Bab 17

Vampire Series 4523

Aku pandang dia , dia pandang aku . Sampai bila nak berpandangan ni ? Aku takkan alihkan pandangan aku selagi kau tak tengok tempat lain , nanti kena cakap menjeling pula . Heh..
Tapi kan , aku dah tak tahan nak tatap mata dia ni . Lantas aku menghadiahkan senyuman kecil lalu memandang ke arah lain .
Bertambah terkejutlah gadis tu bila nampak Emelyn tersenyum kecil . Senyuman yang selalu diukir oleh dia.. Cealyn .

“ Alyaa . ” panggil Cleo perlahan sambil menepuk lembut bahu Alyaa .

Alyaa yang baru sedar ke dunia nyata terus terkebil-kebil memandang Cleo sebelum senyuman manis terukir di bibir merah itu .
Macam kenal saja muka ni . Hm jap , biar aku ingat balik .
Emelyn memerhatikan wajah gadis yang bernama Alyaa itu apabila gadis itu sudah mengalihkan pandangannya ke arah Cleo .
Eh , ni bukan perempuan yang berbual dengan Cleo dekat taman bunga tu ke ? Dia buat apa dekat sini ?

“ Kenapa awak tengok dia macam tu ? ” bisik Kein apabila menyedari Emelyn tidak berkelip memandang Alyaa .

“ Dia cantik macam bidadari , sebab tu saya tengok dia . ” bisikku pula . Betul apa , cantik betul pengganti si Cleo ni ehe .

Kein ketawa kecil mendengar jawapan dari Emelyn sebelum tiba-tiba dia memaut bahu gadis itu .
Aku yang dari tadi tengok muka Alyaa terus mengalihkan pandanganku ke arah Kein . Pelik semacam saja dia ni .

“ Dia cantik ke atau.. ” ayatnya tergantung disitu . Senyuman nakal turut terukir di bibirnya .

Aku memandangnya dengan seribu kerutan dahi . Dia nak main teka-teki pula dah .

“ Atau kau cemburu ? ” sambungnya .

Aku terbatuk kuat mendengar soalannya . Apa punya soalan lah dia bagi ni .
Kein tidak tunggu lama , terus pecah ketawanya melihat respon yang diberikan oleh Emelyn sehingga keluarga Cleo memandang ke arah aku dan dia .
Aku memukul bahu Kein dengan kuat hingga dia mengaduh kesakitan . Ha padan muka kau !
Aku mengalihkan pandangan aku ke arah lain dan tanpa sengaja mata aku bertembung dengan mata Cleo yang lagi memandang tajam ke arah aku .
Uih pandangan jenis apa kau bagi dekat aku ni ? Macam nak telan aku saja . Apa ? Aku ada buat salah kah ?

Sepanjang makan malam berlangsung , aku hanya mendiamkan diri sambil mendengar perbualan mereka .
Tapi aku pelik . Aku manusia , diorang Vampire . Tak teringin ke nak hisap darah muda aku yang semanis air sirap ni ? Okay tak gurau gurau .
Baguslah kalau diorang tak teringin nak hisap darah aku . Ada juga Vampire yang baik hati eh .

“ Cealyn , kamu okay ? ”

Lamunanku terganggu apabila terdengar seseorang menyebut nama Cealyn . Suasana turut menjadi sepi .
Lantas aku memandang siapa gerangan yang menyebut nama roh yang hidup dalam diri aku sekarang ni .

“ Saya bukan Cealyn . ” kataku perlahan .

“ Jadi kamu siapa ? ” soal seorang perempuan separuh abad yang berkemungkinan ibu kepada Alyaa .

“ Dia manusia , nama dia Emelyn . ” kata Braylon apabila melihat Emelyn hanya mendiamkan diri .

Ibu dan ayah Alyaa terkejut mendengarnya . Bukan kerana dia manusia , tapi kerana rupa dan perangainya sama seperti Cealyn walaupun itu bukan dia .
Aku menjeling sekilas ke arah Cleo , diam saja . Tapi perubahan dia ketara lah . Dia tiba-tiba senyap , lepas tu mata dia . Jelas terpancar kekecewaan . Aku sebenarnya nak saja tanya tentang Cealyn , yalah sebab aku pun tak tau sangat tentang dia . Tapi masa belum mengizinkan .
Alyaa terus memegang lembut bahu Cleo apabila melihat perubahannya semasa mereka bercerita tentang Cealyn .
Amboi . Sweet nampak . Aku yang jadi pemerhati tiba-tiba pula rasa panas . Dah kenapa ? Kau cemburu ke dekat dalam tu Cealyn oi .

“ Saya minta diri dulu . ” kataku perlahan lalu membuka langkah menuju ke arah pintu .

“ Lyn , kamu nak pergi mana ? ” soal aunty Bethany apabila melihat Emelyn menuju ke arah pintu keluar .

“ Saya nak keluar kejap mommy . Nak ambil angin kejap . Boleh ? ” soalku pula .

“ Boleh . Tapi jangan lama sangat . Hati-hati dekat luar tu . ” kata uncle Federico lembut padahal baru saja aunty Bethany ingin melarang . Bukan dia tidak tahu dunia ni berbahaya untuk seorang manusia . Tambahan lagi , di luar sudah semakin gelap .

Aku hanya tersenyum sambil mengangguk lalu membuka langkah untuk keluar dari istana ni .
Kalau aku duduk lama-lama dekat dalam , takut nanti Cealyn kawal tubuh badan aku . Tak pasal-pasal saling berbunuh dia dengan Alyaa .
Ahh aku tak sanggup nak korbankan tubuh aku !!

••••

Jalan punya jalan punya jalan . Eh eh , tiba-tiba pula terserempak dengan tempat yang paling aku rindu sepanjang aku duduk dekat sini .

Taman !

Aku rindu sangat nak pergi taman ni . Tapi jap , macam mana taman ni boleh ada dekat dunia ni ? Taman ni pindah rumah ke apa ?
Emelyn memerhati sekeliling taman itu , tak ada perbezaan . Sama saja seperti di dunianya yang sebenar . Matanya difokuskan ke arah kerusi panjang , berkerut dahinya apabila tiba-tiba ada sesuatu bayangan yang muncul di depan matanya . Apa ni ? Satu lagi memori Cealyn kah ?

“ Kenapa awak suka tempat ni ? ” soal seorang lelaki sambil mengambil tempat duduk di sebelah Cealyn .

“ Tempat ni buat saya tenang . ” jawab Cealyn perlahan .

Cleo tersenyum sambil mengusap lembut kepala Cealyn . Lama dia memandang wajah gadis itu .

“ Kenapa ? ” soal Cealyn pelik dengan perangai Cleo .

“ Saya sayangkan awak . Sangat sayangkan awak . Jangan tinggalkan saya , janji ? ” soal Cleo sambil menunjukkan jari kelingkingnya .

Kali ini Cealyn menatap anak mata Cleo dengan dalam sebelum tersenyum kecil lalu mengangguk . Jari kelingking mereka bertaut buat seketika .
Senyuman masih mekar di bibir masing-masing . Terasa aura kebahagiaan mereka disitu . Aku yang tengok situasi tu pun sebak tau tak ? Macam drama korea pula dah .
Cealyn , kenapa kau nak tunjuk memori kau ni ? Kau rindukan Cleo ke ? Aku faham kalau kau rindukan dia , tapi maaf . Aku belum boleh izinkan kau kawal jasad aku buat masa ni .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience