VS23

Drama Completed 85759

Daim tiba di Tembeling River jam 4 petang, selepas bersua muka dengan Zack, dia tak tunggu lama. Pancuan empat roda dipandu laju untuk menemui Eva.

Daim kenal Zack, lelaki tu bukan sebarangan, dia sanggup lakukan apa saja demi kepuasan hati!

Turun dari Toyota Hilux, Langkah Daim panjang menuju ke Xscape Chalet. Kebanyakan bilik yang diduduki oleh kru pengambaran, senyap sunyi.
Daim tak putus asa, mata terus mencari sehingga dia ternampak susuk Kak Diana sedang mengemas meja di kafe.

Wanita itu dihampiri.

Kak Diana melebar senyum saat Daim menghampirinya.
"Sekejap je Daim balik ke town?"

Bibir Daim turut orak senyum, walau hatinya sedang gelisah.
"Kerja dah habis, tu yang balik sini semula."

"Yeke... atau rindu kan Eva.."

Ye Kak Diana, Daim rindukan Eva.
"Errr, Eva mana kak? saya call dia tak reach"

"Kan akak dah kata.. Kau rindu Eva kan.."
Raut Daim ditatap, bertuah sungguh Eva dapat bersuamikan Daim Akli. Dah lah baik, tahu hormat orang tua pulak tu.
"Eva masih ikut kru ke seberang untuk shooting, mungkin sekejap lagi balik kot."

Daim angguk kepala.
"Takpe lah, Im tunggu Eva kat jeti."

Kak Diana turut menganggukan kepala, mata membenarkan tubuh Daim melangkah meninggalkan Kafe.

Di tepi jeti, Daim terus berdiri menunggu, beberapa kali jam Fossil Grant yang melilit di pergelangan tangan dipandang.
10 minit
15 minit
Dan masuk minit ke 20, bayang 'Pontoon Boat' berwarna putih kelihatan.
Kepala Daim ditinggi kan, figura Eva dicari.

Terdapat dua buah 'Pontoon boat' yang mengisi kru bakal berlabuh di jeti. Daim tak pasti mana satu yang menempatkan tubuh Eva.

Ketika bot pertama menghampiri jeti, mata Daim menatap Eva yang berdiri, sambil tersenyum kearahnya.

Thank god.. you're safe Eva...

Saat bot benar-benar berlabuh di jeti, tubuh Daim terus kaku melihat Eva yang tergesa-gesa turun mendapatkanya.

Kaki Eva mati tika selangkah lagi menghampiri suaminya.
Jantungnya palpitasi teruk melihat tubuh Daim berdiri di atas jeti. Beberapa kali matanya digenyeh mengharapkan figura yang dipandangnya bukan mimpi semata.
Sejak dia kembali semula ke Tembeling River, wajah Daim makin kerap muncul diingatan.
Rasa rindu pada suaminya kian membuak. Hati teringin untuk pulang. Namun jiwa mintak bersabar demi kerjayanya.

Makin dekat 'Pontoon Boat' menghampiri jeti, makin Eva pasti tubuh Daim yang dipandang bukan mimpi.

Kini tubuh itu benar-benar berada dihadapanya.
Hati makin tak tahan.
Tanpa memperdulikan sekeliling, Eva menjengkitkan kaki dan leher Daim dirangkul erat sehingga lelaki itu hampir hilang keseimbangan badanya.

Mujur Daim cepat menangkap pinggang Eva, Jika tak sah-sah dua-dua akan tergolek jatuh.
Hilanglah acara nak ber sweet bagai.

Rahang petak Daim bergerak ketika Eva masih dalam rangkulan, rentak jantung mula tak sekata.
Bukan last dia jumpa Eva, perempuan tu marah-marah ke?
Kenapa hari ni jadi lain?
Rasanya Daim tak pernah amalkan minyak senyoyoh pada Eva. HARAM..

"I'm miss you Im.."

Terkejut?
Ye! sangat-sangat terkejut!
Kali ni mulut Daim membulat, mata tajamnya turut dibesarkan. Betul ke apa yang didengar dari mulut Eva yang hampir menyentuh cuping telinganya?

"Enough Eva! you masih ada teaser malam ni. Pergi bersiap cepat!"

Kepala Daim ditoleh kekiri sedikit sementa kepala Eva masih merangkul bahunya.
Bola mata jatuh pada Zizie yang menghampiri mereka.
Masa bila Nyah tu sampai sini?

Eva melepaskan pelukannya pada Daim saat mendengar suara kepit milik Zizie, bibir dimuncung kedepan.
Namun pandangan matanya masih jatuh pada wajah Daim. Dia benar-benar rindu lelaki itu.
"Aku masuk dulu tau, nanti aku call kau."

Daim terus kaku, dia masih tak pasti, apa suasana yang berlaku sekarang ni.
Atau dia sedang bermimpi?
Mana Eva yang garang? Yang kuat cemburu, yang selalu mengerutkan dahi tika bercakap dengannya?
Yang ada dihadapan Daim sekarang ni adalah Eva yang manja plus gedik.
Oh my God...

Belakang Eva terus dipandang ketika wanita itu meninggalkanya yang masih berdiri di jeti.

Pakk!!
Adesss!!
Daim mengosok tepi bahunya. Badan dipusing kebelakang.

"Kau ni bos, kalau rindu pun, tunggu lah dulu. Tak sabar-sabar."

Halkum Daim bergerak kebawah menelan liur, wajah Cantos, salah seorang anak buah kelabnya, berdiri tepat dihadapan.

Seraya kemudian, terdengar gelakan dari beberapa orang anak buahnya yang lain, yang turut menyasikan adenga cumbuan sebentar bos mereka bersama isterinya.

"Ada-ada je la kau ni."
Daim cuba menutup malu, bahu Cantos diraih dan membawa lelaki itu menghampiri anak buahnya yang lain.
"So macamana? Ada apa-apa problem ke?"
Hujung rambut Daim disebak kebelakang, getaran jantungnya cuba ditutup.

"Nothing yang big issue bos, cuma tadi Khairul terseliuh masa scene gaduh kat tebing."

Kepala Daim ditoleh kekiri, tubuh Khairul dicari antara keramaian anak buahnya.

Cantos faham reaksi Daim lantas dia bersuara lagi.
"Aku suruh dia balik dengan bot dulu tadi,sekarang dia kat bilik tengah rehat."

Daim mengangguk laju.
"Nanti aku jenguk dia. Korang pergi lah rehat dulu, malam ni aku jumpa korang."

Masing-masing mengangguk, sambil membawa peralatan prop, kesemua anak buah Daim meniti tebing menuju ke bilik.

Dan Daim.. terus berdiri di jeti.
Aliran sungai dihadapan dipandang kosong kerana tika ini wajah Eva penuh menghiasi saraf fikiranya.

Pelukan wanita itu masih hangat walaupun sebentar.
Adakah aku bermimpi?

****

Eva turun ke kafe lebih awal malam tu. Tujuannya satu, untuk menunggu Daim.
Dia cuba untuk menelefon lelaki itu, tanpa sedar telefon bimbitnya dimatikan sepanjang hari kerana malam semalam dia lupa untuk mengecas.

Zizie turut keluar dari bilik yang dikongsi bersama beberapa 'Sotong' yang sama spesis dengan nya.
Sengaja Bahar menempatkan 'Nyah-nyah' dalam satu bilik. Mana boleh bercampur dengan perempuan, harammm..

Spesis Zizie suka sangat jika diletak ke dalam bilik bersama dengan lelaki, tapi lelaki mana yang nak? silap-silap hari terjadi kes liwat, habis lah....

Sewaktu sampai di Kafe, Zizie melabuhkan punggung bersebelahan Eva yang sudah menghadap nasi goreng dihadapannya.
"After eating, you kena jumpa dengan actor lain, hafal skrip. Esok senang tak payah kalut sangat."

Eva juih bibir, sebelum menyuap nasi goreng kedalam mulut. Sebelum ni dia sorang kat sini tanpa Zizie, semuanya tetap berjalan seperti biasa, namun bila ada Zizie, Eva rasa sedikit terkongkong.

Entah apa mimpi Nyah tu, sewaktu menghantarnya kembali ke Tembeling River. Zizie menyatakan yang dia akan turut serta untuk menjaga Eva.

Eva tak bantah semerta lah dia hanya memikirkan untuk menghabiskan pengambaran ni dengan segera kerana dia perlu kembali bersama Daim.

Tak sangka lelaki itu tiba-tiba datang hari ni.
Huh! rindu kat aku lah tu kan? Lagi mahu sorok ke Daim Akli?

Ketika Eva berborak dengan Zizie, bola matanya menangkap susuk Daim bersama anak buahnya menghampiri Kafe.
Hati berbunga sakura. Senyum start melebar.

Mata terus dibawa mengekor gerak Daim hingga lelaki itu duduk disatu meja berhadapanya.

Terus kedua bahu Eva dikendurkan.
kenapa lah Daim taknak duduk dekat dengan dia? Takkan tak perasan bini kat sini?

Senyum Daim terus dipandang, Eva rindu..

Daim tak perasan?
Ah! bodoh sangat jika dia kata dia perasan Eva yang duduk bersebelahan Zizie dan bersama beberapa pelakon wanita yang lain.

Tapi entah mengapa, jantung lelakinya kekal kencang lebih-lebih lagi bila hujung matanya memandang Eva yang asyik merenungnya.

Pelik.
Betul ke Eva yang aku kenal sebelum ni?

Dek kerana terlalu malu dengan renungan Eva, mata Daim terus memandang anak buahnya sambil berpura-pura berborak sedang gelisah di hati cuba disorok.

Zizie yang perasan pandangan Eva pada Daim, makin membuat hatinya bengkak.
Lantas tubuh dibangun segera.
Lengan Eva dicapai memaksa wanita itu untuk turut bangun.
"You finish already right? comes hafal skrip."

Eva mendongak, muncung didepakan.
"Alaa Zizie.. bagi la aku duduk jap.."
Kelopak mata dikedip berkali-kali mintak kesian.

"No excuse Eva. you sendiri cakap nak habiskan shoot ni cepat-cepat kan?"

Eva lhela nafas, badan didiri malas. Mata melirik sebentar kearah Daim, namun lelaki itu langsung tak menoleh kearahnya.
Sebal.

Muncung Eva makin dipanjangnya. Langkah longlai menurut derap Zizie.

Daim yang baru menghabiskan nasi goreng didalam pinggannya mengangkat wajah dan mencari kelibat Eva. Namun wanita itu sudah tiada.

Hah..
Keluhan dilepas perlahan.

Eva tak senang duduk, beberapa kali jam dilenganya dilirik.
Pembacaan skrip masih diteruskan di ruang dewan kecil yang disediakan oleh Xscape Chalet.

Tumpuannya sedikit terganggu apabila otak sarat dengan wajah Daim.
Hati tak sabar-sabar nak jumpa lelaki itu.

"Focus Eva.. tomorrow shoot."

Mata Eva melirik beberapa kali kearah Zizie yang duduk jauh sedikit dari nya.

Hai.. kenapa lah PA aku ni ikut sekali.

Kedua bahu Eva dikendurkan.
Kali ni entah yang keberapa, keluhan dilepaskan.

Sekitar jam 11 malam, semua bergerak ke bilik masing-masing memandangkan sudah kepenatan.

Eva pantas keluar dari dewan menuju ke Kafe mengharapkan Daim masih disitu, namun hampa.
Kafe senyap-sunyi.

Mata dijeling ke parkin bawah, juga tiada siapa disana.
Kaki melangkah mencari bilik Daim.
Eva tetap ingin bertemu suaminya.

"Eva! you tak tidur lagi?"

Laju tubuh Eva berpaling, susuk Zizie dipandang.

"You cari siapa? Daim?"

Kepala Eva diangguk laju.

"Dah malam ni Eva, tomorrow you turun awal untuk shoot. Pergi lah tidur. Bukan tak boleh jumpa husband you esok."

Bibir Eva ditarik kedepan. Kata-kata Zizie di iya kan.

Perlahan langkahnya diatur kembali ke bilik.
Esok pasti dia akan berjumpa Daim!

Kedua tangan Zizie disilang kedada, belakang Eva terus dipandang hingga susuk wanita itu hilang.

Kemudian Kaki diatur sekata menuju ke taman kecil yang dibina oleh pihak Xscape Chalet.

Taman itu hanya terdapat trek jogging dalam lingkungan 250 meter serta beberapa alatan bersukan yang dibina.
Sebiji Lampu 'Sportlight' yang dipasang tinggi pada tiang sudah mampu menerangkan kawasan taman itu.

Dari tadi dia sudah ternampak tubuh Daim sedang duduk dibangku simen sambil menyedut vape.
Sengaja tak mahu diberitahu kepada Eva.
Menyampah tengok perempuan tu yang gedik sangat sejak berkahwin dengan Daim.

"You masih tak tidur Daim?"

Kepala Daim menoleh, tubuh Zizie yang mendekatinya dipandang.

"Kau pun tak tidur lagi?"
Pandangan Daim kembali kedepan, benci dia melihat spesis dua alam macam si Zizie ni.
Memalukan kaum lelaki!

"I tak boleh tidur, rimas dengan tempat macam ni."

Bibir Daim dijuih keluar.
Dah tahu rimas, kenapa datang?

"You dari dulu tak pernah berubah kan Daim?"

Errk? Soalan apa kah ini?

Zizie melangkah kedepan, kedua tangan disimpul kedada.
"You tak habis-habis nak protect Eva, sedang kan you tahu sepatutnya Eva bukan milik you."

"Zizie kau cakap apa pun tak guna, Eva dah jadi hak aku sepenuhnya."

"So you rasa bila you dapat Eva you dah menang?"

Daim diam, malas bertekak dengan pondan kat depan ni, hujung muncung vape dibawa ke bibir, lalu menyedut dalam.

"Kenapa you tak keep away from Eva like 10 years ago?"

Muka Daim mendongak memandang Zizie yang berdiri membelakangi nya.
"Apa maksud kau Zizie?"

"You rasa apa maksud i? I PA Eva, i tahu semua kisah you dengan Eva. And i juga tahu kenapa sebelum ni you jauh dari Eva walaupun you memang suka kan dia."

"Kau nak story apa sebenarnya ni Zizie?"
Tubuh Daim dah dibangunkan, dahi berkerut mentafsir ayat Zizie.

"I dah bosan lah dengan semua ni, I cuba jauh kan you dari Eva, tapi you tak habis-habis nak dekat dengan dia. You dah lupa apa yang you buat 10 tahun yang dulu Daim?"

Kali ni pantas tangan Daim mencapai bahu kiri Zizie dan menarik tubuh itu supaya berpusing menghadapnya.
"Kau tahu apa pasal aku Zizie?"
Bola mata Daim menangkap hujung bibir Zizie terjungkit saat pondan itu tersenyum.

"I don't know nothing. But apa yang i tahu, i takkan bagi you bahagia setelah you dah luka kan banyak hati. DAIM AKLI."

Mata tajam Daim dibesarkan. Sekali lagi Zizie bermain ayat dengannya.
"Siapa kau sebenarnya Zizie?"
Hati lelakinya makin tidak keruan berfikir.
Seolah-olah ada sesuatu yang Zizie cuba sorokan dari pengetahuanya.

Sekali lagi Zizie senyum jengkil!
"I'm just Zizie. Z.I.Z.I.E, yang hanya dipandang sebagai pondan yang memalukan."

Kening tebal Daim terus bercantum. Wajah Zizie direnung tajam.

"Orang macam you sepatutnya tak layak untuk dapat bahagia Daim."

"Enough Zizie! kau jangan aku pecahkan muka kau baru kau nak cerita hal sebenar."

Bibir Zizie terus meleret senyum.
Wajah diangkat dan didekatkan pada wajah Daim.
"You nak buat apa? nak punch i? punch lah. Biar semua kru kat sini tahu yang you menggunakan kebolehan you untuk menakutkan semua orang."

Kedua penumbuk Daim yang masih disisi digengam kemas.
Kalau hilang sabarnya memang pecah muka 'sotong kurita' depan dia ni!

Zizie mengangkat tangannya dan mengelus lembut dada bidang Daim yang ditutupi t-shirt hitam slim fit.
"You rasa you kuat sebab you tahu bersilat, tapi otak you tak boleh nak lawan otak i yang lebih licik Daim."

Sekali lagi Zizie menyembur tawa sebelum badanya dipusing dan melenggang langkah meninggalkan Daim yang kaku berdiri.

Dada Daim berombak kencang. Masih sukar baginya memahami bait kata pondan bernama Zizie itu.
Lama dia berdiri di taman, sebelum melangkah masuk ke bilik.
Segala tanda tanya terus menjadi asap dan berlegar-legar di ruang fikiran Daim sewaktu lelaki itu ingin melelapkan mata.
Daim pun tak pasti bila dia tertidur dan hanya sedar taktala Cantos mengejutnya di waktu pagi.

*****
Setelah bersarapan pagi, kru pengambaran sekali lagi menaiki bot menuju ke seberang.

Daim cuba menaiki bot yang sama dengan Eva. Namun Zizie menghalang.
Alasan. Kru sampingan tak layak naik bersama perlakon dan pengarah.

What the $$$$

Sebelum ni takde pun isu timbul tentang pembahagian tempat di dua buah bot yang disewa khas untuk sepanjang pengambaran itu.
Namun kerana malas nak gaduh panjang, Daim hanya menurut.

Eva pun tak berani nak cakap banyak. Bukan dia tak tahu Zizie dari dulu tak suka hubungan dia dan Daim.

Akhirnya perjalanan dua buah bot itu diteruskan.

Seperti biasa setelah sampai ke persisir, semua kru siap sedia melakukan kerja hakiki mereka.
Daim tak terkecuali membantu teamnya saat pengarah perlukan bantuan. Matanya tak pernah jauh dari memandang Eva.
Entah kenapa, sejak mendengar bicara Zizie malam tadi. Jantung berterusan dilanda rasa sangsi.

Siapa Zizie sebenarnya?
Apa yang dia tahu pasal Daim?

Argghh!
Daim menyerabutkan rambutnya berkali-kali.
Perasaan gusar makin rancak dirasa, lebih-lebih lagi apabila melihat Pondan itu rapat dengan Eva.

"Im.."

Daim yang sedang duduk dibawah pokok untuk berehat, mendongak memandang Eva yang berdiri dihadapanya.
Wanita itu senyum saat mata mereka sekata arah.

Leher Daim memusing kekiri dan kanan, mencari kelibat Zizie, namun tidak ditemui.
Ini peluang!

Pantas tubuhnya dibangunkan dan menarik lengan Eva memasuki kawasan semak dan jauh sedikit dari pengambaran.

Eva tidak berbunyi. Langkah hanya mengekor dari belakang.

Saat dilihat tiada siapa yang akan mendengar, Daim melepaskan lengan Eva dan memusing tubuh menghadap isterinya.
Pipi wanita itu dielus lembut. Rindu.
"Eva.. are you okay?"
Entah kenapa soalan itu muncul tiba-tiba dibibir nipis Daim.

Dahi Eva berlapis, bibir mengorak senyum.
"Aku okay.... kenapa kau tanya macam tu?"

Mata tajam Daim dikedip berkali-kali sebelum kepalanya digeleng. Tiada jawapan untuk soalan Eva.
Kerana resah hatinya hilang bila dapat melihat Eva sempurna seperti dulu.
Kedua lengan isterinya dicapai. Mata hazzel wanita itu dititip.

"Eva... maafkan aku sebab berkasar dengan kau malam tu"

"Aku tak salah kan kau Im."
Sekali lagi bibir Eva mengorak senyum.

"Tak Eva... aku memang banyak bersalah pada kau, aku tahu aku selfish, aku penting kan perasaan aku sehingga tanpa sedar aku banyak lukakan perasaan kau."

Eva menarik lengan kanannya dari gengaman Daim, dan membawa jemari menyentuh sisi pipi lelaki itu.
Sungguh dia rindu kehangatan wajah suaminya.
"Kau tak payah cerita apa-apa Im, aku pun taknak tanya apa-apa pada kau, aku akan tunggu sampai kau betul-betul bersedia untuk luah kan semua. Seperti apa yang kau mahu, aku akan sentiasa berada kat sisi kau sehingga kau kuat untuk mengharung hidup dengan aku."

Bola mata Daim bergerak-gerak memandang kedalam anak mata Eva.
Kata-kata Eva lain seperti sebelum ni.
Ingin dia bertanya, namun ayat mati dihujung lidah.

Eva terus memerhati raut wajah suaminya. Baru dia sedar, ada jambang halus yang makin meliar tumbuh menyebabkan wajah itu sedikit berserabut.

Rasa kasihnya pada Daim mula terbit, Eva bersalah kerana membiarkan lelaki ini menanggung segalanya keseorangan selama 10 tahun lama.

Daim.. andai dapat diputarkan kembali masa, aku akan terus paksa kau untuk bersama aku sejak dari dulu lagi dan tak perlu menghabiskan masa 10 tahun untuk memendam rasa dan saling menyakiti.

Jemari kanan Eva terus menyentuh lembut jambang halus di sisi pipi Daim dan meleret ke tengah dagu. Bola matanya mengekor arah jemari.
"Im... kenapa kita tak macam ni dari dulu."
Perlahan wajah didongak, saat ni baru Eva perasan bola mata Daim menusuk terus ke matanya.
Jantung berdetak laju.

"Eva... kau masih nak teruskan bersama aku?"

Kepala Eva diangguk laju.

"Walaupun kau tahu..."

Cup!
Bibir Eva mendarat sebentar di kelopak mulut Daim, sebelum lelaki itu sempat menghabiskan ayatnya.
"Aku cakap dah, aku taknak ambik tahu apa sahaja yang berlaku pada kau, selagi kau tak rasa kuat untuk bercerita Daim."

Bibir Daim terbuka sedikit, rahang bergerak saat halkumnya memutar kebawah menelan liur.
Perlahan jemarinya diangkat dan memegang sisi pipi wanita itu.
"Aku sayang kan kau Eva, lebih dari seorang kawan."

Eva meleret senyum. Dari dulu dia ingin mendengar ayat itu.
Matanya makin galak meneroka setiap inci wajah Daim hingga jatuh dibibir nipis lelaki itu, kocakan hati makin kuat.

Kedua kaki dijengkit sedikit sebelum wajah dirapat dan dengan perlahan bibir suaminya dipagut dalam sedar.

Daim tidak membantah sedang hatinya juga ingin merasa.
Berapa ketika, dia membiarkan Eva melewati seluruh pelusuk bibirnya sebelum Daim mengambil alih dan bermain lembut sehingga urat saraf menegang keras.

Eva terus asyik, mata dipejam erat, kini rongga mulut Daim dirasai tanpa sebarang rasa sangsi lagi.
Pada Eva seluruh tubuh Daim adalah miliknya.

Aksi diteruskan sehingga kedua-dua merasa puas.

Perlahan Daim membuka mata dan memandang wajah Eva yang benar-benar merapati rautnya sehingga sisi hidung mereka bertemu.

Eva mengukir senyum puas, walaupun ianya sekadar satu ciuman.
Kerana dia sendiri dapat merasa ciuman itu ikhlas tanpa paksaan dari suaminya.

Jemari Daim terus bermain dengan anak rambut disisi dahi Eva.
Satu ciuman masih tak cukup memuaskan nafsunya.

Ingin sekali dia mendukung wanita itu dan membawa jauh dari semua agar segala rasa kasihnya dapat dilepaskan kepada Eva.
Namun Daim sedar mereka kini masih bekerja. Tak mahu dipandang serong oleh kru lain, walaupun perbuatan mereka tidak menyalahi undang-undang agama.

"Aku keluar dulu ye, takut ada yang mencari."

Daim mengangguk perlahan, jemari masih tak lepas bermain anak rambut Eva.

Eva hanya tersenyum melihat tingkah suaminya. Dia juga ingin lebih dari hanya satu ciuman. Tak puas.

Namun kaki melangkah jua meninggalkan Daim yang masih berdiri dibelakang.

Pengambaraan hari itu diteruskan dengan senyuman lebar. Hati Eva berbunga cinta. Dia pasti, selepas ni tiada halangan lagi untuk meneruskan kisah cintanya bersama Daim Akli.

Daim turut berperasaan yang sama. Dia tak mahu mengambil tahu kenapa sikap Eva berubah tiba-tiba, yang pasti isterinya faham kedudukan Daim sekarang ni.
Cukup lah sekadar Eva tidak salah sangka kepadanya seperti dulu.

Ketika ini Daim merasakan satu kekuatan timbul dalam dirinya untuk terus menyelesaikan kisah dendam 10 tahun yang lalu.

Daim tekad, pulang dari pengambaran ini, dia akan berjumpa Akilah dan terus memujuk wanita itu supaya memaafkannya. Dia ingin memulakan hidup baru dengan Eva tanpa sengketa lagi.

Babak pengambaran menggunakan 'stuntman' banyak dijalankan hari ini, memandang watak agak berat.
Daim tak turut serta, namun dia terlibat membantu kru koregrafi bagi memantapkan pergerakan anak buahnya sesuai dengan kehendak pengarah.

Banyak perkara yang dilakukan hari ni sehingga masa menjengah kepetang.
Mungkin juga hatinya sudah sedikit tenang menyebabkan kerja Daim lebih terurus.

Jam 2 petang, Encik Gilbert mengarahkan semua untuk pulang awal, memandangkan cuaca sedikit mendung dan kemungkinan akan hujan.

Semua kru menurut. Barang dikemas dan dimasukan kedalam bot. Daim turut membantu.
Setelah semua selesai, bot kembali belayar ke Chalet.

Leher Daim terpusing-pusing mencari kelibat Eva, namun tidak dijumpai.
Bahar perasaan tindak tanduk Daim sebelum menghampiri lelaki itu.
"Kau cari Eva ke Im?"

Pantas Daim berpaling seraya menganggukan kepala.

"Dia balik awal lagi, Nyah tu mengada-ngada kata pening lalat, nak muntah, aku suruh dia balik je. Tapi dia kata nak bawa Eva balik sekali, takut takde siapa nak jaga Eva. Padahal aku tengok Eva tu tak perlu dijaga langsung."

Daim menghembus nafas dan kepala diangguk faham.
"Dia balik dengan apa?"

"Dengan sampan orang kampung yang kebetulan lalu kat sini."


Sekali lagi Daim menganggukan kepala.

Ketika mulut terus berbicara dengan Bahar, telefon bimbit didalam poket seluarnya bergetar. Daim menyeluk dan mengambil sebelum menjawabnya.

"Im.. i ni Bella."

"I tahu."
Daim berdiri memandang belahan air sungai yang terjadi akibat dilalui oleh bot yang sedang dinaikinya.

Bahar sudah menjauh apabila Daim meminta kebenaran untuk menjawab panggilan.

"Im.. pasal kes reporter serbu Eva masa kat japan restaurant tu, i dah jumpa imformer dia."

"Hah"
Mata Daim dibulatkan, tangan sebelah dicekak ke pinggang menunggu jawapan.

"You mesti tak percaya kalau i cakap siapa."

"Walaupun you gedik Bella, tapi i tetap percaya pada you."

Terdengar gelak Bella dihujung talian, membuatkan Daim turut tersenyum.

"Dengar baik-baik ye Im, imfomer tu PA your wife. Zizie bapok."

"What?!"
Daim menerkup mulutnya saat nama Zizie disebut. Kru yang berdiri berhampiran Daim sedikit terkejut.

"Ye.. i pun tak percaya Im, tapi ada reporter tunjuk i rakaman suara waktu Si Zizie tu telefon, memang sebiji suara pondan tu. Reporter try investigate, memang nombor tu didaftarkan atas nama Zizie."

"Tapi kenapa dia sengaja nak buat report?"
Daim meraup wajahnya sekali

"Itu i tak tahu Im, but dari dulu i perhatikan Zizie tu, his sangat suspicious tau. You tak rasa ke?"

Jantung Daim kembali laju mengepam darah.
Teringat kata-kata pelik dari Zizie malam tadi sewaktu ditaman.

"Bella, thanks for your info, anything i call you back."
Setelah Bella menjawab dihujung talian, Daim mematikan panggilan.

Sekali lagi tapak tangan meraup wajah.
Hatinya mula berfikir sesuatu yang buruk.
Tetapi perasaan cuba menafikan.

Taktala Pontoon Boat berlabuh di jeti, Daim terus melompat turun dan memanjat tebing menuju ke Chalet, dia ingin mencari Eva.

Pintu bilik wanita itu diketuk berkali-kali namun tiada jawapan. Hati kian gelisah. Telefon bimbit didalam poket dikeluarkan, nombor Eva didail, namun tidak dapat disambung.

Kali kedua Daim mencuba, masih sama. Telefon Eva dimatikan sepenuhnya.

Jari Daim serabutkan rambutnya berkali-kali , dahi berkerut-kerut memikir tindakan seterusnya.
Pintu bilik Eva kembali diketuk, namun masih tiada jawapan.

"Kau cari Eva ke Im?"

Daim berpusing, Kak Diana berada dibelakangnya menegur. Kepala diangguk laju.

"Laa.. bukan korang baru balik ke? Dia masih dalam bot kot?"

Laju kepala Daim digelengkan.
"Eva cakap, dia ngan Zizie balik dulu, sebab Zizie sakit."

Kak Diana kerut dahi.
"Pukul berapa dia balik?"

"Awal lagi kak, dalam pukul sebelas kot."

Makin bercantum kening Kak Diana mendengar kata-kata Daim.
"Akak kat sini dari pagi, tak pergi mana pun, akak tak nampak sorang kru pun yang balik. Kalau Eva balik mesti dia dah datang Kafe untuk makan."

Makin kasar tapak tangan Daim meraup wajah, rahang bergerak-gerak ingin melepas keluh.
Jantungnya sesak, kali ni perasaanya betul. Ada sesuatu yang buruk sedang berlaku pada Eva.

Segera langkah diatur ke parkir kereta. Toyota Vios milik Zizie masih ada. Jiwa Daim terus buntu.

Sekali lagi langkah Daim panjang mencari Bahar. Lelaki itu sedang merokok di tepi jeti.

"Har.. kau kenal sampan yang ambik Eva?"

Kenyataan tiba-tiba dari Daim, membuatkan dahi Bahar berlapis bentuk.

"Kau tahu tak Eva naik sampan kemana?"
Sekali lagi Daim bertanya, kali ni suaranya agak tinggi.

"Eh. kan Eva kata nak balik Chalet tadi."

Laju Kepala daim digeleng.
"Aku tak rasa Eva balik chalet Har, aku dapat rasakan sesuatu yang buruk berlaku pada bini aku."

Hahh!
Mulut Bahar dah membulat.
Tanpa sempat dia bersuara, Daim dah melangkah panjang kehujung jeti sebelum memasukan tubuh kedalam sampan yang sedia ada.

Tangan Daim pantas membuka tali yang mengikat sampan ke tiang jeti sebelum enjin dihidupkan dan membawanya jauh meninggalkan jeti untuk mencari Eva.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience