenti apabila mendapat soalan cepu emas daripada Raid. “Betullah kau anak Pak Leman.” Tapi apa yang dikatakan Raid lebih kepada ayat penyata. Raid sengih. Semua rahsianya terbongkar gara-gara sikap adiknya yng cuai. Muka Hafiz menunjukkan riak wajah mengalah. Kedua-dua tangannya diangkat. Faiz yang berada disebelah mendengar dengan teliti.

    “Okey, bendera putih. Betul aku nak Pak Leman. Gelaklah puas-puas. Bagi tau semua orang kat sekolah.” Hafiz mengeluh. Lepas satu-satu masalah menimpanya. Kes tadi pun belum selesai lagi, tiba pula masalah rahsianya yang terbongkar. Faiz yang dari tadi menikmati makanannnya terhenti.

    “Tak ada apa yang nak digelakkan.” Faiz mencelah. “Kau patutnya bangga dengan pekerjaan bapak kau,” air suam dihirup sedikit. “Dia dah berusaha untuk suapkan mulut adik beradik kau dengan makanan halal. Syukurlah sikit.”  Tarbiah sentap oleh Faiz membuatkan dia terpana. Tambahan pula dengan nadanya yang cerun dan dalam seperti sedang mengejinya. Hafiz tertunduk malu. “Mak aku jual nasi lemak tepi jalan je. Tak ada apa yang nak dimalukan. Kalau kau rasa malu sebab pekerjaan bapak kau, baik kau buang rada malu tu jauh-jauh sebab kau dengan aku sama.” Panjang lebar Faiz berucap. Mata Hafiz mula berkaca-kaca. Dia terdiam. No wonderlah semua junior look up to him. Sekarang aku dah tau apa sebab dia.

    “Thanks.”

    “No prob.”

Setelah jauh dari Raid dan Faiz, Rifqi mula bergerak ke tempat yang selalu menjadi tujuannya. Dari berjalan, dia berlari. Kakinya yang panjang itu membuka langkah. Segala rintangan yang ada dihadapannya di hadapi dengan senang. Esok prelims. Target aku antara nombor satu atau nombor dua untuk 100 meter lari berpagar. Lain nombor aku tak terima. Kalau 4 by 400 aku target tempat pertama. Walaupun fikirannya melayang ke mana entah, kakinya masih berlari tanpa henti. Dia cuba mengingati training regimen yang Coach Zack bagi tadi.

    “Kalau korang ikut training regimen yang aku bagi, aku yakin pingat emas dalam genggaman,” Kata Coach Zack sambil mengepal tangannya. Coah Zack merupakan jurulatih luar yang akan melatin pasukan olahraga sekolah. Sudah terang-terang ladi dia bagi tahu yang sekolah telah membayarnya dengan harga yang tinggi. Jadi untuk menghargai apa yang telah dilakukan pihak sekolah, mereka perlulah mengikut semua latihan yang disediakan.

    “100 kali push-up, 100 kali sit-up, 100 kali squat dan lari 10 kilometer. Setiap. Hari.” Dia menekankan perkataan setiap hari. Hampir terjatuh rahang semua atlet tak terkecuali juga Rifqi. Semminit kemudian, kawasan padang yang dipenuhi atlet bising dengan pelbagai soalan.

    “Diam!” Suaranya bagaikan guruh itu membuatkan semua pelajar menikus.

    “Aku tahu dalam otak korang dah macam, ‘eh, gila ke apa orang tua ni’, ‘mengarutlah’, ‘mana bolehlah’, ‘mustahillah’.” Dia membuat mimik muka tambah pula degan nadanya yang sengaja ditinggikan. Perlakuannya seperti mengejek semua atlet disitu.“Benda tu tak mustahil sebab aku pernah buat. Aku dulu student jugak macam korang. Apa korang rasa aku pernah rasa.” Dia memandang satu persatu muka yang berada dihadapannya. 

“Korang kena pandai-pandai agihkan masa untuk buat training regimen yang aku bagi.” Tiba dihadapan Rifqi, dia merenung tajam. Rifqi membatu. Matanya dikecilkan. Lama dia berdiri di hadapan Rifqi. Apasal dia berdiri depan kau lama sangat ni? Blah lah.

    “Aku nak korang mulakan dari sekarang.” Dia beredar ke tempat lain. Rifqi menghembuskan nadanya dengan lega. Wisel yang tergantung di lehernya ditiup dengan kuat. Latihan ‘Sparta’nya bermula. Hampir kesemua atlet mahu menarik diri dari menyertai latihan ‘Sparta’ Coach Zack. Namun bukan Rifqi dan Safuan. Minat mereka yang mendalam dalam bidang sukan tidak mampu memadamkan semangat mereka yang membara macam api neraka. Ceh, mengarut je. Mana ada istilah macam tu. Abaikan. Semua yang dikatakan Coack Zack disematkan sebaik mungkin di dalam hati dan dianggap sebagai cabaran bagi diri mereka. 

    Rifqi tersenyum puas. Akhirnya dia tiba di tempat kegemarannya. Tingkat ke-20 kondominium rumahnya. Turun naik nafasnya yang laju tadi mulai perlahan. Finally. Dia menjenguk ke bawah. Hah, naik tangga sampai sini tak adalah penat sangat. Dia menggeliat. Tangga itu dituruni semula hingga ke tingkat dua di mana rumahnya terletak.

    “Assalamualaikum, akak, Ki dah balik.” Buat beberapa saat di menunggu. Kasutnya disusun ke dalam rak kasut. Pintu rumah terbuka. Wajah Daniel terpacul di muka pintu.

    “Apasal kau balik lambat? Akak mengamuk, kau tau tak!” Daniel mula memekik. Perangai dia dengan Adam bagai langit dengan bumi. Nak je aku sumbatkan stoking aku dalam mulut dia. Biar dia diam sikit. Asyik memekak je. Jam menunjukkan pukul 7.15 malam. Dania yang sibuk di dapur mengintai ke ruang tamu.

“Oi, kau lupa ke hari ni turn kau masak?” Dia menjerit. Suara wanita 26 tahun yang membuatkan Rifqi menutup telinga. Ek? A’ah lah. Aku lupa hari ni turn aku.

“Ki lupalah. Sorry kak. Esok Ki masak.” Dania mendengus kasar dan hanya menenung bayangan Rifqi yang hilang di sebalik dinding bilik maknya.

“Mak, Ki dah balik.” Tangan maknya yang longlai di kucup lembut. “Mak dah makan?” Dia bertanya walaupun dia tahu maknya ta akan menjawab. Rifqi tersenyum sambil merenung wajah wanita separuh abad itu. Mukanya tenang.

“Memamnglah mak belum makan lagi. Aku tengah masak.” Dania yang berada di hadapan muka pintu mencelah. Benci benar dia dengan perangai adiknya. “Lagi satu, yang kau cakap dengan mak macam tu kenapa? Mak tidur jelah.” Sudah acap kali Rifqi membuat perangai sebegitu.

Dania mendengus. Rifqi ni lain sikit dari adik-beradiknya yang lain. Lain dia tu lain macam. Hanya dia dengan adik-beradiknya sahaja yang tahu perangai Rifqi yang menjengkelkan.

“Alaaaa, akak ni. Spoiling the moodlah. Ki baru nak menghayati watak.” Katanya sambil menarik muncung. Maknya yang sedang tidur terjaga apabila terdengar anak sulung dan anaknya yang ketiga bertengkar.

“Yang korang gaduh tu kenapa?” Puan Sarah bingkas bangun dari pembaringannya. Rambutnya yang serabai diikat kemas.

“Ki ni mak. Dia cakap dengan mak macam mak tengah koma.” Senduk di tangan cuba mengetuk kepala adiknya. Hampeh betul perangai dia ni. Ada ke patut layan mak sendiri macam tu?

“Kau pun tau perangai adik kau tu memang macam tu. Biarlah dia.” Rifqi menguntum senyuman mengejek dan menjelirkan sedikit lidahnya. Dania mencebik. Bau hangus menusuk lubang hidangnya.

“Shoot! Sebab layan kau habis ikan aku hangus.” Dania berlari semula ke dapur. Rifqi tersengih. Sekali lagi wajah maknya dipandang.

“Kau baru balik ke? Dah pukul 7.30 dah. Apa yang kau buat?” Puan Sarah kemudian keluar ke ruang tamu tanpa menunggu jawapan daripada Rifqi. Rifqi pula beredar ke biliknya. Beg yang dari tadi digalasnya di campak ke penjuru bilik.    

“Man,” dia memanggil adiknya. Kaki Iman di tolak perlahan. “Iman, kau dengar tak ni?” Iman memaling muka ke arah dinding. Mukanya mencuka. Rifqi tersenyum. Iman benci bila Rifqi berada di rumah sebab perangai gilanya akan mengganggu dia. Kakinyadi goyang-goyang dengan kasar.

“Kau nak apa?” Dia membengis. Mahu sahaja dia tumbuk muka Rifqi yag menjengkelkan itu. Tetapi kalau dalam hal yang melibatkan fizikal dan beradu kekuatan, dialah yang paling lemah. Daniel pun lagi kuat. Tapi kalau paling kuat bukanlah Rifqi, tetapi Dania. Dania yang merupakan pemegang pingat emas dalam acara teakwondo sukan SEA membutakan dia susah untuk dikalahkan.

“Maghriblah. Sampai bila kau nak tidur ni?” Bajunya yang lencun dengan peluh dicampakkan ke muka Iman. Iman panik.

“Woi, busuklah,” Baju basah yang melekat di mukanya dicampakkan dengan sekuat hati ke arah Rifqi. Rifqi menangkapnya dengan senang. Rifqi tersenyum jahat. Seronok betul dia kacau adiknya. “Dah lah tadi aku tengah menguap. Masuk peluh masin kau dalam mulut aku tau tak!” Iman terus keluar dari bilik, malas hendak melayan kerenah Rifqi yang semakin menjadi-jadi. Rifqi ketawa sakan.

“Azanlah. Hormat sikit.”  Dania menegur Rifqi yang tengah gelak macam orang gila. Rifqi menekup mulutnya untuk meminimakan suaranya. Di rumahnya ada tiga bilik. Master bedroom digunakan ibu bapanya. Manakala bilik yang paling kecil Dania yang ambil. Jadi mereka berempat terpaksalah berkongsi satu bilik. Tapi tak semua tidur dalam bilik. Kadang-kadang dia dengan Izzat akan tidur di ruang tamu.  Namun buat masa ni Izzat tiada di rumah.

“Kak, Izzat mana? Bukan pagi tadi dia ada ke?” soalnya sambil menarik kerusi dan menghenyakkan punggungnya.

“Dia dah balik UiTM.” Jawab Dania sambil menyenduk nasi ke dalam pinggan. “Dah, kau tolong akak panggil semua. Kita dinner sama-sama.”  

Tepat pukul enam pagi, dia keluar dari rumah. semua yang dikatakan Coach Zack dianggap sebagai cabaran kepada dirinya. Pagi 4 kilometer, petang 6 kilometer. Pedometer di pasang. Dia yang berjersi hitam, dan berseluar tiga suku memulakan larian. Strateginya untuk hari ni, lari, azan subuh terus ke masjid. Jemaah sekali. Kemudian menyambung semula larian. Tepat 6.45 pagi larian diteruskan menuju ke sekolah. Uniform sekolahnya telah pun tersimpan elok di dalam beg. Dengan lafaz bismillah, kakinya mula melangkah.

Matanya di kelap-kelip beberapa kali. Perasaan mengantuknya cuba dilawan dengan sekuat hati. Tambah-tambah lagi sekarang metapelajaran sejarah yang menjadi pemangkin yang memberatkan matanya untuk terbuka luas. Ngantuknya... Cik Roziah yang berada dihadapan kelas menjadi kabur. Bagi aku lima minit... lima minit je... Matanya dengan perlahan terkatup rapat. Baru hendak dibuai mimpi, pinggangnya dicuit Faiz. Dahinya berkerut.

“Kau nak apa?” bisiknya dengan geram.

“Seluar kau tak zip.” Faiz tersenyum sinis. Muka Rifqi merona merah pekat. Dia menundukkan pandangan ke seluarnya.  Carutan bermula dari huruf B terkeluar dari mulutnya. Dari pukul berapa tadi aku tak zip? Dia cuak. Takut-takut kalau ada pelajar, lebih-lebih lagi pelajar perempuan yang nampak, jatuhlah imejnya. Zip seluarnya ditarik perlahan. Eh, jap. Mana dia tau aku tak zip seluar? Faiz dikerling tajam dari hujung matanya.

“Kau takde kerja lain ke?”

“Haa?”

“Yelah. Kalau tak, takkan kau tau aku tak zip seluar.”

“Tch, takde maknanya aku nak tenung. Tadi Arisya yang bagi tau aku.” Arisya yang sedang tekun mendengar apa yang diajar Cik Roziah ditenung. Muka Rifqi merah macam tomato. Kepalanya dihantukkan ke meja. Malu sia....  

 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience