49

Romance Series 93218

Sudah seminggu Maryam Imani berada di dalam jagaan Puan Sri Elise. Walaupun pada asalnya arwah Ramona telah menyerahkan tanggungjawab itu kepada Aayra, namun Puan Sri Elise berjaya memujuk Aayra agar menyerahkan Maryam Imani kepadanya. Lagi pula beliau sudah lama menginginkan seorang cucu bagi memeriahkan lagi suasana di rumah ini. Malangnya sehingga kini Nadira masih jua belum bersedia untuk melahirkan zuriatnya sendiri. Justeru itu, Puan Sri Elise sangat berharap dengan kehadiran Maryam Imani ini ianya mampu mengubat kesunyian yang ditanggungnya selama ini.

“Amboi mom! Sejak ada Maryam ni, bukan main happy lagi, Ez tengok." Tegur Ezmal riang.

“Eh, mestilah. Sekurang - kurangnya terubat juga kesunyian mom selama ni. Nak harapkan anak - anak? Hmm.. Semuanya busy je memanjang." Balas Puan Sri Elise penuh sindiran.

Ezmal tersentak. Dia tahu Puan Sri Elise sedang memerlinya ketika ini. Wajah Puan Sri Elise dipandang sepintas lalu sebelum tangannya menggapai Maryam Imani dari pangkuan ibunya. Pipi Maryam Imani dicium bertalu - talu dengan penuh rasa kasih. Jujur dia katakan, hatinya sangat menyayangi Maryam Imani. Kehadiran bayi itu seakan memberi sinar baru buatnya.

“Ez sayang Maryam?" Soal Puan Sri Elise lembut.

Ezmal tidak menjawab. Wajah comel Maryam Imani ditatap lama. Entah mengapa tiba - tiba timbul perasaan sayu saat mengenangkan masa depan yang bakal ditempuhi bayi comel itu. Ditambah pula keadaan kesihatan Maryam Imana juga agak kurang stabil sejak dia dilahirkan. Mengikut kata doktor, ini merupakan fasa normal bagi bayi yang mewarisi penyakit ibunya. Jika mahu diikutkan potensi yang diberikan doktor untuk Maryam Imani hidup dengan lebih lama lagi, ianya seakan sangat mustahil. Namun begitu mereka meletakkan sepenuh kepercayaan kepada kuasa Tuhan. Jika ditakdirkan Maryam Imani mampu hidup dengan lebih lama lagi, ianya bukanlah sesuatu yang agak mustahil kerana semuanya telah ditentukan Allah S.W.T.

“Bayi secomel Maryam ini, mustahil lah kalau takde orang yang sayang mom." Balas Ezmal bersama senyuman di bibir.

“Betul tu, Ez. Mom pun sayang sangat dengan dia walaupun hakikatnya dia bukanlah cucu kandung mom. Tapi mom tak kisah semua tu, Ez. Bagi mom, siapa pun Maryam dan dari mana pun asal usulnya, dia tetap cucu kesayangan mom. Mom sanggup buat apa saja demi melihat Maryam membesar dengan baik dan sihat. Mom nak dia juga disayangi dan diberikan hak yang istimewa sebagai seorang cucu kesayangan mom." Luah Puan Sri Elise tentang rasa hatinya.

Ezmal tersenyum nipis. Dari segi luahan ibunya itu tadi, yakinlah Ezmal betapa Maryam Imani sudah mendapat tempat yang teristimewa di hati ibunya. Sedikit sebanyak hal itu sudah cukup melegakan hati Ezmal. Sekurang - kurang dia boleh menarik nafas lega dengan penerimaan keluarganya terhadap Maryam Imani.

“Mom.." Panggil Ezmal perlahan.

Puan Sri Elise menoleh ke arah Ezmal. Dari raut wajah anak sulungnya itu, beliau yakin pasti ada sesuatu yang menganggu fikiran Ezmal saat ini.

“Mom, sorry kalau apa yang Ez bakal tanyakan ni agak sulit untuk mom jawab."

“Mesti Ez nak tanya tentang penerimaan Yasir terhadap Maryam kan?" Soal Puan Sri Elise mencelah.

Perlahan - lahan Ezmal mengangukkan kepala. Bukan apa, semenjak Maryam berada di sini belum pernah dia melihat Yasir menumpukan perhatiannya kepada Maryam. Dibelainya bayi kecil itu sudah pasti jauh sekali. Namun begitu Ezmal tidak mahu terlalu cepat membuat tohmahan kepada adiknya. Mungkin Yasir ada alasannya yang tersendiri atau mungkin juga dia tidak pernah menyedari betapa Yasir sangat mengambil berat akan kebajikan Maryam Imani selama ini.

“Mom pun tak tahu nak cakap macam mana lagi, Ez. Mungkin Yasir belum bersedia kot. Lagipun mom tengok sejak kebelakangan ni Yasir asyik berkurung aje dalam bilik tu. Mom rasa dia masih belum dapat terima kenyataan kot yang Ramona dah meninggal." Ujar Puan Sri Elise cuba bersangka baik.

Ezmal tersenyum sinis. Entah mengapa dia seakan tidak bersetuju dengan pendapat ibunya itu. Walaupun dia cuba untuk berfikiran positif mengenai isu ini, namun hatinya kuat menafikan semua itu. Ezmal langsung tidak mempercayai dengan kesedihan yang dipamerkan Yasir. Sebaliknya dia yakin pasti ada sesuatu yang menganggu fikiran Yasir itu sehingga membuatkan lelaki itu berasa tidak tenang. Hal ini sedikit sebanyak pasti berkaitan penyakit HIV yang dihidapi oleh arwah Ramona sebelum ini.

“Dad ada cuba berbincang dengan dia?" Soal Ezmal lagi.

“Hmm.. Kamu sendiri pun tahu kan keadaan dad kamu tu sekarang ni macam mana? Mom tak rasa dia akan berbincang dengan Yasir dalam masa yang terdekat ni. Marah dad kamu tu belum reda lagi, Ez." Suara Puan Sri Elise kedengaran bunyi sayu sekali. Wajahnya juga beriak sugul. Pasti jiwanya tidak tenteram memikirkan soal anak dan suaminya saat ini. Kedua - duanya juga adalah insan yang disayanginya.

“Ez tahu mom. Tapi sampai bila kita nak terus berdiam diri macam ni? Jika bukan sekarang, bila lagi kita nak tegur dia? Ez tak minta lebih, mom. Ez cuma nak dia bertanggungjawab dengan apa yang dia dah lakukan. Walaupun tidak kepada arwah Ramona, tapi sekurang - kurangnya ambillah tahu berkenaan Maryam Imani." Ezmal bersuara tegas.

Puan Sri Elise mengangguk faham. Ada benarnya kata - kata Ezmal itu. Baginya sikap Yasir semakin lama semakin melampaui batas. Jika tidak ditegur dari sekarang, pasti ianya akan menjadi semakin parah. Puan Sri Elise sudah cukup lama bersabar dengan sikap Yasir. Selama ini beliau hanya mengambil jalan untuk berdiam diri sahaja. Segala tugas untuk menegur dan menasihati anak - anak, diserahkan sepenuhnya kepada suaminya. Kini sudah tiba masanya untuk beliau pula yang menggalas tanggungjawab itu daripada suaminya.

“Ez jangan bimbang. Nanti mom akan cuba slow talk dengan Yasir. Mom rasa dah tiba masanya untuk mom bersuara. Selama ini mom serahkan sepenuhnya tanggungjawab itu kepada dad. Sebab itu Yasir terlalu berani mengambil kesempatan ke atas mom. Salah mom juga kerana terlampau berlembut dengan anak - anak. Bila dah jadi macam ni, baru mom nak mengelabah." Puan Sri Elise bersuara mendatar.

Ezmal mengalihkan sedikit tubuhnya menghadap Puan Sri Elise. Entah mengapa dia merasakan kata - kata ibunya sebentar tadi berbaur seakan merajuk. Lama wajah Puan Sri Elise ditatap. Wajah itu kelihatan agak sugul dan sedih. Tidak semena - mena timbul perasaan bersalah di hati Ezmal.

“Mom, Ez minta maaf kalau mom terasa hati dengan kata - kata Ez tadi. Ez takde niat nak buat mom berkecil hati dan Ez tak pernah salahkan mom dalam hal ni. Ez tahu mom dan dad dah buat yang terbaik dalam membesarkan kami adik beradik. Cuma kami je yang tak tahu nak hargai semua ni. Ez minta maaf, mom." Ezmal segera berlutut di hadapan Puan Sri Elise sambil mengendong Maryam Imani.

Tidak semena - mena, air mata Puan Sri Elise mengalir membasahi pipi. Kepala Ezmal diusap perlahan. Sejujurnya hati kecilnya langsung tidak terusik dengan ketegasan kata - kata Ezmal sebelum ini. Namun apa yang membuatkan beliau berasa kecewa adalah kerana sikapnya sendiri yang terlalu berlembut dengan anak - anak sehingga ada yang berani memijak kepalanya.

“It's ok, sayang. Mom tak ambil hati pun dengan kata - kata Ez tadi. Mom cuma kecewa dengan diri mom sendiri. Mom gagal membesarkan korang dengan ilmu agama yang secukupnya. Sekarang tengok apa yang dah terjadi." Luah Puan Sri Elise sayu.

“No, mom. Please don't said like that. Mom tak pernah gagal apa - apa. Bagi Ez, mom dan dad dah buat yang terbaik untuk kami. Tiada cacat cela langsung. Yang buruk itu semua datang dari sikap kami sendiri, mom. Sudahlah perangai buruk, muka pun buruk. Sebab tu sampai sekarang tak kahwin - kahwin." Seloroh Ezmal bersahaja.

Puan Sri Elise tersenyum kecil. Baginya Ezmal memang pandai mengambil hatinya. Ada sahaja ideanya untuk membuat beliau ketawa. Akhirnya perlahan - lahan Puan Sri Elise menarik tubuh Ezmal dan Maryam Imani ke dalam dakapannya. Lama mereka berpelukan begitu. Jauh di sudut hati Puan Sri Elise, beliau sempat berdoa agar segala masalah yang membenani keluarga mereka ketika ini dapat diselesaikan dengan secepat mungkin. Semoga Allah permudahkan lagi segala urusan mereka sekeluarga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience