BAB 5

Humor Completed 1124

Ok…Dhia, kau kena tenang. Semalam tak ada apa yang berlaku. Dhia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Aishhhh!!!! Macamana pulak aku boleh ‘terpeluk’ lengan mamat selamba tu? Bukan main sedap lagi aku peluk lengan dia! Huh…mesti dia perasan sekarang ni. Aku mengemaskan lilitan shawl di kepala ku sebelum keluar dari bilik. Mesti si Harraz tu dah turun kat bawah. Satu hal lagi aku belum siapkan sarapan lagi..ishhhh

Aku perlahan-lahan menapak kaki menuruni tangga ke bawah. Mataku liarkan ke sekeliling mencari kelibat si dia. Buat aku malu je nak bertembung dengan dia pagi-pagi ni. Tapi, tak logik la kalau aku tak bertembung nya dengan dia pagi ni. Dia kan dah jadi laki aku dan yang paling penting ini rumah dia. Dan masalah terbesar aku lagi dia ialah bos baru aku nanti! Ahhh….susah hidup aku lepas ni.

Dhia menapak kaki menuju ke dapur dan alangkah terkejutnya Dhia apabila melihat Harraz aka suaminya kini sedang menyiapkan sarapan pagi sambil memakai apron yang bergambar Teddy Bear. Nampak kacak pulak dia pagi ni dengan berkemeja biru lembut dan berseluar slack hitam. What the heck am I saying? Aku menggeleng kepalaku menafikan pujian yang baru sahaja ku luahkan. Walaupun dalam hati mengiyakan.

“ Good morning, sayang.” Sapa Harraz dengan manja sambil menghadiahkan Dhia renungan menggoda. Harraz sengaja berkata begitu untuk mengambil hati isterinya. Harraz tahu mesti isterinya masih berasa marah tentang kejadian pagi tadi. Ehmmm…nak buat macamana. Semalam , Harraz kesian melihat isterinya yang sedikit lagi hendak terjatuh dari katil. Apalagi, Harraz pun cepat-cepat naik ke atas katil lalu menarik isterinya ke dalam dakapannya tanpa isterinya sedar.

“ Hemmm…” itu saja yang mampu diluahkan oleh Dhia lalu berjalan menuju ke meja dapur. Kotak bijiran dibuka lalu dituang ke dalam mangkuk kecil. Ditambah susu ke dalamnya untuk melengkapkan lagi rasa bersarapan pagi.

“ Kenapa makan yang tu sayang? Ini abang dah masakkan sayang nasi goreng dan scramble egg. Sedap tau…” puji Qimie. Ya…mulai hari ni Harraz akan mengubah panggilan buat isterinya kepada ‘sayang’ untuk memikat hati isterinya itu. Dhia sediki tersentak buat kedua kalinya apabila mendengar panggilan ‘sayang’ dari suaminya itu. Seingatnya tadi, ini cuma mimpi. Ternyata bukan. Harraz benar-benar memanggilnya sayang. Dhia cuba menyembunyikan perasaan gelabahnya takut dilihat oleh suaminya pulak nanti.

“ Ikut perut saya la nak makan apa!” balas Dhia. Aku pun dah terikut-ikut dengan perangai si Harraz ni. Malaslah nak guna ‘ber…kau’ ‘ber…aku’. Harraz tersenyum dalam hati. Dhia sudah mengubah ganti dirinya kepada ‘saya’. Ini suatu perubahan yang bagus. Biarlah sikit-sikit…lama-lama jadi bukit.

“ Hemm…kalau macam tu, apa kata sayang cuba nasi goreng yang abang buat ni. Kalau tak nak, biar abang suapkan.” Harraz sengaja mengugut isterinya. Ala…ugut-ugut manja je. Harraz tahu pasti plannya Berjaya.
Ishhh!!!! Apahal la laki aku pagi-pagi ni? Terlebih manja pulak gayanya. Dia ni memang sengaja nak buat aku menggelabah tak tentu fasal. Nak tak nak Dhia menghulurkan pinggannya kepada Qimie. Harraz tersenyum bangga kerana isterinya mahu mengalah juga akhirnya.

“ Nyamm…..sedap juga nasi goreng dia ni. Kalah nasi goreng yang aku masak.” Pujiku dalam hati. Giler aku nak puji depan-depan. Nanti makin kembang la hidung laki aku ni. Tanpa sedar, Harraz memerhatikan isterinya yang sedang leka makan nasi goreng masakannya. Agaknya…terlebih sedap la tu sampai isteri aku tu tak terkata. Dhia…ini baru langkah pertama. Aku akan buat kau jatuh cinta pada aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience