BAB 20

Horror & Thriller Completed 790

Akhirnya mereka sampai ke rumah itu dengan bantuan anak muda kampung itu. Pada awalnya, mereka melihat anak muda itu seperti orang-orang yang sombong, tetapi tidak. Sebab itu, ‘Don’t judge the book by it’s cover’.

Kawasan rumah itu agak suram dan kelam. Rumah kayu lama yang tidak diselenggara. Seperti tiada orang tetapi terdapat sebuah motor kapcai dihadapan rumah. Mereka memakirkan kenderaan dihadapan rumah.

Mereka memandang antara satu sama lain. Tiga jejaka itu turun daripada kereta. “Korang tunggu sini kejap. Kitorang pergi tengok.”, kata Rizal.

Mereka pergi memeriksa kawasan sekeliling. Rizal memberi salam.

“Assalamualaikum…”

Sunyi.

“Assalamualaikum…”

Tiada sahutan.

“Assalamualaikum…”

Sunyi.

“Aku rasa takda oranglah. Kita cari tempat tidur dululah.”, ujar Rizal.

“Takkan nak patah balik? Jauh wei kita masuk.”, kata Faroq.

Baru sahaja Danial hendak membuka mulut, kedengaran suara orang tua menjawab salam.

“Waalaikumussalam. Kauorang nak apa datang rumah aku?”

“Atuk ni Munir ke?”, soal Danial.

“Naiklah dulu. Dah senja ni.”, arah orang tua itu.

Rizal memanggil Rania dan Raihana. Mereka masuk kedalam rumah.

***************

Raihana mengejutkan Rania. Dia membuka telefonnya. Jam sudah menunjukkan pukul 6.00 pagi. Selepas mereka solat dan makan malam semalam, mereka masih belum berkenalan dengan orang tua itu. Rania merancang untuk bertanyakan hal itu pada pagi ini.

“Rania… Atuk tu ajak kita jemaah sekali. Cepatlah.”

Rania tergesa-gesa meninggalkan bilik untuk mengambil wudu’. Beberapa minit selepas mereka selesai menunaikan solat subuh, mereka duduk di bahagian luar rumah itu. Keadaannya suram tetapi cukup menenangkan. Bunyi kicauan burung dan udara yang amat segar.

“Kauorang nak makan dekat kedai atau dirumah saja?”, soal atuk itu.

Mereka memandang antara satu sama lain.

“Kami ikut atuk je. Tak kisah.”, balas Faroq.

“Kalau nak udara segar, kita makan dekat kedai. Kalau nak makan dekat pankin ni pun boleh.”, kata atuk itu lagi.

“Kalau macam tu, kita makan dekat rumah jelah. Saya teman atuk beli makanan. Naik kereta saya. Saya pun tak pernah jalan-jalan kampung macam ni.”, kata Rizal.

Rizal dan atuk itupun pergi membeli makanan.

**********

Setelah beberapa bulan, akhirnya Mawar disahkan mengandung oleh mak bidan. Mereka berasa amat gembira dan bersyukur. Berita itu disebarkan oleh Munir kepada seluruh penduduk kampung. Jamilah yang mendengarkan khabar berita itu semakin berang. Dia membaling segala barang-barang yang ada berdekatannya.

“Aku akan bunuh kau dan anak kau, Mawar. Aku akan bunuh kau!!!!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience