C-4 YANA

Romance Completed 92061

Deah menyilangkan tangannya sambil terjengkit kening melihat seorang lelaki muda berdiri di depannya sekarang.

"Kenalkan saya Fredrick pengurus peribadi Cik Deah yang diupah oleh datin Azura. Mulai hari ni saya akan bekerja untuk Cik Deah dan menjaga Cik Deah sepanjang hari"

Deah sekadar mengangguk angguk sebelum dia menguap besar. Dia faham keluarganya semua sibuk termasuk abang kesayangannya Brian.

"Erm boleh tahan juga mummy carikan pengurus yang hensam-hensam" kata Deah dengan nada yang boleh didengari. Fredrick tersenyum kecil saat dirinya dipuji.

"Terima kasih Cik Muda" balas Fredrick sebelum dia menunduk  sedikit kepalanya tanda sebagai hormatnya kepada tuan yang baru.

"Apa apa jela tolong ambik kan aku air tu jap" minta Deah padahal takjauh mana pun jarak dia dengan air itu.

Pengurus Fredrick sekadar menuruti kehendak Deah lalu air yang diminta itu diberi kepada Deah.

"Ada apa apa lagi Cik Deah"

"Erm kau blh tolong aku tak?"

"Boleh Cik Deah, apa apa je saya boleh buat"

"Kalau aku nak kau carikan seseorang, kau blh tolong tak?"

Lagi sekali pengurusnya Fredrick mengangguk iya.

"Kalau kau tolong aku, nanti aku suruh mummy daddy aku naikkan gaji kau. Macam mana kau okay atau tak?" Tanya Deah tegang , tidak senyum tidak juga menunjukkan apa apa reaksi.

"Ye boleh sangat Cik Deah" balas pengurusnya yang sudah tersenyum panjang.

"First kerja kau, aku nak kau carikan latar belakang Yana Helsey. Ni gambar dia" satu kepingan gambar yang didapatkan dari Dr.Hila diberi kepada Fredrick

"Tengok aktiviti dia, pastikan tiada sapa yang tau tentang ni and tolong bagitau dia aku kirim salam dari Deah Alana Calista bekas kawan baiknya" minta Deah sebelum dia tersenyum sinis yang penuh banyak maksud.

Fredrick tersenyum kecil, boleh tahan cantik anak datin Azura dengan Tuan Hendrick cuma ada kekurangan sikit kerana parut di wajah Deah menghalang kecantikannya.

"Baiklah Cik Deah, kalau macam tu saya minta diri dulu ye nanti saya datang balik"

"Erm okay, sebelum datang tolong belikan makanan sikit untuk aku" minta Deah lagi sebelum dia bangun dari katil.

"Eh Cik Deah bangun nak pergi mana? Datin ingatkan saya supaya Cik Deah duduk wad je"

Deah berhenti bergerak sebelum dia tersenyum manis secara tiba tiba.

"Nak pergi tandas, kenapa nak ikut ke? Ke nak tolong cebokkan" balas Deah hingga muka Fredrick merah menahan malu.

"Maaf Cik Deah, teruskan" Fredrick memberikan laluan kepada Deah , matanya menghantar Deah terus masuk ke tandas.

Setelah Deah masuk ke tandas barulah dia keluar dari wad itu.

"Haih memalukan betul lah, soalan apa aku tanya ni" rungut Fredrick sambil dia menampar pipinya berkali kali.

AKU mengeluarkan kepalaku sedikit dari pintu tandas, saat pengurus baruku sudah tidak kelihatan dari situ barulah aku tersenyum panjang sambil kakiku melangkah besar keluar dari tandas.

Beg alatan perhiasan yang di bawa oleh Brian tempoh hari aku buka, lipstick aku sapu sedikit di bibirku sebelum aku ketap bibirku berkali kali.

Cream pencerah aku sapu di wajah sedikit manakala blusher aku letak sedikit di pipi.

Aku tersenyum kelat di cermin.

'Mummy ingat nak Deah jalankan pembedahan plastik untuk buang kulit asal Deah, parut parut semua ni'

Aku tergelak kecil manakala tanganku kian melonggar dari genggaman mummy.

'What are you talking about? Mummy takboleh terima ke kalau muka Deah hodoh mcm ni?'

'No bukan maksud tu, mummy taknak Deah malu je. Apa pun kekurangan Deah, mummy blh terima semuanya sayang. Tapi mummy nak jalankan hidup seperti orang lain, ada rupa dan dipandang tinggi'

'No mummy, for me. Rupa bukan segala galanya. Deah takkan jalankan pembedahan tu'

'Deah sayang please, mummy buat semua ni demi Deah tau'

'Deah bahagia macam ni mummy, Deah tak ingat siapa mummy dan family lain pn Deah bersyukur sekurangnya Deah bangun dari koma Deah masih sempat untuk tengok orang yang selama ni ternantikan Deah'

'Mummy risaukan Deah, Deah blh nampak sayang mummy terhadap Deah but please jangan paksa Deah' sambungku lagi.

'Mummy faham Deah kan? Please mummy jangan macam ni. Deah taknak ubah apa apa dkt Deah kecuali dia sembuh sendiri. Semua benda boleh terubat sendiri kan mummy' rayuku apabila aku mula menyedari mummy seakan kecewa dengan keputusanku.

'Mummy cuma taknak org sakitkan Deah sbb rupa Deah yang sekarang itu je. Mummy dah serik kehilangan Deah dulu. Pleaselah Deah , ikut dengar ckp mummy ye?' balas mummy hingga satu dua titis airmatanya jatuh ke tanganku.

'Mummy jgn macam ni mummy' pujuk Noah.

'Kalau mummy terus berkeras macam ni , u will lost me again mummy. Jangan cabar Deah, Deah taksuka dikontrol' tegasku hingga mummy terdiam sebelum mengangguk kegelisahan kerana ugutanku tadi.

Perbualan aku bersama mummy semalam terus terngiang di fikiranku.

Bila difikirkan balik kata kata mummy menampakkan aku adalah mangsa buli dari segi fizikal dan mental pada 2 tahun yang lalu. Kalau tidak mummy takkan berkeras untuk minta aku setuju jalankan pembedahan kulit muka untuk elak aku dipandang rendah dan dibuli oleh orang lain.

Aku melepaskan keluhan berat sebelum aku tersenyum nipis di cermin.

"Hodohnya aku tapi takpe, sbb aku pn takkisah janji hidup kaya poket tebal huhu" gumamku sendiri sebelum kakiku keluar dari wad hospital.

Keluar saja dari bilik wad, sepanjang jalanku di kelilingi dengan orang yang diupah oleh mummy.

"Melampau betul lah mummy ni" gumamku perlahan, rasa seperti tiada privasi dikelilingi sebegini.

"Siap siap! Anak Tuan Hendrick datang makan sini"

"Perlu ke?" Soal doktor Karisya

"Kau nak kena pecat blh lah kau cakap macam tu" perli doktor lain manakala doktor Karisya membalas dengan muka menyampah lalu ikut dengan doktor doktor lain untuk menjemput Deah yang baru sampai di kantin hospital.

"Selamat datang Cik Deah, jemput masuk"

"Cik Deah nak makan apa siang ni?"

"Kami sediakan banyak menu yang istimewa untuk Cik Deah harini"

Deah tersenyum kelat, meja yang doktor dah sediakan siap dengan kain meja tapi dia sibuk pergi duduk di meja biasa.

"Cik Deah, ni meja Cik Deah. Bukan yang itu"

"Eh takpe, saya nak duduk sini" balas Deah sambil tersenyum kelat sebelum dia mengaru kepalanya yang tidak gatal.

"Tapi Cik Deah--"

"Ah harini saya rasa mcm nak makan soto special dengan jus tembikai segar, ada tak?"

"Ada sangat Cik Deah, apa apa yg Cik Deah minta semua ada kami sediakan"

"Ohh baguslah tu, cepat sikit lapar ni"

"Baiklah Cik Deah" mereka menunduk sedikit sebelum kesetengah dari mereka kembali ke dapur untuk memberitahu pesanan kepada tukang masak di situ.

Setengah doktor dan bodyguard upahan mummy masih berdiri di sisi dan belakang Deah.

'Haih apa dorang tunggu kat sini' getus Deah sebelum dia merungut tanpa henti di dalam hati.

"Korang boleh sambung kerja, yang lain blh tunggu luar dulu"

"Takboleh Cik Deah ini arahan dari Datin Azura" balas salah satu bodyguard lelaki yang berbadan tegap itu.

"Haih mummy ni" gumamku perlahan sebelum aku hentak kepalaku di atas meja.

Dengan terpaksa aku biarkan mereka berdiri di situ, lagi membuatkan aku malu bila pesakit yang makan di situ mula fokus ke tempatku.

Setelah 15 minit menunggu akhirnya pelayan kantin menghidangkan makanan mengikut kehendakku tadi. Baru saja aku hendak buka mulut tiba tiba pelayan kantin menghantar lagi beberapa hidangan ke atas meja ku.

"Aik saya tak pesan semua ni? Salah meja kot rasanya"

"Ni memang hidangan untuk Cik Deah, jemput makan Cik Deah" ramah pelayan itu manakala aku ternganga mulut melihat hidangan yang banyak di atas meja makanku.

Spaghetti , dessert, pizza , sup mushroom dan ABC special. Kalau aku makan semua ni comfirm pecah perut aku harini. Nasib ni hospital swasta , jadi tak heran lah kalau dorang hidang makanan sedap sedap macam ni. Boleh sakit balik aku dibuatnya.

"Ambik la balik, saya taknak semua ni"

"Takboleh Cik Deah ni pesan abang  Cik Deah, mereka suruh kami sediakan makanan sedap sedap untuk Cik Deah sepanjang Cik Deah di sini"

"Ahh Brian!" Aku terjerit kecil menyebut nama abang keduaku. Siapa lagi kalau bukan Brian yang beri arahan tu.

'Pedulilah, jangan harap aku makan' getusku lagi sekali sebelum aku sambung menikmati makanan yang aku minta tadi.

Aku mengangkat kepala memandang depan, tiba tiba rasa seperti di perhati oleh seseoarang sebab tu aku terdetik untuk lihat siapa orangnya.

"Eh oppa hensem!!!" Jeritku kepada lelaki yang aku terjumpa di halaman hospital semalam.

Namun saat aku memandangnya, dengan cepat dia pura pura memandang ke arah lain. Ingat aku tak tau la tu, dia syok pandang aku tadi.

Aku bangun bersama mangkuk soto dan minumanku lalu ke tempat meja makannya.

"Eh Deah pun ada kat sini?" Balasnya seolah tak tau apa apa.

"Oppa buat apa kat sini? Sakit juga ke? Sakit apa? Atau kena tahan dkt hospital sementara? Sampai bila pula?" Soalku dengan pelbagai soalan sambil meletakkan mangkuk dan cawanku diatas mejanya sebelum aku duduk di kerusi berdepan dengannya.

"Eh tak, abang aku sakit. Jadi aku dtang untuk jenguk dia"

"Yeke abang? Ke kau nak jenguk aku? Dah rindu ke?" Mata aku terkelip kelip memandangnya manakala dia terkebil melihat reaksiku yang gedik semacam.

"Eh taklah, baru jumpa takkan nak rindu pula kan"

"Apa salahnya, aku pun rindu juga dgn kau" balasku sambil mengenyit mata kepadanya.

"Haha kau ni serius lah" balasnya sambil mengaru keningnya yang tidak gatal.

"Terima kasih susah susah je" ucapku kepada pelayan kantin yang memindahkan kesemua makananku ke meja makan lelaki itu.

"Untunglah orang layan macam ratu"

"Bukan aku nak pun" balasku sambil membuat muka menyampah.

Telefon yang dihadiahkan oleh Noah tempoh hari aku keluarkan daripada poket baju pesakit yang aku pakai.

Nombor telefon daddy aku telefon.

"Hello daddy"

'Yes my princess? Why u call daddy?'

"Hmm"

'Kenapa ni? Macam sedih je? Sapa yang buat princess daddy sedih ni?'

Lelaki itu berkerut dahi memandangku, pembesar suara aku buka bagi mendengarkan bodyguard dengan doktor di tepi dan belakangku.

"Sebenarnya Deah takselesa lah daddy, dgn orang upahan mummy ni. Deah nak privasi mcm org lain, ni nak makan pn dorang tunggu. Deah tak selesa hmm"

'Lah yeke? Takpe suruh dorang tunggu di luar atau berdiri jauh dari Deah. Cakap ni pesanan dari daddy'

"Tapi nnti mummy marah mcm mna?"

'Alah setakat mummy tu, daddy blh uruskan. Deah buat je apa Deah suka tapi jangan berani keluar dari hospital tu. Fham?'

"Baiklah thanks daddy , i love you very much and more!"

'Love my princess to much sayang, daddy ada work ni nanti malam daddy jenguk Deah okay?'

"Okay daddy, Deah tunggu" balasku ramah hingga lelaki itu tersenyum memandangku. Setelah panggilan dimatikan barulah aku pandang kearah bodyguard upahan mummy dan doktor disitu sambil memuncung mulut ke arah pintu keluar kantin

"Yang doktor blh terus bertugas, jadilah doktor yang berkaliber. Jangan disebabkan saya anak orang kaya, doktor2 sanggup ikut segala arahan dari mummy saya. Terima kasih" kataku sebelum aku pandang ke arah lelaki itu semula

bodyguard dan doktor di situ menunduk sedikit sebelum mereka keluar untuk tunggu diluar dan doktor pula sambung tugas mereka semula.

"Btw macam mana sakit kau, dah okay ke?"

"Okay je, cuma tak ingat apa apa" balasku sambil mengunyah mihun dimulut.

"Eh makan lah sekali, jangan tgk je. Banyak ni, takmampu nak makan sorang sorang" pelawaku saat aku sedar dia hanya tersenyum memerhati aku makan.

"Ah takpe, aku dah makan dari rumah tdi duk sini pn minum je sbb haus sikit" balasnya lagi.

"Ohh btw nama kau apa?" Tanya Deah manakala lelaki itu berubah wajah memandangnya.

'Kalau Deah tau siapa aku, mesti dia akan teringat apa yang dah jadi dulu'

Hayden memandang Deah yang masih tertunggu jawapannya.

"Nama aku..."

"Darrel" balas Hayden manakala Deah tersenyum manis.

"Kalau nak panggil oppa Darrel boleh?"

Hayden tersenyum kecil manakala suara hatinya sudah menjerit jerit geram dengan respon dari Deah.

"Seganlah"

"Apa nak segan, dgn aku je pn" balas Deah sambil menghentak meja tiba tiba sebelum dia ketawa kecil.

"Lagipn aku takde kawan, aku harap kau blh jadi kawan aku" balas Deah hingga Hayden tersenyum kelat mendengarnya.

'Dari dulu lagi kau memang kawan aku Deah malah lebih daripada kawan' getus Hayden di hati.

[]

"Kau dah dapat maklumat dia?"

"Dah Cik Deah"

"Ceritakan semuanya dari A sampai Z" mintaku manakala telinga aku siap sedia mendengar maklumat yang bakal disampaikan oleh Fredrick.

"Yana Helsey, bekas anak jutawan tapi bankrup 2 tahun yang lalu. Selepas bankrup dia mula hidup dalam kesulitan wang"

"Hampir tiap malam Yana dan keluarganya akan bertengkar tentang masalah kewangan"

"Yana juga bekas pelajar cemerlang di Universiti yang terkemuka di negara ini, tapi sudah berhenti kerana kesibukkan bekerja"

"Dia bekerja di satu perkhidmatan salon kecantikan rambut dan muka"

"Kau dah dapat lokasi tempat tinggal and tmpt kerja dia?"

"Sudah Cik Deah, nanti saya send link di wasap Cik Deah"

"Okay kerja yang bagus" aku tersenyum puas sambil memikirkan cara untuk aku bertemu dengan dia nanti

"Kau dah sampaikan salam aku pada dia?"

"Dah Cik, kelihatan Yana nampak sangat gelisah dan langsung bergegas pulang" balas Fredrick hingga aku makin tersenyum panjang.

Nombor telefon mummy aku dail untuk minta sesuatu kepadanya.

"Hello mummy"

'Ye princess? Kejap lagi mummy datang dah ni'

"Boleh mummy bank in kan upah lebih untuk Fredrick? Banyak sikit mummy sbb Deah memang puas hati dengan kerja dia"

'Yeke? Mummy mmg dah agak mummy taksalah pilih pengurus untuk Deah. Okay mummy akan bankin duit dkt akaun dia sebelum mummy and your daddy, brother datang nanti'

"Thanks mummy"

'No problem princess'

Telefon aku matikan.

"Terima kasih Cik Deah! Terima kasih sangat sangat!" Ucap Fredrick lalu menunduk berkali kali.

"No problem"

"Kau boleh balik, esok jangan lupa datang sini lagi kalau kau nak upah lebih. Aku ada kerja untuk kau"

"Baiklah Cik Deah! Esok saya akan datang seawal yang mungkin. Terima kasih sekali lagi!"

"Saya minta diri dulu Cik Deah, jumpa esok bye"

"Em okay" balasku acuh tak acuh , setelah dia keluar dari bilik wad barulah aku pejam mataku rapat.

'Aku takkan lepaskan sapa yang buat aku macam ni. Never!'

Aku mengenggam tanganku kuat, segala emosi dan kemarahan mula membuak buak di hati aku. Sampai aku rasa seperti mahu bunuh Yana bila aku terjumpa dia nanti.

[]

"Cute betul" Darrel mengigit jarinya sendiri teringatkan Deah di kantin hospital tadi.

"Nak balik ke tak eh?" Kata Darrel sendiri, sejujurnya dia datang sini nak tengok Deah mana ada abang Darrel yang sakit. Kalau abang Darrel sakit pun bukannya Darrel akan peduli

"Takpayah baliklah tnggu je kat sini" balas Darrel sendiri di kereta miliknya yang di parking di tempat parkir hospital

Darrel membuka galeri di telefonnya untuk kali yang ke 22. Gambar Deah yang diambil senyap senyap tadi di renung olehnya lagi sekali.

"Cantiknya walaupun ada parut"

"Sebab nilah kau jadi macam ni Deah"

"Waktu kau cantik dulu banyak perempuan yang dengki dgn rupa yang kau ada"

"Sampaikan ada yang sanggup rosakkan muka kau sampai jadi macam ni"

Kata Darrel sendiri sambil tersenyum nipis mengingatkan apa yang berlaku dua tahun yang lalu.

Disebabkan Yana lah Deah teruk dibuli oleh pelajar universiti dulu , Yana pula takpuas hati bila dapat tau bekas boyfriendnya ada hati terhadap Deah

Sedangkan mempunyai rupa yang cantik begitu bukannya kehendak dia melainkan Dia yang mencipta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience