Bab : 33

Action Completed 52398

Sepanjang perjalan untuk ke hospital dimana Declan dan Eden berada, Davina dan Garvien diam seribu Bahasa. Tiada siapa yang mahu memulakan bicara kerana setiap patah perkataan yang meluncur keluar dari bibir mereka hanya menyuramkan suasana. Masing-masing tenggelam dengan fikiran sendiri.

Davina dengan perasaan remuk redam memikirkan nasib Declan. Dan menyalahkan diri sendiri sebab tak beritahu Eden mengenai Spencer sejak awal lagi.

Garvien diam dan memandu dengan tenang. Dia peduli akan Davina yang mungkin sedang bersedih sebab sampaikan berita yang menimpa Declan padannya. Masam mencuka dan jelas riak gadis itu yang tak sukakan situasi yang berlaku. Dia sendiri pun tak suka namun dia masih cuba bantu sahabatnya sendiri mengenai Davina.

"Kita dah sampai.."maklum Garvien selepas mereka tiba di tempat parker hospital sejak lima minit tadi. Tapi tak bersuara sebab tunggu Davina sendiri yang bersuara. Tapi tidak. Sebaliknya Davina hanya diam termenung di situ. Tak nak berlengah terpaksa la dia yang memecah keheningan dalam kereta itu.

Tanpa membalas sepatah pun tanpa memandang Garvien, Davina tolak pintu kereta itu dan tunduk keluar dari situ. Garvien menyusul tidak lama kemudian. Dia pimpin Davina untuk lawat ke tingkat yang menempatkan Declan terlebih dahulu.

Dari naik lif sehingga la tiba di depan pintu bilik rawatan yang dikawal oleh dua pengawal keselamatan, Davina tak tunjuk sebarang ekspresi di wajahnya. Dia dah give up untuk ubah dirinya jadi ceria. Sebab dia tahu kalau dia terlalu senang Tuhan akan hukum dia dengan menyakiti orang yang dia sayang.Dan lihat apa yang dia telah lakukan?

Patutnya dia give up sejak awal dan lupakan semua ni!

Baiknya dia jauhkan diri dari mereka dan teruskan hidup tanpa melibatkan diri dengan mana-mana mereka.

KLIK!

Pintu terbuka apabila Garvien beri isyarat pada pengawal di situ untuk benarkan mereka masuk.

Garvien pegang belakang badan Davina dan dorong dia untuk maju ke hadapan.

Davina pun gerak masuk ke dalam. Bila dia jejak kaki di situ, hidungnya di sapa dengan bau yang sudah biasa dia hidup setiap kali berada di dalam wad rawatan. Bau mesin dan ubat-ubatan hospital. Lalu matanya terarah pada lelaki yang terlantar di atas katil.

Declan yang sedang menerima persalinan balutan pada muka dan sekeliling tulang rusuk itu duduk melunjur tidak berbaju tersentak semasa melihat Davina di situ. Jururawat lelaki yang sedang beri rawatan itu teruskan kerjanya tanpa mengambil peduli apa yang berlaku.

Senyuman senang terukir di bibir Declan sebaik dia terpandang Davina. Ibarat baru sedang bermimpi saja dia rasakan sekarang ni. "Davina..."panggilnya dengan ceria. "Awak datang."

Mata Davina lirik akan keadaan Declan sebelum memandang Garvien. "Awak kata dia hanya patah tangan...ini apa?"tanya dia dengan nada mendatar.

"Maaf..aku tak nak kau risau sangat"ujar Garvien serba salah. Sebenarnya Declan cedera teruk jugak. Sebab tulang rusuk Garvien pun retak dek pukulan dan tendangan yang ditemima oleh Spencer lewat malam hari tu. Declan?Huh!Bab lawan combat memang lemah. Kalau senjata nombor satu. Kalau Eden tak cedera mesti target mereka itu Berjaya di tangkap.

Davina melepaskan hela nafas Panjang kesalnya lantas mendekati tepi katil itu dengan hati yang berat. Kalau lama-lama dia hadap semua benda ni, rasanya dia lebih sanggup mati dari Bersama dengan sesiapa. "Apa yang dah berlaku?Kenapa teruk macam ni sekali awak cedera?"tanya dia setelah duduk di birai katil tu menghadap Declan.

Sambil tersengih kambing, Declan capai tangan Davina dengan tangan kirinya yang tidak cedera. "It's okay..semua ni sikit je."beritahunya.

Sikit?Ini di panggil sikit. Davina Tarik tangannya dari cengkaman Declan lalu garu keningnya kerana berasa jengkel. "Awak patut hati-hati lain kali.."pesannya. Kalau Declan macam ni apatah lagi Eden. Agaknya apa khabar Eden sekarang.

"Maaf cik...putera mahkota tak boleh lama-lama. Saya telah berikan dia suntikan tahan sakit yang mana buatkan dia tertidur selama beberapa jam. Kalau tak kisah, saya harap cik pendekkan masa ziarah cik.."pesan jururawat itu seusai menguruskan balutan luka Declan.

Davina beri anggukan kecil. Dia bangun dari katil itu kemudiannya. "Kalau macam tu awak berehat. Kita bercakap kemudian saja"melihatkan keadaan Declan telah dirawat dengan baik, tiada apa yang dia perlu risaukan.

"Temankan saya...tunggu sampai saya terlena.."minta Declan lekas-lekas. "Susah payah awak ke sini...takkan nak pergi macam tu je."mintanya sewaktu memandang penuh berharap pada Davina.

Mata Davina mengerling ke jururawat di sebelah katil satu lagi. Meminta izin dari jururawat itu.

"Maafkan saya...ianya arahan dari raja sendiri untuk tidak membenarkan sesiapa berada di dalam ruang rawatan sewaktu putera mahkota beristirahat."ujar jururawat itu setelah faham akan renungan yang di berikan kepadannya dengan Davina.

Tangan Declan di tepuk Davina sebelum di letakkan atas perut yang berbalut dengan kain kasa putih itu. "Awak patut berehat dengan baik. Semoga cepat sembuh Declan.."ucap Davina dengan perlahan dan wajah tanpa perasaannya. Dia tak kuasa nak tersenyum atau beri sebarang reaksi ketika ini. Hatinya sakit,

Garvien aju tangan ke arah pintu untuk Davina keluar dari situ kemudiannya setelah Davina mula berjalan ke arahnya semula.

Declan yang tak mampu hendak menghalang hanya perhatikan langkah Davina dengan renungan berharap. Alangkah bagusnya kalau Davina dapat stay Bersama dengan dia buat sementara waktu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience