BAB 7

Mystery & Detective Completed 12501

"MINGGU Sains akan bermula. Saya tak nak ada di antara kamu semua buat sesuatu yang boleh menyebabkan nama baik sekolah ini busuk! Kotor! Dan tercemar!" Berdesing telinga mendengar taklimat ringkas dari Cikgu Raja Nurul Huda.

Walaupun cikgu itu kecil molek orangnya, kalau mulut dah di buka suara telah di lontarkan maka dengan itu tutuplah telinga wahai para pelajar semuanya. Kerana suara Cikgu Raja Nurul Huda itu pasti dapat menembusi telapak tangan kalian yang menekup telinga masing-masing.

"Hei.. cikgu ni menjerit ke bercakap? Pakai pembesar suara pun nak memekik macam tu." Asmira yang duduk sebelah kiri dengan barisan kelas Ainul Batrisyah bersuara perlahan.

Ainul Batrisyah terus memandang ke hadapan. Merenung guru yang bertugas pada minggu ini yang tegak berdiri memberikan sedikit taklimat tentang minggu Sains yang akan berlangsung esok.

"Huh.." Nafas di hela berat.

"Hoi! Pelajar baru ea dekat sekolah ni?" Sapa Asmira.

Ainul Batrisyah menoleh ke kirinya. Sapaan dari pelajar perempuan yang tak berapa di kenalinya di sambut dengan anggukan sahaja. Malas dia hendak membuka mulut bersuara.

"Kau budak Sains ke?" Tanya Asmira lagi.

Ainul Batrisyah menggelengkan kepala beberapa kali.

"Kau ni, bisu ke?" Soal Asmira bengang.

Sekali lagi Ainul Batrisyah menggelengkan kepalanya. Menambahkan lagi rasa bengang kepada Asmira. Asyik geleng-geleng, teleng karang baru tahu!

"Habis kalau tak bisu kau tak boleh bersuara ke kalau aku tanya?" Tanya Asmira kali ini dia menjengkilkan biji mata memandnag Ainul Batrisyah.

"Boleh.." Jawab Ainul Batrisyah perlahan.

"Ada pun suara." Cebik Asmira.

"Cuma saya tak suka berbual bila cikgu tengah bercakap dekat depan." Ujar Ainul Batrisyah jujur.

"Eleh." Cebik Asmira sentap.

"Hei, kau.. budak baru kan. Jadi biar aku tolong kau perkenalkan kau dengan sikap perangai cikgu-cikgu dekat sini. Masing-masing ada perangai pelik dan.. susah untuk di fahami." Asmira terus menawarkan diri sebagai penterjemah fiil pulak.

Sekali lagi Ainul Batrisyah menggeleng, menolak niat baik Asmira yang baru sahaja bertegur sapa dengannya.

"Ish, kau ni!" Jari telunjuk Asmira pantas menunding ke arah batang hidung Ainul Batrisyah. Barangkali dia bengang dengan sikap Ainul Batrisyah yang suam-suam kuku itu.

"Huh.. okeylah, perhimpunan dah habis dah pun. Tapi, kalau kau rasa kau perlukan pertolongan kau boleh cari aku. Aku akan tolong kau. Okey?" Asmira bangun dari duduknya.

Hampir tiba giliran kelasnya untuk masuk ke kelas. Beg di galas ke bahu dan dia sempat memberikan senyuman kepada Ainul Batrisyah sebelum dia gerak mengikuti kawan sekelas yang lain masuk ke makmal.

Sikit pun Ainul Batrisyah tidak termasuk dengan cerita yang di bebelkan oleh Asmira. Tetapi dia tetap menyambut baik sapaan dari gadis itu. Sampailah giliran kelasnya pula, dia melakukan hal yang sama seperti yang di buat oleh pelajar lain untuk masuk ke kelas.

"Dia cakap apa dengan kau?" Soal Rayyana ketika memotong barisan dan berjalan sebaris dengan Ainul Batrisyah.

Beg sekolahnya tidak di galas di bahu tetapi dia menjinjit beg itu sampailah di anak tangga menuju ke kelasnya.

"Tak ada apa-apa lah. Berbual kosong je.." Jawab Ainul Batrisyah lembut.

"Ainul, dengar sini. Asmira tu bukannya boleh percaya sangat tau. Kau pelajar baru dekat sini, baik kau berhati-hati." Nasihat Rayyana.

"Maksud awak?" Soal Ainul Batrisyah tidak mengerti.

"Huh.. dia tu budak paling bahaya dekat sini. Ramai yang kena buang sekolah sebab kerja kotor dia tu." Cucuk Rayyana lagi.

"Habis tu, awak tak bahaya? Pukul pelajar lelaki sampai masuk hospital. Tu tak jahat namanya?" Soal Ainul Batrisyah kepada Rayyana.

Mati langkah kaki mereka berdua di koridor tingkat empat. Sentap Rayyana mendengar pengakuan terlampau jujur dari Ainul Batrisyah. Rayyana memandang wajah Ainul Batrisyah yang kusam.

"Aku lain, dia lain. Aku, kalau orang tak bunuh aku, aku takkan hantar dia orang masuk hospital. Dia pulak.." Keras suara Rayyana beri penjelasan.

"Dahlah Rayy. Kita masuk kelas. Saya minta maaf sebab cakap lepas tadi." Terus Ainul Batrisyah meninggalkan Rayyana seorang diri di koridor tingkat empat.

Rayyana hanya memerhatikan sahaja langkah kaki Ainul Batrisyah yang pergi meninggalkannya sendirian. Walaupun dia masih sentap dengan kata-kata pelajar itu, dia masih boleh menerimanya sebagai nasihat dan teguran.

Dia akhirnya mengikuti langkah Ainul Batrisyah masuk ke kelas. Nanti kelamaan dia berdiri termenung di koridor kena tangkap dengan Puan Umi Maleha lagi haru di buatnya. Baik dia masuk je ke kelas.

Dengan perasaan yang gembira dia cuba menghiburkan hatinya. Sesampai di pintu kelas dia masuk. Tetapi..

"Awal kamu masuk Rayy?" Sapa Cikgu Rock. Atau nama sebenarnya Cikgu Rokiah.

"He.. he.. he.. awal ea cikgu?" Ajuk Rayyana dengan senyum kambIng di depan kelas.

Cikgu Rock bangun dari kerusinya datang mendekat dengan Rayyana. Degupan janutung Rayyana usah di kata. Sejak tadi berirama kencang. Oh! adakah ini namanya cinta pandang pertama?

"Ye. Terlalu awal awak masuk ke kelas. Kenapa ye?" Tanya Cikgu Rock lagi.

Wajah selamba yang di tunjukkan oleh Rayyana memang menyakitkan hati. Dah lambat masuk ke dalam kelas, boleh pulak tersenyum-senyum.

"Ish... mana ada awal cikgu. Cuba cikgu tengok tu." Jari telunjuknya menunjuk ke arah dinding yang menggantung jam dinding berbentuk bulat di atas papan hijau.

Cikgu Rock mengikut arah telunjuk jari Rayyana, "Baru pukul tujuh setengah. Biasanya awak masuk kelas pukul sembilan kan, Rayyana Maisarah?" Soal Cikgu Rock lagi.

'Aisehmen, cikgu dah sebut nama penuh ni. Matilah kena denda jawabnya ni..' Wajahnya bertukar riak.

"Eh.. eh.. kenapa muka awak cemberut? Saya baru nak bagi awak hadiah, jangan lah takut.." Ujar Cikgu Rock lagi dengan lembutnya.

Tangannya menyentuh lengan Rayyana. Terpaksa Rayyana membuat muka gembira di depan semua kawan sekelasnya. Sakitnya mak aihh... kena cubit-cubit manja dengan Cikgu Rock ni. Yey yeah!

"Cikgu.. sakit cikgu.." Menjinjit kaki Rayyana menahan bisa dari cubitan Cikgu Rock.

"Dah! Duduk!" Tangan di lepaskan. Laju kaki Rayyana berlari anak mendapatkan tempat duduknya di belakang.

Sesi pembelajaran berjalan seperti biasa pada pagi itu. Walaupun kesan sakitnya masih ada, namun Rayyana masih mampu untuk memberikan sepenuh tumpuannya pada pelajaran.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience