Dikecewakan oleh cinta. Disakiti oleh kekasih hati sampaikan aku rasa macam sampai sudah aku takkan berkahwin sebab tak ada lelaki yang jujur sayangkan aku seadanya. Yelah, siapalah yang sukakan perempuan yang tak pandai bergaya macam aku ni? Dahlah aku pakai cermin mata yang tak berapa tebal tapi agak besar saiz dia sampaikan batang hidung aku yang mancung ni boleh tenggelam. Rambut pulak ikat tocang je sebab Airil cakap comel buat macam ni. Ohh, sebut pasal Airil! Dia tu best friend aku! Satu-satunya kawan aku yang terima aku seadanya. Kami dah kawan sejak dari umur aku 7 tahun dan dia 10 tahun. Sekarang ni aku dah 25 tahun dan dia dah 28 tahun. Dia pun sama je single dengan aku. Dua-dua tak berpunya tapi aku pelik sebenarnya. Airil tu sebenarnya handsome tau. Macho pun macho. Gentleman pun gentleman tapi sampai sekarang single. Bila aku tanya kenapa dia single, dia diam je dan cepat-cepat ubah topik. Serius aku menyampah bila dia buat macam tu tau!
Tapi ni kisah setahun yang lepas. Sekarang ni aku dah tak single lagi. Di saat-saat aku percaya bahawa takde lelaki yang akan menyayangi aku seadanya, tiba-tiba muncul seorang lelaki yang membuktikan yang aku ni salah. Hehehe… hidup aku sekarang ni dah berwarna-warni macam pelangi bila dia muncul.
Nak tahu nama dia yang berjaya ambik hati aku tu? Nama dia Ikhmal. Dia baik, sweet dan sangat pandai jaga hati aku. Kami jarang gaduh sebab dia pandai beralah. Dan sekarang ni aku tengah tunggu dia dekat airport. Dah dekat sebulan aku tak jumpa dia sejak dia pergi berkursus dekat Amerika. Sibuk sangat kekasih hati aku tu tapi takpelah. Nak cari rezeki bukannya senang.
Tiba-tiba alunan lagu tema cerita korea yang menjadi kegemaran aku sekarang yang menjadi ringtone handphone aku berbunyi. Cepat-cepat aku menggeledah beg sandang aku. Orang lain sibuk pakai beg tangan, aku masih lagi setia dengan beg sandang aku ni. Dah dekat empat tahun dah umur beg ni. Hadiah dari Airil sempena hari lahir aku yang ke 21 tahun.
“Assalamualaikum Yuna. Awat?”
“Waalaikumussalam.. takde apa. Lambat lagi ke balik?”
“Entahlah. Aku rasa dah dekat dah Ikhmal nak sampai…”
“Ohh... okey. Kirim salam dekat Ikhmal nanti. Bye!”
“Bye…”
“Siapa call?”
Aku mengangkat muka sambil tersenyum dan menyambut air minuman dari tangan Airil. Airil ni sebenarnya nak hantar aku kat sini je tapi memandangkan flight Ikhmal lambat lagi nak sampai, aku mintak dia temankan aku kejap. Takdelah bosan sangat duk sini sorang-sorang.
“Yuna.”
“Ohh…” Airil diam sekejap. “Mana buah hati kau ni? Aku dah lapar ni. Nak balik rumah…”
“Ala, tunggulah kejap. Nanti dia sampai, kau boleh balik dan boleh melantak nasi. Takkan kau nak tinggal aku sorang-sorang kat sini?” Ikatan rambut yang semakin longgar buat aku rimas. Terus aku suruh Airil pegang air minuman aku sebelum aku lepaskan ikatan rambut aku dan ketika aku tengah sibuk nak mengikat rambut, tiba-tiba aku nampak Ikhmal yang tengah berjalan keluar dari balai ketibaan sambil memegang tangan seorang perempuan cantik. Tangan perempuan tu peluk elok je terletak dekat pinggang Ikhmal. Eh, apa ni?
Aku pandang Airil yang dah terlopong mulutnya sebelum dia memandang aku dengan riak muka terkejut.
“Tu Ikhmal kan?”
Aku teragak-agak nak mengangguk. Nak angguk ke tak nak tapi aku yakin tu memang Ikhmal. Aku kenal lagi dengan Ikhmal walaupun dekat sebulan tak jumpa dia.
“Jom ikut aku!” Laju aku tarik lengan Airil dan berjalan menghampiri Ikhmal yang tengah membetulkan rambut perempuan tu yang berjuntai dekat dahi. Haa… menyampah aku tengok dan aku yakin 80% daripada apa yang aku fikir sekarang ni adalah betul. Kalau Ikhmal cakap perempuan tu kawan dia, aku lempang Ikhmal tu laju-laju. Kawan jenis apa kalau pegang-pegang macam tu? Kawan jenis apa yang sibuk bergurau senda sambil cuit-cuit hidung? Aku dengan Airil tak pernah tau macam tu!
“Hi Ikhmal!” Tegurku berpura-pura teruja. Dia yang tengah bergelak ketawa dengan perempuan tu terus berpaling ke arah aku. Hilang terus senyuman dekat bibir dia dan diganti dengan riak bersalah. Airil yang berdiri di sebelah aku hanya mendiamkan diri.
“Amani, you buat apa dekat sini?” Soal Ikhmal perlahan. Perlahan-lahan dia cuba meleraikan genggaman perempuan tu dekat lengan dia tapi nampaknya perempuan tu memang jenis tak faham bahasa sangat, jadi perempuan tu makin mengeratkan pelukannya pulak. Serius, aku rasa macam nak cincang-cincang tangan perempuan tu tapi kalau bertepuk sebelah, takkan berbunyi… ni sebab dua-dua bertepuk tanganlah jadi macam ni!
“Datang jemput you but I guess you tak perlukan I.” Aku senyum sinis sebelum menarik nafas dalam-dalam. “Mind to explain? Who is she?”
“Err… dia…”
“I’m Melissa. Girlfriend Ikhmal.” Perempuan tu pulak memperkenalkan diri sambil tersenyum manja dekat Ikhmal. Siap mengusap pipi Ikhmal lagi tau! Nasib baik Airil dari tadi pegang beg sandang aku ni. Kalau tak, rasanya aku dah pergi terkam perempuan tu. Girlfriend Ikhmal konon! Habis aku ni apa?
“I tak tahu yang Ikhmal ada girlfriend baru. Haa… sebulan telah mengubah segalanya.” Aku tersenyum sinis apabila muka Ikhmal berubah.
“Jomlah Ril, kita balik… Ikhmal boleh balik dengan Melissa, girlfriend dia tu.”
Baru je aku nak melangkah, tiba-tiba Ikhmal pegang lengan aku dan kemudiannya dia tarik aku jauh dari Melissa dan Airil. Aku nampak Airil macam nak datang dekat tapi aku gelengkan kepala.
“I… it’s very difficult, Amani. You tahu kan I sayang you tapi…”
“Tapi apa?”
“Tapi hati I dah berubah. I sayangkan Melissa, I cintakan dia dan I tak nak kehilangan dia. I’m so sorry, Amani. I… she…”
Pang!
Laju je tangan aku hinggap dekat pipi Ikhmal walaupun sedaya upaya aku tahan tangan aku ni dari tadi. Ikutkan hati, aku dah tarik-tarik rambut Ikhmal tu, biar sampai dia botak tapi aku tahankan diri. Aku tak nak malukan diri aku. Cukuplah dia dapat penampar sulung aku tu. Ingat senang ke aku nak tampar orang?
“I tahu I salah, Amani…”
“Baik you pergi dekat dia sebelum I tampar you sekuat hati sekali lagi sekarang ni,” ucapku tenang sebelum aku melangkah pergi dari situ sambil diekori oleh Airil dari belakang. Sedaya upaya aku tahan rasa sebak tapi lama-lama hati yang sakit ni buat air mata aku mengalir laju jugak. Airil masih lagi diam di belakang aku sambil menghulurkan sapu tangannya.
“Airil… aku…”
“Alya… tunggu kejap.” Airil menarik beg sandangku sebelum berpaling ke belakang dan menghampiri Ikhmal. Hampir nak tercabut mata aku ni bila tiba-tiba Airil tumbuk Ikhmal sampai terteleng kepala Ikhmal. Apa yang Airil cakap dekat Ikhmal langsung aku tak dengar tapi aku tahu hidung Ikhmal mesti berdarah tu. Jangan main-main dengan Airil. Jaguh silat sekolah tu! Airil kembali pada aku dengan muka yang tegang tapi kembali lembut apabila aku memandangnya dengan muka risau.
“Takpe Alya. Aku ada… aku sentiasa ada untuk kau…”
Aku hanya mengangguk kecil dan perlahan-lahan aku mengenggam hujung baju t-shirt Airil dan membiarkan dia bawak aku ke kereta. Memang setiap kali aku sedih, aku akan buat macam ni. Pegang baju dia macam budak kecil dan dia tak pernah kisah. Kalaulah ada lelaki lain yang macam Airil, aku rasa aku dah jatuh cinta berkali-kali agaknya.
Share this novel