30 - Bakal menantu?

Romance Completed 45760

Setelah beberapa jam berdiri di hadapan cermin, akhirnya dia memilih untuk menggunakan blouse putih dengan pleated skirt berwarna coklat. Hanya pilihan itu yang sesuai di matanya saat ini. Biasalah, Hanis tidak pandai untuk bergaya macam orang lain. Bahkan, dia juga tidak berapa mementingkan soal style. Dia hanya mengikut naluri hati. Apa yang di pilih berkenan di hati, maka itulah yang guna pakai.

Jam di lirik sekilas. Tidak lama lagi, Rendi akan tiba untuk menjemputnya. Atiqah dan Jayden mengundang dirinya untuk ikut serta menghadiri majlis makan malam yang diadakan di rumah mereka. Hanya majlis makan malam biasa sahaja, tetapi turut dihadiri oleh keluarga dari kedua-dua pihak. Segan rasanya Hanis hendak ikut serta. Namun, dia tidak mahu Atiqah berkecil hati. Demi sahabat, hadir ajelah...

Selang beberapa belas minit, dia menerima pesanan daripada Rendi memberitahu bahawa dirinya sudah menunggu di bawah. Beg tangan di capai setelah pesanan itu di baca. Laju langkahnya menuruni setiap anak tangga tersebut. Kelihatan Rendi sudah berdiri di luar kereta menunggu kedatangan dirinya. Tidak lama begitu, pacuan empat roda mula bergerak meninggalkan kawasan tersebut.

Setibanya di rumah banglo itu, jelas kedengaran dari luar suara-suara keluarga besar Atiqah dan juga Jayden. Hanis mulai mengintai dari luar pintu. Meriah sangat keadaan di dalam rumah itu. Jantungnya berdegup kencang sedari tadi lagi. Inilah situasi sedikit sebanyak dirinya tidak senang hati apabila berseorangan.

Dia melihat Rendi sudahpun bergabung dengan beberapa lelaki yang sedang gigih memanggang kepak ayam di luar rumah. Dia mengintai sekali lagi untuk mencari kelibat sahabatnya, Atiqah. Hampa, bayang-bayang pun tidak kelihatan di ruangan tersebut.

Mahu tidak mahu, dia kena hadap situasi ini berseorangan. Dia cuba menenangkan diri dengan menarik nafas sedalam yang mungkin sebelum dihembus perlahan. Baru sahaja ingin melangkah masuk, Hanis dikejutkan dengan pertembungan antara dirinya dengan seorang gadis yang berusia lebih kurang 17 tahun.

“Sorry, sorry, akak. Saya tak ada niat nak buat akak terkejut,” ujar gadis itu dengan nada rasa bersalah dalam dirinya.

“Eh, tak apa. Salah akak juga, tiba-tiba melangkah terus tadi.” balas Hanis lembut. Senyuman dikuntumkan dengan mesra.

“Wait... saya macam kenal akak ni. Hmm... hold on. Give me a second to remember your name. Ha! Akak ni calon abang Jason kan? Akak Hanis? Betul kan, kan, kan?” Gadis itu cuba meneka. Tampak jelas wajanya begitu teruja. Ini kali pertama dia berjumpa dengan wanita pujaan hati Haiqal Jason. Selama ini, dia hanya melihat gambar Hanis di dalam kaca telefon milik Jason.

“Be-betul. Nama adik ni siapa?” Tanya Hanis kembali. Tercengang-cengang apabila gadis itu mengenali dirinya. Sekali lagi, dirinya dikejutkan dengan perkataan 'calon'. Calon apa? Aish, macam-macamlah...

“Nama saya Nadhira, adik sepupu kepada abang J kuasa dua.” terangnya dengan memendekkan panggilan Jayden dan Jason kepada J kuasa dua. “Masuklah... semua ada dekat dalam. Jangan segan-segan, tak lama lagi akak kan bakal jadi sebahagian dari keluarga ni juga...” katanya lagi.

Hanis cuma tersengih mendengar gadis itu. Ramah sangat. Hanis mengekori jejak langkah Nadhira dari belakang.

“Ha, Nad. Kamu dari mana?” tanya seorang wanita, berkemungkinan itulah mama gadis itu. Jelas dari wajahnya mirip dengan wajah Nadhira.

“Dari jemput bakal menantu aunty Jumira. Kak Hanis, sinilah...” Semua manusia yang berada di ruangan dapur itu menoleh ke arah Hanis. Seketika senyaplah keadaan. Perasaan ingin menghilangkan diri sudah sebati dengan diri Hanis. Terselit rasa menyesal memunculkan diri disitu. Perlahan-lahan Hanis melarikkan senyuman dibibir.

“Ooo... inilah calon bini si Jason tu. Pandai budak tu memilih. Nampaknya kita semua ni tunggu masa ajelah nak makan nasi minyak. Bila agaknya tu, kak Long?” soal mama Nadhira kepada Datin Jumira. Sementara itu, Nadhira menarik lembut tangan Hanis untuk duduk bersama mereka.

“Jawapan dia, hanya ada pada Jason saja. Dia kata nak bincang dulu dengan Hanis tentang tarikh tu. Kita tunggu dan doakan jelah yang baik-baik, kan Hanis?”

Tersentak Hanis dibuatnya. Laju saja dia mengangguk walaupun tidak tahu apa-apa. “Be-betul...”

“Sudah pilih tema untuk perkahwinan kamu?” soal mama Nadhira lagi.

“Be-belum. Lepas Jason balik dari Vietnam kut, baru bincang semuanya.” Balas Hanis dibawah sedar tidak sedar. Dapat dia melihat senyuman nakal daripada Atiqah yang baru saja muncul di ruangan itu.

Apa semua ni, Tuan Jason? Kalau iya pun nak kahwin dengan aku, bagitahulah awal-awal! Ishh....

Usai mengisi perut di malam hari, semua berkumpul di ruang tamu bersembang antara satu sama lain. Hanis menghampiri sahabatnya yang sedang membasuh pinggan mangkuk disinki tersebut. Dia melihat kawasan sekeliling sebelum bertanya sesuatu hal kepada Atiqah. Dia mengguis lengan sahabatnya.

“Kau kenapa?” tanya Atiqah berbaur kehairanan.

“Betul ke apa aku dengar tadi? Jason nak kahwin dengan aku?” tanya Hanis. Sepanjang menikmati juadah makan malam tadi, perkara itu bermain-main difikirannya. Bayang-bayang Jason mulai menghantui ruang mindanya.

“Betullah, semua orang dalam keluarga Jason dah tahu pasal ni. Kau tanya kenapa? Kau sendiri jawab tadi kan? duk terangguk-angguk,”

“Sumpah, aku tak tahu apa-apa. Aku angguk aje, ikut alur.”

“Kau biar betul? Jason tak pernah cakap apa-apa dengan kau ke? Dia tak pernah cakap dia suka kau?” Soal Atiqah. Laju saja Hanis menggelengkan kepala.

“Kau pun agak-agaklah dia nak suka orang yang tak ada apa-apa macam aku. Harta pun tak da, apa lagi rupa. Memang taklah!” bantah Hanis.

“Siapa kata abang Jason tengok pada rupa dan harta? Kalau akak Hanis nak tahu, abang Jason tu suka sangat dekat akak. Dia nak confess dekat akak, tapi dia malu.” tiba-tiba Nadhira mencelah pada perbualan mereka. Terkebil-kebil Hanis mendengarnya.

“Tengok tu, adik sepupu dia pun tahu. Akak nak tanya sikitlah, Nad. Macam mana Nad tahu semua ni?” soal Atiqah pula.

“Sorry tau kalau saya tiba-tiba mencelah. Sebenarnya, abang Jason tu dah cerita semuanya dekat Nad. Awal-awal lagi, dia dah terpikat dengan akak Hanis. Dia suka tengok akak. Semuanya comel katanya,” Nadhira mula mengupas sedikit rahsia Jason. Tersipu malu Hanis mendengarnya namun cuba dikawal reaksi wajahnya agar tetap beriak tenang.

“Betul ni Nad?” soal Atiqah.

“Betul, Nad tak tipu. Abang Jason selalu puji akak Hanis depan Nad.” kata Nadhira sungguh-sungguh.

“Kenapa Nad tak bagitahu akak awal-awal? Bolehlah akak atur strategi untuk satukan abang Jason dengan akak Hanis...” Usik Atiqah sengaja mahu pancing emosi sahabatnya.

“Atiqah!”

“Apa? Tak salah kan aku cakap. Nad, setuju kan kalau akak Hanis jadi isteri abang Jason?”

“Atiqah...”

“Setuju sangat! Nad tak sabar sebenarnya nak tengok perkahwinan akak Hanis dan abang Jason.” Ujar Nadhira begitu teruja.

“Kau dengar tu? Aku pun tak sabar nak tangkap gambar dari mula majlis sampai habis majlis. Kompang dipalu pengantin baru...”

“Duduk bersanding tersipu malu...” sambung Nadhira pula dengan riangnya. Pasrah Hanis melihat tingkah kedua insan tersebut.

“Akak Hanis setuju kan jadi isteri abang Jason?” soal Nadhira tiba-tiba.

Hanis sedikit tersentak dengan soalan itu. Perlahan-lahan senyuman diukir dibibir. Tiada jawapan yang keluar dari mulutnya. Setuju atau tidak, dia sendiri belum dapat jawapannya. Entahlah, fikirannya masih bercelaru. Tetapi, kalau betul lelaki itu ingin menikahi dirinya, patutkah dia terima atau sebaliknya?

****

Tipulah kalau Hanis tak setuju hahahaha. Happy reading <33

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience