Bab 83

Romance Completed 78329

Gia membuka pintu rumah. Terkejut Gia dibuatnya bila Jericho sedang bersandar di pintu rumahnya. Dah buat apa pulak Jericho dekat sini? Bukan dia ada dekat Filipina ke sepatutnya? Dah buat apa pulak dia dekat rumah aku ni?

“Jer? Kau buat apa dekat sini?” Gia menghampiri Jericho yang masih lagi tersandar pada pintu rumahnya.
Nampak macam tak ok je dia ni? Bila dia berhadapan dengan Jericho, ada bau yang tak menyenangkan menyapa hidungnya.

“Jer? Kau minum ke semalam?” Tak payah tunggu
Jericho punya jawapan pun memang dia dah boleh agak. Arak je yang bau kuat macam ni sekali. Rasa naik loya tekak dibuatnya.

“Gia…kita nak buat apa sekarang ni?” Tanya Kristine.

“Kita bawak dia masuk dalam rumah dulu.” Gia dan Kristine memapah Jericho masuk ke dalam rumah.

Gia masih lagi terfikir macam mana Jericho boleh minum sampai macam ni sekali? Dia ada masalah kerja atau masalah dengan Lisa sebab dia kenal Jericho macam mana. Dia takkan minum suka-suka macam tu je.

Badan Jericho direbahkan ke atas sofa panjang. Dia dan Kristine hanya melihat ke arah Jericho yang bercakap sesuatu tapi tak dapat didengari oleh mereka berdua.
Puan Aminah pula menghampiri mereka berdua.

“Siapa ni Gia?”

“Ni kawan Gia ibu. Rasanya dia minum lebih sebab tu jadi macam ni.” Gia memandang jam di pergelangan tangannya. Tak boleh jadi ni…aku dah nak kena gerak ke tempat photoshoot.

“Kristine…kau tolong uruskan Jer boleh? Aku dah nak kena ke tempat photoshoot. Kalau aku lambat, apa pulak diorang kata nanti? Boleh?”

“Sure ni kau nak pergi tanpa aku? Kau boleh handle?”

“Ya aku boleh handle. Tak apa…aku boleh pergi sendiri. Kau tolong tengokkan Jer ok? Jangan sampai dia muntah pulak. Kalau dia nak muntah kau bagi besen dekat dia.”

“Orait Gia…”

“Aku pergi dulu. Ibu! Gia pergi dulu ya?”

“Yelah…bawak kereta elok-elok.” Gia bingkas menyarung kasutnya dan masuk ke dalam keretanya.

“Nak ibu tolong apa-apa ke?” Soal Puan Aminah. Manalah tahu kalau dia boleh tolong apa yang patut?

“Tak apa ibu. Kris boleh urus sendiri,” Kristine senyum kecil kepada Puan Aminah sebelum dia berlalu menuju ke dapur dan mengambil besen. Spare takut kalau
Jericho nak muntah nanti. Air susu dituang dalam gelas dan dibawa bersama besen ke ruang tamu.

“Kau ni dah kenapa Jer? Gila ke apa minum sampai macam ni sekali? Tak ke seksa diri kau sendiri?” Bebel Kristine sambil memandang ke arah Jericho yang masih lagi cakap entah apa-apa. Tak berapa jelas.

KEPALANYA sudah pun dilitupi dengan tudung jenis bawal eksklusif. Gia memerhatikan dirinya di dalam cermin make up. Suka dia tengok dirinya yang sekarang ini. Bertudung kemas dan cantik dililit serta labuh menutup dadanya. Warna tudung maroon sesuai dipadankan dengan jubah putihnya.

“You cantik sangat Gia! Bertuah lelaki yang bakal kahwin dengan you,” ujar pengurus yang mengurus dirinya di bilik persalinan memandangkan Kristine tak dapat hadir.

Berita pasal Gia bakal kahwin sudahpun meluas di daily news. Banyak juga yang mengucapkan tahniah kepada Gia tambah-tambah lagi bila dapat berita yang dia sudahpun menganut agama Islam. Banyak yang menyokongnya.

“Terima kasih…” Gia turut mengukirkan senyuman manisnya kepada perempuan tersebut. Aku ni tak cantik mana pun tapi dah disebabkan kuasa mekap, cantiklah aku.

Alah Gia…kau memang cantik pun cuma kau tu je merendah diri. Mummy kau still nampak awet muda walaupun dia dah berumur dan kecantikan mummy kau tu turun dekat kau dan Vitalika.

“Gia dah ready ke?” Tanya salah seorang pengurus di situ.

“Dah…”

“Ok…Gia boleh ke bilik photoshoot sekarang.”

Gia mengangguk dan segera bangun menuju ke bilik photoshoot. Dia duduk di atas kerusi yang disediakan. Beberapa gambarnya diambil. Bersinar bilik photoshoot dengan kilauan lampu sudut.

Habis satu sesi, dia menukar pula pada tudung warna yang lain. Sesi photoshoot berjalan dengan lancar. Hampir 2 jam dia bertandang di studio untuk sesi photoshoot sahaja. Penat? Penat tu penat tapi dia puas hati dengan hasil kerjanya. Kalau orang puas hati dengan kerjanya, jadi dia akan lebih rasa puas hati dengan diri sendiri.

“Thank you Gia sebab sudi jadi model untuk koleksi tudung I. Tak sia-sia I hire you sebab I tahu you memang bagus. Thank you sekali lagi.” Ujar Puan Dahlia, owner kepada tudung bawal tersebut.

“I pun nak berterima kasih dengan you Puan Dahlia sebab percayakan I untuk jadi model kepada tudung you. By the way, tudung you memang mudah jadi ya? Sebab bila Lia letak tudung dekat kepala I tadi terus menjadi. I suka kain tudung you. Tak panas.”

“Ya…I memang pilih kain jenis sejuk so that siapa yang pakai tudung I akan rasa selesa. Bukan setakat tudung je I jual tapi anak tudung pun ada jugak. Anak tudung dari jenis kain sejuk jugak.”

“Ohhh…I yakin tudung bawal you mesti laku keras nanti. Kalau I pun suka dengan tudung you apatah lagi yang lain kan?”

“Oh ya…since you dah jadi model untuk tudung I, so ni untuk you,” satu beg kain berisi tudung dengan beberapa koleksi warna tudung serta dua anak tudung diserahkan kepada Gia.

“Serius ke ni?”

“I serius lah Gia. Ini sebagai cenderhati untuk you since you pun baru masuk agama Islam kan? Jadi, anggap ni hadiah I untuk you sebagai orang baru.”

Gia mengambil beg kain tersebut dan mengucapkan terima kasih kepada Puan Dahlia. Dia memandang kain tudung di dalam beg tersebut. Lebih kurang lima helai jugak dia dapat dengan dua anak tudung berwarna kelabu dan hijau mint.

“Gia…jangan lupa jemput I ke majlis kahwin you nanti. I nak jugak tengok you kahwin dengan bakal suami you tu nanti. I yakin bakal suami you mesti hensem. Sesuai dengan you yang cantik ni.”

“Hahaha…inshaAllah I akan jemput you. Lagipun, I buat kecil-kecil je. Jemput saudara-mara yang terdekat dengan kawan-kawan. InshaAllah I akan jemput you ke kenduri I.”

“Alright…apa-apa you just inform I ok?”

“I will. I pergi dulu ya?”

“Take care.”

Gia melangkah pergi dari situ menuju ke keretanya. Beg pakaian berisi tudung dan anak tudung diletak di seat belakang.

Telefonnya yang tadinya ditutup dibuka kembali. Beberapa chat yang dihantar Kristine dibuka.

Kristine: Gia…kau dah siap photoshoot ke? Kalau dah siap, kau tapau makanan untuk Vi. Selalunya aku yang bawakkan makanan untuk dia. Tapi, sekarang ni aku tengah jaga Jer.

Gia: Ya…ok. Nasib baik kau bagitahu aku. Kalau tak memang tak makanlah si Vi tu. Oklah, aku gerak dulu.

Kristine: Orait…

Gia memandang ke sekeliling. Untung saja ada kedai makan tak berapa jauh dari sini. Dia kembali mengunci pintu kereta dan menuju ke kedai makan tersebut. Nasi putih, ayam masak lada dan oren ais dipesan. Sementara menunggu pesanannya siap, dia duduk di kerusi meja makan.

Dia menghantar chat kepada Vitalika. Aku lupa pulak nak tanya pukul berapa dia free. Manalah tahu dia tak free ke sepanjang hari ni?

Gia: Vi…kau free pukul berapa? Akak nak hantar makanan.

Beberapa minit berlalu dan Vitalika masih lagi tak reply chatnya. Hmmm…rasanya dia busy kot sampai tak sempat nak check telefon.

Pesanannya tadi sudahpun siap. Selepas membayar harga makanan, dia kembali ke kereta sambil check chat dari Vitalika. Manalah tahu dia reply? Tapi memang tak reply pun. Tak apalah…pergi hantar jelah makanan ni.

SAMPAI di hadapan hospital, Gia melangkah masuk bersama makanan yang dibeli untuk Vitalika. Dah masuk dalam hospital satu orang pun dia tak kenal. Apatah lagi bayang-bayang Vitalika langsung dia tak nampak. Dia memandang sekeliling. Adoi…nak tanya siapa dekat sini? Kalau aku tanya, ada ke yang kenal dengan adik? Maklumlah adik aku ni budak praktikal je. Kot ada yang tak kenal.

“Hello miss? You cari siapa?” Ada gerangan yang tegurnya dari belakang. Gia menoleh.

“Eh? Vitalika?” Amirul mengerutkan dahinya memandang Gia di hadapannya. Dia sangkakan Vitalika.

“Huh? Vitalika? You kenal Vitalika?”

“Kenapa pulak tak kenal? You lah Vitalika. Tapi, kenapa you dress macam ni? Bukan you…” aku rasa tadi dia pakai uniform nurse. Tapi…ni pakai baju lain pulak.

Ohhh…ada yang salah faham ni. “Sorry…I bukan Vitalika. I Gia…kembar Vitalika. I kakak dia. Vi ada?”

“Ohhh…kembar? I tak pernah tahu pun dia ada kembar. Patutlah I confused! I ingatkan you ni Vitalika. Emmm…you nak jumpa dengan Vitalika? Kalau tak salah I, dia tengah treat patient. Tak apa…you tunggu dulu dekat kerusi tu. I bagitahu dekat dia you tunggu dia dekat sini.”

“Ok…thank you.”

Dia melangkah ke arah kerusi dan duduk di situ. Menunggu kehadiran Vitalika. Dia terpandangkan ke arah nurse yang sedang memerhatinya tidak jauh dari tempat duduknya. Dah apahal tengok aku lain macam je? Ada masalah dengan aku ke? Ke nak cari gaduh?

Juliana menghampiri Gia yang disangkakan Vitalika dengan muka bongkak tak boleh blahnya.

“Bukan kau sepatutnya buat kerja kau ke? Yang dah
melilau dalam hospital dengan pakai macam ni dah kenapa? Nak mengorat orang? Dah habis kerja kau tu?”

Eh??? Tiba-tiba je aku kena serang macam ni. Mesti dia ingat aku Vitalika. Gia memandang name tag di uniform Juliana. Ohhh…nama Juliana. Jadi, dia ni lah yang selalu cari pasal dengan adik aku?

“Kenapa? Ada kacau awak ke?”

“Kau ni dah budak praktikal buat cara budak praktikal.
Kau ingat bila kau pakai macam ni, semua orang suka kaulah?”

“Tak kata pun macam tu. Kejap…awak ni memang jenis orang yang bermasalah eh? Ada masalah hati dan jiwa?”

“Kau…”

“Apa? Tapi tulah kalau awak tak kenal saya, jangan ikut
sedap main serbu je. Saya Gia, kakak kembar kepada Vitalika. Jadi, awak ni lah orang yang selalu cari pasal dengan adik saya? Tambah-tambah lagi sampai buat dahi dia berdarah? Awak ni orang jenis apa ehhh?”

“Gia?”

“Yes! Nama saya Gia Vatanika dan adik saya Gia Vitalika. We are twins. Kenapa? Terkejut sebab salah serang orang ke macam mana?”

“Errr…”

“Lain kali jangan main serbu je. Oh ya…pasal apa yang awak dah buat dekat Vitalika. Saya boleh saman awak sebab awak berniat untuk cederakan dia sampaikan dia berdarah macam tu dan tangan dia ada lebam-lebam. Awak ni manusia ke apa sampai sanggup buat dia macam tu sebabkan seorang lelaki? Awak dah gila ke?”

“Benda ni tak ada kena mengena dengan kau! Jangan masuk campur!”

“Hal Vitalika hal saya sebab dia adik kembar saya! Awak yang tak ada kena mengena dengan dia jangan sesekali nak musnahkan hidup dia dengan perangai awak yang tak seberapa ni! Saya bagi amaran pada awak Juliana! Jangan ganggu adik saya lagi atau buli dia lagi! Kalau tak, saya sendiri akan ambik tindakan ke atas awak!”

“Kak Gia!” Vitalika memanggilnya dari belakang. Sempat dia mengerling ke arah Juliana yang memandang kakaknya dengan pandangan tak puas hati.

“Errr…kak Gia…”

“Tak apa…Vi jangan risau. Akak dah settle dengan dia. Saya harap awak ingat kata-kata saya! Saya tak main-main!” Gia menarik tangan Vi pergi dari situ.

“Akak…akak cakap apa dengan Juliana?”

“Tak ada apa. Just bagi peringatan je. Ni, akak bawakkan Vi makanan since Kristine kena jaga Jericho dekat rumah. Makan…jangan skip makan! Ingat!”

“Ye…selama ni tak skip pun.” Plastik berisi makanan dan minuman untuknya diambil dari Gia.

“Balik pukul berapa?”

“Rasanya macam biasa. Kenapa?”

“Tak ada apa. Nanti kalau dah habis kerja, call akak. Akak datang ambik Vi. Ok?”

“Ok…”

“Dah. Pergi makan lunch dulu. Akak nak balik tengok Jer macam mana dekat rumah. Entah apa dah jadi.”

“Orait…”

Dia melangkah pergi meninggalkan Vitalika di situ. Sekarang ni dia terfikir pasal Jericho pulak. Jangan cakap dia dah muntah atas karpet aku sudah! Jenuh nak basuh nanti! Bau muntah sebab minum bukan biasa-biasa bau dia. Busuk dia semerbak!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience